wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Law (Google Form) — Soalan MCQ untuk Tingkatan 13

Total questions: 128

Worksheet time: 1hrs 4mins

Name
Class
Date
1.

Kaedah penafsiran kehakiman ini merangkumi semua kaedah yang ada dan mahkamah dalam usahanya untuk mentafsir statut perlu melihat atau berpandukan kepada tujuan statut itu. Kaedah penafsiran kehakiman ini merujuk kepada

a)

Purposive Approach

b)

Golden Rule

c)

Mischief Rule

d)

Literal Rule

2.

Terdapat dua bantuan dalam membuat penafsiran undang-undang iaitu Internal dan External. Sumber bantuan undang-undang eksternal adalah

a)

nota birai

b)

sejarah perundangan

c)

misalan atau ilustrasi

d)

rekod persidangan Parlimen

3.

Akta Makanan 1983 diwujudkan bertujuan untuk memastikan

a)

harga makanan berpatutan.

b)

makanan yang diekspot selamat.

c)

bekalan makanan sentiasa mencukupi.

d)

orang ramai dilindungi dari bahaya dari segi kesihatan.

4.

Apabila seseorang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta Makanan 1983, mahkamah boleh memerintah

a)

supaya premis dari jenis yang serupa yang dipunyai atau dimiliki diculutah dan premis tersebut dikosongkan.

b)

pengusahanya dibatalkan lesen serta hak untuk menjalankan perniagaan tidak dibenarkan sehingga tempoh tertentu.

c)

supaya makanan dari jenis yang serupa yang dipunyai atau dimiliki dilucutkan dan makanan tersebut dilupuskan.

d)

memusnahkan atau melupuskan makanan atau perkakas yang disita dalam tempoh penyiasatan pihak diberi kuasa atau mahkamah.

5.

Berikut adalah benar mengenai peruntukan pelbagai Akta Makanan 1983 i. Menteri mempunyai kuasa membuat peraturan untuk melarang penambahan apa-apa bahan tertentu ke dalam makanan ii. Walaupun tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya, Pengarah boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahan boleh kompaun iii. Menteri boleh membuat peraturan yang mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi pengambilan sampel hasil tembakau untuk analisis iv. Pegawai berkuasa boleh mengeluarkan suatu waran bagi menangkap mana-mana orang jika tidak hadir ke mahkamah setelah suatu notis kesalahan telah disampaikan kepada orang itu

a)

i dan iv

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

6.

Sebelum prosiding pendakwaan dimulakan bagi Akta Makanan 1983, Pegawai Diberikuasa perlu mendapat izin mendakwa dari

a)

Menteri

b)

Mahkamah

c)

Peguambela

d)

Timbalan Pendakwa Raya

7.

Tempoh masa notis diberikan kepada saksi pakar untuk dipanggil ke Mahkamah menurut Seksyen 23A, Akta Makanan 1983 adalah

a)

5 hari

b)

10 hri

c)

15 hari

d)

30 hari

8.

Tujuan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 digubal ialah bagi

a)

menguatkuasakan makanan halal.

b)

menguatkuasakan harga makanan.

c)

memastikan makanan selamat dimakan.

d)

memberi panduan kepada pengguna memilih makanan berkhasiat.

9.

Peraturan-peraturan makanan menetapkan peruntukan bagi

a)

Pengendali makanan.

b)

Harga bagi makanan.

c)

Kebersihan premis makanan.

d)

Standard atau kualiti makanan.

10.

Makanan yang memerlukan waranti bertulis dari pengilang ialah seperti berikut kecuali

a)

buah-buahan

b)

rumusan bayi

c)

susu tepung penuh krim

d)

makanan berkaling untuk kanak-kanak

11.

Mengikut Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, tuan punya premis tidak perlu mempamerkan perkara berikut dalam premis makanan iaitu

a)

signage dilarang merokok.

b)

perakuan pendaftaran premis makanan.

c)

notis membasuh tangan dengan bersih dan sempurna.

d)

notis larangan membawa masuk haiwan ke dalam premis makanan

12.

Di antara Peruntukan yang terdapat di dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 adalah

a)

kualiti makanan.

b)

pelabelan makanan.

c)

persampelan makanan.

d)

penyimpanan makanan.

13.

Berikut merupakan kehendak am bagi premis makanan mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

a)

Permukaan lantai premis wajib dipasang jubin.

b)

Premis wajib memasang kamera litar tertutup (CCTV).

c)

Lokasi premis makanan perlu jauh daripada punca pencemaran.

d)

Pencahayaan mekanikal tidak perlu bagi premis yang mempunyai tingkap.

14.

Definisi Tembakau menurut Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 2004 ialah

a)

rokok apa-apa hasil yang diperolehi daripada apa-apa pokok-pokok lyang berkaitan dan termasuklah apa-apa hasil darinya..

b)

apa-apa hasil yang diperolehi daripada apa-apa pokok-pokok lain yang berkaitan dan termasuklah apa-apa hasil darinya yang dijadikan.

c)

apa-apa hasil yang diperolehi daripada daun pokok Nicotiana Tobacco atau pokok-pokok lain yang berkaitan dan termasuklah apa-apa hasil rokok.

d)

apa-apa hasil yang diperolehi daripada daun pokok Nicotiana Tabacum atau pokok-pokok lain yang berkaitan dan termasuklah apa-apa hasil tembakau.

15.

Orang Belum Dewasa (OBD) menurut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 ialah mana-mana orang yang

a)

masih belajar.

b)

umurnya di bawah lapan belas tahun.

c)

umurnya di bawah enam belas tahun.

d)

masih di bawah tanggungan ibu bapa.

16.

Di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 tempat dilarang merokok adalah

a)

kedai runcit

b)

kelab malam

c)

taman awam

d)

tempat letak kereta awam

17.

Tujuan sampel makanan bagi analisis kimia dibahagikan kepada tiga (3) bahagian adalah

a)

bagi mendapatkan analisis yang tepat

b)

supaya sampel yang rosak dapat digantikan

c)

supaya analisis boleh dijalankan berulang kali

d)

bagi memastikan keadilan kepada penjual makanan

18.

Peruntukan bagi Penjalanan dan Penyelenggaraan Premis Makanan terkandung di dalam

a)

Akta Makanan 1983

b)

Peraturan-Peraturan Makanan 1985

c)

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

d)

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

19.

Menurut Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, berapakah tempoh sah laku sesuatu perakuan pendaftaran dari tarikh ia dikeluarkan?

a)

1 tahun

b)

3 tahun

c)

5 tahun

d)

Tiada tamat tempoh

20.

Permohonan untuk pendaftaran premis makanan hendaklah dibuat kepada Pengarah, yang mana merujuk kepada Akta Makanan bererti

a)

Ketua Pengarah Kesihatan.

b)

Pegawai Kesihatan Perubatan.

c)

Pegawai Kesihatan Persekitaran.

d)

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

21.

Nyatakan tujuan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 diwujudkan

a)

Menyedarkan orang ramai tentang keselamatan makanan.

b)

Melindungi orang ramai dari segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

c)

Menggalakkan negara luar mencontohi standard makanan di Malaysia.

d)

Memudahkan produk makanan keluaran Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.

22.

Berikut adalah makanan yang memerlukan waranti bertulis daripada pengilang menurut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Makanan 1985. i. Bahan perisa ii. Antipengoksida iii. Bahan pewarna iv. Kondisioner makanan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

23.

Berikut merupakan BUKAN tujuan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 diwartakan

a)

Memudahkan pengguna untuk membuat pilihan semasa membeli.

b)

Untuk mengadakan peruntukan mengenai “produk recall” dari premis makanan.

c)

Untuk menetapkan makanan yang perlu diberi waranti.

d)

Untuk menghendaki penjual makanan supaya menyenggara apa-apa buku dan rekod bagi tujuan penguatkuasaan dan pentadbiran.

24.

Seseorang ingin menjual makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Menurut peraturan 14 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, berikut adalah bentuk penandaan tarikh yang hendaklah dicetak timbul pada label bungkusan yang mengandungi makanan tersebut, kecuali

a)

BAIK SBL

b)

TH AKHIR

c)

TH LUPUT

d)

GUNA SBL

25.

Pernyataan manakah BENAR mengenai aditif makanan menurut Peraturan-Peraturan Makanan 1985?

a)

Penambahan apa-apa aditif makanan ke dalam makanan adalah dibenarkan.

b)

Aditif makanan termasuklah apa-apa bahan pengawet, antipengoksida, kondisioner makanan dan garam.

c)

Bahan pewarna & perisa merupakan aditif makanan yang memerlukan waranti bertulis dari pengilang.

d)

Pernyataan tentang adanya aditif makanan dalam sesuatu makanan tidak perlu ditulis pada label bungkusan makanan itu.

26.

Semua makanan yang dijual dan terkandung dalam bungkusan hendaklah mempunyai label yang

a)

Ada penerangan dalam semua bahasa.

b)

Ada butiran tentang perkara dilarang dalam peraturan.

c)

Mengandungi apa-apa butir yang ditetapkan dalam peraturan.

d)

Butirannya diletakkan pada bungkusan dengan mengikut kreativiti pengilang.

27.

Produk makanan boleh diiklankan untuk jualan jika kehendak am pelabelan dipatuhi KECUALI

a)

Terdapat label yang mengandungi semua butir berhubung dengan bungkusannya tersebut.

b)

Boleh menggunakan apa-apa bahasa pada label produk makanan.

c)

Tidak mempunyai label yang dilarang oleh Peraturan-Peraturan Makanan.

d)

Mempunyai label yang mengandungi apa-apa butir yang berada di tempat atau mengikut cara label pembungkusan.

28.

Menurut peraturan 24 Peraturan Makanan 1985, antipengoksida ialah

a)

Bahan yang boleh melazatkan atau memperbaiki rasa makanan.

b)

Bahan yang boleh melambatkan atau merencat pengembangan bakteria.

c)

Bahan yang boleh melambatkan atau merencat pengembangan kekenyalan atau kemerosotan makanan.

d)

Bahan yang boleh menyekat, merencat, atau menahan proses penguraian, penaipaan atau pengasidan makanan.

29.

Akuan Fungsi Nutrien merupakan peruntukan di bawah Per. 18 (e), Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai Akuan Fungsi Nutrien

a)

Akuan pemakanan yang mengenai fisiologi nutrien dalam pertumbuhan, perkembangan dan fungsi normal badan.

b)

Hanya akuan fungsi nutrien yang tersenarai sahaja boleh digunakan atau dengan kebenaran bertulis pengarah.

c)

Jika akuan dibuat, mesti mengandungi jumlah nutrien yang dianggap “sumber”.

d)

Akuan yang membandingkan tahap nutrien atau nilai tenaga bagi dua makanan.

30.

Peraturan 34, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah menetapkan bahawa kewajipan untuk mengekalkan premis makanan berkeadaan bersih adalah terletak kepada

a)

Tuanpunya premis makanan.

b)

Penghuni premis makanan.

c)

Pengendali makanan premis makanan.

d)

Penghuni dan tuanpunya premis makanan.

31.

“Daging” ertinya daging atau hasil daging sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Di bawah peraturan berapakah tafsiran ini dinyatakan?

a)

Peraturan 2

b)

Peraturan 4

c)

Peraturan 1

d)

Peraturan 3

32.

Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah menetapkan bahawa kewajipan yang perlu dipatuhi oleh pengendali makanan berkaitan

a)

Latihan pengendali makanan.

b)

Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan.

c)

Kebersihan diri pengendali makanan.

d)

Pakaian pengendali makanan.

33.

Apakah sistem seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, yang membolehkan stok makanan digantikan dengan tetap?

a)

Amalan penggilangan yang baik.

b)

Sistem ‘masuk dulu keluar dulu’.

c)

Sistem kebolehkesanan makanan.

d)

Program jaminan keselamatan makanan.

34.

Pilih pernyataan yang SALAH berkaitan peruntukan di bawah Per.15 (Kebersihan Premis Makanan), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

a)

Premis makanan hendaklah kekal dalam keadaan yang baik, bersih dan kemas pada setiap masa.

b)

Premis makanan hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya sekali sehari dan termasuklah membuang sisa makanan dan kotoran.

c)

Tiap-tiap bahan pencuci yang digunakan di premis makanan hendaklah dilabel dan tidak disimpan dalam kawasan pemprosesan makanan.

d)

Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah pada setiap masa mengekalkan premis makanan bebas daripada mana-mana perosak.

35.

Di bawah subperagraf 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi hal makanan campuran, perkataan-perkataan yang menunjukkan kandungannya dicampur hendaklah ditulis pada bungkusan makanan dalam bentuk berikut.

a)

“Didahului dengan nama sebutan sebenar dicantum dengan perkataan campuran”.

b)

“Didahului dengan perkataan campuran dicantum dengan nama sebutan sebenar”.

c)

“Didahului perkataan campuran kemudian nama sebutan sebenar tanpa dicantum”.

d)

“Didahului nama sebutan sebenar kemudian perkataan campuran tanpa dicantum”.

36.

Pilih jawapan yang BETUL bagi maksud tafsiran “premis kerajaan”

a)

Mana-mana premis yang dimiliki atau dihuni oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

b)

Mana-mana struktur bangunan yang menjadi hak milik Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

c)

Mana-mana premis atau bangunan yang mempunyai hak milik Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

d)

Mana-mana premis yang dimiliki atau kepunyaan kerajaan pusat.

37.

Di bawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, pilih pernyataan berkaitan dengan LARANGAN MENGENAI TAJAAN DAN SEBAGAINYA, tiada sesiapa boleh:

a)

Memberi apa-apa tajaan, pemberian, hadiah, atau ganjaran yang sama bagi tujuan tajaan hasil tembakau bagi promosi hasil tembakau oleh orang lain.

b)

Memberi apa-apa tajaan, pemberian, hadiah, upah, biasiswa atau faedah yang serupa sebagai pertukaran bagi promosi hasil tembakau oleh orang lain.

c)

Memberi apa-apa faedah dan ganjaran yang serupa sebagai pertukaran bagi promosi hasil tembakau untuk sebuah agensi.

d)

Memberi apa-apa promosi yang mendatangkan hasil atau pendapatan yang menguntungkan sebagai pertukaran bagi promosi hasil tembakau oleh orang lain.

38.

Berdasarkan Peraturan 16 Peraturan-peraturan Hidrogen Sianid 1953, notis sebelum menjalankan operasi pengasapan ke atas kapal terbang perlu dikeluarkan kepada Jabatan Penerbangan Awam dan Pegawai Kesihatan Lapangan Terbang dalam tempoh masa

a)

24 jam

b)

48 jam

c)

1 bulan

d)

2 minggu

39.

Di bawah peraturan 7, Peraturan-Peraturan Hidrogen sianid (Pengasapan) 1953 berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk memperbaharui lesen

a)

1 bulan sebelum tarikh luput

b)

2 bulan sebelum tarikh luput

c)

3 bulan sebelum tarikh luput

d)

4 bulan sebelum tarikh luput

40.

Menurut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Hidrogen Sianid 1953, notis operasi pengasapan menggunakan gas hidrogen sianid yang akan dijalankan di dalam kawasan perbandaran (PBT) perlu dikemukakan kepada

a)

Pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan

b)

Pegawai kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah

c)

Ketua Pengarah Jabatan Laut

d)

Pengarah Jabatan Penerbangan Awam

41.

Menurut Seksyen 21 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (Pindaan) 2000, seseorang yang menghalang pegawai berkuasa dari melaksanakan tugas di bawah Akta ini jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi

a)

RM 5,000

b)

RM 10,000

c)

RM 15,000

d)

RM 20,000

42.

Sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, anda mempunyai kuasa untuk mengkehendaki pemunya atau penduduk memberi bantuan dalam aktiviti penghapusan serangga pembawa penyakit (sebelum racun serangga mula disemburkan). Di bawah seksyen berapakah kuasa ini diperuntukkan?

a)

Seksyen 8

b)

Seksyen 9

c)

Seksyen 10

d)

Seksyen 11

43.

Mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) di bawah Seksyen 5, jika inspektor hendak memasuki premis di luar masa yang ditetapkan, pemunya perlu diberi tempoh notis yang tidak kurang dari

a)

12 jam

b)

48 jam

c)

36 jam

d)

24 jam

44.

Pegawai Berkuasa yang boleh menjalankan pemeriksaan perubatan terhadap orang disyaki dijangkiti penyakit bawaan oleh serangga ialah

a)

Menteri

b)

Pegawai Kesihatan

c)

Pembantu Kesihatan Awam Kanan

d)

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

45.

Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pergimportan, Pengeksportan Mayat, Tisu Manusia dan Organisma dan Bahan Patogenik) mula berkuatkuasa pada

a)

1 Jun 1988

b)

1 Jun 2003

c)

1 Jun 2006

d)

1 Jun 2020

46.

Mengikut Borang Pengisytiharan Kesihatan, apakah penyakit yang perlu diisytiharkan?

a)

HIV

b)

H1N1

c)

MERS-CoV

d)

Viral Hepatitis

47.

Jika seseorang gagal mengisytiharkan kesihatan, apakah hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah?

a)

Kompaun tidak melebihi seribu ringgit

b)

Kompaun tidak melebihi sepuluh ribu ringgit

c)

Denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara enam bulan

d)

Denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara dua tahun

48.

Pengasapan Hidrogen Sianid hanya boleh dilakukan sekiranya

a)

Kawasan tertutup dan mempunyai 20 kaki daripada sempadan terdekat

b)

Kawasan terbuka dan mempunyai 20 kaki daripada sempadan terdekat

c)

Kawasan tertutup dan mempunyai 10 kaki lebar daripada sempadan terdekat

d)

Kawasan terbuka dan mempunyai 10 kaki lebar daripada sempadan terdekat

49.

Takrifan ‘berinfestasi’ di bawah seksyen 2 Akta Kawalan Penyakit berjangkit 1988 adalah berinfestasi dengan

a)

kulat

b)

semua haiwan

c)

mikroorganisma

d)

rodensia atau serangga berbahaya

50.

Sebelum kompaun dikeluarkan, pegawai diberikuasa perlu mendapat izin mengkompaun dari

a)

Menteri

b)

Mahkamah

c)

Peguambela

d)

Timbalan Pendakwa Raya

51.

BENAR tentang Doktrin Pengasingan kuasa atau “Separation of Power” I. Mengutamakan kuasa relatif antara Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman II. Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman mempunyai kuasa dan peranan yang sama III. Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman melaksanakan peranan masing-masing tanpa pertindihan IV. Yang Di-pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

III dan II

d)

III dan IV

52.

Undang-undang di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada; I. Undang-undang adat II. Undang-undang awam III. Undang-undang persendirian IV. Undang-undang Common law

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

III dan II

d)

III dan IV

53.

Pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh dilakukan setelah mendapat keizinan bertulis daripada

a)

Pegawai Kesihatan

b)

Menteri Kesihatan

c)

Pengarah Kesihatan

d)

Pendakwa Raya

54.

Sampel makanan bagi analisis kimia tidak perlu perlu dibahagikan kepada tiga bahagian berasingan jika

a)

sampel tersebut perlu dibeli

b)

sampel adalah dalam bentuk cecair

c)

menjejaskan komposisi kandungan sampel

d)

kemungkinan pencemaran mikro boleh terjadi

55.

Makanan dari sebuah restoran makanan segera telah dikenalpasti sebagai punca wabak keracunan makanan. Bagi siasatan lanjutan butir-butir mengenai ramuan makanan tersebut perlu diperolehi. Pegawai manakah yang boleh mendapatkan maklumat tersebut?

a)

Pegawai berkuasa

b)

Pegawai yang di beri kuasa

c)

Ketua Pengarah Kesihatan

d)

Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

56.

Menurut seksyen 19 Akta Makanan 1983, pegawai berkuasa boleh menjalankan prosiding pendakwaan ke atas kesalahan yang berlaku di bawah Akta ini berdasarkan seksyen:

a)

32A Akta Makanan

b)

232 Akta Keterangan

c)

211 Kanun Keseksaan

d)

377 Kanun Tatacara Jenayah

57.

Berikut adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Bahagian III (Kesalahan dan Keterangan) Akta Makanan 1983 kecuali

a)

Pelebalan palsu pada makanan

b)

Menjual makanan yang diadukkan

c)

Tidak mendaftarkan premis makanan

d)

Menyediakan makanan yang tidak sesuai dimakan oleh manusia

58.

Peraturan 20 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bahan pengawet yang dibenarkan dalam Jadual keenam Daftar I tidak termasuk

a)

Asid sorbik

b)

Asid benzoik

c)

Sulfur dioksida

d)

Asid propionik

59.

Menurut peraturan 30 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, makanan yang dibungkus dalam bungkusan polyvinyl chloride tidak boleh mengandungi lebih

a)

0.1 mg/kg

b)

1 mg/kg

c)

0.5 mg/kg

d)

0.05 mg/kg

60.

Peraturan 41 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kandungan residu racun perosak tidak boleh mengandungi lebih

a)

0.1 mg/kg

b)

0.5 mg/kg

c)

0.01 mg/kg

d)

0.05 mg/kg

61.

Kandungan nutrien hendaklah ditulis pada label bungkusan jenis makanan berikut menurut Peraturan 18B (2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kecuali

a)

Ikan berkaleng

b)

Sayur berkaleng

c)

Daging berkaleng

d)

Makanan berkaleng untuk bayi dan kanak-kanak kecil

62.

Maklumat di atas menunjukkan jenis-jenis makanan. Menurut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penyataan manakah TIDAK BENAR mengenai kehendak yang diperlukan bagi membolehkan seseorang menjual jenis makanan tersebut?

a)

Memerlukan penandaan tarikh akhir

b)

Memerlukan waranti bertulis daripada pengilang

c)

Memerlukan penandaan tarikh ketahanan minimum

d)

Tidak boleh mengandungi apa-apa bahan aditif makanan

63.

Berikut adalah butir-butir yang dikehendaki dalam pelabelan pada tiap-tiap bungkusan yang mengandungi makanan untuk jualan menurut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kecuali

a)

Nama sebutan sebenar makanan itu hendaklah mengandungi nama biasa ramuan utamanya

b)

Jika makanan itu mengandungi daging lembu, suatu penyataan tentang adanya daging lembu dalam makanan tersebut hendaklah ditulis pada label makanan itu ramuan utamanya

c)

Jika makanan itu mengandungi alkohol tambahan, suatu penyataan tentang adanya alkohol itu dalam makanan tersebut hendaklah ditulis pada label makanan itu

d)

Jika makanan itu mengandungi aditif makanan, suatu penyataan tentang adanya aditif makanan tersebut mestilah ditulis pada label makanan itu dalam penghurufan yang tidak lebih kecil daripada 10 poin

64.

Mengikut Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, tuan punya premis tidak perlu mempamerkan perkara berikut dalam premis makanan.

a)

Sijil Latihan Pengendali Makanan.

b)

Perakuan pendaftaran premis makanan.

c)

Notis larangan membawa masuk haiwan ke dalam premis makanan.

d)

Notis mengingatkan pengendali makanan supaya membasuh tangan dengan bersih.

65.

Berikut merupakan kehendak am bagi premis makanan mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

a)

Lokasi premis makanan perlu jauh daripada punca pencemaran.

b)

Sumber pencahayaan mekanikal tidak membawa kepada pencemaran makanan.

c)

Semua sudut di antara dinding dengan lantai premis makanan hendaklah lengkung cengkung.

d)

Kemudahan sink cuci tangan yang bersaing bagi mencuci tangan dan membasuh makanan di premis makanan.

66.

Apakah kehendak seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 40 Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan semasa pengangkutan daging segar bagi melindunginya daripada pencemaran? i. Meletakkannya di atas rak. ii. Menyimpannya dalam bekas bertutup. iii. Mengangkutnya sebagai beban gantung. iv. Memastikan ais yang cair tidak menyentuh daging.

a)

i dan iii.

b)

ii dan iii.

c)

i dan iv.

d)

ii dan iv.

67.

Apakah sistem seperti yang dinyatakan dalam peraturan 38 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, yang membolehkan stok makanan digantikan dengan tetap?

a)

Amalan pengilangan yang baik.

b)

Sistem ‘masuk dulu keluar dulu’.

c)

Sistem kebolehkesanan makanan.

d)

Program jaminan keselamatan makanan.

68.

Tanggungjawab tuan punya premis di bawah peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 adalah seperti berikut, kecuali

a)

Memastikan premis makanan mematuhi semua kehendak am dan khas sesuatu premis makanan.

b)

Mengekalkan dan bersedia untuk pemeriksaan bagi segala rekod berkaitan dengan pembersihan, pembungkusan, pemprosesan, penyimpanan pengedaran makanan.

c)

Menggaji mana-mana pengendali makanan bekerja di premis makanan nya walaupun pengendali makanan itu belum menjalani latihan pengendali makanan.

d)

Mengekalkan dan menyediakan rekod latihan, pemeriksaan kesihatan perakuan pemvaksinan setiap pengendali makanan yang bekerja di premis makanannya untuk pemeriksaan.

69.

Ungkapan “kedai ber hawa dingin” di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 adalah meliputi perkara-perkara berikut, kecuali

a)

Supermarket ber hawa dingin.

b)

Pusat membeli-belah ber hawa dingin.

c)

Kedai pengurup wang ber hawa dingin.

d)

Kaunter jabatan perkhidmatan awam ber hawa dingin.

70.

Harga yang ditetapkan dalam ruang dua (2) Jadual Kesembilan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bermaksud harga

a)

Anjal bagi setiap paket rokok.

b)

Berpatutan bagi setiap paket rokok.

c)

Minimum rokok bagi setiap paket rokok.

d)

Siling bagi rokok bagi setiap paket rokok.

71.

Manakah kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 berikut, yang tidak boleh dikompaun?

a)

Menjual hasil tembakau tanpa label harga.

b)

Menawarkan secara percuma hasil tembakau.

c)

Menjual hasil tembakau di bawah harga jualan runcit.

d)

Menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa.

72.

Amaran kesihatan hendaklah dicetak secara jelas dan mudah pada setiap bungkusan rokok yang berbentuk

a)

Pentagon.

b)

Heksagon.

c)

Segi empat tepat.

d)

Segi empat sama.

73.

Perkataan “AMARAN” dalam set teks dan imej amaran kesihatan pada paket rokok hendaklah dicetak dalam warna

a)

Jingga pada latar belakang warna Matt Black.

b)

Hijau pada latar belakang warna Matt Black.

c)

Putih tulen pada latar belakang warna Matt Black.

d)

Yang paling mudah kelihatan terhadap latar belakang warna paket.

74.

Apakah kehendak-kehendak yang mesti dipatuhi oleh tuan punya stadium terbuka menurut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004? i. Tiada seorang pun merokok dalam kawasan selain kawasan merokok. ii. Kawasan merokok diasingkan dengan suatu sekatan daripada kawasan yang dilarang merokok. iii. Kawasan merokok mempunyai kipas penyari yang mencukupi sebagaimana diluluskan oleh Pengarah. iv. Kawasan merokok mempunyai sistem peredaran udara mekanikal yang mencukupi sebagaimana diluluskan oleh Pengarah.

a)

i dan ii.

b)

i dan iv.

c)

ii dan iii.

d)

iii dan iv.

75.

Peluasan maksud bagi tafsiran “serangga pembawa penyakit” di dalam Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dilakukan oleh

a)

Menteri.

b)

Pengarah.

c)

Ketua Pengarah.

d)

Pegawai Kesihatan.

76.

Apakah tindakan seorang Inspektor, sekiranya ia mendapati bahawa suatu premis mungkin memberi perlindungan kepada apa-apa serangga pembawa penyakit?

a)

Mendakwa pemunya premis di mahkamah.

b)

Menawarkan kompaun kepada pemunya premis.

c)

Membersihkan tempat perlindungan serangga pembawa penyakit tersebut.

d)

Memerintahkan pemunya secara bertulis supaya memusnahkan tempat perlindungan serangga pembawa penyakit.

77.

Pernyataan yang berkaitan tentang cara penyampaian perintah kepada mana-mana orang yang dikehendaki di bawah seksyen 16, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 adalah

a)

Menampal di mana-mana bahagian premis.

b)

Menghantar secara perkhidmatan atas talian.

c)

Menyerahkan kepada orang gajinya walaupun tidak tinggal dengannya.

d)

Meninggalkan ditempat yang biasa atau terakhir diketahui dalam sampul yang dialamatkan kepadanya.

78.

Seseorang Inspektor boleh mengambil tindakan terhadap seseorang yang enggan memberi nama atau alamat tempat tinggalnya di bawah seksyen 7(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000) iaitu

a)

membuat laporan polis.

b)

melaporkan kepada pegawai kesihatan.

c)

menggunakan kekerasan untuk mendapat maklumat.

d)

menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah dalam masa 24 jam.

79.

Apakah definisi “Penduduk” dalam Akta Pemusnahan Serangga Penyakit 1975?

a)

Orang yang menduduki mana-mana premis atau menjadi penyewa premis tersebut.

b)

Orang yang menduduki mana-mana premis atau yang menjaga tetapi tidak mengurus atau menjadi penyewa premis tersebut.

c)

Orang yang menduduki mana-mana premis atau yang memiliki, menjaga, mengurus dan menyewakannya kepada orang lain.

d)

Orang yang menduduki mana-mana premis atau yang menjaga, mengurus atau mengawalnya sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen seseorang lain, tetapi tidak termasuk seseorang penyewa.

80.

Siapakah yang boleh menerima pemberitahuan kejadian penyakit berjangkit oleh orang ramai di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988? i. Polis ii. Bomba iii. Ketua jabatan iv. Ketua kampung

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

81.

Suatu struktur yang tidak dapat dibasmi kuman dengan sempurna boleh diperintahkan pemusnahannya oleh

a)

Menteri.

b)

Ketua Pengarah.

c)

Pegawai Kesihatan Persekitaran.

d)

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

82.

Perkara yang boleh dilakukan oleh Pegawai diberikuasa di kawasan yang diancam wabak penyakit berjangkit adalah i. mengarahkan mana-mana orang dirawat di hospital. ii. mendakwa mana-mana orang yang tidak membayar kompaun. iii. mengenakan caj rawatan terhadap mana-mana orang jika perlu. iv. mengasingkan mana-mana orang selama tempoh yang diperlukan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

83.

Pemerhatian dilakukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 adalah bertujuan untuk

a)

mencegah merebaknya jangkitan.

b)

menentukan punca jangkitan sesuatu penyakit.

c)

menentukan sama ada seseorang itu mengidap penyakit berjangkit atau tidak.

d)

menentukan keadaan kesihatan mana-mana orang yang tidak diasingkan.

84.

Penyakit yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 termasuklah i. ebola. ii. tetanus. iii. diabetis. iv. konjunktivitis.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

85.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Kemasukan Orang-orang ke dalam Malaysia (Pengisytiharan Kesihatan) 2003, setiap pelancong yang tiba di Malaysia perlu mengisytiharkan pergerakan mereka sekiranya melibatkan negara-negara yang berisiko bagi jangkitan penyakit

a)

demam kuning dan malaria

b)

ebola dan sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS)

c)

covid-19 dan sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS)

d)

demam kuning dan sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS)

86.

Pengembara perlu mengisytiharkan pergerakan mereka ke negara Afrika, Amerika Selatan atau Amerika Tengah bagi tempoh

a)

4 hari sebelum ketibaan.

b)

5 hari sebelum ketibaan.

c)

6 hari sebelum ketibaan.

d)

7 hari sebelum ketibaan.

87.

Permohonan untuk mengimport mayat hendaklah dibuat kepada pegawai diberi kuasa dengan borang dalam jadual pertama dengan disertakan I. sijil kematian. II. permit perjalanan III. permit pengebumian. IV. permit pengimportan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

88.

Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953 menggariskan

a)

Kaedah penghasilan hidrogen sianida dan pelupusan residu daripada pewasapan.

b)

Pengasapan dilaksanakan oleh pihak operator pelabuhan atau lapangan terbang.

c)

Sekatan kekal bagi kemasukan ke mana-mana premis atau artikel selepas kerja-kerja pewasapan.

d)

Pewasapan perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang terlatih.

89.

Berapa lamakah tempoh pembaharuan lesen pewasapan perlu dibuat secara bertulis sebelum tamat tempoh lesen tersebut?

a)

1 bulan

b)

2 bulan

c)

3 bulan

d)

6 bulan

90.

Menurut seksyen 3 Akta Hidrogen Sianida 1953 (Semakan 1981), kuasa untuk membuat peraturan diberikan kepada Menteri bagi melindungi orang-orang daripada bahaya yang berkaitan dengan pengasapan premis dan artikel (meliputi mana-mana kapal atau kenderaan). Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan denda bagi tiap-tiap kesalahan sebanyak

a)

RM100.

b)

RM300.

c)

RM500.

d)

RM1,000.

91.

Kuasa mengambil sampel di bawah seksyen 5 Akta Makanan 1983 hanya terpakai bagi i. makanan kegunaan manusia. ii. makanan yang dipamer dan dijual. iii. makanan kegunaan haiwan ternakan. iv. bahan kegunaan tanaman savour-savouran di ladang.

a)

i dan iv

b)

iii dan iv

c)

i dan ii

d)

i dan iii

92.

Berikut adalah peruntukan-peruntukan yang dibuat oleh Menteri di dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bagi mengawal penjualan hasil tembakau, kecuali

a)

larangan kepada orang belum dewasa menjual hasil tembakau di dalam mana-mana kedai, gerai atau tempat makan.

b)

larangan menjual rokok tanpa label harga.

c)

larangan penjualan hasil tembakau kepada orang belum dewasa.

d)

larangan menjual paket rokok di bawah harga minimum rokok.

93.

Di bawah Peraturan 76 memperuntukan bahawa bangunan dilarang didirikan atas tanah yang tidak bersih. Apakah Akta yang menggunakan peraturan ini?

a)

Garis Panduan Permohonan Lesen Premis Makanan

b)

Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133)

c)

Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

d)

Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

94.

Chef X memasak dan menyediakan makanan di rumah sendiri untuk rumah kebajikan dan tidak mengenakan sebarang bayaran. Mengikut peraturan 3 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, premis Chef X adalah

a)

premis makanan yang terlibat dalam catering dan perlu didaftar.

b)

perlu didaftar dibawah kategori kenderaan yang makanan sedia dimakan dijual.

c)

premis makanan yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan untuk tujuan jualan dan perlu didaftar.

d)

tidak termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.

95.

Apakah signifikan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 diwartakan?

a)

Membantu, mengukuh dan menyegerakan aktiviti penguatkuasaan kebersihan makanan di premis makanan termasuk yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

b)

Memberi peluang perniagaan kepada pengusaha produk makanan

c)

Mengelakkan kejadian keracunan makanan

d)

Mengelakkan berlakunya kejadian wabak

96.

Menurut Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, dokumen berikut tidak perlu dipamerkan di dalam premis makanan

a)

Notis menghalang kemasukan binatang ke dalam premis makanan

b)

Perakuan pendaftaran (FOSIM)

c)

Notis tentang basuh tangan selepas ke tandas

d)

Lesen perniagaan

97.

Tuan punya mana-mana tempat A, B atau C boleh menetapkan suatu kawasan yang tidak melebihi satu pertiga daripada tempat A, B atau C itu sebagai kawasan merokok. Pernyataan di atas merujuk kepada peruntukan yang berhubungan dengan kawasan merokok yang terpakai bagi tempat X, Y atau Z sahaja. Berikut merupakan X, Y atau Z menurut Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, kecuali

a)

hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin.

b)

restoran berhawa dingin.

c)

stadium terbuka.

d)

pengangkutan awam berhawa dingin.

98.

Di bawah Per 11 (1) (d) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berhubung penggunaan label pada bungkusan jika makanan itu mengandungi alkohol tambahan, penggunaan tulisan bukan serif “MENGANDUNGI ALKOHOL” hendaklah saiz tidak lebih kecil daripada

a)

5 point.

b)

8 point.

c)

7 point.

d)

6 point.

99.

Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah menyatakan tempoh permohonan baru bagi pendaftaran premis makanan sebelum tarikh tamat pendaftarannya. Berapakah tempoh tersebut?

a)

3 bulan.

b)

1 bulan.

c)

2 bulan.

d)

4 bulan.

100.

Di bawah seksyen 34, Akta Makanan 1983 disebut tentang tujuan Peraturan-Peraturan 1985.

a)

Menetapkan penalti denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

b)

Mengelakkan kejadian keracunan makanan.

c)

Mengelakkan berlakunya wabak.

d)

Memudahkan pengguna memilih premis makanan yang bersih.

101.

Nyatakan takrifan “bungkusan luar” di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

a)

Apa-apa bekas bungkusan makanan yang telah dilabel dengan sempurna diletakkan bagi maksud jualan secara runcit.

b)

Apa-apa bekas yang digunakan untuk membungkus makanan.

c)

Setiap produk makanan hendaklah dibungkus dan dilabel.

d)

Apa-apa makanan yang dibungkus dan dilabel dengan satu bungkusan plastik.

102.

Makanan yang memerlukan waranti di dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 ialah

a)

rumusan bayi.

b)

mee kuning.

c)

kicap.

d)

serbuk koko.

103.

Pada 11 Januari 2021, suatu pindaan ke atas Akta 342 melalui Seksyen 16 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan 2021) untuk menambah baik secara khusus bagi memastikan wabak COVID-19 berjaya ditangani dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan Akta 342. Salah satu pindaan adalah di bawah Seksyen 15A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu

a)

membolehkan Ketua Pengarah Kesihatan mengeluarkan Arahan di bawah Akta 342, semasa wabak COVID-19 kuasa Ketua Pengarah Kesihatan hanya diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

b)

membolehkan penggunaan peranti pengesanan dengan teknologi terkini untuk mengawal pergerakan orang yang dijangkiti atau mereka yang disyaki telah dijangkiti penyakit berjangkit atau kontak kepada kes.

c)

pengamal perubatan memberitahu wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis walaupun tanpa pengesahan melalui ujian makmal.

d)

memberi kuasa menjalankan penyiasatan dan kuasa untuk memberikan maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

104.

Nyatakan maksud takrifan “tembakau” di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

a)

Tembakau, rokok atau nikotin atau apa-apa campuran yang mengandungi tembakau untuk kegunaan manusia.

b)

Apa-apa hasil yang diperolehi daripada daun pokok Nicotiana Tobacum atau pokok-pokok lain yang berhubungan dan termasuk apa-apa hasil tembakau.

c)

Apa-apa hasil dari tumbuhan tembakau dan dicampur nikotin.

d)

Tembakau, rokok atau nikotin termasuk apa-apa campuran untuk menghasilkan rokok bagi kegunaan manusia.

105.

Di bawah Peraturan 8, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Inspektor Kesihatan boleh memerintahkan pemunya premis mengambil atau menjalankan langkah kawalan seperti berikut, kecuali

a)

membina saliran bagi premis.

b)

melakukan apa-apa perbuatan lain bagi mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

c)

memusnahkan serangga pembawa penyakit di mana jua dijumpai.

d)

menutup dan sentiasa ditutup apa-apa tangki, sistem, bekas atau penakung lain di dalam premis.

106.

Di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, berapakah bilangan rokok di dalam suatu paket dan jumlah paket rokok di dalam suatu karton?

a)

10 batang rokok di dalam suatu paket atau 20 paket rokok di dalam suatu karton.

b)

20 batang rokok di dalam suatu paket atau 10 paket rokok di dalam suatu karton.

c)

20 batang rokok di dalam suatu paket atau 20 paket rokok di dalam suatu karton.

d)

10 batang rokok di dalam suatu paket atau 10 paket rokok di dalam suatu karton.

107.

Di bawah subseksyen 3, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 seseorang pegawai diberikuasa hendaklah memelihara kerahsiaan tugas rasmi di bawah Akta dan sekiranya melanggar peruntukan-peruntukan tersebut, seseorang pegawai diberikuasa adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi

a)

lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

b)

tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.

c)

sepuluh tahun atau didenda atau kedua-duanya.

d)

empat tahun atau didenda atau kedua-duanya.

108.

Pihak berikut boleh dipertanggungjawabkan ke atas makanan import jika berlaku apa-apa perlanggaran di bawah Akta Makanan 1983, kecuali

a)

pengilang makanan yang diproses semula.

b)

agen pengimport.

c)

penjual runcit.

d)

pembungkus makanan yang diproses semula.

109.

Menurut seksyen 4 Akta Hidrogen Sianid 193 (Semakan 1981), apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa, suatu notis mengenai kemalangan hendaklah dihantar dalam tempoh masa

a)

setelah selesai penyiasatan.

b)

serta merta.

c)

sebelum penyiasatan dimulakan.

d)

dalam tempoh 24 jam.

110.

Berikut adalah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, kecuali

a)

Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Borang Notis) 1993.

b)

Peraturan-Peraturan Kemasukan Orang-Orang Ke Dalam Malaysia (Pengisytiharan Kesihatan) 2003.

c)

Ordinan kuarantina dan Pencegahaan Penyakit 1939.

d)

Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pengkompaunan Kesalahan – Kesalahan ) 1993.

111.

Manakah peraturan yang mewajibkan premis makanan didaftarkan di dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009?

a)

Peraturan 7.

b)

Peraturan 4.

c)

Peraturan 3.

d)

Peraturan 6.

112.

Berikut merupakan tujuan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

a)

Menetapkan cara melabelkan kotak rokok yang dijual dalam pasaran.

b)

Melarang penjualan harga rokok yang tidak mengikut standard dan membenteras penjualan rokok seludup.

c)

Menetapkan standard bagi apa-apa hasil tembakau.

d)

Melindungi kesihatan awam daripada bahaya asap rokok.

113.

Tujuan Akta Makanan 1983 dikuatkuasakan adalah untuk melindungi masyarakat daripada bahaya berikut.

a)

Kesihatan dan kacauganggu.

b)

Kesihatan dan kerugian.

c)

Kesihatan dan pencemaran.

d)

Kesihatan dan penipuan.

114.

Nyatakan peraturan yang berkaitan dengan mempamerkan tanda larangan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

a)

Peraturan 9.

b)

Peraturan 14.

c)

Peraturan 8.

d)

Peraturan 10.

115.

Di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pilih pernyataan berkaitan dengan waranti.

a)

Makanan yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga hendaklah mempunyai waranti

b)

Pengilang hendaklah mengeluarkan kenyataan bertulis di bawah seksyen 30 Akta, apabila hendak menjual makanan tersebut

c)

Penjual hendaklah mengeluarkan kenyataan bertulis di bawah seksyen 30 Akta, apabila hendak menjual makanan tersebut

d)

Pembeli hendaklah mengenalpasti waranti yang terdapat pada label makanan

116.

Keputusan Kehakiman (Precedent Case) adalah undang-undang

a)

tidak bertulis.

b)

bertulis.

c)

yang digubal di Parlimen.

d)

yang digubal di Dewan Undangan Negeri.

117.

Perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh didapati melalui

a)

semakan perundangan ke mahkamah rayuan.

b)

prosiding sivil.

c)

rayuan kepada mahkamah tinggi.

d)

prosiding jenayah.

118.

En. A telah mengalami cirit-birit yang teruk akibat memakan mee goreng yang dibelinya dari gerai B. Apakah undang-undang yang terpakai jika En. A hendak mengambil tindakan terhadap gerai B?

a)

Undang-undang Keluarga

b)

Undang-undang Adat

c)

Undang-undang Amanah

d)

Undang-undang Jenayah

119.

Berikut adalah kuasa-kuasa khas Pegawai Diberikuasa yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Makanan 1983, kecuali

a)

menyita dan merampas apa-apa makanan dan perkakas yang berkaitan dengan akta.

b)

menangkap tanpa waran bagi mana-mana orang disyaki bersalah.

c)

memasuki mana-mana premis makanan.

d)

memeriksa saksi yang berkaitan dengan akta

120.

Manakah peraturan memperuntukan prosedur pengambilan sampel bagi analisis mikrobiologi di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985?

a)

Peraturan 4

b)

Peraturan 5

c)

Peraturan 6

d)

Peraturan 3

121.

Manakah antara berikut adalah tafsiran bagi “bioteknologi moden”?

a)

Penerapan prinsip dan amalan kejuruteraan dan teknologi kepada sains kehidupan

b)

Suatu bidang baru dalam kehidupan dunia moden

c)

Percantuman sel di luar famili taksonomik

d)

Penggunaan teknologi bagi kegunaan khusus

122.

Berikut merupakan tujuan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut seksyen 34, Akta Makanan, kecuali

a)

menetapkan cara melabelkan makanan yang dijual dalam bungkusan.

b)

menetapkan standard bagi makanan yang dieksport ke luar negara.

c)

menetapkan standard bagi apa-apa makanan atau apa-apa ramuan atau komponennya.

d)

melarang penambahan apa-apa bahan tertentu.

123.

Di dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terdapat seksyen yang memperuntukan tentang membasmi kuman dan menutup premis.

a)

Peraturan 12.

b)

Peraturan 18.

c)

Peraturan 13.

d)

Peraturan 8.

124.

Di bawah Peraturan 4, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, sesiapa yang melanggar kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi

a)

RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun [subperaturan (3)].

b)

RM2,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun [subperaturan (3)].

c)

RM2,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun [subperaturan (3)].

d)

RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun [subperaturan (3)].

125.

Menurut Peraturan-Peraturan Hidrogen Sianid 1953, notis operasi pengasapaan yang hendak dijalankan di luar kawasan berkuasa tempatan perlu diberi kepada

a)

Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan Pegawai Kesihatan Lapangan Terbang

b)

Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Tempatan

c)

Pegawai Kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Pengarah Marin dan Pegawai Kesihatan Pelabuhan

126.

Berikut merupakan tujuan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kecuali

a)

memastikan perkakas dan peralatan yang digunakan sesuai, bersih dan mudah dicuci.

b)

memudahkan prosedur penggredan premis makanan.

c)

memastikan premis makanan bersih dan memuaskan dari segi reka bentuk dan bangunan.

d)

memastikan pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan yang boleh mencemarkan makanan.

127.

Di bawah Peraturan 4, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, pilih pernyataan berkaitan dengan larangan mengenai iklan hasil tembakau dan tajaan, tiada sesiapa boleh

a)

tidak dibenarkan pembekal dan penjual rokok menaja sebarang aktiviti sukan dan mencetak jenama rokok tersebut.

b)

tidak dibenarkan pengeluar, pemborong dan penjual mengiklankan sebarang jenama melalui media.

c)

menjual majalah, surat khabar, filem atau pita video atau apa-apa benda yang mengandungi iklan hasil tembakau (subperaturan (1)(b)).

d)

mencetak dan menerbit sebarang iklan untuk tujuan promosi dan penajaan.

128.

Makmal yang boleh menganalisis sampel makanan di bawah Akta Makanan 1983 adalah seperti berikut, kecuali

a)

Makmal Patologi Hospital Kerajaan.

b)

Jabatan Kimia Malaysia.

c)

Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan.

d)

Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Malaysia.

Similar Resources on Wayground