WorksheetsPECUTAN AKHIR PERCUBAAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pasangan manakah yang benar tentang sumber ekonomi?
Tanah - Input yang mempunyai pelbagai mobiliti kegunaan kecuali mobiliti tempat
Modal - Pemilik modal menerima pulangan dalam bentuk keuntungan atas kesanggupan menanggung risiko
Buruh - Individu yang menggabungkan input pengeluaran bagi menghasilkan sejumlah output
Usahawan - Unit ekonomi yang membekalkan faktor pengeluaran dalam aktiviti pengeluaran
Apakah kos lepas yang dihadapi oleh syarikat ini sekiranya teknik intensif modal digunakan?
40 unit kicap manis
40 unit kicap masin
80 unit kicap manis
80 unit kicap masin
Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?
Kestabilan penawaran
Keadilan agihan pendapatan
Tiada persaingan antara firma
Keuntungan firma lebih tinggi
1. Perubahan dalam kuantiti diminta merujuk kepada pergerakan titik di sepanjang keluk permintaan yang sama. Faktor penentu manakah yang terlibat?
Cita rasa
Pendapatan
Dasar kerajaan
Harga barang itu
Pernyataan manakah berkaitan dengan keanjalan harga penawaran yang anjal?
Peratus perubahan kuantiti melebihi peratus perubahan harga
Keluk penawaran adalah landai
pekali keanjalan kurang daripada satu
Penjual tidak responsif terhadap perubahan harga
Mengapakah bank pusat perlu mengawal kadar rizab berkanun bank perdagangan?
Menjaga kepentingan para pendeposit
Mengawal penawaran wang dalam ekonomi
Mengawal margin keuntungan bank perdagangan
Meningkatkan kuasa beli masyarakat semasa inflasi
Pernyataan yang manakah betul tentang deposit semasa?
Pengeluaran wang mengikut tempoh matang yang ditetapkan
Pelanggan disediakan kemudahan pinjaman overdraf
Pelanggan diberikan kadar faedah yang tinggi
Pemegang akaun mendapat buku simpanan
Pernyataan yang manakah betul tentang faedah sampingan dalam pemilihan pekerjaan?
Suasana tempat bekerja yang selesa
Tempoh masa untuk ke tempat kerja cepat
Peluang kenaikan pangkat dalam tempoh bekerja
Kemudahan pengangkutan ke tempat kerja disediakan
Pernyataan yang manakah merupakan kelebihan membayar secara kredit?
Mengelakkan inflasi
Mendapat diskaun harga
Menikmati harga yang murah
Meringankan beban kewangan
Apakah bentuk pelaburan yang mempunyai tahap pulangan dan tahap kecairan yang tinggi?
Saham syarikat
Logam berharga
Unit Amanah Saham
Urusniaga pertukaran asing
Pernyataan yang manakah betul tentang pengeluaran?
Fungsi pengeluaran jangka pendek merujuk kepada hubungan input tetap dengan output dalam proses pengeluaran
Firma berupaya menyesuaikan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran dalam jangka pendek
Input berubah mempunyai hubungan yang negatif dengan tingkat output
Input tetap boleh menjadi input berubah dalam jangka masa panjang
Syarikat Aman Jaya telah membeli sebidang tanah berhampiran sebuah kampung untuk menempatkan 20 buah lori. Apakah faedah sosial yang terlibat?
Kesesakan lalu lintas di kampung tersebut
Kenaikan harga tanah di kawasan sekitar
Pengurangan gaji pengawal keselamatan
Belanja operasi syarikat bertambah
Pernyataan manakah berkaitan ciri barang awam?
Semua rakyat perlu membuat bayaran
Penawaran adalah tidak terhad dan tidak wujud kos lepas
Orang lain boleh menghalang individu lain daripada menggunakannya
Dapat digunakan oleh semua orang tanpa mengurangkan faedah penggunaan individu lain
Tindakan kerajaan yang manakah dapat mengawal kesan eksternaliti negatif?
Mengawal harga barang-barang keperluan
Memberi subsidi untuk mengurangkan kos pengeluaran
Memusatkan kawasan perindustrian di luar kawasan kediaman
Memberi kebebasan lesen ke atas barangan yang membahayakan kesihatan
Bagaimanakah kerajaan dapat mencapai objektif pertumbuhan ekonomi?
Mengawal kuasa pasaran
Mengawal aliran wang negara
Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar harga maksimum?
Menjaga kebajikan pengguna
Meningkatkan penawaran pengeluar
Memaksimumkan pendapatan kerajaan
Memastikan semua rakyat mendapat barang kehendak
Mengapakah kerajaan perlu menjaga kestabilan harga dalam pasaran?
Untuk kestabilan ekonomi
Untuk meningkatkan pendapatan negara
Meningkatkan kuasa beli pengguna
Menjaga keharmornian antara pengeluar dengan pengguna
Apakah faktor yang menyebabkan inflasi tolakan kos?
Pertambahan kos bahan api
Pengembangan kredit bank perdagangan
Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan
Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan
Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangguran.
PERMINTAAN BURUH BAGI SESETENGAH SEKTOR EKONOMI MENGALAMI KEMEROSOTAN
Manakah yang menggambarkan sebab berlakunya masalah di dalam pernyataan tersebut?
Peningkatan dalam kemahiran dan kecekapan
Isi rumah membuat kerja sambilan
Terlalu bergantung kepada bidang pertanian
Menggantikan penggunaan buruh kepada mesin dalam pengeluaran
Situasi manakah yang betul tentang dasar fiskal menguncup?
Mengurangkan perbelanjaan pembangunan
Menurunkan kadar cukai pendapatan
Menambahkan bilangan tenaga kerja
Meningkatkan permintaan agregat
