wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN ULANGKAJI PPT T5 2023 _2020

Total questions: 33

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan ?

a)

Menjadikan keluarga usahawan terkenal

b)

Melambangkan imej perniagaan

c)

Melancong ke seluruh dunia

d)

Memiliki kereta mewah

2.

Mengapakah Kak Ton mengambil tindakan seperti di atas ?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Dapat berkongsi kepakaran

c)

Risiko dapat disebarkan

d)

Perniagaan berterusan

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “berhad” (Bhd.) pada nama sesetengah perniagaan ?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

4.

 Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.

 Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan.

 Membuat bayaran dalam bentuk fi.

Apakah bentuk perniagaan tersebut ?

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian

c)

Usaha sama

d)

Francais

5.

Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar ?

a)

Komunikasi kurang berkesan

b)

Sukar menyediakan latihan

c)

Kurang daya saing

d)

Kekurangan modal

6.

Apakah X ?

a)

Sektor asli

b)

Sektor utama

c)

Sektor kedua

d)

Sektor ketiga

7.

Pernyataan manakah menerangkan tentang taraf perintis?

a)

Potongan cukai kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan.

b)

Pelepasan cukai kepada perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan.

c)

Pengecualian cukai selama lima tahun kepada syarikat yang menyertai sektor yang dipromosi oleh kerajaan.

d)

Pelepasan cukai kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan makanan, pembinaan jalan dan pembelian aset modal

8.

Apakah kesan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan?

a)

Penduduk akan kehilangan pekerjaan

b)

Penduduk meningkatkan pembelian barang mewah

c)

Kuasa beli isi rumah menjadi semakin baik dan meningkat

d)

Perkembangan aktiviti sesebuah perniagaan menjadi semakin pesat

9.

Apakah kekuatan dalaman yang boleh memacu pertumbuhan dan perkembangan sesuatu perniagaan?

a)

Keadaan politik yang stabil

b)

Aktiviti pemasaran yang berkesan

c)

Perkembangan ekonomi yang pesat

d)

Penggunaan peralatan teknologi baharu

10.

Encik Lim merupakan seorang majikan di Syarikat NAS Sdn. Bhd. Beliau telah mewujudkan suasana kerja yang kondusif, sentiasa menjaga hubungan baik dan bertoleransi dengan pekerjanya.

Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Encik Lim?

a)

Gaya pengurusan autokratik

b)

Gaya pengurusan sokongan

c)

Gaya pengurusan sederhana

d)

Gaya pengurusan demokratik

11.

Penetapan objektif menjurus kepada peluang yang tidak mustahil untuk dicapai.

Apakah ciri objektif tersebut?

a)

Spesifik (Specific)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh dicapai (Attainable)

d)

Boleh diukur (Measurable)

12.

Apakah maksud titik pulang modal (TPM)?

a)

Kaedah yang digunakan untuk menentukan keuntungan yang diperolehi perniagaan

b)

Kaedah yang digunakan untuk menentukan penggunaan bahan mentah untuk satu tempoh pengeluaran

c)

Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah penggunaan kos tetap dan kos berubah sesuatu pengeluaran

d)

Kaedah yang digunakan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperolehi bersamaan dengan jumlah kos yang terlibat

13.

MAKLUMAT KILANG KASUT

Kos tetap RM90 000

Kos berubah seunit RM65

Harga seunit RM110

Berapakah titik pulang modal bagi pengeluaran kasut tersebut?

a)

2000 unit

b)

1385 unit

c)

818 unit

d)

514 unit

14.

Pernyataan manakah menerangkan peranan bahagian fungsian sumber manusia?

PILIH 2 JWAPAN

a)

Menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja

b)

Membentuk sistem tindakan yang berkaitan dengan disiplin pekerja

c)

Mengurus, menyimpan dan menerima rekod semua dokumen perniagaan

d)

Memastikan organisasi perniagaan mempunyai bahan mentah yang mencukupi

15.

Bagaimanakah pengurus bahagian fungsian pengeluaran bertanggungjawab kepada kawalan semasa?

a)

Memastikan semua input berada dalam keadaan baik

b)

Memeriksa kualiti produk supaya berada pada standard yang betul

c)

Memastikan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan mencukupi.

d)

Melaksanakan kawalan pengeluaran, kawalan utiliti mesin dan kawalan staf

16.

Apakah jenis barang yang sesuai diagihkan melalui saluran ini?

a)

Barang yang tidak tahan lama

b)

Barang yang berjenama, buku dan majalah

c)

Barang kosmetik, tayar , alat elektrik dan pakaian

d)

Barang keperluan harian seperti gula, beras dan barang dapur

17.

Pernyataan manakah menjelaskan tentang pasaran baharu?

a)

Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran baharu

b)

Mencari pasaran baharu untuk memasarkan produk yang sedia ada

c)

Memasarkan produk yang baharu dikeluarkan di pasaran sedia ada

d)

Menambah kuantiti produk untuk menampung pertambahan pengguna

18.

Apakah langkah X dan Y?

a)

X Saluran

Y Gangguan

b)

X Gangguan

Y Maklum balas

c)

X Maklum balas

Y Saluran

d)

X Saluran

Y Maklum balas

19.

Persekitaran kerja yang kondusif akan meningkatkan produktiviti, motivasi, kepuasan kerja, mengurangkan kesilapan tugas dan tekanan kerja.


Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam konteks tersebut?

a)

Prestasi pasukan

b)

Latihan peningkatan kemahiran

c)

Pemantapan budaya profesional

d)

Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni

20.

Antara berikut, manakah bentuk hukuman yang boleh dikenakan kepada pekerja yang berprestasi rendah dan bermasalah?

pilih 2 jawapan

a)

Potongan gaji

b)

Latihan peningkatan kendiri

c)

Ditukarkan ke cawangan lain

d)

Diberi amaran lisan dan bertulis

21.

Apakah contoh sumber teknologi ?

a)

Lesen perisian

b)

Komputer riba

c)

Mesin berteknologi tinggi

d)

Bangunan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV)

22.

 Menyediakan jadual pemeriksaan mesin

 Menyediakan jenis kerosakan mesin

 Menyediakan senarai semak penyelenggaraan mesin

Mengapakah tindakan ini penting bagi sesebuah perniagaan ?

a)

Dapat meningkatkan jualan

b)

Pekerja sentiasa bermotivasi

c)

Produk yang dikeluarkan tidak ditiru

d)

Proses pengeluaran berjalan dengan lancar

23.

Pernyataan manakah berkaitan dengan harta intelek ?

a)

Hasil kreativiti intelektual seseorang

b)

Harta dari keuntungan perniagaan

c)

Hak eksklusif kepada pencipta karya

d)

Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna

24.

Bagaimanakah kilang motosikal tersebut melindungi produknya ?

a)

Mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b)

Mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan

c)

Mendaftar paten motosikal dengan MyIPO

d)

Dapatkan hak cipta terpelihara

25.

Apakah W ?

a)

Pemfaktoran

b)

Ar-Rahnu

c)

Overdraf

d)

Pajakan

26.

Pernyataan manakah berkaitan dengan Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC) ?

a)

Memberi pinjaman kepada usahawan

b)

Menyediakan latihan industri kepada golongan siswazah

c)

Memberi bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah

d)

Memberi jaminan kredit kepada usahawan untuk dapatkan pinjaman bank

27.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan institusi kewangan ?

a)

Pinjaman terhad

b)

Mendapat kelulusan kerajaan

c)

Dikenakan faedah yang tinggi

d)

Memerlukan pengesahan dari majikan

28.

Apakah butiran Q?

a)

Bayaran pemiutang

b)

Ambilan tunai

c)

Belian kredit

d)

Pinjaman

29.

Apakah contoh yang sesuai bagi kos berubah yang perlu dibiayai oleh usahawan?

a)

Pembelian mesin

b)

Pembelian bahan mentah

c)

Pembayaran faedah pinjaman

d)

Pembayaran sewaan bangunan

30.

Mengapakah promosi penting dalam proses pemasaran barangan pengguna?

a)

Membantu usahawan melakukan penjenamaan semula produknya

b)

Memberitahu dan memujuk pengguna membeli produk

c)

Menjamin keuntungan yang lumayan

d)

Menentukan harga yang sesuai

31.

Apakah dokumen yang akan dihantar oleh peniaga kepada pembeli jika berlaku pembelian secara kredit?

a)

Resit

b)

Invois

c)

Nota debit

d)

Penyata bank

32.

Encik Kassim membuat pembelian barang niaga secara tunai dengan Perniagaan Jana Duit Sdn. Bhd.

Berdasarkan pernyataan di atas, bahagian manakah maklumat tersebut perlu direkodkan dalam Penyata Aliran Tunai?

a)

Bayaran dari penghutang

b)

Jualan tunai

c)

Belian tunai

d)

Modal

33.

Apakah contoh stok bergerak perlahan?

a)
b)
c)
d)