wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PASCAKUIZ PENGURUSAN PEJABAT

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
1. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan di dalam pengurusan perundangan, kewangan, keselamatan, keselamatan ICT, personel, sistem dan cara kerja; serta pengurusan rekod jabatan dalam memudahkan pelaksanaan pengoperasian organisasi setiap hari. Sebagai contoh, Ketua Jabatan boleh berhubung Perbendaharaan Malaysia untuk khidmat nasihat kewangan, Kementerian Dalam Negeri untuk khidmat nasihat Keselamatan ICT dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk khidmat personel.
a)
Betul
b)
Salah
2.
2. Selaku Ketua Jabatan yang baharu dilantik, tugas utama yang dilaksanakan ialah membuat analisis persekitaran.
a)
Betul
b)
Salah
3.
3. Antara syarat untuk pengesahan jawatan ialah berkhidmat dalam tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun dan hadir dengan jayanya Kursus Induksi/Program Transformasi Minda dalam perkhidmatan dan diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
a)
Betul
b)
Salah
4.
4. Penanggungan kerja ertinya pelaksanaan tugas secara sepenuh masa suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama, dengan Kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.
a)
Betul
b)
Salah
5.
5. Buku Perkhidmatan Kerajaan adalah bertaraf SULIT. Walau bagaimanapun pegawai boleh melihat dan menyemak butir-butir peribadi, maklumat cuti, maklumat perkhidmatan, lembaran kelakuan dan maklumat-maklumat lain.
a)
Betul
b)
Salah
6.
6. Penilaian Prestasi merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan personel yang penting yang boleh digunakan untuk membantu setiap pegawai meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Oleh itu, kaedah penilaian prestasi yang baik perlu dilaksanakan secara bermusim dan berterusan.
a)
Betul
b)
Salah
7.
7. Surcaj adalah jenis-jenis hukuman tatatertib.
a)
Betul
b)
Salah
8.
8. Penjawat awam lelaki boleh memakai kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya serta capal juga boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.
a)
Betul
b)
Salah
9.
9. Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama (7) tujuh hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan pengesanan pegawai dengan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.
a)
Betul
b)
Salah
10.
10. Ketua Jabatan yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan ini; hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
a)
Betul
b)
Salah