Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Holiday package Prinsip Akaun T5 SMKSBS

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan simpan kira?

a)

Tatacara penyediaan rekod perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga catatan penutupan akaun.

b)

Proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, dan melapor rekod-rekod perakaunan.

c)

Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah betul dan tepat.

d)

Buku yang digunakan untuk merekodkan butiran urus niaga sebagai bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga.

2.

Berapakah ASET SEMASA perniagaan berikut?


MODAL PADA 1 JAN 20 000

ALATAN PEJABAT 8 000

KENDERAAN 15 000

AKAUN BELUM TERIMA 2 500

AKAUN BELUM BAYAR 2 600

INVENTORI AKHIR 1 800

BANK 3 300

UNTUNG BERSIH 8 000

a)

RM7 600

b)

RM8 400

c)

RM23 000

d)

RM30 600

3.

Badan profesional diatas ditubuhkan adalah untuk

a)

Menyediakan piawaian dan undang-undang perakaunan

b)

Menyediakan jurnal perakaunan profesional antarabangsa

c)

Menyediakan peraturan asas perakaunan

d)

Memberikan latihan dan peperiksaan untuk profesional perakaunan

4.

Janna Nick Trading menetapkan kaedah baki berkurangan bagi mengira susutnilai aset bukan semasa bagi tempoh lebih dari 5 tahun.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

a)

Prinsip Kos

b)

Usaha berterusan

c)

Ketekalan

d)

Tempoh perakaunan

5.

Antara yang berikut, manakah merupakan Buku Catatan Pertama?


I. Jurnal

II. Lejer am

III. Imbangan Duga

IV. Buku tunai runcit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Apakah ciri-ciri perniagaan di atas?

a)

Jangka hayat perniagaan tidak berterusan

b)

Liabiliti terhad

c)

Jumlah maksimum pemegang saham tidak lebih 50 orang

d)

Perniagaan mudah dibubarkan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan dokumen Y.

Dihantar oleh pembekal kepada pelanggan Peringatan baki hutang yang belum dijelaskan


Apakah Y ?

a)

Makluman Kredit

b)

Makluman Debit

c)

Penyata Akaun

d)

Penyata Bank

8.

Apakah tujuan diskaun tunai?

a)

Menarik ramai pelanggan

b)

Mengelakkan berlakunya hutang lapuk

c)

Menggalakkan pembeli membayar segera

d)

Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak

9.

En Sunni, pemilik perniagaan Sunni Enterprise membeli rak pameran secara kredit bernilai RM3 000 untuk kegunaan perniagaan.


Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

a)

Cek

b)

Resit

c)

Invois

d)

Bil Tunai

10.

Antara berikut, urus niaga manakah merupakan catatan kontra?

a)

Tunai di tangan dibankkan

b)

Tunai daripada jualan inventori dibankkan

c)

Tunai dikeluarkan dari bank untuk kegunaan peribadi

d)

Tunai peribadi pemilik dimasukkan ke dalam bank perniagaan

11.

Urus niaga yang manakah tidak dicatat dalam Jurnal Am?

a)

Membeli rak pameran kedai secara kredit

b)

Mengeluarkan wang tunai untuk kegunaan peribadi

c)

Memasukkan perabot peribadi ke dalam perniagaan

d)

Memindahkan akaun hasil dan belanja ke akaun penamat

12.

Antara yang berikut, urus niaga manakah direkod dalam Buku Tunai?


I Bayar gaji

II Ambilan barang niaga

III Beli mesin secara kredit

IV Beli perabot dengan cek

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

13.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Khas?


I Membeli barang niaga secara kredit

II Memulangkan barang niaga yang rosak

III Mengambil barang niaga untuk kegunaan

keluarga

IV Membeli barang niaga secara tunai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Puan Murni telah mengambil barang niaga bernilai RM65 untuk tujuan promosi.


Apakah akaun yang akan dikreditkan?

a)

Belian

b)

Inventori

c)

Ambilan

d)

Promosi

15.

Butiran manakah yang terdapat di dalam Akaun Kawalan Belum Bayar?

a)

Diskaun diterima

b)

Pulangan masuk

c)

Hutang lapuk

d)

Jualan

16.

Antara yang berikut, yang manakah direkodkan dalam Akaun Kawalan Belum Terima?


I Bank

II Diskaun diberi

III Pulangan keluar

IV Peruntukan Hutang Ragu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Maklumat berikut diambil daripada buku Seri Indah Enterprise pada 31 Mei 2017


Inventori akhir RM5 900

Akaun Belum Bayar RM2 100

Bank RM2 500

Faedah pinjaman belum bayar RM250

Sewa belum terima RM35


Berapakah modal kerja pada tarikh tersebut?

a)

RM6 015

b)

RM6 085

c)

RM6 515

d)

RM6 585

18.

Data menunjukkan butiran berkaitan jualan kredit suatu perniagaan pada bulan Jan 2020.


Baki awal Ak Belum Terima RM2 380

Baki akhir Ak Belum Terima RM3 160

Bayaran oleh Ak Belum Terima RM12 450

(termasuk hutang lapuk pulih RM200)

Pulangan jualan RM720


Hitungkan jumlah jualan kredit bagi bulan itu.

a)

RM12 190

b)

RM13 550

c)

RM13 750

d)

RM13 950

19.

Maklumat Perniagaan Fazura ialah seperti berikut:


Inventori awal RM 7 800

Inventori akhir RM 9 800

Jualan RM38 000

Belian RM23 000

Angkutan keluar RM 560

Pulangan belian RM 230

Insurans atas belian RM 780

Gaji RM 660

Berapakah kos jualan beliau?

a)

RM19 940

b)

RM20 770

c)

RM21 550

d)

RM22 000

20.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Wira pada 31 Disember 2012.


Mesin (kos) RM30 000

Susut nilai terkumpul mesin RM6 000


Mesin tersebut dijual pada harga RM25 500 pada 31 Disember 2012.


Berapakah untung atau rugi pelupusan mesin tersebut?

a)

Rugi pelupusan RM1 500

b)

Rugi pelupusan RM4 500

c)

Untung pelupusan RM1 500

d)

Untung pelupusan RM4 500

21.

Di bahagian manakah gaji belum bayar direkodkan dalam penyata kewangan?

a)

Liabiliti Semasa

b)

Aset Semasa

c)

Belanja

d)

Hasil

22.

Kerani akaun Perniagaan Hanis telah merekod kadar bayaran RM810 di dalam Buku Tunai tetapi di keratan buku cek kadar bayaran dicatat dengan nilai RM801.


Apakah jenis kesilapan yang berlaku?

a)

Kesilapan Ketinggalan

b)

Kesilapan Songsang

c)

Kesilapan Komisen

d)

Kesilapan Amaun

23.

Apakah jenis kesilapan yang berlaku di bawah?


Insurans sebanyak RM559 telah direkod sebagai RM509. Manakala sewa sebanyak RM700 telah direkod sebagai RM750.

a)

Kesilapan saling mengimbangi

b)

Kesilapan komisen

c)

Kesilapan terbalik

d)

Kesilapan prinsip

24.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Syarikat Wacana.


Baki Awal Akaun kawalan belum bayar RM 6 345

Belian Kredit RM 55 470

Belian Tunai RM2 040

Baki Akhir Akaun Kawalan Belum Bayar RM5 625


Berapakah pembayaran kepada Akaun Belum Bayar?

a)

RM54 150

b)

RM 54 750

c)

RM56 190

d)

RM 58 230

25.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai hasil belum terima.

I Disenaraikan sebagai hasil di Akaun Untung Rugi

II Ditunjukkan sebagai Liabiliti semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

III Diambil kira untuk pengiktirafan hasil pada akhir tempoh perakaunan

IV Hasil yang sepatutnya diterima tetapi belum lagi diterima dalam tahun kewangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

2 buah berkomputer berharga RM 2 000 setiap satu dibeli dengan bayaran pendahuluan RM 1 000 secara tunai dan bakinya akan dibayar kemudian.

a)

Alatan pejabat bertambah RM 4 000, Tunai berkurang RM 1 000, Akaun Belum Bayar bertambah RM 3 000

b)

Alatan pejabat bertambah RM 2 000, Tunai berkurang RM 1 000, Akaun Belum Bayar bertambah RM 1 000

c)

Alatan pejabat bertambah RM 4 000, Tunai berkurang RM 2 000, Akaun Belum Bayar bertambah RM 2 000

27.

Andaian tersebut ialah...

a)

Wang sebagai ukuran

b)

Entiti berasingan

c)

Usaha berterusan

d)

Tempoh perakaunan

28.

Dokumen berikut merupakan keratan cek diperoleh daripada Perniagaan Mak Timah.


Apakah urus niaga Perniagaan Mak Timah?

a)

Catatan kontra

b)

Modal tambahan

c)

Pembelian aset bukan semasa

d)

Penerimaan daripada Akaun Belum Terima

29.

Maklumat berikut berkaitan dengan syarat diskaun tunai dalam satu invois.


Diskaun Tunai

10%, 7 hari

2%, 30 hari


Encik Ram telah menerima invois berjumlah RM1,600 pda 10 Januari 2019. Beliau telah menjelaskan invois itu pada 3 Februari 2019.


Hitungkan jumlah yang pelu dibayar oleh Encik Ram.

a)

RM1,440

b)

RM1,568

c)

RM1,800

d)

RM1,960

30.

Carta Akaun bagi Pasaraya Balok Ku adalah seperti berikut:


1000-1999 Aset

2000-2999 Liabiliti

3000-3999 Hasil

4000-4999 Belanja

Yang manakah antara kod di bawah sesuai bagi Akaun Promosi?

a)

1021

b)

2021

c)

3021

d)

4011

31.

Bayaran cukai jalan untuk tiga buah kenderaan pada 10 Januari 2012 berjumlah RM4 500 telah tersilap catat dalam Akaun Kenderaan.


Apakah catatan jurnal untuk membetulkan kesilapan tersebut?

a)

Debit Cukai Jalan Kenderaan RM4 500

Kredit Kenderaan RM4 500

b)

Debit Cukai Jalan Kenderaan RM4 500

Kredit Bank RM4 500

c)

Debit Kenderaan RM4 500

Kredit Cukai Jalan Kenderaan RM4 500

d)

Debit Kenderaan RM4 500

Kredit Bank RM4 500

32.

Kesilapan berikut telah dikesan oleh kerani Perabot Mesra. Sekeping cek RM420 yang diterima daripada Kedai Mah telah direkodkan dalam Akaun Kedai Wah.


Apakah catatan untuk membetulkan kesilapan tersebut?

a)

Debit Kedai Wah RM420

Kredit Kedai Mah RM420

b)

Debit Kedai Wah RM840

Kredit Kedai Mah RM840

c)

Debit Kedai Mah RM420

Kredit Kedai Wah RM420

d)

Debit Kedai Mah RM840

Kredit Kedai Wah RM840

33.

Belanja membaiki komputer RM550 telah direkodkan dalam Akaun Alatan Pejabat.


Apakah kesan kesilapan tersebut ke atas untung rugi dalam penyata kewangan?

a)

Untung Kasar bertambah

b)

Untung Bersih bertambah

c)

Untung Kasar berkurang

d)

Untung Bersih berkurang

34.

Jualan barang niaga RM2 300 kepada Aisyah telah didebitkan dalam akaun Asiah.


Bagaimanakah kesilapan ini diperbetulkan?

a)

Debit Aisyah RM2 300

Kredit Jualan RM2 300

b)

Debit Aisyah RM2 300

Kredit Asiah RM2 300

c)

Debit Asiah RM2 300

Kredit Jualan RM2 300

d)

Debit Asiah RM2 300

Kredit Aisyah RM2 300

35.

Apakah jenis kesilapan yang berlaku di bawah?


Insurans sebanyak RM559 telah direkod sebagai RM509. Manakala sewa sebanyak RM700 telah direkod sebagai RM750.

a)

Kesilapan saling mengimbangi

b)

Kesilapan komisen

c)

Kesilapan terbalik

d)

Kesilapan prinsip

36.

Pemilik Perniagaan Zamry telah membeli insurans untuk kedainya pada 1 Jun 2005 berjumlah RM840 setahun. Tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember 2005. Apakah pelarasan yang perlu diambil kira?

a)

Insurans prabayar RM350

b)

Insurans prabayar RM420

c)

Insurans belum bayar RM350

d)

Insurans belum bayar RM420

37.

Kumar telah membayar insurans tahunan kedainya sebanyak RM600 pada 31 Mac 2006. Tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember 2006. Berapakah insurans bagi tahun 2006?

a)

RM150

b)

RM200

c)

RM450

d)

RM500

38.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Noor bagi tahun berakhir 31 Disember 2007. Berapakah nilai insurans yang perlu direkod dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Insurans prabayar RM450

b)

Insurans prabayar RM1 350

c)

Insurans belum bayar RM450

d)

Insurans belum bayar RM1 350

39.

Pasangan manakah yang betul bagi pengelasan aset dan liabiliti?

a)

Belanja belum bayar - Aset

Belanja prabayar - Liabiliti

b)

Belanja belum bayar - Aset

Hasil belum terima - Liabiliti

c)

Hasil belum terperoleh - Aset

Belanja prabayar - Liabiliti

d)

Hasil belum terima - Aset

Hasil belum terperoleh - Liabiliti

40.

Puan Zalikha menerima gaji pokok sebanyak RM5 000 sebulan. Pada akhir tempoh perakaunan, jumlah gaji pekerja dalam Imbangan Duga ialah sebanyak RM65 000. Berapakah jumlah gaji yang perlu direkodkan dalam Akaun Untung Rugi?

a)

RM55 000

b)

RM60 000

c)

RM65 000

d)

RM70 000