Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 T4 : LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL (SET 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara bahan yang berikut, yang manakah tidak boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Air garam

b)

Air suling

c)

Asid etanoik

d)

Asid sulfurik pekat

2.

Kebakaran boleh dikelaskan kepada enam jenis. Antara berikut, yang manakah bahan-bahan yang terlibat bagi kebakaran Kelas E?

a)

I. Kertas

b)

II. Komputer

c)

III. Gris

d)

IV. Seterika

3.

Rajah 1 menunjukkan seorang murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindak balas logam reaktif dengan air. Apakah peralatan perlindungan diri yang perlu digunakan semasa menjalankan eksperimen itu?

a)

Gogal dan topeng muka

b)

Gogal dan baju makmal

c)

Baju makmal dan kasut bertutup

d)

Topeng muka dan kasut bertutup

4.

Bahan sisa perlu dibuang setelah selesai menjalankan eksperimen. Antara bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Cat minyak

b)

Asid nitrik, pH 6

c)

Asid hidroklorik, pH 1

d)

Natrium hidroksida, pH 12

5.

Apakah jenis bahan pemadam kebakaran yang paling sesuai digunakan apabila sebuah lori tangki minyak terbakar akibat kemalangan jalan raya?

a)

Air

b)

Buih

c)

Karbon dioksida

d)

Pemadam api ABC

6.

Apakah nilai pH bagi bahan sisa yang boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Kurang daripada 5

b)

Antara 5 hingga 9

c)

Lebih daripada 9

d)

7 sahaja

7.

Terdapat satu kebakaran kecil yang melibatkan gas metana. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?

a)

Air

b)

Buih

c)

Air sabun

d)

Serbuk kering

8.

Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah melindungi mata daripada percikan bahan kimia?

a)

Gogal

b)

Kaca mata

c)

Topeng muka

d)

Kanta lekap

9.

Apakah tindakan yang paling sesuai perlu diambil sekiranya sebahagian pakaian di badan seseorang terbakar?

a)

Menjerit meminta tolong

b)

Memadamkan api menggunakan tangan

c)

Selimutkan dengan selimut kebakaran

d)

Meminta mangsa itu berlari dengan pantas

10.

Antara yang berikut, bahan manakah yang boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Bahan yang reaktif

b)

Mempunyai nilai pH 6

c)

Mempunyai nilai pH 10

d)

Sebatian pelarut organik