Font size
WorksheetsBAB 3 T5 Sejarah
Total questions: 30
Worksheet time: 18mins
Kewujudan kerajaan Melayu merupakan tradisi yang berakar umbi dan berteraskan (ms38)
sistem republik
sistem demokrasi
pemerintahan beraja
Pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu tercabar oleh British dan Jepun. Bagaimanakah kedudukan sistem pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu pada ketika itu? (ms38)
Raja berkuasa mutlak
Pemerintahan beraja kekal
Pemerintahan beraja terhapus
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka mengamalkan . (ms38)
kehidupan bernegara
ciri sistem berperlembagaan
ciri sistem demokrasi
kecekapan pembesar
Pemerintahan KMM telah diwaris oleh kesultanan Melayu yang muncul selepasnya. Legasi KMM telah diteruskan oleh __ dan ___ . (ms38)
Johor
Perak
Kedah
Kelantan
Terengganu
Raja memainkan peranan yang penting dalam kerajaan Kesultanan Melayu. Apakah peranan baginda? (ms38, pilih 2)
Ketua agama
Ketua kebudayaan
Sumber kewangan
Sumber undang-undang
Perak, Selangor, N9 dan Pahang adalah NNMBersekutu yang mempunyai ___ yang diperkenalkan oleh British. (ms39)
Sistem Residen
Sistem Penasihat
Apakah status Raja-raja di NNMB semasa penjajahan British? (ms39)
Berkuasa mutlak
Wakil Raja England
Pemerintah berdaulat
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-Undang bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911 digubal untuk... (ms39)
Membentuk kerajaan
Mengekalkan kedaulatan negeri/menyerlahkan pemerintahan
Memutuskan hubungan dengan kuasa asing
Apakah status negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua? (ms39)
Jajahan Jepun
Jajahan British
Naungan British
Negara kita telah dikuasai Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Apakah peranan Raja-raja Melayu pada ketika itu? (ms40)
Mengetuai hal ehwal agama Islam
Mengawal keamanan dalam neegeri
Menjadi wakil Maharaja Jepun
British memperkenalkan pentadbiran Malayan Union pada 1946. Apakah cabaran yang dihadapi oleh Raja-raja Melayu dengan peristiwa ini? (ms40)
Diturunkan takhta
Kehilangan kuasa sebagai pemerintah
Dipaksa menerima Residen British
Sultan Abu Bakar menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 di King's House, Kuala Lumpur pada tahun 1948. Apakah kesan Perjanjian PTM 1948 terhadap Raja-raja Melayu? (ms40)
Kedaulatan dikembalikan
Berkuasa dalam sistem perundangan
Berkuasa dalam urusan hubungan luar negara
Kemerdekaan PTM pada 31 Ogos 1957 diperoleh melalui perundingan dan persetujuan Raja-raja Melayu. Ciri baharu yang diperkenalkan dalam sistem PTM yang merdeka ialah (pilih 2, ms41)
Raja Berperlembagaan
Demokrasi Berparlimen
Majlis Raja-raja
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Gambar berikut menunjukkan persidangan Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak pada 1987. Apakah peranan Durbar? (ms42)
Menggubal undang-undang
Membincangkan hal ehwal pentadbiran dengan British
Menyampaikan arahan British kepada penduduk tempatan
Perlembagaan Malayan Union 1946 memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan-sultan. Apakah fungsi majlis tersebut walaupun ia kemudiannya gagal ditubuhkan? (ms43, pilih 2)
Menggubal undang-undang
Melantik Gabenor Malayan Union
Membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam
Menasihati Gabenor tentang perkara yang dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu
Apakah punca Majlis Sultan-sultan tidak diwujudkan? (ms43)
Berlaku Perang Dunia Kedua
Penentangan Raja-Raja Melayu terhadap Malayan Union
Kuasa Raja-raja Melayu dikurangkan
Majlis Raja-Raja Melayu akhirnya ditubuhkan secara rasmi apabila PTM dibentuk pada 1948. Melalui majlis tersebut, Raja-Raja Melayu mendapat penerangan daripada Pesuruhjaya Tinggi British berkaitan dengan (pilih 2, ms43)
dasar kerajaan
penggubalan undang-undang.
hal ehwal agama Islam
adat istiadat orang Melayu
Siapakah yang diberi tanggungjawab untuk memeterai keputusan persidangan Majlis Raja-Raja Melayu semasa PTM 1948? (ms43)
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Pesuruhjaya Tinggi British
Penasihat undang-undang
Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berperlembagaan seperti perlantikan jawatan ...(piliuh 2, ms45)
Ketua Audit Negara
Ketua Hakim Negara
Menteri Besar
Setiausaha Kerajaan
YDPA
Jawatan YDPA diwujudkan apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Apakah peranan YDPA?
Ketua Kerajaan
Ketua Utama Negara
Dalam hal jenayah di Wilayah Persekutuan, seseoran gyang sudah dihukum boleh memohon keampunan daripada YDPA. Baginda akan bertindak terhadap perkara tersebut atas nasihat ... (ms49)
Perdana Menteri
Ketua Hakim Negara
Lembaga Pengampunan
YDPA boleh membuat pengisytiharan darurat. Bilakah darurat perlu diisytiharkan? (ms49)
Parlimen dibubarkan
Ekonomi merosot
Keselamatan awam terancam
Jabatan Penerangan Malaysia menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi. Mengapakah rakyat dewasa perlu mengundi? (ms50)
Memilih menteri-menteri
Menjamin kestabilan politik
Memilih pemimpin bagi membentuk kerajaan
Kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat mutlak, tetapi tertakluk pada sekatan yang ditentukan oleh undang-undang yang digubal oleh Parlimen Malaysia. Mengapakah perlunya sekatan tersebut? (ms51)
Menjamin pengekalan ciri demokrasi
Menjamin ketenteraman dan kesejahteraan awam
Memastikan kemakmuran ekonomi berterusan
Kuasa pemerintahan terbahagi kepada Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman di negara kita. Apakah fungsi Badan Perundangan? (ms53)
Mentafsir undang-undang
Menggubal undang-undang
Melaksanakan undang-undang
Pada peringkat negeri, kuasa eksekutif dilaksanakan oleh
(pilih 2, ms54)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Jemaah Menteri
Ketua Hakim
Polis
Badan Kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Mengapakah hakim mesti bebas daripada pengaruh politik? (ms55, pilih 2)
menjamin integriti
menjamin keadilan esosial
Melancarkan proses perbicaraan
mengukuhkan kedudukan para hakim
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen wujud dalam sistem pentadbiran negara kita untuk.. (ms56)
Menjamin kebebasan asasi
Mewujudkan mekanisme semak dan imbang
Badan Perundangan berperanan menggubal undang-undang yang akan dilaksanakan oleh Badan Eksekutif. Sekiranya timbul konflik dan kekeliruan, pihak manakah yang bertanggungjawab menyelesaikannya? (ms56)
Jemaah Menteri
Badan Kehakiman
YDPA
Kuasa budi bicara yang dimiliki oleh YDPA ialah (pilih 2, ms57)
melantik Perdana Menteri
tidak memperkenankn permintaan bubarkan parlimen
meminda perlembagaan persekutuan
tidak memperkenankan dasar kerajaan
tidak memperkenankan pembubaran DUN
