wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IKalam 2025

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah benar tentang faktor pengeluaran?

a)

Buruh merupakan individu yang kreatif

b)

Tanah merupakan hasil ciptaan manusia

c)

Usahawan menggunakan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran

d)

Modal merupakan alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan

2.

Pernyataan berikut menunjukkan satu masalah ekonomi.

Siapakah yang mungkin menghadapi masalah tersebut?

a)

Puan Aminah

b)

Jabatan Kastam

c)

Aminah Enterprise

d)

Syarikat Sopi Sdn Bhd

3.
a)

Apa yang hendak dikeluarkan

b)

Bagaimana hendak dikeluarkan

c)

Untuk siapa hendak dikeluarkan

d)

Berapa yang hendak dikeluarkan

4.

Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme pasaran untuk menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan?

[2 pilihan jawapan yang betul]

a)

Sistem ekonomi sosialis

b)

Sistem ekonomi campuran

c)

Sistem ekonomi laissez-faire

d)

Sistem ekonomi perancangan pusat

5.
a)

Citarasa meningkat

b)

Harga barang itu meningkat

c)

Harga barang penggenap menurun

d)

Jangkaan harga masa depan menurun

6.
a)

7 unit

b)

17 unit

c)

12 unit

d)

18 unit

7.

Situasi manakah yang menunjukkan pengurangan penawaran?

[Pilih 2 jawapan betul]

a)

Subsidi dikurangkan

b)

Penurunan harga bahan api

c)

Firma memaksimumkan jualan

d)

Harga dijangka meningkat pada masa hadapan

8.
a)

Berlaku keseimbangan pada harga RM10

b)

Pada harga RM12 berlaku lebihan permintaan sebanyak 20 kg

c)

Pada harga RM8 berlaku lebihan penawaran dan harga cenderung naik

d)

Penawaran buah rambutan meningkat sebanyak 15 kg apabila harga meningkat dari RM8 ke RM10

9.

Apakah kesan kepada pasaran barang sekiranya penawaran bertambah tetapi permintaan tetap?

[Pilih 2 jawapan betul]

a)

Harga cenderung naik

b)

Wujud lebihan permintaan

c)

Harga keseimbangan menurun

d)

Kuantiti keseimbangan menkingat

10.
a)

Keluk penawaran barang X lebih landai

b)

Pekali keanjalan barang Y kurang daripada satu

c)

Firma perlu menaikkan harga barang X untuk meningkatkan jumlah hasil

d)

Peratus perubahan kuantiti lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang Y

11.
a)

0.17

b)

0.25

c)

1.5

d)

0.67

12.

Puan Fatimah telah menjual sayur-sayuran di pasar. Beliau menggunakan hasil keuntungannya pada hari tersebut untuk membeli beras.

Apakah fungsi wang tersebut?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat simpanan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat perantaraan pertukaran

13.

Antara yang berikut, manakah merupakan fungsi bank perdagangan?

[Pilih 2 jawapan betul]

a)

Menerima deposit

b)

Mendiskaunkan bil pertukaran

c)

Menjadi sumber pinjaman terakhir

d)

Menyediakan akaun penjelasan antara bank

14.

Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menarik Cik Hana untuk memohon jawatan tersebut?

[Pilih 2 jawapan betul]

a)

Upah wang

b)

Waktu bekerja

c)

Faedah sampingan

d)

Kelayakan akademik

15.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

16.

Mengapakah Encik Malek memilih kaedah pembayaran tersebut?

[Pilih 2 jawapan yang betul]

a)

Harga lebih murah

b)

Menikmati diskaun harga

c)

Meringankan beban kewangan

d)

Menikmati barang walaupun harga penuh belum dijelaskan

17.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi?

[Pilih 2 jawapan betul]

a)

Mengelakkan inflasi

b)

Meningkatkan pendapatan

c)

Membolehkan individu membeli barang mewah

d)

Membolehkan individu mendahulukan perbelanjaan yang penting

19.

Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap?

a)

Kos yang ditanggung untuk mengeluarkan seunit output

b)

Wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang

c)

Pembelian untuk mendapatkan bahan mentah dalam proses pengeluaran

d)

Pembayaran yang perlu dilakukan walaupun pengeluaran belum bermula

20.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah dalam proses pengeluaran?

a)

Bil air dan elektrik

b)

Premium insurans

c)

Sewa bangunan kilang

d)

Faedah pinjaman modal

21.
a)

RM3 000

b)

RM4 200

c)

RM7 200

d)

RM11 200

22.

Isu yang manakah berkaitan dengan eksternaliti negatif?

a)

Imbangan dagangan negatif

b)

Pencemaran air akibat pembuangan sisa kilang

c)

Kos bahan mentah meningkat secara mendadak

d)

Kadar pengangguran negara meningkat melebihi 4%

23.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan barang awam yang disediakan oleh kerajaan.

a)

Hanani membeli sebuah komputer berharga RM 2500

b)

Encik Ismail menggunakan air mineral yang bersih untuk memasak gulai ikan

c)

Shuib dimasukkan ke Hospital Serdang kerana dijangkiti penyakit Hepatitis

d)

Tandas di Kelab Arena hanya disediakan untuk ahli yang membayar yuran sahaja

24.

Antara yang berikut, manakah merupakan tindakan kerajaan untuk mengawal eksternaliti negatif?

[Pilih 2 jawapan yang betul]

a)

Memberi subsidi

b)

Menentukan penempatan firma

c)

Mengehadkan pengeluaran lesen

d)

Mengawal harga barang dan perkhidmatan di pasaran

25.

Antara yang berikut, apakah kesan yang akan berlaku jika kadar inflasi meningkat daripada 2.5% kepada 3%?

a)

Peluang pekerjaan menurun

b)

Kuasa beli masyarakat meningkat

c)

Pendapatan benar masyarakat menurun

d)

Nilai wang yang dipegang oleh isi rumah merosot

26.

Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?

a)

Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran

b)

Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi

c)

Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan

d)

Pekerja yang meletak jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain

27.

Apakah kesan peningkatan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara?

a)

Meningkatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin

b)

Mengurangkan kemudahan perkhidmatan kesihatan

c)

Meningkatkan taraf kebajikan masyarakat

d)

Menyebabkan KDNK negara menurun

28.
a)

Permintaan agregat akan menurun

b)

Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

c)

Bekalan wang dalam pasaran meningkat

d)

Penawaran firma semakin meningkat

29.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan belanjawan lebihan.

[Pilih 2 jawapan betul]

a)

Dilaksanakan semasa pengangguran meningkat

b)

Jumlah hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan kerajaan

c)

Perbelanjaan kerajaan dikurangkan

d)

Kadar cukai naik

30.

Pernyataan yang manakah menjelaskan kesan pelaburan langsung asing (FDI)?

a)

Lebih banyak modal akan dibawa ke luar negara

b)

Penggunaan teknologi canggih meningkatkan produktiviti pengeluaran negara

c)

Pertumbuhan ekonomi negara semakin menurun

d)

Mengurangkan aliran wang ke luar negara.

31.

Bagi menghalang barangan dari negara tertentu dibawa masuk ke dalam negara, kerajaan mengenakan

a)

tarif

b)

sekatan bukan ekonomi

c)

kuota

d)

embargo

32.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan kesan blok ekonomi dalam perdagangan antarabangsa.

a)

Tekanan terhadap ekonomi negara meningkat

b)

Mobiliti buruh meningkat

c)

Daya saing industri tempatan meningkat

d)

Mengecilkan pasaran tempatan

33.
a)

Permintaan terhadap eksport negara Malaysia meningkat

b)

Imbangan dagangan menjadi negatif

c)

Harga barang import menjadi murah

d)

Jumlah import negara lebih banyak berbanding eksport

34.

Soalan 34 berdasarkan jadual berikut:

I. Firma menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

II. Firma membuat pilihan yang paling memaksimumkan kepuasan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

35.

Soalan 35 berdasarkan jadual berikut:

I. Mekanisme pasaran ialah interaksi antara kuasa permintaan dan kuasa penawaran dalam pasaran.

II. Mekanisme pasaran digunakan oleh Sistem Ekonomi Pasaran Bebas untuk menentukan apa yang hendak dikeluarkan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

36.

Soalan 36 berdasarkan jadual berikut:

I. Ketidakseimbangan pasaran menunjukkan kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar.

II. Ketidakseimbangan pasaran dicapai apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran pasaran.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

37.

Soalan 37 berdasarkan jadual berikut:

I. Keanjalan bagi barang mewah adalah anjal.

II. Firma akan menaikkan harga bagi barang anjal untuk meningkatkan jumlah hasil.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

38.

Soalan 38 berdasarkan jadual berikut:

I. Implikasi lebihan akaun semasa ialah dapat meningkatkan guna tenaga.

II. Kerajaan mengatasi defisit akaun semasa dengan cara meningkatkan kemudahan pendidikan dan infrastruktur.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

39.

Soalan 39 berdasarkan jadual berikut:

I. Liberalisasi perdagangan merujuk kepada wujudnya sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara lain.

II. Liberalisasi perdagangan menyebabkan industri tempatan tidak mampu bersaing dengan pelabur asing yang memasuki pasaran tempatan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

40.

Soalan 39 berdasarkan jadual berikut:

I. Permintaan ke atas Ringgit Malaysia berlaku apabila negara lain membeli barangan Malaysia.

II. Apabila nilai eksport menurun, nilai Ringgit Malaysia cenderung naik.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D