wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INSPIRE SPM 2021 (2)

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Peta berikut menunjukkan empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

DUA sebab Melaka berjaya meluaskan empayarnya?

a)

rakyat setia kepada raja

b)

Kerjasama pedagang asing

c)

Bantuan negeri berhampiran

d)

Pemimpin berpandangan jauh

2.

Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan syahbandar?

a)

Melaksanakan protokol istana

b)

Mengetuai rombongan diplomatik

c)

Mengawal keamanan dalam negeri

d)

Melicinkan kutipan cukai di pelabuhan

3.

Revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789.

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Perancis?

a)

Kedudukan bangsawan kukuh

b)

Sistem republik dilaksanakan

c)

Kuasa parlimen tergugat

d)

Wilayah kecil merdeka

4.

Mengapakah isu kasut membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Burma?

a)

Mempertahankan industri tradisional

b)

Mempertahankan kesucian agama

c)

Melindungi kepentingan rakyat

d)

Memelihara hak pembesar

5.

Apakah persamaan corak perjuangan tokoh berikut dalam gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

**Andres Bonifacio

**Soekarno

**Ho Chi Minh

a)

Penentangan secara sederhana

b)

Menggubal perlembagaan

c)

Bertindak secara radikal

d)

Bekerjasama dengan pemerintah

6.

Pakatan kuasa berikut ditubuhkan di Eropah pada awal abad ke-20.

*Perikatan Kuasa Tengah

*Pakatan Bertiga

Apakah DUA faktor pencetus peperangan antara kedua-dua pakatan kuasa tersebut?

a)

Perjuangan untuk mengekalkan kemerdekaan

b)

Perlumbaan untuk meluaskan kawasan pengaruh

c)

Persaingan untuk menguasai sumber bahan mentah

d)

Percubaan untuk mewujudkan pertubuhan antarabangsa

7.

Maklumat berkaitan dengan peperangan yang melanda dunia pada abad ke-20.

Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

a)

Kemunculan negara baharu

b)

Persengketaan kuasa besar

c)

Konflik antara mazhab Kristian

d)

Perkembangan ideologi komunis

8.

Pernyataan berikut terkandung dalam Piagam Atlantik.

Bagaimanakah British bertindak untuk mematuhi piagam tersebut di tanah air kita?

a)

Melaksanakan sistem pengagihan kuasa

b)

Melonggarkan syarat memohon kerakyatan

c)

Mengurangkan bidang kuasa Majlis Raja-Raja

d)

Mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu 1948

9.

Pada tahun 1946, Sarawak diserahkan kepada British.

Mengapakah penyerahan tersebut ditentang penduduk Sarawak?

a)

Ancaman komunis meningkat

b)

Kos pentadbiran bertambah

c)

Kaum imigran berkuasa

d)

Penjajah asing bertapak

10.

Pernyataan berikut menerangkan maksud prinsip kerakyatan secara jus soli yang ditentang hebat oleh orang Melayu.

Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan?

a)

Kesamarataan agihan ekonomi

b)

Pelaksanaan perkongsian kuasa

c)

Mengehadkan kemasukan imigran

d)

Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu

11.

Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.

Apakah tindakan orang Melayu?

a)

Memohon bantuan asing

b)

Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

Menggubal perlembagaan alternatif

d)

Mengadakan demonstrasi secara aman

12.

Rundingan Baling diadakan antara wakil Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Disember 1955.

Mengapakah rundingan tersebut gagal mendesak PKM meletakkan senjata?

a)

PKM enggan berkongsi kuasa

b)

Kerajaan enggan mengiktiraf PKM

c)

PKM enggan menamatkan keganasan

d)

Kerajaan enggan memberi pengampunan

13.

Sistem pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan diperkenalkan pada tahun 1948.

Bagaimanakah langkah tersebut dapat membantu British melemahkan komunis?

a)

Meningkatkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan

b)

Memudahkan pengiraan jumlah penduduk tempatan

c)

Memperoleh wang untuk menambah anggota tentera

d)

Memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti orang awam

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha untuk menyatupadukan kaum.

Tahun 1954 ---> Konvensyen Kebangsaan diadakan di Tanah Melayu

Apakah hasil konvensyen tersebut?

a)

Pelaksanaan Pilihan Raya Majlis Perbandaran

b)

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Pembentukan Parti Perikatan

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli.

Mengapakah British memperkenalkan sistem tersebut?

a)

Mengurangkan tekanan kuasa Barat

b)

Mematuhi titah Raja-Raja Melayu

c)

Memantapkan sistem pertahanan

d)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

16.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957.

Apakah DUA inti pati kandungan perjanjian tersebut?

a)

Islam sebagai agama persekutuan

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu

c)

Tarikh pengisytiharan kemerdekaan

d)

Pembentukan Persekutuan Malaysia

17.

Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Peruntukan kewangan terhad

b)

Kurikulum pelajaran berbeza

c)

Tenaga pengajar kurang

d)

Kemudahan asas terhad

18.

Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956.

Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan

b)

Pembentukan Jawatankuasa Anatar Kaum

c)

Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan

d)

Pelaksanaan Pilihan Raya Majlis Peundangan Persekutuan

19.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi

b)

Kepentingan sah kaum lain dikurangkan

c)

Kewangan negara masih dikawal oleh British

d)

Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

20.

Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memperkukuhkan perpaduan kaum

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Berunding dengan komunis

d)

Mendapatkan sokongan luar

21.

Gambar berikut menunjukkan peristiwa pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Mengapakah peristiwa tersebut mesti dihargai oleh rakyat Malaysia?

a)

Wujud kerjasama antara kaum

b)

Bukti ketabahan menghadapi cabaran

c)

Kebanggaan terhadap warisan budaya bangsa

d)

Pembebasan daripada belenggu penjajah asing

22.

Apakah yang menyebabkan sesuatu rang undang-undang negeri itu terbatal?

a)

Perkenan Yang di-Pertuan Agong tidak diperoleh

b)

Dewan Rakyat tidak mendapat undi majoriti

c)

Hanya dipersetujui oleh ahli Dewan Negara

d)

Bercanggah dengan perlembagaan

23.

Gambar menunjukkan Jata Negara Malaysia.

Mengapakah jata tersebut penting kepada negara?

a)

Menjadi simbol perpaduan negara

b)

Menandakan kemajuan ekonomi

c)

Memantapkan kuasa pemerintahan

d)

Memperkukuhkan hak rakyat

24.

Maklumat berikut berkaitan ketua utama negara dan negeri.

Apakah X?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

EXCO Kerajaan

25.

DUA bidang kuasa Badan Kehakiman dalam perlembagaan Persekutuan?

a)

Melantik Jemaah Menteri

b)

Menentukan kesahihan undang-undang

c)

Membatalkan akta yang bercanggah dengan Perlembagaan

d)

Menentukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

26.

Apakah yang berkaitan dengan tugas Yang di-Pertuan Agong?

a)

Melantik pegawai kerajaan

b)

Menjaga keselamatan rakyat

c)

Mengetuai lawatan ke luar negara

d)

Memelihara kedudukan bumiputera

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Apakah kesan usul tersebut?

a)

Sistem pemerintahan beraja kukuh

b)

Penyebaran ideologi komunis meluas

c)

Sekatan terhadap imigran dilaksanakan

d)

Pembentukan Persekutuan Malaysia berjaya

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Indonesia pada tahun 1960-an.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Perubahan sempadan negara

b)

Sistem republik diamalkan

c)

Pengaruh komunis meluas

d)

Dasar konfrontasi tamat

29.

British bersetuju dengan Pembentukan Persekutuan Malaysia kerana dapat melemahkan pengaruh komunis.

DUA sebab pembentukan Persekutuan Malaysia boleh melemahkan pengaruh komunis di Asia Tenggara?

a)

Kuasa Barat dapat disekat

b)

Negara jiran memberi sokongan

c)

Negara komanwel bekerjasama

d)

Dasar kerajaan diseragamkan

30.

Dialog berikut mungkin berlaku pada awal tahun 1960-an.

Dialog tersebut membuktikan Tunku Abdul Rahman

a)

kuat semangat

b)

gigih berusaha

c)

bijak merancang

d)

bersikap adil

31.

Senarai berikut merujuk kepada tokoh politik di Sabah yang memperjuangkan pembentukan Malaysia.

**G.S. Sundang

**Donald Stephen

**Datu Mustapha Datu Harun

Bagaimanakah mereka merealisasikan pembentukan tersebut?

a)

Memantapkan pentadbiran negeri

b)

Menggubal perlembagaan baru

c)

Membubarkan Persekutuan Borneo

d)

Membentuk Parti Perikatan

32.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan kurikulum pendidikan di Malaysia.

Apakah DUA PERSAMAAN kandungan kurikulum tersebut?

a)

Kenaikan darjah dan tingkatan secara automatik

b)

Menekankan aktiviti luar bilik darjah dan disiplin

c)

Menggalakkan penggunaan nahasa Inggeris dan asing

d)

Mewajibkan mata pelajaran aliran vokasional dan teknik

33.

Dasar berikut telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.

Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?

a)

Menyususn semula masyarakat

b)

Memperkukuhkan perpaduan kaum

c)

Memantapkan daya saing rakyat

d)

Menyuburkan semangat kenegerian

34.

Agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga.

*KEJORA

*KETENGAH

*DARA

Mengapakah agensi tersebut ditubuhkan?

a)

Menaik taraf kemudahan asas

b)

Memajukan pendidikan rendah

c)

Membaiki ekonomi penduduk desa

d)

Memanfaatkan sumber alam semula jadi

35.

MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Apakah matlamat penubuhannya?

a)

Meningkatkan persefahaman

b)

Memajukan kegitan perdagangan

c)

Membentuk pakatan tentera serantau

d)

Menghapuskan ancaman komunis

36.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada tahun 1961.

Apakah matlamat penubuhan pergerakan tersebut?

a)

Membentuk pakatan tentera antarabangsa

b)

Mengurangkan ketegangan Perang Dingin

c)

Menyekat perkembangan fahaman komunis

d)

Meningkatkan kerjasama dengan Blok Barat

37.

Apakah tujuan Malaysia menyertai perjanjian berikut?

a)

Membeli peralatan perang

b)

Menjamin keselamatan negara

c)

Memulihkan hubungan diplomatik

d)

Meningkatkan kemasukan pelabur asing

38.

Apakah kesepakatan yang dicapai dalam deklarasi berikut?

*DEKLARASI LANGKAWI

a)

Memelihara warisan sejarah

b)

Menyumbang modal perniagaan

c)

Mengatasi masalah pencemaran

d)

Mengawal kemelesetan ekonomi

39.

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Mengapakah ASEAN bertindak demikian?

a)

Memajukan bidang pendidikan

b)

Memantapkan sistem pertahanan

c)

Memperluaskan kerjasama ekonomi

d)

Menggalakkan pertukaran budaya

40.

Malaysia memainkan peranan penting dalam menyuarakan pendapat mengenai isu Benua Antartika melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Apakah pendirian Malaysia dalam isu tersebut?

a)

Hasil dikongsi bersama

b)

Memberi bantuan teknologi

c)

Kekayaan milik negara maju

d)

Sumber bumi dikecualikan cukai