wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

OSHE Quiz for Contractor

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama jabatan kerajaan yang menguatkuasakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia?

a)

Jabatan Alam Sekitar

b)

Jabatan Tenaga Kerja

c)

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

d)

Jabatan Keselamatan Negara

2.

Pada tahun bilakah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) diwartakan?

a)

1994

b)

2004

c)

1967

d)

1984

3.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 hendaklah terpakai kepada semua tempat kerja di seluruh Malaysia, KECUALI...

a)

Orang yang bekerja di atas kapal yang berlayar

b)

Anggota Polis

c)

Angkatan Tentera

d)

Pekerjaan Domestik ; orang gaji, pemandu peribadi, tukang kebun rumah

e)

Orang yang bekerja di atas kapal terbang

4.

Di antara kewajipan am majikan kepada pekerjanya adalah...

a)

Menyediakan tempat tinggal dan makanan percuma kepada semua pekerja.

b)

Menyediakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat.

c)

Menyediakan maklumat, arahan dan latihan kepada pekerja.

d)

Menyediakan kemudahan kebajikan yang mencukupi di tempat kerja.

5.

Berikut merupakan kewajipan am seorang pekerja berdasarkan AKKP, KECUALI...

a)

Menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain sewaktu bekerja.

b)

Menggunakan atau memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh pihak syarikat pada sepanjang masa bekerja.

c)

Mematuhi apa-apa arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan yang diadakan oleh majikan.

d)

Memastikan kerja yang diberi siap dalam jangka waktu yang ditetapkan.

6.

Seseorang majikan hendaklah melantik seorang pekerjanya untuk bertindak sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan jika dia menggaji ___ orang pekerja atau lebih di tempat kerja beliau.

a)

5

b)

10

c)

40

d)

100

7.

Seseorang majikan hendaklah menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja jika...

a)

terdapat seratus orang atau lebih pekerja.

b)

terdapat empat puluh atau lebih pekerja.

c)

Ketua Pengarah mengarahkan untuk ditubuhkan jawatankuasa.

d)

Pengarah Bahagian Keselamatan mengarahkan untuk ditubuhkan jawatankuasa.

8.

Yang berikut merupakan contoh-contoh kebajikan dari majikan kepada pekerja berdasarkan AKKP, KECUALI...

a)

Tempat rehat pekerja.

b)

Bekalan air minuman yang bersih.

c)

Peti pertolongan cemas.

d)

Elaun makan tengahari.

9.

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah terdiri daripada...

a)

Presiden, setiausaha, dan bendahari.

b)

Pengerusi, setiausaha, wakil-wakil majikan dan wakil-wakil pekerja.

c)

Pengerusi, naib pengerusi, bendahari dan ahli jawatankuasa.

d)

Presiden, naib presiden, bendahari, setiausaha, wakil-wakil majikan dan wakil-wakil pekerja.

10.

Jumlah minima wakil majikan dan wakil pekerja pada satu-satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan adalah:-

i) 100 orang pekerja atau kurang: _ orang wakil majikan, _ orang wakil pekerja.

ii) Lebih 100 orang pekerja: _ orang wakil majikan, _ orang wakil pekerja.

a)

i) 2, 2

ii) 4, 4

b)

i) 2, 2

ii) 2, 2

c)

i) 4, 4

ii) 4, 4

d)

i) 4, 4

ii) 8, 8

11.

Apakah di antara fungsi-fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan?

a)

Membantu dalam menyediakan kaedah dan sistem kerja yang selamat.

b)

Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.

c)

Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

d)

Menyiasat apa-apa kemalangan di tempat kerja.

12.

Bilakah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan mula dikuatkuasakan?

a)

Januari 2022

b)

Januari 2024

c)

Jun 2022

d)

Jun 2024

13.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira sewaktu menjalankan pentaksiran risiko?

a)

Kenalpasti bahaya

b)

Analisis Risiko

c)

Semakan berjadual pentaksiran risiko

d)

Kawalan Bahaya

14.

Yang manakah di antara berikut merupakan tanggungjawab "Prinsipal" berdasarkan AKKP?

a)

Memastikan keselamatan dan kesihatan mana-mana pekerja ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja

b)

Memastikan keselamatan dan kesihatan mana-mana kontraktor yang diguna khidmat apabila sedang bekerja

c)

Memastikan keselamatan dan kesihatan mana-mana subkontraktor atau subkontraktor tidak langsung apabila sedang bekerja

d)

Memastikan keselamatan dan kesihatan mana-mana pekerja yang diambil kerja oleh kontraktor atau subkontraktor apabila sedang bekerja

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Hak Pekerja" yang ditambahbaik di dalam AKKP (Pindaan) 2022?

a)

Pekerja mempunyai hak untuk datang kerja lewat untuk menghantar anak ke sekolah

b)

Pekerja mempunyai hak untuk menuntut kenaikan gaji dan menerima bonus tahunan

c)

Pekerja mempunyai hak untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau kerja itu jika majikan gagal untuk mengambil tindakan untuk menghapuskan bahayanya

d)

Pekerja mempunyai hak untuk tidak melakukan kerja sekiranya beliau tidak suka dengan tugasan kerja yang diberikan oleh penyelia

16.

Keperluan seseorang majikan untuk melantik Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan (OSH-C) adalah untuk membantu majikan menyelaraskan pematuhan perundangan KKP dan program KKP di tempat kerja. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

17.

Seseorang pekerja boleh mula melakukan kerja yang ditetapkan pada hari pertama bekerja walaupun sebelum latihan diberikan. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

18.

Apakah penalti yang boleh dikenakan kepada majikan/prinsipal atas sebarang ketidakpatuhan kepada Akta KKP berkaitan "Kewajipan Majikan/Prinsipal"?

a)

Denda RM50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

b)

Denda RM 500,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

c)

Denda RM 200,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya

d)

Denda RM20,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya

19.

Apakah penalti yang boleh dikenakan sekiranya seseorang majikan tidak membentuk dasar keselamatan dan kesihatan?

a)

Denda RM500,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

b)

Denda RM50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

c)

Denda RM20,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

d)

Denda RM200,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

20.

Apakah kekerapan minima untuk melakukan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

a)

Setiap bulan

b)

Setiap tahun

c)

Sekurang-kurangnya tiga bulan sekali

21.

Apakah langkah pelaporan yang perlu diambil majikan/prinsipal sekiranya terjadi kemalangan pekerjaan yang melibatkan kematian?

a)

Serta-merta memberitahu pejabat JKKP terdekat

b)

Melaporkan dalam borang JKKP6 atau melalui sistem MyKKP dalam masa 7 hari

c)

Melaporkan dalam laporan kemalangan tahunan dalam borang JKKP8

d)

Tidak melaporkan kemalangan yang berlaku kepada sesiapa

22.

Keperluan mewujudkan pelan kecemasan di tempat kerja adalah untuk mengurangkan kesan akibat kemalangan berlaku. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

23.

Berikut merupakan kecederaan serius berdasarkan Jadual Pertama, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, KECUALI...

a)

Kurang penglihatan yang kekal salah satu mata

b)

Kurang pendengaran yang kekal salah satu telinga

c)

Luka pada lutut akibat jatuh dari motosikal

d)

Patah atau dislokasi tulang

24.

Mengapakah "Pentaksiran Risiko" dilakukan?

a)

Untuk mengenal pasti semua faktor yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada pekerja dan orang lain

b)

untuk mempertimbangkan kemungkinan sebenar sesuatu bahaya dan tahap keterukan kemalangan kepada seseorang

c)

bagi membolehkan majikan merancang, memperkenalkan dan memantau langkah-langkah pencegahan untuk memastikan bahawa risiko dikawal secukupnya pada setiap masa.

25.

Apakah kekerapan bagi majikan dalam menjalankan pengenalpastian bising berlebihan di tempat kerja?

a)

Tiga tahun sekali

b)

Lima tahun sekali

c)

Setiap bulan

d)

Tidak lebih daripada satu tahun selepas tarikh pengenalpastian terdahulu