NEW
Font size
WorksheetsKUIZ ASPEK PASARAN, TREND, UNDANG - UNDANG
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Perubahan cita rasa pengguna terhadap makanan segera memaksa syarikat menambah menu baharu. Hal ini menunjukkan kesan perubahan dari aspek:
Teknologi
Pasaran
Undang-undang
Politik
Kemunculan teknologi pembayaran tanpa tunai seperti e-wallet memberi kesan kepada perniagaan kerana ia berkaitan dengan:
Trend pendapatan
Pasaran
Undang-undang
Ekonomi global
Apabila pasaran semakin terbuka, syarikat menghadapi lebih banyak pesaing. Apakah tindakan terbaik?
Menutup operasi
Mengurangkan kualiti produk
Melakukan inovasi produk
Mengelak promosi
Apabila pengguna lebih mengutamakan produk mesra alam, syarikat perlu mengeluarkan produk hijau. Situasi ini menunjukkan perubahan aspek:
Sosial
Pasaran
Undang-undang
Ekonomi
Persaingan pasaran yang sengit akan mendorong syarikat untuk:
Mengurangkan kos promosi
Menambah baik produk dan perkhidmatan
Menutup cawangan perniagaan
Mengurangkan tenaga kerja
Jika kadar pengangguran meningkat, kesannya terhadap perniagaan ialah:
Permintaan barang meningkat
Kuasa beli pengguna menurun
Perniagaan berkembang pesat
Harga barang jatuh
Apabila pendapatan rakyat meningkat, kesannya ialah:
Permintaan barang berkurang
Permintaan barang bertambah
Perniagaan rugi besar
Kos operasi menurun
Apabila ekonomi negara berkembang pesat, peluang terbaik untuk perniagaan ialah:
Mengurangkan pekerja
Menutup cawangan
Mengurangkan inovasi produk
Meluaskan operasi dan pasaran
Apabila ekonomi negara meleset, perniagaan berkemungkinan akan:
Mengurangkan kos operasi dan pekerja
Mendapat keuntungan besar
Membuka cawangan baharu
Meningkatkan pelaburan
Pendapatan pengguna yang rendah menyebabkan syarikat:
Menaikkan harga produk
Mengurangkan promosi
Menghasilkan produk mampu milik
Mengurangkan kualiti produk
Apakah tujuan utama undang-undang perlindungan pengguna?
Melindungi pengguna daripada penipuan
Memberi keuntungan kepada syarikat
Menurunkan harga barangan
Menghapuskan semua pesaing
Seorang pekerja tidak dibayar gaji seperti yang dipersetujui dalam kontrak. Undang-undang diperlukan untuk memastikan:
Pekerja berhenti kerja segera
Pekerja menukar majikan lain
Pekerja tidak membuat tuntutan
Pekerja mendapat hak yang adil
Menjual makanan tidak bersih boleh membahayakan pengguna. Situasi ini menunjukkan undang-undang perlu:
Melindungi hak pengguna
Melindungi keuntungan peniaga
Mengurangkan kos operasi
Menghapuskan pasaran global
Undang-undang buruh diwujudkan untuk:
Memberi lebih kuasa kepada majikan
Mengurangkan peluang pekerjaan
Menjamin hak pekerja dan majikan secara adil
Mengawal harga barangan di pasaran
Apakah kesan kepada perniagaan jika undang-undang tidak dipatuhi?
Perniagaan lebih maju
Kos operasi menurun
Keyakinan pengguna berkurang
Pekerja lebih produktif
Apabila pengguna lebih gemar membeli secara dalam talian berbanding kedai fizikal, apakah yang perlu dilakukan oleh syarikat?
Menutup perniagaan segera
Mengurangkan promosi produk
Membuka platform e-dagang
Menghapuskan pesaing lain
Jika kadar guna tenaga penuh dapat dicapai dalam negara, kesannya kepada perniagaan ialah:
Produktiviti meningkat
Kuasa beli menurun
Permintaan barang berkurang
Kos operasi bertambah tinggi
Mengapakah syarikat perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi?
Untuk mengurangkan kos pengurusan
Untuk meningkatkan persaingan pasaran
Untuk meluaskan operasi perniagaan
Untuk melindungi maklumat pengguna
Apabila kerajaan mengetatkan undang-undang kebersihan makanan, syarikat restoran perlu:
Mengabaikan peraturan untuk kurangkan kos
Menutup operasi perniagaan
Meningkatkan standard kebersihan dan keselamatan
Menjual makanan dengan harga lebih murah
Ekonomi negara mengalami inflasi tinggi. Apakah kesan langsung terhadap perniagaan?
Kuasa beli pengguna meningkat
Kos bahan mentah bertambah
Permintaan barang semakin kukuh
Syarikat lebih mudah membuat keuntungan
