wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BTS A+ SEJARAH B2T4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah X ?

a)

Imperialisme

b)

Nasionalisme

c)

Liberalisme

d)

Sekularisme

2.

Siapakah yang memberikan takrifan tersebut?

a)

Dr. Khoo Kay Kim

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

3.

Apakah persamaan yang terdapat dalam takrifan nasionalisme yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berikut?

- Hans Kohn

- Dr. R. Suntharalingam

a)

Persamaan dan persaudaraan

b)

Kedudukan unggul dalam negara

c)

Kesetiaan kepada negara dan bangsa

d)

Penentangan terhadap imperialisme

4.

X => Perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan asing

Apakah X ?

a)

Revolusi Amerika

b)

Revolusi Perancis

c)

Revolusi Industri

d)

Revolusi Keagungan

5.

John Locke telah mengemukakan pandangan dalam karyanya iaitu Two Treatises of Government.

Apakah kandungan karya tersebut?

a)

Tiada cukai tanpa perwakilan

b)

Sistem pemerintahan demokrasi

c)

Kebebasan, persamaan dan persaudaraan

d)

Prinsip raja berperlembagaan

6.

Mengapakah revolusi di England dikenali sebagai Revolusi Keagungan (Glorious Revolution)?

a)

Peralihan kuasa berlaku secara aman

b)

Pengasasan kerajaan atas persetujuan rakyat

c)

Pengisytiharan kemerdekaan diluluskan

d)

Perjuangan kedaulatan suara rakyat

7.

Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan oleh British.

Apakah DUA akta tersebut?

a)

Akta Teh

b)

Akta Kopi

c)

Akta Garam

d)

Akta Gula

8.

Apakah DUA tindakan yang dilakukan oleh golongan revolusi dalam Revolusi Perancis 1789?

a)

Menentang pengenalan cukai

b)

Menggempur penjara Bastile

c)

Membebaskan tahanan politik

d)

Melancarkan demonstrasi awam

9.

Mengapakah Revolusi Keagungan di England tercetus pada tahun 1688?

a)

Membentuk negara perindustrian

b)

Menentang birokrasi tradisional

c)

Menuntut kemerdekaan negara

d)

Menegakkan hak asasi rakyat

10.

Apakah kuasa parlimen melalui Bill of Rights yang digubal semasa Revolusi Keagungan 1688 di England?

a)

Mengutip cukai

b)

Melantik penasihat

c)

Mengawal kerajaan

d)

Menolak penjajahan

11.

Bagaimanakah James II mengatasi tindakan ahli parlimen England yang menentang pemerintahan berkuasa mutlak?

a)

Melarikan diri ke Perancis

b)

Membatalkan hak asasi rakyat

c)

Melucutkan jawatan pembesar

d)

Menggubal undang-undang baharu

12.

Apakah kandungan karya Two Treaties of Government yang dihasilkan oleh John Locke?

a)

Kaedah pembinaan negara

b)

Kaedah mentadbir kerajaan

c)

Prinsip raja berperlembagaan

d)

Proses menggubal perlembagaan

13.

Apakah DUA sebab orang Amerika menentang penjajahan British pada tahun 1776?

a)

Pengabaian hak penduduk

b)

Pengenalan akta cukai

c)

Penghakisan kuasa raja

d)

Penyekatan hak kebebasan

14.

Apakah sumbangan Thomas Jefferson dalam Revolusi Amerika 1776?

a)

Menggulingkan raja berkuasa mutlak

b)

Membuat kempen kesedaran nasionalisme

c)

Menulis Perisytiharan Kemerdekaan Amerika

d)

Memperjuangkan prinsip raja berperlembagaan

15.

Mengapakah penduduk Amerika melaungkan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan"?

a)

Tuntutan rakyat terhadap kebajikan mereka

b)

Bantahan terhadap pembayaran pelbagai cukai

c)

Ketiadaan wakil Amerika dalam Parlimen British

d)

Penentangan terhadap sistem pemerintahan beraja

16.

Apakah kesan Revolusi Amerika 1776 terhadap Eropah?

a)

Ideologi sekularisme berkembang luas

b)

Keruntuhan sistem pemerintahan beraja

c)

Kemerosotan kuasa golongan bangsawan

d)

Pengenalan sistem pemerintahan demokrasi

17.

Apakah DUA idea nasionalisme yang tercetus semasa Revolusi Perancis 1789?

a)

Persamaan

b)

Perjuangan

c)

Pembaharuan

d)

Persaudaraan

18.

Apakah kesan Revolusi Perancis 1789 terhadap pemerintahan negara?

a)

Sistem demokrasi berperlembagaan diperkenalkan

b)

Pelantikan presiden sebagai ketua negara

c)

Sistem pemerintahan beraja ditamatkan

d)

Pengenalan sistem birokrasi Barat

19.

Apakah faktor perkembangan semangat nasionalisme di Barat?

a)

Perkembangan ekonomi moden

b)

Peningkatan kemasukan imigran

c)

Penindasan raja terhadap rakyat

d)

Penguasaan hasil bumi oleh penjajah

20.

Persatuan Belia Buddha telah menggunakan isu untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma.

Apakah isu tersebut?

a)

Isu pendidikan

b)

Isu kasut

c)

Isu hak wanita

d)

Isu politik

21.

Apakah pertubuhan yang dipimpin oleh Jose Rizal semasa gerakan nasionalisme di Filipina?

a)

Liga Filipina

b)

Katipunan

c)

Parti Nasionalis

d)

Parti Do Bama Asiayone

22.

Apakah akhbar yang telah digunakan oleh Parti Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?

a)

La Solidaridad

b)

Hilang Gelap Terbitlah Terang

c)

Kalayan

d)

Cloche Felee

23.

Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.


Liga Muslim

Kongres Kebangsaan India (INC )


Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?

a)

Menggerakkan perang gerila

b)

Melancarkan gerakan dakyah

c)

Merangka pembahagian India

d)

Melakukan penentangan militan

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.

Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?

a)

Menjadi negara perindustrian

b)

Mencapai kemajuan pendidikan

c)

Menghalang gerakan anti Barat

d)

Mengatasi kelemahan pemerintahan

25.

Apakah DUA ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?

a)

Bertindak secara revolusi

b)

Pertubuhan bersifat radikal

c)

Bekerjasama dengan penjajah

d)

Pemimpinnya berhaluan sederhana

26.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkuasakan

b)

Sistem raja berkuasa mutlak berakhir

c)

Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

27.

Tokoh berikut merupakan seorang nasionalis India.

Antara berikut,yang manakah DUA perkara berkaitan dengan tokoh tersebut dalam gerakan nasionalis di Asia Tenggara?

a)

Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah dan mogok lapar

b)

Melahirkan nasionalis bersikap sederhana

c)

Mempelopori kebangkitan rakyat secara revolusi

d)

Menggerakkan semangat penentangan secara militan

28.

Nasionalisme di Burma (Myanmar) bermula apabila golongan Thakin menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.


Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Melancarkan revolusi

b)

Mengekalkan tradisi Buddha

c)

Memperjuangkan kemerdekaan

d)

Membela nasib golongan pemuda

29.

Mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara?

a)

Menentang penjajahan

b)

Menghalau kuasa asing

c)

Mempertahankan kedaulatan negara

d)

Melaksanakan pemerintahan demokrasi

30.

Apakah DUA akhbar yang digunakan oleh intelektual Melayu berpendidikan Inggeris dalam menyebarkan idea nasionalisme?

a)

Warta Malaya

b)

Utusan Melayu

c)

Al-Imam

d)

Tunas Melayu

31.

Apakah peranan Maktab Perguruan Sultan Idris semasa perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Menyebarkan idea kemajuan dan pemodenan

b)

Menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat

c)

Medan ilmu untuk berbincang dan menghasilkan karya nasionalisme

d)

Melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris

32.

Syarikat Jelutong Press telah didirikan di Pulau Pinang. Apakah kesan daripada penubuhan syarikat tersebut?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Membuka peluang pekerjaan

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

33.

Senarai berikut merupakan hasil penulisan kreatif Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad.

*Putra Gunung Tahan

*Anak Mat Lela Gila

Bagaimanakah Pak Sako memberikan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Menyindir penjajah

b)

Mengkritik pembesar Melayu

c)

Menentang Raja-raja Melayu

d)

Mengingatkan kepentingan beragama

34.

Tokoh pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?

a)

Melalui penulisan buku agama

b)

Menggunakan semangat jihad

c)

Penentangan secara gerila

d)

Penubuhan madrasah

35.

PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang. Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme

b)

Menggalakkan ahlinya bersatu padu

c)

Mengumpulkan golongan pemuda

d)

Menuntut kemerdekaan

36.

Akhbar manakah yang mengandungi garapan idea ulama yang menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis?

a)

Al - Imam

b)

Neracha

c)

Al - Ikhwan

d)

Tunas Melayu

37.

Apakah akhbar yang telah digunakan oleh Parti Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?

a)

Kalayan

b)

Cloche Felee

c)

La Solidaridad

d)

Tribune Indige

38.

Jean Jacques Rousseau


Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.

Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut?

a)

Kata sepakat

b)

Hasrat umum

c)

Tuntutan rakyat

d)

Impian bersama

39.

Apakah strategi Jose Rizal apabila tuntutan beliau gagal mendapat perhatian kerajaan Sepanyol?

a)

Melancarkan gerakan bersenjata

b)

Membentuk Katipunan

c)

Menjalankan rundingan damai

d)

Menubuhkan Liga Filipina

40.

"Nasionalisme digerakkan melalui penulisan oleh tokoh nasionalis melalui akhbar, majalah, novel, cerpen dan puisi"


Siapakah yang menghasilkan novel "Mari Kita Berjuang" yang mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi?

a)

Abdullah Sidek

b)

Omar Mustaffa

c)

Mahmud Ahmadi

d)

Harun Aminurrashid