wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Komuniti S2 - REVISION by Sir M

Total questions: 41

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Konsep kesihatan yang holistik merupakan

a)

kurang rentan terhadap penyakit.

b)

keadaan mampu berfikir dengan jelas dan rasional.

c)

sistem yang menggalakkan perkembangan masyarakat.

d)

melibatkan kepercayaan adat resam dan prinsip tatasusila.

2.

Faktor penentu tahap kesihatan sejagat yang baik adalah

a)

emosi, fizikal dan mental.

b)

infrastruktur, politik dan sosial.

c)

budaya, gaya hidup dan ekonomi.

d)

ekonomi, persekitaran dan sosio-budaya.

3.

Aktiviti yang dilakukan di peringkat pencegahan primer ialah

a)

rawatan.

b)

rehabilitasi.

c)

diagnosis awal.

d)

promosi kesihatan.

4.

Peranan utama Penolong Pegawai Perubatan di dalam pencegahan penyakit peringkat primer adalah

a)

rujukan.

b)

rawatan.

c)

saringan .

d)

surveillance.

5.

Di dalam pencegahan penyakit berjangkit di bawah, imunisasi berikut diberikan kecuali

a)

Polio.

b)

Pertusis.

c)

Tetanus.

d)

Hepatitis C.

6.

Antara strategi awal untuk kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit ketika berlakunya wabak adalah

a)

pemberian imunisasi.

b)

mewujudkan bilik gerakan.

c)

membekalkan ubat-ubatan secara percuma.

d)

penglibatan orang kampung dalam aktiviti gotong royong.

7.

Peranan utama yang dimainkan oleh Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan adalah

a)

memberikan rawatan di klinik ibu dan anak.

b)

mengendalikan kes antenatal dan postnatal.

c)

pemeriksaan ke atas pesakit di jabatan pesakit luar.

d)

merancang dan mengkoordinasikan program di klinik kesihatan.

8.

Ibu yang in-labour dan mempunyai keizinan dari Pakar Perubatan Keluarga untuk bersalin serta tiada risiko komplikasi. Ibu tersebut boleh bersalin di

a)

Poliklinik.

b)

Klinik Komuniti.

c)

Alternative Birth Centre.

d)

Low-Risk Delivery Centre.

9.

Kenyataan yang paling tepat mengenai Penjagaan Kesihatan Primer adalah

a)

menambah perkhidmatan penjagaan kesihatan.

b)

mengubah polisi kesihatan yang lebih baik kepada komuniti.

c)

menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada semua.

d)

menyediakan penjagaan kesihatan di peringkat sekunder dan tertiari kepada semua.

10.

Sistem penyampaian 2-tier merangkumi bilangan penduduk sebanyak

a)

5000-10,000 orang

b)

10,000-15,000 orang

c)

15,000-20,000 orang

d)

20,000-25,000 orang

11.

Menggalakkan orang awam datang mendapatkan saringan kesihatan susulan merupakan daripada aktiviti expanded scope dibawah program

a)

rehabiitasi.

b)

wellness screening.

c)

penjagaan warga emas.

d)

perubatan komplimentari.

12.

Fokus utama peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam Penjagaan Kesihatan menangani penyakit tidak berjangkit adalah melalui

a)

rawatan.

b)

pencegahan.

c)

saringan kesihatan.

d)

teknologi perubatan.

13.

Aktiviti yang boleh melibatkan masyarakat di dalam aktiviti pencegahan penyakit tidak berjangkit adalah

a)

Mendengar ceramah yang diminati.

b)

Pemerhatian Direct Observation Therapy (DOTS).

c)

Menjadi perantara diantara pihak kerajaan dan swasta.

d)

Masyarakat bersama dalam aktiviti Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

14.

Perkhidmatan utama 'wellness screening" bagi penyakit tidak berjangkit adalah

a)

rawatan susulan.

b)

saringan sukarela.

c)

rawatan kes-kes ringan.

d)

pemeriksaan risiko penyakit pekerjaan.

15.

Prinsip asas di dalam penyaringan kes berisiko penyakit tidak berjangkit (NCD).

a)

Menyediakan plan pendidikan keluarga.

b)

Menganalisa keperluan kewangan keluarga.

c)

Menganalisa penjagaan kesihatan keluarga.

d)

Melaksanakan saringan kesihatan secara holistik.

16.

Perkhidmatan Intervensi Faktor Risiko non-communicable disease seperti berikut kecuali

a)

mengesan awal faktor risiko.

b)

menurunkan beban penyakit NCD.

c)

mengekang dan mengurangkan prevalen faktor risiko NCD.

d)

menyediakan rehabilitasi penyakit tidak berjangkit di semua hospital swasta.

17.

Di antara berikut,yang manakah tidak menyumbang ke arah faktor risiko penyakit NCD

a)

Tabiat merokok.

b)

Minda yang sihat.

c)

Paras lemak darah yang tinggi.

d)

Pemakanan yang tidak seimbang.

18.

Sasaran umur perkhidmatan kesihatan warga emas bagi intervensi penyakit tidak berjangkit dalam penjagaan kesihatan primer adalah .......................... tahun ke atas.

a)

45

b)

50

c)

55

d)

60

19.

Berikut merupakan fokus penjagaan kesihatan primer dalam menjangkau capaian saringan penyakit tidak berjangkit di peringkat Kementerian kecuali

a)

tenaga kerja.

b)

tadbir urus kesihatan.

c)

bantuan agensi swasta.

d)

ketersediaan dan kemampuan perubatan dan teknologi penting.

20.

Faktor dalaman yang menentukan keperluan pencegahan dari faktor risiko adalah

a)

ekonomi.

b)

gaya hidup.

c)

persekitaran.

d)

sosio-budaya.

21.

Ibu mengandung yang disahkan menghidapi Gestational Diabetis Melitus dinasihatkan menjalani pemeriksaan pra-natal seperti berikut pada peringkat pertama trimester kandungan.

Apakah pemeriksaan tersebut?

a)

Pemberian imunisasi tetanus

b)

Pemeriksaan kedudukan fundus dan fetal heart rate

c)

pemeriksaan tahap gula dalam darah dan air kencing.

d)

pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali selepas melahirkan anak.

22.

Peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam penilaian komplikasi pesakit Diabetis Melitus

a)

mengambil BMI setahun sekali lawatan.

b)

melakukan penyiasatan makmal HbA1c setiap 6 bulan.

c)

melakukan pemeriksaan fundus kepada pesakit 2 bulan sekali.

d)

melakukan pemeriksaan jantung dan paru-paru pada setiap minggu lawatan.

23.

Berikut adalah padanan penyiasatan klinikal di kesihatan primer berkala bagi penilaian risiko penyakit tidak berjangkit kecuali

a)

Hipertensi - FBC , LFT, RP dan ECG

b)

Depression - ECG , PEFR , FBC dan Xray

c)

Kanser Kolon - Rectal swab (IFOBT), Colonscopy

d)

Diabetis Melitus - Neurovascular assessment,funduskopi, ECG dan HBA1c

24.

Antara aktiviti sekunder Penolong Pegawai Perubatan dalam program pencegahan Hipertensi adalah

a)

notifikasi

b)

rawatan susulan

c)

lawatan ke rumah

d)

penyiasatan makmal

25.

Program pemberian bakul makanan oleh Klinik Kesihatan kepada kanak-kanak sekolah adalah

a)

diberikan kepada semua kanak-kanak sekolah.

b)

membekalkan 50% daripada keperluan makanan harian.

c)

hanya membekalkan makanan untuk sarapan pagi sahaja.

d)

diberikan kepada kanak-kanak berdasarkan latar belakang ekonomi ahli keluarga.

26.

Kesihatan fizikal ibu hamil yang sering terabai semasa tempoh antenatal adalah akibat

a)

stress.

b)

ibu tunggal.

c)

hyperemesis.

d)

masalah kewangan.

27.

Pendidikan kesihatan yang diberi kepada ibu mengandung dari aspek pemakanan adalah

a)

makan mengikut selera ibu tersebut.

b)

banyakkan pengambilan hematinik dan suplemen.

c)

mengutamakan makanan yang berkhasiat mengikut keperluan.

d)

menggalakkan ibu mengambil hati ayam atau lembu dengan kerap.

28.

Faktor utama kepada persediaan mental dan sosial yang baik terhadap ibu hamil primagravida adalah

a)

persediaan kewangan sebelum melahirkan anak

b)

hubungan dan sebarang masalah di rumah.

c)

persediaan keperluan bayi untuk proses kelahiran.

d)

pengetahuan mengenai proses kehamilan hingga selepas bersalin.

29.

Kenyataan yang benar berkaitan presentasi baringan bayi songsang semasa proses kelahiran adalah

a)

abdomen ibu hamil terlalu besar.

b)

struktur tulang pelvik bersaiz besar.

c)

kegagalan kepala bayi memasuki rim.

d)

kedudukan bayi secara transverse tidak boleh menyebabkan ruptur uterus.

30.

Program lawatan ke rumah bagi program kesihatan ibu dan kanak-kanak adalah bertujuan untuk

a)

mengenalpasti pesakit kronik dalam kalangan ibu

b)

Mempromosi perkhidmatan kesihatan kanak-kanak

c)

memastikan keadaan ibu dan bayi yang baik di persekitaran rumah.

d)

melakukan aktiviti penjagaan kebersihan tempat kediaman bayi dan ibu.

31.

Aktiviti yang dilakukan semasa lawatan ke rumah dalam program kesihatan ibu dan anak adalah

a)

Memeriksa sanitasi rumah.

b)

Merekodkan kesihatan ahli isi rumah.

c)

Memerhatikan kawasan kediaman dan interaksi sosial.

d)

Memberi fokus penilaian risiko kesihatan ahli isi rumah

32.

Aspek yang dijalankan oleh klinik kesihatan bagi mempromosikan kesihatan kanak-kanak adalah

a)

nutrisi

b)

imunisasi

c)

rawatan susulan

d)

pemulihan tingkah laku

33.

Aspek yang dijalankan klinik kesihatan bagi mempromosikan kesihatan kanak-kanak adalah

a)

nutrisi

b)

imunisasi

c)

rawatan susulan

d)

pemulihan tingkahlaku

34.

Pendidikan kesihatan yang bersesuaian untuk disampaikan kepada kanak-kanak sekolah rendah adalah berkaitan

a)

penjagaan gigi.

b)

penyalahgunaan dadah.

c)

perubahan fizikal semasa akil baligh.

d)

pencegahan penyakit demam denggi.

35.

Peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam kesihatan kanak kanak dalam peringkat primer ialah untuk mengesan

a)

corak tidur kanak-kanak

b)

ketagihan gajet .

c)

masalah kewangan.

d)

perkembangan kanak kanak

36.

Istilah kesihatan keluarga adalah merujuk kepada

a)

perubatan.

b)

kesihatan pekerjaan.

c)

kesihatan alam sekitar.

d)

kesihatan ibu dan anak.

37.

Salah satu aktiviti yang dilaksanakan di kesihatan primer untuk program remaja di sekolah untuk menjauhi penyakit retro -viral adalah

a)

Program Doktor Muda.

b)

Saringan Status Kesihatan Remaja (BSSK).

c)

Depression Anxiety Stress Screening (DASS).

d)

Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja (PROSTAR).

38.

Antara objektif program kesihatan remaja di sekolah adalah untuk

a)

meningkatkan keyakinan remaja.

b)

pengesanan awal tingkahlaku berisiko

c)

menjamin kecemerlangan keputusan peperiksaan.

d)

memupuk minat remaja dalam bidang vokasional.

39.

Objektif pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah.

a)

Membina pengetahuan, sikap dan perilaku yang baik untuk mengamalkan cara hidup sihat.

b)

Menggalakkan cara hidup yang sihat negara dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bersesuaian.

c)

Menggalakkan penyertaan golongan remaja secara aktif dalam aktiviti penggalakan kesihatan dan pencegahan.

d)

Menyokong pembinaan golongan remaja yang bersemangat waja dengan menggalakkan cara hidup yang sihat dan bertanggungjawab.

40.

Kenyataan yang benar mengenai amalan pemakanan yang sihat pada kanak kanak di sekolah, kecuali

a)

sesuaikan makanan dengan usia.

b)

makanan disediakan secara segar.

c)

makan sedikit dari sejenis makanan.

d)

makan pelbagai jenis makanan segera untuk perkembangan.

41.

Dalam program kesihatan sekolah, elemen yang perlu bagi memastikan makanan yang disediakan di sekolah adalah selamat dan berkhasiat meliputi

a)

peralatan yang bersih.

b)

ruang makan yang tersusun.

c)

bahan asas yang berjenama.

d)

pengendali makanan di kantin mendapat suntikan Tifoid.