wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BTS A+ SEJARAH B6T4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

#19 Feb 1948 => Persidangan Kongres Belia Asia

#Mac 1948 => Persidangan Parti Komunis India

Apakah kesan perkembangan peristiwa berikut terhadap negara kita?

a)

Kerajaan British mengharamkan PKM

b)

PKM melancarkan perjuangan bersenjata

c)

Pengaruh Parti Komunis India menyusup ke negara kita

d)

PKM berjuang sebagai sebuah pertubuhan politik

2.

Komunis membunuh Arthur Walker dan pembantunya Ian Cristian. Apakah yang berlaku ekoran kejadian tersebut?

a)

Komunis menyerah kalah

b)

British menyerah kalah

c)

Pengisytiharan darurat

d)

Parti Komunis Malaya ditubuhkan

3.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?

a)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa

b)

Penubuhan Parti Komunis Nanyang

c)

Keinginan menguasai bahan mentah

d)

Peluasan pengaruh Parti Komunis China

4.

Mengapakah Parti komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?

a)

Merampas senjata api

b)

Menimbulkan ketakutan

c)

Melambatkan kemerdekaan

d)

Menonjolkan ketidakupayaan British

5.

British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948.

Apakah tujuan ordinan tersebut diluluskan?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mengembalikan keyakinan

c)

Memulihkan keamanan

d)

Menangkap pengganas

6.

Apakah X?

a)

Auxiliary Police

b)

Special Constable

c)

Cawangan Khas

d)

Senoi Praaq

7.

Pasukan keselamatan berikut ditubuhkan untuk membanteras kegiatan komunis.

Apakah peranan pasukan tersebut?

a)

Membuat rondaan

b)

Mengawal ladang

c)

Melatih pasukan

d)

Membuat risikan

8.

Melalui Rancangan Briggs, mengapakah penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke petempatan baharu yang digelar sebagai "Kampung Baru"?

a)

Memudahkan operasi pasukan keselamatan

b)

Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen

c)

Menghalang pergerakan penduduk dengan PKM

d)

Memujuk rakyat membanteras ancaman komunis

9.

Persidangan berikut dianjurkan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa di Calcutta, India pada tahun 1948.

- Persidangan Kongres Belia Asia

- Persidangan Parti Komunis India

Apakah gesaan dalam persidangan tersebut?

a)

Bekerjasama dengan British

b)

Menentang kuasa imperialis

c)

Menubuhkan kerajaan baharu

d)

Berbaik-baik dengan Jepun

10.

Tokoh berikut telah melancarkan perang saraf bagi menangani ancaman komunis.

Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk dalam usaha tersebut?

a)

Mewujudkan Kampung Baru

b)

Memperkenalkan kad pengenalan

c)

Membawa masuk tentera Komanwel

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

11.

Gambar menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu.

Mengapakah komunis bertindak sedemikian?

a)

Menggugat proses kemerdekaan

b)

Melumpuhkan aktiviti ekonomi

c)

Melindungi penduduk pedalaman

d)

Memecahbelah penduduk tempatan

12.

Gambar menunjukkan pasukan keselamatan Tanah Melayu iaitu Auxiliary Police.

Apakah tugas mereka dalam usaha memerangi ancaman komunis?

a)

Memusnahkan kubu pertahanan

b)

Mempertahankan bandar dan kampung

c)

Mengesan tempat persembunyian musuh

d)

Membuat penyusupan dalam organisasi pengganas

13.

Maklumat berikut berkaitan usaha untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Apakah kesan tindakan tersebut terhadap orang yang disyaki terlibat dengan komunis?

a)

Tiada perbicaraan

b)

Hukuman mati

c)

Parti mereka diharamkam

d)

Rumah akan digeledah

14.

Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani ancaman Komunis?

a)

Memusnahkan kubu komunis

b)

Mengawal kampung dan pekan

c)

Melindungi kawasan perlombongan

d)

Mengesan tempat persembunyian komunis

15.

Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap ekonomi negara kita pada ketika itu?

(PILIH DUA JAWAPAN)

a)

Perkembangan ekonomi terjejas

b)

Hubungan antara kaum renggang

c)

Kemerdekaan semakin sukar dicapai

d)

Meningkatkan kos perbelanjaan pihak British

16.

Gambar berikut menunjukkan perarakan penduduk tempatan sempena kempen 'Bulan Rakyat Melawan Penjahat' pada tahun 1949 di Tanah Melayu.

Apakah kesan kempen tersebut?

a)

Pengukuhan kerjasama pelbagai kaum

b)

Pertambahan bilangan imigran

c)

Peningkatan kesedaran berpolitik

d)

Pemerkasaan perkhidmatan awam

17.

Bagaimanakah dua cara ideologi komunis disebarkan di Tanah Melayu?

a)

Menyusup masuk dalam Kesatuan Sekerja

b)

Melalui hubungan antara kerajaan

c)

Interaksi antara kumpulan pedagang

d)

Pembukaan cawangan Parti Kuomintang

18.

Sir Gerald Templer telah melaksanakan perang saraf untuk menghadapi ancaman komunis.

Bagaimanakah dua cara perang saraf tersebut dilaksanakan?

a)

Mengharamkan parti politik

b)

Menubuhkan pasukan keselamatan

c)

Memenangi kepercayaan Orang Asli

d)

Memajukan perkhidmatan penerangan

19.

Gambar berikut merujuk kepada pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British.

Apakah tugas pasukan tersebut?

a)

Menjejak persembunyian pengganas

b)

Mempertahan bandar dan kampung

c)

Menyekat bekalan makanan

d)

Membuat rondaan di pinggir hutan

20.

Bagaimanakah DUA cara penguatkuasaan Undang-Undang Darurat dilaksanakan di negara kita?

a)

Mengetatkan undang-undang bersenjata

b)

Menahan individu yang menyertai komunis

c)

Mengawal sempadan negara

d)

Menyekat kemaraan kuasa besar dunia

21.

Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan untuk menghadapi ancaman komunis.

Apakah tindakan yang diambil untuk menjayakan sistem tersebut?

a)

Menubuhkan pasukan keselamatan

b)

Penggunaan kad pengenalan

c)

Pendaftaran parti yang sah

d)

Memastikan penduduk melapor diri

22.
  1. Maklumat berikut tentang sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad

    pengenalan di Tanah Melayu.

  2. Orang awam yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki membawa kad

    pengenalan ke mana-mana sahaja mulai tahun 1948.

  3. Apakah kebaikan program tersebut terhadap kerajaan?

a)

Memutuskan hubungan dengan komunis

b)

Mengelakkan penduduk menyokong komunis

c)

Membezakan orang awam dengan komunis

d)

Menawarkan pengampunan kepada komunis

23.

Tokoh berikut telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”

Sir Gerald Templer

Apakah kejayaan kempen tersebut?

a)

Memujuk rakyat menentang komunis

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

Mewujudkan sistem pendidikan yang seragam

d)

Memupuk kerjasama rakyat melalui parti politik

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.

17 Jun 1948 => Undang-Undang Darurat diisytiharkan

Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?

a)

Pembukaan cawangan Parti Kuomintang

b)

Pembunuhan pengurus ladang Eropah

c)

Perubahan dasar pentadbiran British

d)

Penentangan Kesatuan Sekerja

25.

Pada zaman darurat, pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu.

Apakah kesan situasi tersebut?

a)

Pertambahan buruh asing

b)

Peningkatan harga barang

c)

Pengawalan barangan import

d)

Pengeluaran tanaman dagangan

26.
  1. Mengapakah rakyat bergantung pada makanan berikut semasa zaman darurat?

  2. Jagung

  3. Keledek

  4. Ubi kayu

a)

Catuan bekalan makanan

b)

Sekatan perintah berkurung

c)

Kerosakan peralatan pertanian

d)

Kemusnahan ladang getah

27.

Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pegawai British di Tanah Melayu pada zaman darurat.

Berdasarkan dialog tersebut, apakah tindakan kerajaan bagi menamatkan zaman darurat?

a)

Melancarkan Perang Saraf

b)

Menangkap pemimpin radikal

c)

Memperbanyak Kampung Baru

d)

Memperbesar pasukan keselamatan

28.

Apakah ideologi yang diperjuangkan oleh komunis?

a)

Melaksanakan undang-undang yang tegas

b)

Melindungi nasib golongan pertengahan

c)

Menjadikan ekonomi milik negara

d)

Menjaga kepentingan majikan

29.

Mengapakah pertubuhan berikut diharamkan di bawah Undang-undang Darurat?

  • * Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

  • *Ikatan Pembela Tanah Air (PETA)

a)

Menentang Jepun

b)

Berfahaman radikal

c)

Menyokong pentadbiran British

d)

Berusaha menuntut kemerdekaan

30.

Mengapakah penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke petempatan baharu?

a)

Memperbaik taraf hidup

b)

Melemahkan pergerakan komunis

c)

Merancakkan pembangunan ekonomi

d)

Memastikan kehidupan yang lebih selamat

31.

Jelaskan DUA tindakan Rancangan Briggs yang dilaksanakan di Tanah Melayu?

a)

Membuka penempatan baharu

b)

Menubuhkan jawatankuasa kampung

c)

Mengadakan latihan ketenteraan

d)

Memajukan sektor pertanian

32.

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1950.

Apakah tujuan Rancangan Briggs?

a)

Mengawal pergerakan Parti Komunis Malaya

b)

Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen

c)

Menggalakkan rakyat Tanah Melayu bersatu

d)

Mengetatkan undang-undang senjata api

33.

Gambar berikut berkenaan dengan pasukan Sarawak Rangers (Iban Tracker).

Apakah kejayaan pasukan tersebut?

a)

Menghapuskan kumpulan Min Yuen

b)

Membantu polis menentang komunis

c)

Membantu mengamankan kampung

d)

Memusnahkan kem dan markas komunis

34.

Mengapakah pergerakan Partai Komunis Indonesia tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Perbezaan bahasa antara penduduk

b)

Doktrin perjuangan yang sederhana

c)

Sekatan undang-undang oleh pemimpin

d)

Kekerasan digunakan dalam perjuangan

35.

Mengapakah tokoh-tokoh tersebut ditangkap semasa zaman darurat pada tahun 1948?

  • - Khatijah Sidek

  • - Ahmad Boestaman

  • - Ishak Haji Muhammad

a)

Menjadi pemimpin gerakan radikal

b)

Menyertai gerakan menentang Jepun

c)

Melindungi tokoh nasionalis tempatan

d)

Mensabotaj kempen menyokong British

36.

Apakah DUA cara Sir Henry Gurney mengiklankan tawaran pengampunan kepada komunis?

a)

Radio

b)

Wayang gambar

c)

Buku

d)

Akhbar

37.

Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri. Mengapakah beliau berbuat sedemikian?

a)

Melemahkan perjuangan komunis

b)

Mewujudkan masyarakat bersatu padu

c)

Bersimpati dengan perjuangan komunis

d)

Membawa kemajuan kepada Persekutuan Tanah Melayu

38.

Apakah tujuan British melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu?

a)

Menambah bilangan penduduk

b)

Mewujudkan bangsa yang bersatu

c)

Membuat persediaan ke arah berkerajaan sendiri

d)

Menjayakan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

39.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum diwujudkan?

a)

Membanteras tentera komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Membantu kerajaan dari segi kewangan

d)

Meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum

40.

British berusaha memenangi kepercayaan Orang Asli dengan membina 14 kubu yang menyediakan barang keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan. Mengapakah British berbuat demikian?

a)

Melindungi Orang Asli

b)

Memenuhi tanggungjawab pentadbiran British

c)

Meningkatkan taraf hidup Orang Asli

d)

Mendapatkan sokongan Orang Asli untuk memerangi komunis