wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SKBBM - PENJAMINAN KUALITI PBD

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang anda faham tentang Penjaminan Kualiti PBD?

a)

Piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBD mengikut garis panduan yang ditetapkan.

b)

Panduan yang digunakan untuk menaksir murid mengikut kurikulum yang ditetapkan.

c)

Penanda aras kejayaan sesuatu pelaksanaan PBD dalam bilik darjah.

d)

Proses murid mencapai Tahap Penguasaan yang ingin dicapai.

2.

Antara berikut yang manakah bukan elemen dalam Penjaminan Kualiti PBD?

a)

Penyelarasan

b)

Pengesanan

c)

Pemurnian

d)

Pementoran

3.

Apakah turutan yang betul mengenai tatacara pelaksanaan Penjaminan Kualiti PBD?

a)

Pengesanan -> Penyelarasan -> Pemantauan -> Pementoran

b)

Pengesanan -> Penyelarasan -> Pementoran -> Pemantauan

c)

Penyelarasan -> Pementoran -> Pemantauan -> Pengesanan

d)

Pementoran -> Penyelarasan -> Pemantauan -> Pengesanan

4.

Buku Panduan Penjaminan Kualiti PBS telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada tahun

a)

2011

b)

2012

c)

2013

d)

2014

5.

Berikut merupakan Personel Penjaminan Kualiti PBS peringkat sekolah kecuali

a)

Penolong Kanan Pentadbiran

b)

School Improvement Specialist Coaches (SISC+)

c)

Guru Cemerlang

d)

Jurulatih Utama

6.

Berikut merupakan tugas Personel Penjaminan Kualiti di peringkat sekolah kecuali

a)

Melaporkan dapatan pementoran, penyelarasan, pengesanan dan pemantauan PBD.

b)

Menjalankan penataran dokumen penjaminan kualiti.

c)

Melaksanakan pementoran, penyelarasan, pengesanan dan pemantauan PBD.

d)

Menyediakan dokumen panduan penjaminan kualiti.

7.

Antara berikut, yang manakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang personel yang menjalankan elemen Pengesanan dalam Penjaminan Kualiti PBD?

a)

Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.

b)

Memberikan kefahaman tentang Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) kepada guru.

c)

Memberikan cadangan dan tindakan susulan mengenai kelemahan yang dikenalpasti.

d)

Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

8.

Antara berikut yang manakah bukan tindakan seseorang personel Penyelarasan dalam Penjaminan Kualiti PBD?

a)

Memberikan bimbingan kepada guru yang kurang mencapai piawaian pelaksanaan PBD.

b)

Memilih beberapa eviden murid mengikut aras keupayaan.

c)

Membandingkan skor yang diberikan oleh guru.

9.

Mengapakah sesi pementoran dalam elemen Pementoran perlu diberikan perhatian dalam Penjaminan Kualiti PBD?

a)

Memastikan guru mengisi borang Template PBD mengikut masa yang ditetapkan.

b)

Memastikan skor yang diberikan benar-benar sah dan tidak prejudis.

c)

Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran dan pentaksiran.

d)

Memastikan instrumen yang dihasilkan sesuai untuk mengukur pencapaian murid berdasarkan Standard Pembelajaran.

10.

Siapakah yang akan melaporkan setiap elemen Penjaminan Kualiti PBD mengunakan borang pelaporan?

a)

Setiausaha PBS

b)

Jurulatih Utama/Ketua Panitia

c)

Personel Penjaminan Kualiti 4P

d)

Guru Besar