WorksheetsQuiz Electric Practical
Total questions: 30
Worksheet time: 3hrs 30mins
Apakah jenis PPE yang melindungi mata dalam proses pendawaian elektrik?
Safety Boot
Safety Gogle
Jaket keselamatan
Sarung Tangan Keselamatan
Manakah antara berikut merupakan langkah yang betul dalam membuat suatu pendawaian.
Membuat lawatan tapak
Buat pemasangan terus ke tapak tersebut
Buat pemeriksaan pada pendawaian rumah atau tapak
Membuat pembelian barang secara langsung untuk menjimatkan masa
Pilih penyataan yang benar berkaitan pemasangan elektrod bumi.
I. Elektrod perlu ditanam pada tanah yang kering.
II. Elektrod jenis kuprum mempunyai pengaliran yang lebih baik.
III. Nilai rintangan bumi untuk elektrod hendaklah kurang dari 10Ω.
IV. Menanam elektrod secara selari dapat meningkatkan kecekapan.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah tatacara yang betul ketika menggunakan Stock & Dies dalam pendawaian konduit logam.
Membuat ukuran pada konduit logam terlebih dahulu.
Membuat bengkokkan pada konduit logam pada peringkat permulaan.
Pasang konduit logam pada tempat pemasangan untuk memastikan bengkokkan adalah betul.
Buat pemotongan pada konduit terlebih dahulu kemudian buat ukuran pada konduit logam yang ingin dibuat bebenang.
Apakah prosedur yang betul dalam membuat pemeriksaan pada pepasangan elektrik yang rosak.
Periksa keadaan pada kotak fius agihan terlebih dahulu.
Buat pendawaian baru pada pepasangan untuk memudahkan kerja.
Terus menukar beban yang telah mengalami kegagalan untuk berfungsi.
Buat pengujian penglihatan pada beban dan tukar alat yang telah rosak.
Susun langkah-langkah yang betul dalam membuat pengujian kekutuban pada litar elektrik.
I. Laraskan meter pada pengujian Ohm.
II. Suis utama hendaklah dalam keadaan terbuka (Off).
III. Sambungkan probe merah dan probe hitam penguji mengikut rajah ujian yang perlu dijalankan.
IV. Sekiranya bacaan jangka ohm rintangan rendah ( kurang daripada satu ohm) atau meter buzzer berbunyi ini menunjukkan sambungan betul.
I, II, III, IV
I, II, IV, III
II, I, III, IV
II, I, IV, III
Apakah jenis pendawaian yang sesuai untuk persekitaran yang lembab?
Pendawaian jenis permukaan.
Pendawaian jenis konduit PVC.
Pendawaian jenis konduit Logam.
Pendawaian jenis sesalur Logam.
Apakah kelebihan sistem pendawaian jenis Cable Tray?
I. Perlindungan mekanikal yang baik.
II. Sesuai untuk bangunan yang bertingkat.
III. Boleh menempatkan kabel yang banyak.
IV. Untuk penggunaan pendawaian voltan rendah.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Manakah antara berikut merupakah langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum pengujian rintangan penebatan dijalankan pada pepasangan elektrik.
I. Pastikan bekalan telah diputuskan.
II. Tanggalkan semua beban pada pepasangan.
III. Semua suis hendaklah dalam keadaan ’ON’ semasa pengujian dijalankan.
IV. Probe merah hendaklah pada pengalir fasa dan probe hitam perlu diletakkan pada pengalir neutral.
I, II, dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Susun alat perlindungan litar dalam kotak fius agihan mengikut susunan yang telah ditetapkan dalam buku peraturan elektrik.
I. Main Switch
II. Cut Out Fuse
III. Miniature Circuit Breaker
IV. Residual Current Circuit Breaker
I - II - III - IV
II - I - IV - III
I - IV - II - III
II - III - I - IV
Manakah antara berikut bukan merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan bagi memastikan risiko dari hazard berkurang?
Penggunaan peralatan itu bersesuaian dengan pengguna.
Pemilihan peralatan yang betul dengan kerja yang hendak dilakukan.
Latihan penggunaan serta tunjuk ajar yang berkesan kepada peralatan yang diberi.
Prosedur Standard Operasi (SOP) kepada penggunaan mesin atau alatan tidak perlu disediakan.
Manakah antara berikut adalah merupakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menentukan alat tersebut sesuai?
I. Gunakan alat yang bersesuaian mengikut saiz pekerja.
II. Gunakan alat yang bersesuaian dengan persekitaran dan cuaca.
III. Pertimbangkan alat yang bersesuaian dengan tahap kesihatan pekerja.
IV. Gunakan alat yang dapat mencegah dan mengawal risiko pada tahap yang sesuai.
I, II, dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Bagaimanakah fius berfungsi untuk mematikan bekalan elektrik?
Peranti ini mempunyai mekanisma menendang suis dari posisi tertutup kepada terbuka untuk memutuskan litar.
Peranti ini menggunakan alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus litar secara manual dalam keadaan normal.
Peranti ini menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur apabila arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan seterusnya litar akan terputus.
Peranti ini direka berbagai bentuk jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan angin, jenis vakum dan jenis miniature untuk membolehkannya untuk memutuskan litar.
Apakah prosedur yang betul semasa membuat aktiviti menanam elektrod bumi pada sesuatu kawasan.
I. Pilih satu kawasan untuk menanam elektrod.
II. Tanam elektrod ke dalam tanah dengan cermat.
III. Tambah panjang elektrod sekiranya nilai bacaan adalah masih tinggi.
IV. Ambil bacaan yang tertera pada alat uji jenis Earth Resistence Tester dan buat pengiraan untuk 3 kali percubaan.
I - II - III - IV
I - II - IV - III
II - I - IV - III
II - I - III - IV
Sekiranya bacaan rintangan bumi pada kawasan tersebut masih tinggi, apakah kaedah lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.
I. Tambah panjang elektrod.
Tanam elektrod secara selari.
III. Gunakan plat besi untuk luas permukaan yang lebih besar.
IV. Siram kawasan tanah kering dengan air agar nilai rintangan boleh berkurang.
I, II, dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah yang anda faham tentang “Hazard”?
Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan risiko bahaya kecederaan kepada haiwan sahaja.
Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan risiko bahaya tinggi yang hanya berlaku ditempat kerja.
Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan risiko bahaya yang datangnya daripada bencana alam sahaja.
Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya.
Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan Akta Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan 1994 Osha Akta 514 diwujudkan di Malaysia?
I. Bagi memastikan klinik pekerja disediakan.
II. Bagi memastikan keselamatan pekerja terjamin.
III. Melindungi pekerja daripada bahaya risiko ditapak pembinaan.
IV. Bagi memastikan kebajikan pekerja sekiranya berlaku kemalangan.
I, II, dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Pernyataan diatas adalah merupakan peraturan dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), apakah tujuan peraturan diatas itu dilaksanakan?
Untuk memastikan kilang-kilang mengendalikan jentera dengan cara yang betul dan selamat.
Untuk memastikan peralatan tangan dan peralatan berkuasa mudah alih yang di gunakan adalah sesuai dan selamat.
Untuk memastikan bahan-bahan di kilang dan jentera mencukupi bagi memastikan pemprosesan bahan mentah berjalan dengan lancar.
Untuk memastikan kendalian bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan binaan dilaksanakan dengan lancar seperti dalam perancangan.
Manakah antara berikut adalah merupakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menentukan alat tersebut sesuai?
I. Gunakan alat yang bersesuaian mengikut saiz pekerja.
II. Gunakan alat yang bersesuaian dengan persekitaran dan cuaca.
III. Pertimbangkan alat yang bersesuaian dengan tahap kesihatan pekerja.
IV. Gunakan alat yang dapat mencegah dan mengawal risiko pada tahap yang sesuai.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara berikut, manakah faktor yang perlu diambil perhatian untuk menentukan keadaan yang cekap, selamat dan tidak membazir untuk menyediakan keperluan pada suatu jenis pendawaian yang hendak dibuat?
I. Kualiti pendawaian.
II. Tempoh ketahanan pemasangan.
III. Tambahan litar atau perubahan litar.
IV. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara berikut, manakah merupakan ciri-ciri pemilihan pendawaian tersembunyi?
I. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
II. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak.
III. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih singkat.
IV. Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira berkaitan dengan keupayaan membawa arus kabel?
I. Pendawaian permukaan untuk rumah papan - faktor kumpulan.
II. Pendawaian menggunakan sesalur (trunking) - faktor ruang 45%.
III. Pendawaian menggunakan pembuluh (konduit) - faktor ruang 40%.
IV. Pendawaian terbenam menggunakan sesalur - faktor suhu persekitaran.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Manakah antara berikut adalah merupakan keburukan sistem pendawaian salur?
I. Merosakkan lantai semasa pemasangan.
II. Boleh menjadi tempat sampah dan habuk terkumpul.
III. Membazir kerana tidak keseluruhan salur digunakan.
IV. Alat-alat dan perkakas mudah diubah kedudukannya.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem perlindungan rosak bumi?
Sistem perlindungan yang lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan perlindungan bagi mengelakkan arus yang optima masuk ke beban.
Sistem perlindungan yang lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan perlindungan bagi mengelakkan arus litar pintas pada pendawaian.
Sistem perlindungan yang lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan perlindungan berkenaan bagi mengelakkan beban lebih kepada pengadang berlogam.
Sistem perlindungan yang lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan perlindungan berkenaan bagi mengelakkan arus bocor kepada pengadang berlogam.
Berdasarkan gambarajah 1 di atas, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan sekiranya anda ternampak seseorang berada pada situasi diatas?
I. Jika didapati arus elektrik masih mengalir, segera matikan bekalan.
II. Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup.
III. Berikan segera bantuan pernafasan kepada mangsa apabila didapati mangsa mempunyai denyutan nadi.
IV. Mangsa hendaklah dialihkan dari kawasan bahaya dan jika perlu berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Bagaimanakah cara memaklumkan kepada orang awam bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan pada kawasan tersebut?
I. Memasang papan tanda amaran.
II. Memasang khemah pada tapak kerja.
III. Membuat pagar disekeliling kawasan kerja.
IV. Meletakkan kon pada tepi jalan bagi memberi amaran kepada pemandu.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
. Anda berjalan disebuah taman permainan di kawasan bandar, tiba-tiba anda ternampak seorang mangsa sedang terbaring dan badan mengeletar. Setelah meneliti dengan tangkas, anda mendapati mangsa terkena renjatan elektrik kesan dari kabel lampu jalan yang terdedah.
Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan sekiranya anda ternampak seseorang berada pada situasi tersebut?
I. Jika didapati arus elektrik masih mengalir, segera matikan bekalan.
II. Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup.
III. Berikan segera bantuan pernafasan kepada mangsa apabila didapati mangsa mempunyai denyutan nadi.
IV. Mangsa hendaklah dialihkan dari kawasan bahaya dan jika perlu berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Andy menerima projek untuk mendawaikan sebuah kilang papan yang baru sahaja siap dibina. Andy diberi masa yang singkat untuk menyelesaikan pendawaian untuk kilang tersebut, Namun pendawaian tersebut hendaklah selamat serta sesuai untuk kawasan perindustrian.
Berdasarkan situasi diatas, apakah jenis sistem pendawaian yang sesuai untuk Andy?
Sistem pendawaian salur jenis permukaan
Sistem pendawaian sesalur jenis permukaan
Sistem pendawaian permukaan jenis konduit
Sistem pendawaian tersembunyi sesalur
Mengapakah kawasan bandar menggunakan sistem penghantaran kabel jenis bawah tanah / Underground Cables dan bukannya jenis penghantaran atas talian / Overhead Lines ?
Untuk keselamatan bagi orang awam.
Kawasan bandar sesak dengan pelbagai pembangunan.
Untuk memudahkan proses penghantaran kabel ke pencawang.
Bagi membolehkan bekalan kuasa yang tinggi dapat dihantar ke tujuan.
Pilih antara sebab yang betul mengapa pencawang utama biasanya dibina diluar kawasan bandar dan bukannya dikawasan bandar.
I. Keselamatan kepada orang awam.
II. Mengelakkan risiko kebakaran dikawasan bandar.
III. Memerlukan radius tapak yang besar untuk pembinaan.
IV. Boleh sampai ke pencawang dengan masa yang cepat dan singkat.
I, II, dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
