Font size
WorksheetsSEJARAH SPM 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Bagaimanakah kuasa dan pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah ditentukan dalam sistem politik Melayu tradisional?
Persamaan budaya
Kesetiaan rakyat
Kegiatan ekonomi
Prinsip kepercayaan
Bagaimanakah sumber pendapatan dan kewangan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh?
(Pilih dua jawapan yang tepat)
Kegiatan perdagangan
Pembayaran ufti
Aktiviti pertanian
Sistem serah
Raden Adjeng Kartini telah menulis dua buah karya berikut:
Apakah perkara yang disentuh dalam karya tersebut?
Kepesatan kegiatan ekonomi
Penindasan terhadap rakyat
Ancaman oleh kaum imigran
Kelemahan sistem pentadbiran
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
Kemunculan ramai golongan intelektual
Kewujudan golongan bangsawan
Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?
Gagal menghalang kemasukan kuasa Barat
Rakyat dibebani cukai yang tinggi
Kebencian terhadap golongan Mandarin
Perkembangan fahaman komunis
Berikut adalah negara yang terlibat dalam Pakatan Bertiga semasa Perang Dunia Pertama.
Apakah X ?
Jerman
Austria
Hungary
Rusia
Bagi menangani kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu, Jepun telah memperkenalkan ...
(Pilih dua jawapan yang tepat)
Jawatankuasa Penyelidikan Bahan
Rancangan Pengeluaran Lima Tahun
Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda
Rancangan Kemakmuran Bersama Asia Timur
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun?
Membentuk pertubuhan serantau
Mengisytiharkan ZOPFAN
Membebaskan tanah jajahan
Melakukan serangan bom atom
Gambar menunjukkan seorang tokoh nasionalis.
Apakah jasa tokoh tersebut terhadap Sarawak?
Menentang peluasan kuasa asing
Memajukan pendidikan anak tempatan
Mempertahankan sistem pemerintahan beraja
Menghalang perkembangan pengaruh komunis
Mengapakah negara kita menjadi tumpuan orang asing sejak abad ke-16 sehingga masa ini?
(Pilih dua jawapan yang tepat)
Penduduk padat
Lokasi strategik
Sumber asli pelbagai
Tenaga buruh banyak
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948.
Mengapakah orang Melayu tidak menentang penubuhannya?
Undang-undang tradisional tamat
Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan
Singapura dipisahkan daripada Persekutuan
Kaum imigran tidak diberikan taraf warganegara
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?
Berkuasa mengawal pentadbiran
Parti-parti politik digabungkan
Syarat kerakyatan dipermudah
Diiktiraf sebagai penduduk asal
Bagaimanakah ideologi komunis disebarkan di Tanah Melayu?
(Pilih dua jawapan yang tepat)
Menyusup masuk dalam pertubuhan
Melalui hubungan antara kerajaan
Interaksi antara kumpulan pedagang
Pembukaan cawangan Parti Kuomintang
Berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
Memiliknegarakan sektor perusahaan
Menyusun semula sistem pemilikan
Menentang amalan buruh paksa
Melumpuhkan ekonomi British
Maklumat berikut berkaitan dengan pertubuhan politik di Tanah Melayu.
Apakah persamaan matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
Konsep "Merdeka dengan Darah"
Merdeka melalui konsep Melayu Raya
Penubuhan sebuah parti politik pelbagai kaum
Mengutamakan slogan Malaya Untuk Melayu
Penduduk tempatan Tanah Melayu dilantik sebagai Ahli dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.
Mengapakah pelantikan tersebut penting terhadap Tanah Melayu?
Pengekalan sistem pentadbiran tradisional
Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
Pengukuhan kuasa politik bumiputera
Penjimatan perbelanjaan kerajaan
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Dato' Onn bin Jaafar.
Mengapakah Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya sedangkan sebelum itu beliau telah menubuhkan UMNO?
Mengutamakan perpaduan antara kaum
Menerima desakan daripada penjajah British
Memastikan kemenangan dalam pilihan raya
Memantapkan pengurusan dalam Sistem Ahli
Rajah berikut berkaitan dengan perkembangan pilihan raya yang diadakan di negara kita sebelum merdeka.
Apakah X ?
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Melaka
Pilihan Raya Majlis Perundangan Sabah
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuching
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Raja-raja Melayu telah mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan yang manakah terkandung dalam memorandum tersebut?
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara
Ketua Menteri mengetuai pentadbiran kerajaan
Undang-undang tempatan dikuatkuasakan
Syarat kewarganegaraan dikaji semula
Sebagai rakyat dalam sebuah negara yang merdeka, kita mesti ...
(Pilih dua jawapan)
meninggalkan norma-norma tradisional bangsa
meningkatkan usaha untuk kepentingan peribadi
bebas daripada pengaruh asing yang negatif
berupaya menyumbang idea untuk bangsa
Apakah dua kepentingan konsep daulat dalam sistem politik Melayu tradisional?
Memperkukuh kedudukan raja-raja
Memperluas peranan golongan pembesar
Menyekat peluasan pengaruh kuasa asing
Mengikat kesetiaan rakyat terhadap negara
Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?
Mengubah sempadan negeri
Mengetuai perkhidmatan awam
Melantik diplomat ke luar negara
Mengawal perbelanjaan negara
Sejak merdeka, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sistem tersebut?
Majlis Raja-Raja menggubal perlembagaan
Monarki berkuasa mutlak mengetuai pentadbiran
Badan Kehakiman merangka undang-undang
Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara
Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri.
Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Negeri?
Tanah
Pelajaran
Kesihatan
Pertahanan
Persetujuan Bangkok dicapai pada tahun 1966 di Bangkok, Thailand.
Mengapakah persetujuan tersebut penting terhadap negara?
Pemulihan hubungan Malaysia-Indonesia
Pengukuhan hubungan Malaysia-Filipina
Penyertaan Brunei dalam Malaysia
Pembentukan Parti Perikatan Sarawak
Pada tahun 1962, referendum diadakan di Singapura.
Mengapakah referendum tersebut diadakan?
Menentukan sokongan terhadap pembentukan Malaysia
Mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan
Mengekalkan sistem pentadbiran British
Menilai pengaruh parti berhaluan kiri
Apakah kesan peristiwa berikut?
Perang Dingin merebak
Pakatan tentera dibentuk
Dasar konfrontasi berakhir
Sistem beraja dipulihkan
Singapura dan Sarawak menghadapi ancaman komunis pada tahun 1960-an.
Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman menyelesaikan ancaman tersebut?
Membentuk Persekutuan Malaysia
Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Mewujudkan kerjasama ketenteraan bersama Indonesia
Memperkukuh hubungan diplomatik dengan Filipina
Apakah dua faktor yang menjayakan kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia?
Desakan kumpulan radikal
Pemimpin dan rakyat bermuafakat
Semangat toleransi menjadi amalan
Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum
Rajah berikut berkaitan dengan proses pembentukan Persekutuan Malaysia.
X ialah pengumuman penubuhan ...
Majlis Perundangan Persekutuan
Jawatankuasa Antara Kerajaan
Jawatankuasa Eksekutif
Suruhanjaya Reid
Penyata Razak 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum.
Apakah kedua-dua elemen penting tersebut?
Kemahiran teknikal
Kurikulum seragam
Sistem persekolahan sama
Kenaikan darjah secara automatik
Berdasarkan Kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan.
Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?
Melahirkan tenaga kerja mahir
Mengurangkan sekolah vernakular
Memendekkan tempoh persekolahan
Menempatkan murid kelainan upaya
Gambar berikut adalah logo Sukan Malaysia (SUKMA).
Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?
Memantapkan ekonomi negara
Memperkukuh perpaduan rakyat
Memajukan industri pelancongan
Mengimbangi ekonomi antara kaum
Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal oleh kerajaan pada tahun 1971.
Apakah dua prinsip dasar tersebut?
Memperkukuh identiti kenegerian
Mengutamakan elemen dari luar
Berasaskan kebudayaan rakyat asal
Bertunjangkan ajaran Islam
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 untuk melaksanakan pembukaan tanah baharu.
Apakah dua kesan pembukaan tanah tersebut?
Taraf hidup rakyat meningkat
Sektor perladangan berkembang
Bilangan usahawan bertambah
Harga komoditi meningkat
Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat.
Apakah dua matlamat dasar tersebut?
Mengimbangi pemilikan harta antara kaum
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Menggiatkan pembukaan tanah
Mengapakah Tunku Abdul Rahman melaksanakan dasar probarat?
Konfrontasi Indonesia
Pergolakan di Vietnam
Gesaan Piagam Atlantik
Ancaman Parti Komunis Malaya
Berikut adalah negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang terawal.
Apakah dua sumbangan ASEAN terhadap negara-negara anggota?
Meningkatkan hubungan sosial
Menyediakan bantuan ketenteraan
Menyeragamkan sistem pentadbiran
Menumpukan pembangunan ekonomi
Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?
Pendirian pertubuhan serantau
Kepentingan ekonomi negara
Kehendak kuasa besar
Keperluan ketenteraan
Afrika Selatan mengamalkan Dasar Aparteid.
Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?
Hubungan dagang terhad
Dasar komunis diamalkan
Kebebasan beragama disekat
Diskriminasi kaum dilaksanakan
