wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DISEBALIK DINARA

Total questions: 36

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Novel Di Sebalik Dinara berkisarkan

a)

Seorang gadis genius bernama Faris

b)

Seorang gadis genius bernama Farisha

c)

Seorang gadis yang pendendam terhadap abangnya

2.

Aqram merupakan pekerja di sebuah syarikat besar bernama soft lab. Farisha mula mengenali Aqram...

a)

dalam penerbangan ke Johor Bahru untuk menyertai kursus

b)

semasa bekerja di Soft Lab milik Dr Maxi

c)

semasa di hospital

d)

dalam penerbangan mereka dari Nusa Jaya ke Kuala Lumpur

3.

Perwatakan Farisha seperti berikut kecuali..

a)

Seorang yang Bijak. Farisha ialah jurutera keselamatan sistem komputer yang berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba.

b)

Seorang yang tabah. Farisha tabah menghadapi kenyataan bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

c)

Seorang yang mempunyai belas kasihan. Farisha merayu kepada Dr Maxi agar membetulkan ingatan Shida.

4.

Dr Maxi merupakan

a)

seorang penyelidik di Soft Lab yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dina.

b)

seorang penyelidik di Soft Lab yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dinara.

c)

kawan serumah Farisha

d)

seorang kanak-kanak terencat akal yang dicipta semula oleh Karl 30 tahun yang lalu.

5.

Berikut merupakan contoh peristiwa bagi nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara kecuali..

a)

Azraai menyayangi Farisha apabila dia memasang interkom dan retinal scanner di rumah sewa Farisha dan Shida. Dia mahu melindungi keselamatan Farisha setelag berlaku kejadian bunuh berhampiran dengan rumah sewa Farisha.

b)

Azraai yang mengetahui bahawa Farisha hanyalah anak angkat keluarganya tetap melayani Farisha seperti adik kandung dan cuba melindungi Farisha.

c)

Azraai menghubungi Rosman untuk mendapatkan pertolongan untuk menyelamatkan Farisha.

d)

Farisha amemaafkan kesalahan Medina dan Rosman yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga dia menjadi anak angkat orang lain selama 26 tahun.

6.

Tema novel Di Sebalik Dinara ialah

a)

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan hidup.

b)

keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.

c)

ketaksuban seseorang terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan.

7.

Siapakah rakan serumah Farisha?

a)

Azraai

b)

Rosman

c)

Alia

d)

Shida

8.

Berikut merupakan perwatakan Farisha

a)

Farisha merupakan seorang yang pendendam

b)

Farisha sangat terburu-buru dalam membuat keputusan

c)

Farisha sangat bijak dalam bidang ICT

d)

Farisha tidak menyayangi ayahnya Karl

9.

Latar masyarakat yang penyayang

a)

Farisha sangat menyayangi abangnya Azraai walaupun mereka bukan adik beradik kandung

b)

Farisha berjaya menggodam sistem Bank Sapurba

c)

Aqram berusaha menjejaki Farisha bagi menyelamatkan Dinara

10.

Latar masyarakat yang prihatin

a)

Azraai memberitahu Farisha bahawa dia ialah anak angkat

b)

Azraai memasang retinal scanner di rumah sewa Farisha

c)

Rosman dan Farisha berbincang sebelum menerima tawaran daripada Soft Lab

11.
Pilih latar masyarakat yang sesuai dengan peristiwa berikut:
" Farisha sanggup menerima tugas membangunkan semula projek Dinara"
a)
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan
b)
Masyarakat yang berani menanggung risiko
c)
Masyarakat yang gigih berusaha
d)
Masyarakat yang jujur melaksanakan tugas
12.

Pilih latar masyarakat yang sesuai dengan peristiwa berikut:

"Farisha menangis apabila mendapat tahu abang angkatnya, Azraai menghidap penyakit jantung"

a)

Masyarakat yang bijaksana

b)

Masyarakat yang baik hati

c)

Masyarakat yang prihatin terhadap ahli keluarga

d)

Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga

13.
Pilih latar masyarakat yang sesuai dengan peristiwa berikut:
" Farisha tidak membenci Karl yang sedang nazak walaupun Karl telah menzaliminya semasa masih bayi."
a)
Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga
b)
Masyarakat yang pemaaf kesalahan orang lain
c)
Masyarakat yang memaafkan kesalahan orang lain
d)
Masyarakat yang penyayang
14.
Pilih satu daripada peristiwa berikut yang menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
a)
Farisha sanggup menerima tugas membangunkan semula Projek Dinara
b)
Aqram berusaha mendapatkan khidmat Farisha untuk menyelamatkan Projek dinara
c)
Farisha berusaha menyelamatkan Sistem Dinara setelah  bersetuju menerima tawaran daripada Soft Lab
d)
Shida membongkar rahsia yang berlaku di sebali Projek Dinara
15.
Pilih satu daripada peristiwa berikut yang menunjukkan latar masyarakat yang menyayangi ahli keluarga.
a)
Farisha memaafkan ibu kandungnya, Marilyn walaupn ibunya pernah cuba membunuhnya semasa masih bayi
b)
Shida sanggup menggantikan Farisha untuk berhubung dengan Karl
c)
Azraai berusaha menyelamatkan Farisha daripada diculik oleh Medina
d)
Rosman sanggup bekerjasama dengan Farisha untuk menerima tawaran Soft Lab
16.
Pilih latar masa bagi peristiwa berikut:
"Farisha menghadiri simposium yang diadakan di Hotel Renaissence, Kuala Lumpur dengan menaiki monorel."
a)
pagi
b)
malam
c)
petang
d)
tengah hari
17.

Apakah fungsi retinal scanner?

a)

Mengesan penceroboh

b)

Mengesan pemilik rumah

c)

Mengesan ahli keluarga

d)

Mengesan kecemasan

18.

Apakah kebolehan Aqram?

a)

Membaca fikiran orang lain

b)

Bertukar menjadi orang lain

c)

Dapat menembus dinding

d)

Dapat mengawal pergerakkan orang lain

19.

Mengapakah Dr. Maxi memerlukan Farisha?

a)

Farisha boleh menggodam sistem Dinara

b)

Farisha anak kepada Karl

c)

Farisha mempunyai syarikat sendiri

d)

Farisha mempunyai kuasa tersendiri

20.

Apakah nama alat yang digunakan untuk menembus minda Farisha?

a)

Penerator

b)

Senerator

c)

Generator

d)

Lenerator

21.

Apakah bukti bahawa Farisha mempunyai nilai "Kebijaksanaan"

a)

Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl

b)

Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl

c)

Farisha dan Rosman saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.

d)

Farisha tidak sesat semasa balik menaiki kapal di Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur.

22.

Apakah binaan plot daripada contoh peristiwa ini. " Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini ".

a)

Permulaan

b)

Perkembangan

c)

Konflik

d)

Klimaks

23.

Siapakah penulis novel Di Sebalik Dinara ?

a)

Azmah Nordin

b)

Dayang Noor

c)

Rohaini Matdarin

d)

Abdul Latip Talib

24.

Apakah tema novel Di Sebalik Dinara ?

a)

Persaingan dalam dunia sukan

b)

Persaingan dalam dunia perniagaan

c)

Persaingan dalam dunia lakonan

d)

Persaingan dalam dunia sains

25.

Siapakah watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara

a)

Azraai

b)

Karl

c)

Farisha

d)

Shida

26.

Semua penyataan di bawah tentang persoalan novel Di Sebalik Dinara adalah betul, KECUALI.

a)

Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.

b)

Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

c)

Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya

d)

Manusia saling menindas dan melakukan keganasan antara satu sama lain

27.

Apakah contoh peristiwa dalam persoalan berikut, " Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat ".

a)

Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

b)

Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga

c)

Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom.

d)

Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.

28.

Semua penyataan di bawah adalah perwatakan Farisha , KECUALI.

a)

Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.

b)

Seorang adik yang pemarah

c)

Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl

d)

berusia dalam lingkungan umur 26 tahun

29.

Berikut adalah watak sampingan, kecuali

a)

Medina@Marilyn

b)

Alia

c)

Farisha

d)

Rosman

30.

Semua berikut adalah perwatakan Karl, kecuali

a)

Menghidapi wabak covid-19 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di Puchong.

b)

Bapa kandung Farisha

c)

Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina

d)

Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi

31.

Semua penyataan di bawah ini adalah pengajaran yang diperolehi daripada novel Di Sebalik Dinara, KECUALI

a)

Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.

b)

Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.

c)

Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik

d)

Kita hendaklah membantu ibu semasa memasak di dapur

32.

Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada latar masa novel ini. " Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya Secured Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit kepala ".

a)

Salah

b)

Tidak Pasti

c)

Mungkin

d)

Betul

33.

Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada latar tempat novel ini. "Lapangan Terbang Senai - Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang lain ".

a)

Betul

b)

Mungkin

c)

Tidak Pasti

d)

Salah

34.

Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada latar masyarakat, kecuali

a)

Masyarakat yang teguh memegang amanah dan janji

b)

Masyarakat yang suka bersaing untuk mendaki Gunung Everest

c)

Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri

d)

Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga

35.

Apakah contoh peristiwa latar masyarakat yang celik ICT ?

a)

Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.

b)

Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.

c)

Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.

d)

Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.n 3

36.

Teknik plot saspens merupakan salah satu teknik plot yang digunakan oleh penulis novel ini, yang mana satukah contoh peristiwa tersebut ?

a)

Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.

b)

Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.

c)

Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.

d)

Ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengejutkan semua yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida