WorksheetsT5B1 SEJARAH K.I.T.A.
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah takrif kedaulatan mengikut bahasa Melayu?
(Buku Teks: ms 4)
Negara yang bebas dan merdeka
Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
Kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara
Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan
Pernyataan manakah merujuk kepada istilah daulah?
(Buku Teks: ms 4)
Kuasa kewibawaan seseorang pemimpin
Kuasa raja sebagai ketua pemerintah negara
Kuasa tertinggi berlandaskan perlembagaan
Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
"Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa
memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat".
Siapakah tokoh yang memberi takrif tersebut?
(Buku Teks: ms 5)
Tun Abdul Razak
Tunku Abdul Rahman
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Tun Dr. Mohammad Salleh Abas
Bagaimanakah kedudukan raja ditentukan mengikut kedaulatan tradisional?
(Buku Teks: ms 6)
Kesetiaan rakyat
Kestabilan politik
Kekuatan ketenteraan
Keunggulan perlembagaan
Apakah bukti kedaulatan negara kita adalah berlandaskan kedaulatan tradisional?
(Buku Teks: ms 6)
Kerjasama semua rakyat
Kedaulatan Raja-Raja Melayu
Kelestarian adat istiadat tempatan
Keupayaan menentang penjajahan
Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme untuk membentuk negara bangsa masing-masing.
Apakah unsur nasionalisme tersebut?
(Buku Teks: ms 6)
Persamaan rumpun agama
Persamaan rumpun bangsa
Persamaan rumpun budaya
Persamaan rumpun sosial
Bagaimanakah kedaulatan moden negara bangsa kita terbentuk?
(Buku Teks: ms 6)
Penyatuan parti politik
Perpaduan antara kaum
Penggabungan negeri-negeri
Pelaksanaan pilihan raya umum
Mengapakah badan kehakiman perlu bersifat bebas dan berwibawa?
(Buku Teks: ms 7)
Memantau struktur pentadbiran negara
Memelihara kedaulatan undang-undang
Membendung perbalahan antara rakyat
Mengatasi sebarang pencerobohan luar
Pengesahan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa.
Pernyataan ini merujuk kepada
(Buku Teks: ms 7)
Persidangan Damai Paris
Persidangan Kemuncak ASEAN
Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson
Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB
Apakah kepentingan kedaulatan antarabangsa terhadap Malaysia?
(Buku Teks: ms 7)
Menjamin keselamatan wilayah
Mengukuhkan perlembagaan negara
Mengembangkan kemakmuran ekonomi
Mendapat pengiktirafan sebagai negara merdeka dan berdaulat
Apakah peranan utama Yang di-Pertuan Agong dalam pentadbiran negara?
(Buku Teks: ms 8)
Ketua Kerajaan
Ketua Institusi Beraja
Ketua Utama Negara
Ketua Pentadbir Negara
Apakah kepentingan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita?
(Buku Teks: ms 8)
Pengekalan sistem pemerintahan beraja
Pembentukan sebuah negara persekutuan
Penubuhan kerajaan negeri yang berdaulat
Pemantapan sistem pentadbiran negara
Malaysia berjiran dengan Singapura dan Thailand.
Bagaimanakah tindakan negara mewujudkan pemisahan antara negara tersebut?
(Buku Teks: ms 8)
Pendaftaran kerakyatan
Penguatkuasaan undang-undang
Pengukuhan kawalan ketenteraan
Penetapan sempadan antarabangsa
Mengapakah sempadan diwujudkan antara negara?
(Buku Teks: ms 8)
Penyatuan negara bangsa
Panduan pentadbiran negara
Penentuan garis pemisah antara negara
Pembentukan identiti nasional sesebuah negara
Berikut merupakan ciri-ciri yang menentukan kedaulatan sesebuah negara kecuali
(Buku Teks: ms 8)
mempunyai ideologi
mempunyai sempadan
mempunyai perundangan
mempunyai pemerintahan
Apakah asas sistem perundangan negara kita?
(Buku Teks: ms 9)
Badan Kehakiman
Sistem Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong
Perlembagaan Persekutuan
Apakah peranan utama Parlimen?
(Buku Teks: ms 9)
Menentukan dasar kerajaan
Memeterai pelbagai perjanjian
Menggubal sistem perundangan
Menguruskan pembangunan negara
Apakah kepentingan kedaulatan undang-undang terhadap negara?
(Buku Teks: ms 9)
Membentuk pembahagian masyarakat
Mengukuhkan pemerintahan beraja
Mendapat pengiktirafan antarabangsa
Menjamin keamanan dan kedaulatan negara
Berikut merupakan bentuk penyatuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum kecuali...
(Buku Teks: ms 9)
Penggunaan bahasa kebangsaan
Pegangan dan anutan agama yang sama
Pembentukan identiti nasional yang sama
Pengamalan prinsip Rukun Negara
Apakah kesan pelaksanaan pemerintahan yang mantap di sesebuah negara?
(Buku Teks: ms 9)
Menjamin kestabilan politik
Membentuk sistem monarki
Menjadi rebutan kuasa asing
Memudahkan perluasan kuasa
Mengapakah kedaulatan negara penting bagi setiap negara?
(Buku Teks: ms 10)
Menjadi kuasa yang unggul
Memperoleh petempatan khas
Menjamin kemakmuran ekonomi
Menakluki kawasan berhampiran
Menentukan dasar pentadbiran negara. Pernyataan ini merujuk kepada...
(Buku Teks: ms 10)
Jemaah Menteri
Perbadanan Awam
Badan Perundangan
Yang di-Pertuan Agong
Bagaimanakah sistem pentadbiran negara diperkukuh?
(Buku Teks: ms 10)
Peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan
Penentuan sektor pekerjaan mengikut komposisi kaum
Pengasingan kuasa antara setiap wilayah
Pembudayaan etika profesionalisme
Apakah kesan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
(Buku Teks: ms 10)
Mengekalkan warisan tradisi
Melancarkan pentadbiran negara
Mengukuhkan sistem percukaian
Mengelakkan rusuhan kaum
Kerajaan berperanan melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi negara.
Bagaimanakah peranan tersebut dapat dilaksanakan?
(Buku Teks: ms 10)
Selepas pelantikan Perdana Menteri
Selepas penubuhan kabinet kerajaan
Selepas pilihan raya umum dijalankan
Selepas negara mencapai kemerdekaan
Pembangunan ekonomi negara diperkenalkan melalui
(Buku Teks: ms 10)
dasar pemuliharaan sumber alam
dasar pembangunan ekonomi negara
dasar pembangunan wilayah dan bandar
dasar perkembangan pasaran antarabangsa
Apakah DUA cara kerajaan mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum?
(Buku Teks: ms 11)
Penggunaan bahasa kebangsaan
Pemerkasaan pendidikan vernakular
Pengagihan jawatan tertinggi kerajaan
Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Senarai berikut berkaitan dengan usaha kerajaan selepas memperoleh kedaulatan negara.
* Rukun Negara
* Bahasa Kebangsaan
* Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Apakah matlamat usaha berikut dilaksanakan?
(Buku Teks: ms 11)
Memajukan bidang ekonomi
Menghalang pemusatan kuasa
Menyekat kedatangan imigran
Memupuk perpaduan rakyat
Bagaimanakah jalinan hubungan negara Malaysia dengan negara lain terbentuk?
(Buku Teks: ms 11)
Penggubalan dasar luar
Pengamalan undang-undang
Pembentukan kerajaan pusat
Pemilihan pemimpin berwibawa
Apakah kesan hubungan luar terhadap negara?
(Buku Teks: ms 11)
Mengukuhkan kedudukan negara
Memperkuat bidang ketenteraan
Melahirkan rakyat yang bekerjasama
Mempertahankan kedaulatan negara
Bagaimanakah kerajaan berusaha mempertahankan kedaulatan negara?
(Buku Teks: ms 12)
Menjamin kestabilan politik
Mengadakan rundingan damai
Mempertahankan sistem beraja
Mempertahankan warisan tradisi
Apakah usaha pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi?
(Buku Teks: ms 12)
Pembangunan bandar secara terancang
Pengagihan sumber kekayaan secara adil
Mewujudkan masyarakat yang celik huruf
Melahirkan pegawai kerajaan yang berilmu
Bagaimanakah tindakan rakyat mengekalkan kestabilan politik negara?
(Buku Teks: ms 12)
Melaksanakan dasar kerajaan
Memberi kesetiaan kepada raja
Menggubal undang-undang negara
Mewujudkan pentadbiran yang cekap
Menunjukkan keunikan negara
Mengadakan kunjung-mengunjung
Mematuhi undang-undang negara
Mengekalkan semangat kerukunan
Apakah DUA peranan rakyat mengekalkan perpaduan kaum di negara kita?
(Buku Teks: ms 13)
Mengamalkan semangat perkongsian
Menggunakan bahasa kebangsaan
Memantapkan kuasa pemerintahan
Mengukuhkan hubungan perdagangan
Antara berikut, apakah DUA peranan rakyat bagi memupuk patriotisme?
(Buku Teks: ms 13)
Menganjurkan sambutan hari Kemerdekaan
Peka terhadap isu keselamatan
Menghargai warisan bangsa
Menghargai tokoh pejuang tanah air
Mengapakah kerajaan menganjurkan Hari Pahlawan dan Hari Kebangsaan?
(Buku Teks: ms 14)
Mengelakkan amalan rasuah
Menjalin hubungan diplomatik
Mematuhi perundangan negara
Meningkatkan semangat patriotisme
Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang negara?
(Buku Teks: ms 14)
Membina sahsiah diri yang berdisiplin
Menanam perasaan cinta akan negara
Mempertahankan kemakmuran negara
Mengekalkan sistem demokrasi berparlimen
Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghargai tokoh nasionalis negara?
(Buku Teks: ms 14)
Memelihara maruah bangsa
Menyusun semula masyarakat
Mendapat pengiktirafan negara
Memupuk semangat patriotisme
Apakah DUA usaha kerajaan untuk mengukuhkan pertahanan negara?
(Buku Teks: ms 15)
Memodenkan aset ketenteraan
Mengadakan latihan ketenteraan
Mengadakan sambutan Hari Pahlawan
Mengadakan perjanjian pertahanan
