Font size
WorksheetsUlang Kaji 4
Total questions: 2
Worksheet time: 50mins
Aku sebiji gasing jantung. Aku mendapat nama gasing jantung kerana bentuk aku seperti jantung. Badan aku keras dan kuat. Aku diperbuat daripada sebatang pokok nangka. Sebatang besi dibenamkan ke dalam badanku. Tujuannya supaya badanku menjadi lebih seimbang.
Pemain menggunakan tali yang panjang untuk bermain gasing. Tali itu diperbuat daripada nilon. Pemain melilitkan tali pada badan aku. Aku berasa susah bernafas kerana tali itu melilit badan aku dengan kuat.
Setelah lilitan di badan aku kemas, aku dilemparkan ke tanah dengan pantas. Aku tergamam kerana dilemparkan secara tiba-tiba. Pada masa itu, tali tidak laki melilit badan aku. Aku berpusing dengan ligat pada satu tempat. Lama-kelamaan, pusingan badan aku semakin perlahan. Akhirnya, aku keletihan dan berhenti berpusing.
Aku diperbuat daripada batang _____
pokok nangka
pokok
pokok ubi
pokok bunga
Apakah tujuan besi dibenamkan ke dalam badanku?
Supaya badanku menjadi lebih besar dan cantik.
Supaya badanku lemah.
Supaya badanku lemah dan teruk.
Supaya badanku menjadi seimbang.
Ke manakah aku dilemparkan?
Ke dalam kotak.
Ke dalam kolam.
Ke tanah.
Ke dalam dulang.
Siapakah yang melilitkan tali di badan gasing?
iaitu
aku sendiri
orang ramai
pemain
Mengapakah 'aku' diberi nama gasing jantung?
Bentukku seperti jantung.
Diperbuat daripada jantung.
Mempunyai 2 jantung.
Mempunyai jantung.
LAWATAN KE HUTAN LIPUR GUA NIAH
Kelab Kembara Sunway College Johor Bahru akan mengadakan lawatan ke Hutan Lipur Gua Niah. Maklumat tentang aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Ogos 2024
Hari: Sabtu
Masa bertolak: 8.00 pagi.
Tempat berkumpul: Courtyard, Sunway College Johor Bahru
Aktiviti: Membersihkan kawasan sekitar serta mengenal pasti tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya.
Ahli-ahli yang berminat, sila daftarkan nama kepada Encik Mohd Hamizan Bin Harsidi berserta dengan bayaran tambang sebanyak RM30.00 sebelum 7 Ogos 2024.
Siapakah yang menganjurkan lawatan ini?
Warga Sunway College Johor Bahru
Ahli-ahli alumni Sunway College Johor Bahru
Pensyarah dan koordinator Sunway College Johor Bahru
Kelab Kembara Sunway College Johor Bahru
Bilakah lawatan itu akan diadakan?
10 Oktober 2024
10 Ogos 2024
16 Ogos 2024
12 Ogos 2024
Pukul berapakah rombongan itu bertolak?
7.00 pagi
8.15 pagi
7.30 pagi
8.00 pagi
Berapakah tambang bagi menyertai lawatan itu?
RM15.00
RM30.00
RM20.00
RM25.00
Tarikh akhir pembayaran untuk menyertai lawatan itu ialah
12 Ogos 2024
13 Ogos 2024
10 Ogos 2024
7 Ogos 2024
