Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH PERCUBAAN KULAI JOHOR 2024

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan golongan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Melaksanakan arahan

b)

Mengakui kuasa sultan

c)

Mengukuhkan ekonomi

d)

Menjalankan pentadbiran

2.

Fasal 9 dalam Undang-undang Laut Melaka terdapat penegasan bahawa seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran.

Apakah tujuan penegasan tersebut?

a)

Menjamin keselesaan

b)

Menjaga kebajikan rakyat

c)

Memastikan pelayaran selamat

d)

Menunjukkan kewibawaan nakhoda

3.

Gambar menunjukkan tokoh yang terlibat dalam perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Apakah DUA perkara yang didedahkan dalam karyanya berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang pada tahun 1911?

a)

Dasar diskriminasi Belanda

b)

Kemunduran bangsanya

c)

Pemodenan pentadbiran

d)

Tuntutan hak yang sama

4.

Bagaimanakh tokoh berikut membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita pada awal abad ke-20?

** Abdul Rahim Kajai

** Muhammad Rakawi Yusuf

** Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)

a)

Mewujudkan persatuan

b)

Membentuk parti politik

c)

Mengasaskan gerakan revolusi

d)

Menghasilkan penulisan kreatif

5.

Mengapakah rancangan pendudukan Jepun terhadap negara kita merupakan salah satu usaha untuk membentuk kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya?

a)

Mengukuhkan ekonomi Jepun

b)

Memperbesar ketenteraan Jepun

c)

Menjamin kestabilan politik Jepun

d)

Menonjolkan identiti dan imej Jepun

6.

Apakah taktik yang digunakan oleh Jepun untuk mendesak Albert Kwok di Sabah menyerah diri?

a)

Menawarkan pengampunan terbuka kepada ahli

b)

Melancarkan serangan balas dengan pantas dan kejam

c)

Memujuk ahli gerila menyerahkan diri secara sukarela

d)

Memberikan peluang orang tempatan dalam pentadbiran kerajaan

7.

Raja-raja Melayu berhimpun di Hotel Station sebagai tanda menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union.

Mengapakah Raja-raja Melayu bertindak sedemikian?

a)

Menyokong kongres Melayu

b)

Mengadakan Majlis Raja-raja

c)

Memulaukan pelantikan Gabenor

d)

Membincangkan draf perlembagaan

8.

Apakah reaksi kakitangan kerajaan Sarawak terhadap pekeliling berikut?

** Pekeliling No 9 / 1946

a)

Mengadakan persidangan

b)

Menyokong penyerahan

c)

Menyertai hartal

d)

Meletakkan jawatan

9.

Pihak British telah mengadakan pertemuan dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946.

Apakah DUA hasil pertemuan tersebut?

a)

Perjanjian baharu dibentuk

b)

Penubuhan persekutuan bertaraf naungan

c)

Pelantikan Gabenor telah diiktiraf oleh British

d)

Penggubalan Perlembagaan Rakyat dilaksanakan

10.

Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas ke arah perpaduan kaum.

Apakah buktinya?

a)

Penubuhan Parti Perikatan

b)

Penubuhan Jawatankuasa Kerja

c)

Pilihanraya dimenangi oleh Parti Perikatan

d)

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

11.

Mengapakah Parti Komunis Malaya berjaya meluaskan pengaruh selepas British Military Administration (BMA) mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu?

a)

Dibenarkan menyumbang artikel akhbar

b)

Diiktiraf sebagai pertubuhan yang sah

c)

Disokong oleh Pejabat Tanah Jajahan

d)

Diluluskan membuka cawangan yang baharu

12.

Mengapakah rakyat bergantung pada makanan berikut semasa zaman Darurat?

** Jagung

** Keledek

** Ubi kayu

a)

Catuan bekalan makanan

b)

Kemusnahan ladang getah

c)

Sekatan perintah berkurung

d)

Kerosakan peralatan pertanian

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.

1951 --> Sistem Ahli

Apakah DUA tanggungjawab Ahli dalam Sistem Ahli?

a)

Menjaga portfolio

b)

Mencadangkan undang-undang

c)

Melantik Ahli yang berkelayakan

d)

Mengetuai pentadbiran dalam negara

14.

Mengapakah Laporan Fenn-Wu diterbitkan selepas Laporan Barnes dikeluarkan?

a)

Sokongan daripada pegawai British

b)

Bantahan daripada masyarakat Cina

c)

Perkembangan pendidikan Vernakular

d)

Kajian terhadap pendidikan kebangsaan

15.

Maklumat berikut merujuk kepada keputusan pilihanraya peringkat negeri pada tahun 1954

** Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 daripada 268 kerusi

Apakah yang dapat dibuktikan daripada keputusan tersebut?

a)

Keperluan rakyat dipenuhi

b)

Kesetiaan rakyat kepada raja

c)

Kebebasan bersuara diiktiraf

d)

Kejayaan kerjasama pelbagai kaum

16.

Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Mengambil alih pentadbiran

c)

Mengetuai pentadbiran negeri

d)

Menguruskan kewangan negara

17.

Apakah rumusan daripada sokongan tersebut?

a)

Kesungguhan membanteras penjajah

b)

Kesanggupan mengenepikan ideologi parti

c)

Kesediaan menerima adat resam setiap kaum

d)

Kehormatan terhadap arahan pemimpin negara

18.

** Izati warganegara Singapura ingin memohon menjadi rakyat Malaysia

Bagaimanakah cara Izzati memohon menjadi warganegara Malaysia?

a)

Natruralisasi

b)

Permohonan pendaftaran

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Kebenaran Majlis Tertinggi Kabinet

19.

Apakah X?

a)

Majlis Eksekutif

b)

Majlis Perundangan

c)

Jawatankuasa Kerja

d)

Jawatankuasa Sambutan

20.

Prinsip kedaulatan merupakan kuasa tertinggi bagi sesebuah negara.

Apakah DUA sebab kita perlu mengekalkan prinsip tersebut?

a)

Membuktikan kehebatan

b)

Mengekalkan kesejahteraan

c)

Menjamin kemakmuran negara

d)

Mengukuhkan kerjasama rakyat

21.

Apakah ciri negara berdaulat yang dikaitkan dengan gambar tersebut?

a)

Kewarganegaraan

b)

Persempadanan

c)

Pemerintahan

d)

Perundangan

22.

Bagaimanakah rakyat boleh memainkan peranan dalam mengekalkan perpaduan kaum?

a)

Menghayati Rukun Negara

b)

Menyokong segala dasar kerajaan

c)

Menganggotai pasukan keselamatan

d)

Mematuhi undang-undang Malaysia

23.

** Charter of Justice

Apakah matlamat undang-undang tersebut diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Selat?

a)

Mewujudkan Mahkamah Tinggi

b)

Melindungi penduduk asal

c)

Menjaga keamanan negara

d)

Menjaga kebajikan rakyat

24.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965

Apakah rasional pindaan tersebut?

a)

Desakan daripada pihak British

b)

Mengkaji peruntukan kuasa raja

c)

Menguatkuasakan undang-undang

d)

Menyesuaikan peruntukan negeri baharu

25.

Perlembagaan memperuntukkankuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara.

Apakah DUA bidang kuasa baginda?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Melantik diplomat Malaysia

c)

Melantik Ketua Audit Negara

d)

Penasihat utama Perdana Menteri

26.

Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja berperanan mengimbangi pemerintahan demokrasi?

a)

Raja berkecuali dalam politik

b)

Konsep taat setia rakyat kepada raja

c)

Mengikut peruntukan perlembagaan

d)

Raja sebagai Ketua Eksekutif Negeri

27.

Pihak manakah yang bertanggungjawab terhadap kemudahan tersebut?

a)

Pertubuhan bukan kerajaan

b)

Kerajaan Tempatan

c)

Kerajaan Negeri

d)

Syarikat swasta

28.

Bagaimanakah penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilaksanakan?

a)

Mesyuarat Jemaah Menteri

b)

Mesyuarat Setiausaha Persekutuan Negeri

c)

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

d)

Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri

29.

Apakah DUA wilayah yang menyertai gagasan Malaysia pada tahun 1963?

a)

Brunei

b)

Filipina

c)

Sarawak

d)

Singapura

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan pembentukan Malaysia.

** 31 Ogos 1963 --> 16 September 1963

Mengapakah tarikh pengisytiharan pembentukan Malaysia telah ditangguhkan?

a)

Tindakan ketenteraan Indonesia

b)

Singapura mengumunkan pemisahan

c)

Laporan Setiausaha PBB lewat diterima

d)

Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dibubarkan

31.

Mengapakah penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah tidak mendapat peluang pendidikan yang secukupnya?

a)

Keutamaan terhadap sistem pendidikan tidak formal

b)

Kekurangan sekolah di luar bandar

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Ketiadaan sekolah Melayu

32.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membubarkan Parlimen

b)

Menghentikan pilihan raya

c)

Menubuhkan Majlis Gerakan Negara

d)

Mendapatkan perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

33.

Apakah dasar pendidikan yang memperkenalkan kurikulum tersebut?

a)

Penyata Razak

b)

Laporan Rahman Talib

c)

Kajian Aminuddin Baki

d)

Laporan Jawatankuasa Kabinet

34.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal oleh kerajaan pada tahun 1971

Apakah DUA prinsip dasar tersebut?

a)

Bertunjangkan agama Islam

b)

Mengutamakan elemen dari luar

c)

Memperkukuh identiti kenegerian

d)

Berasaskan kebudayaan rakyat asal

35.

Rajah berikut berkaitan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Apakah X?

a)

Memodenkan pertanian komersial

b)

Memajukan sektor perindustrian

c)

Mencapai kesejahteraan kaum

d)

Merapatkan jurang ekonomi

36.

Manakah padanan bidang yang tepat dengan tokoh bumiputera tersebut?

a)

Korporat : Tan Sri Azman Hashim

b)

Hartanah : Tan Sri Mustapha Kamal

c)

Perbankan : Tan Sri Effendi Norwawi

d)

Perniagaan : Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari

37.

Mengapakah Malaysia menyertai misi tersebut?

a)

Mendaulatkan undang-undang

b)

Menghapuskan dasar aparteid

c)

Memberi latihan kemahiran teknikal

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk

38.

Apakah manfaat yang Malaysia perolehi daripada menyertai Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)?

a)

Mendapat pegiktirafan dunia

b)

Menjadi kuasa ekonomi dunia

c)

Menjalinkan hubungan luar yang lebih terbuka

d)

Meningkatkan kekuatan angkatan ketenteraan negara

39.

Ekonomi dunia didominasi oleh negara maju.

Apakah DUA kesan tindakan tersebut terhadap Malaysia?

a)

Pelaksanaan pembayaran levi

b)

Penggunaan mata wang USD

c)

Pembentukan pelbagai tarif dan cukai

d)

Pelbagai sekatan dan halangan dikenakan

40.

Apakah kriteria melayakkan seseorang menerima anugerah tersebut?

a)

Memajukan inovasi ternakan

b)

Menaikkan bidang pelancongan

c)

Membangunkan bidang alam sekitar

d)

Melakukan penyelidikan dalam perubatan