WorksheetsSEJARAH SPMC 2021 SBP
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Rajah 1 berkaitan dengan lambang kebesaran yang menjadi salah satu ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah X?
Regalia
Tepak sireh
Bahasa Melayu
Wilayah pengaruh
Maklumat berikut berkaitan dengan keunggulan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
# Temenggung
# Laksamana
Apakah kesan pengenalan jawatan tersebut?
Keamanan terjamin
Percukaian yang adil
Perbendaharaan teratur
Adat istiadat terpelihara
Revolusi Keagungan telah berlaku di England pada tahun 1688.
Mengapakah revolusi tersebut berlaku?
Menentang kenaikan cukai
Menamatkan pemerintahan beraja
Menegakkan kedaulatan parlimen
Memperjuangkan hak asasi rakyat
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar pemerintahan di Thailand.
Mengapakah pemerintah Thailand melaksanakan dasar-dasar tersebut?
Mengekalkan warisan budaya
Mempertahankan kedaulatan
Menghapuskan kapitalis Barat
Memansuhkan hak wilayah asingan
Bagaimanakah pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris menyedarkan rakyat untuk menentang penjajah pada abad ke-20?
Membawa masuk ulama Kaum Muda
Menghasilkan karya nasionalisme
Mempopularkan idea revolusi
Menyebarkan gerakan Islah
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha Kaum Muda di negara kita pada awal abad ke-20.
Kaum Muda berjaya menubuhkan Persatuan Kebajikan a-Jamiah al-Khairiah di Singapura demi kemajuan masyarakat
Persatuan ini berjaya memajukan masyarakat dalam
prasarana madrasah
pemerintahan
kebudayaan
perniagaan
Gambar 1 menunjukkan pertemuan tiga tokoh pemimpin Kuasa Bersekutu di Yalta, Rusia ketika Perang Dunia Kedua.
Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang hasil pertemuan mereka?
Penguatkuasaan teknik serangan Blitzkrieg
Penyekatan serta merta serangan Jepun
Peningkatan kerjasama ketenteraan
Penamatan Operasi kod “D-Day"
Slogan berikut berkaitan dengan usaha Jepun menjayakan misi mereka ke negara kita.
“Asia untuk Orang Asia"
Apakah muslihat Jepun menggunakan slogan tersebut?
Menyelamatkan negara Asia
Menonjolkan kehebatan kuasa Barat
Memenuhi hasrat penduduk tempatan
Menaikkan imej sebagai pembela Asia
Semasa pendudukan tentera Jepun, beberapa jawatan tinggi diberikan kepada penduduk peribumi Sarawak.
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
Semangat berkerajaan sendiri semakin meningkat
Orde baharu Asia Timur mula diwujudkan
Slogan “Asia Untuk Asia” dilaksanakan
Imperialis Barat hilang pengaruh
Rajah 2 menunjukkan perubahan pentadbiran British selepas Perang Dunia Kedua di negara kita.
Apakah DUA sebab British melaksanakan perubahan tersebut?
Melicinkan pentadbiran
Meningkatkan pelaburan
Mengukuhkan sistem beraja
Membentuk perpaduan kaum
Ilustrasi 1 menunjukkan demonstrasi penduduk berkaitan penyerahan Sarawak kepada British selepas Perang Dunia Kedua.
Mengapakah poster mereka mencatatkan “We Do Not Want To Be Colonised” dan “Leburkan Koloni”?
Memprotes hukuman terhadap anggota Rukun 13
Bertentangan dengan Perlembagaan 1941
British menindas penduduk temptan
Vyner Brooke tua dan uzur
Rajah 3 menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu.
Apakah sebab berlaku perubahan tersebut?
Tuntutan pelabur asing
Sokongan bukan Melayu
Cadangan Raja-raja Melayu
Desakan Parti Komunis Malaya
Gambar 2 menunjukkan tindakan sabotaj oleh komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah komunis bertindak sedemikian?
Melumpuhkan ekonomi British
Melengahkan kemaraan tentera
Memecah belahkan perpaduan
Membuktikan kekuatan
Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pegawai British di Tanah Melayu pada zaman darurat.
Berdasarkan dialog tersebut, apakah kesan zaman darurat kepada negara?
Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan
Pasukan keselamatan negara diperbesar
Kemerdekaan negara disegerakan
Kampung Baru diperluas
Jadual berikut berkaitan dengan usaha ke arah kemerdekaan.
Sebagai pemimpin CLC, apakah yang akan dilakukan bagi merealisasikan moto tersebut?
Membentuk hala tuju yang sama
Memperjuangkan hak sama rata semua rakyat
Meningkatkan kesedaran pendidikan venakular
Memperketat pemberian syarat kewarganegaraan
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein juga dikenali sebagai Penyata Razak 1956.
Bagaimanakah DUA cara penyata tersebut berusaha mengintegrasikan rakyat pelbagai kaum di negara kita?
Penggunaan kurikulum yang seragam
Pengenalan buku teks berunsur tempatan
Pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah
Pelaksanaan sistem persekolahan yang sama bagi semua
Jadual 2 berkaitan keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Mengapakah Parti Perikatan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya tersebut?
Mengadakan kerjasama politik
Mendaftarkan calon lebih awal
Memperjuangkan hak sama rata
Meletakkan calon berpendidikan
Maklumat berikut berkaitan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apakah DUA peranan suruhanjaya tersebut dalam membentuk perlembagaan bagi negara merdeka yang sejahtera?
Memperuntukkan hak sama rata untuk semua kaum
Mengadakan referendum dalam kalangan penduduk
Memastikan sistem kerajaan Persekutuan yang kuat
Mengamalkan sikap terbuka menerima pandangan
Antara berikut, apakah DUA prasarana yang disediakan oleh Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk meraikan pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
Stadium Merdeka
Parlimen
Dewan Bahasa dan Pustaka
Istana Negara
Rancangan berikut diperkenalkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961
Apakah kepentingan rancangan tersebut?
Memodenkan pendidikan
Memajukan perindustrian
Membangunkan infrastruktur
Membanteras ancaman komunis
Setem kenangan berikut berkaitan keunikan rakyat Malaysia.
Bagaimanakah keunikan tersebut mengukuhkan kedaulatan negara kita?
Perkongsian sempadan negeri
Pengamalan adat resam yang sama
Kebebasan mutlak dalam bermasyarakat
Keharmonian hidup rakyat berbilang kaum
Pasangan manakah yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang sebelum merdeka?
A
B
C
D
Perkara berikut terlibat dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1965.
Struktur Mahkamah Atasan
Bagaimanakah pindaan perlembagaan 1963 mengukuhkan struktur mahkamah tersebut?
Membentuk Mahkamah Majistret
Membentuk Mahkamah Rayuan
Mewujudkan Mahkamah Persekutuan
Menubuhkan Mahkamah Tinggi Malaya
Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja.
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita.
Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?
Mengesah pelantikan anggota Jemaah Menteri
Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan penting
Mempunyai kuasa budi bicara dalam pembentukan kerajaan
Memperkenan semua undang-undang yang diluluskan Parlimen
Pernyataan berikut berkaitan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan.
Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?
Tertakluk kepada Akta Parlimen
Memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong
Terikat dengan kelulusan Dewan Undangan Negeri
Melepasi tapisan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Logo berikut berkaitan pentadbiran Kerajaan Tempatan.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, di bawah senarai apakah pentadbiran tersebut diwartakan?
Senarai Persekutuan
Senarai Tambahan
Senarai Bersama
Senarai Negeri
Maklumat berikut berkaitan reaksi negara jiran terhadap pembentukan Malaysia.
Reaksi Filipina Terhadap Pembentukan Malaysia
Presiden Diosdado Pangan Macapagal menentang pembentukan Malaysia
Mengapakah Filipina memberi reaksi sedemikian?
Menuntut wilayah Sabah
Mempertahankan keamanan serantau
Membantah dasar neokolonialisme
Memperjuangkan pembentukan Kesatuan Negeri Borneo
Antara berikut, yang manakah berkaitan kandungan dalam intipati Perjanjian Malaysia?
Perhubungan luar di bawah kuasa negeri
Pengagihan kerusi parlimen sama rata
Pemerintahan beraja mutlak
Pengiktirafan kedaulatan
Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.
Apakah faktor pemisahan tersebut?
Hak sama rata semua kaum
Peningkatan ancaman komunis
Kebebasan bersuara secara mutlak
Penghapusan pasaran bersama disegerakan
Maklumat berikut berkaitan isu yang dihadapi oleh kerajaan semasa memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
Kejatuhan harga bahan mentah
Terlalu bergantung pada eksport getah dan bijih timah
Apakah usaha kerajaan untuk menangani masalah tersebut?
Mengukuhkan integrasi nasional
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Menggerakkan industri pelancongan negara
Melibatkan sektor swasta dalam industri berat
Bagaimanakah DUA usaha Laporan Rahman Talib 1960 mengekalkan teras pendidikan kebangsaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi?
Mewujudkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan negara
Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan
Apakah yang mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 1967?
Penubuhan Universiti Malaya
Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan
Pembinaan sekolah teknik dan vokasional
Penggunaan bahasa Melayu dalam perniagaan
Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974.
Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?
Membuka lebih banyak petempatan baru
Menambahkan pengeluaran bahan makanan
Menaik taraf kemudahan kesihatan peneroka
Memberikan kemudahan kredit kepada petani
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) berjaya melahirkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
Bagaimanakah hasrat tersebut tercapai?
Meramaikan golongan peneroka
Menggalakkan pemilikan saham amanah
Menubuhkan agensi pembangunan tanah
Membentuk kelas bumiputera komersial
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia menggubal dasar luar yang dinamik dan berbaik-baik dengan semua negara.
Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?
Mematuhi desakan negara luar
Menjaga kepentingan kuasa besar
Memelihara kedaulatan negara
Memenuhi tuntutan rakyat
Malaysia telah menjayakan misi pengaman anjuran PBB di negara berkonflik berikut.
Congo (Afrika)
Kemboja (Asia)
Bosnia dan Herzegovina (Eropah)
Antara berikut, yang manakah DUA tugas misi di negara tersebut?
Membantu pentadbiran
Mengadakan perjanjian
Mengawasi gencatan senjata
Mendaulatkan undang-undang
Malaysia terlibat secara aktif menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Indochina terutamanya di Vietnam dan Kemboja.
Mengapakah Malaysia berbuat sedemikian?
Memenuhi aspirasi kuasa besar
Menunjukkan kekuatan ketenteraan
Menjamin kestabilan rantau Asia Tenggara
Menggagalkan agenda penjajahan bentuk baharu
Maklumat berikut berkaitan pertubuhan antarabangsa.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
Setiausaha Agung pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Apakah matlamat pertubuhan tersebut?
Menyelesaikan konflik serantau
Mengukuhkan pakatan ketenteraan
Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali
Menjaga kepentingan masyarakat negara anggota
Krisis politik di Syria yang bermula pada tahun 2011 menyebabkan rakyat Syria menghadapi masalah kekurangan makanan dan kemudahan perubatan.
Bagaimanakah DUA cara rakyat Malaysia memberikan bantuan dan sokongan kepada rakyat negara tersebut?
Menghantar pasukan tentera
Memberikan bantuan kemanusiaan
Menjalankan aktiviti kesukarelawanan
Membangunkan kemudahan asas
Pengisytiharan Deklarasi Langkawi pada bulan Oktober 1989 membuktikan komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk memelihara alam sekitar.
Antara berikut, yang manakah DUA usaha Malaysia untuk menjayakan deklarasi tersebut?
Melancarkan Tahun Melawat Langkawi
Melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara
Melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara
Mengutarakan Antartika sebagai warisan sejagat
