Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Page 1

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi falsafah?

a)

Kegiatan menjelaskan konsep dan pemikiran dasar tentang suatu hal dalam berbagai bidang ilmu agar diketahui secara mendalam dan menyeluruh

b)

Aktiviti meneliti suatu hal dalam bidang khusus yang memungkinkan seseorang memperoleh pengetahuan yang unik tentang hal tersebut

c)

Proses memperoleh ilmu secara bertahap untuk mendalami suatu bidang khusus dari individu tertentu untuk dijadikan panduan dalam kehidupan

d)

Metode berpikir yang digunakan oleh para pemikir untuk mengkaji peristiwa tertentu pada tahun tertentu untuk memperoleh pengetahuan yang benar

2.

Manakah pernyataan berikut yang TIDAK BENAR tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)?

a)

Keupayaan untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh

b)

Menyediakan pendidikan yang seimbang agar melahirkan insan beradab

c)

Pendidikan di Malaysia melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek

d)

Pendidikan di Malaysia adalah berfokus pada penghasilan tenaga kerja dan sumber daya manusia

3.

Semua bangsa di Malaysia perlu menghormati Islam sebagai agama resmi. Sebagai rakyat Malaysia, mengapa kita perlu menghayati prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara?

a)

Menanam sikap bertanggung jawab dan bersedia untuk berkorban demi negara

b)

Mewujudkan ikatan persaudaraan agar masyarakat dapat hidup secara harmoni

c)

Menyedari pentingnya panduan sebagai sumber perundangan tertinggi yang harus dipatuhi

d)

Memupuk kepribadian mulia dalam masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain

4.

Apakah aspek penting yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat Malaysia dalam membentuk falsafah sejahtera?

a)

Mengamalkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan.

b)

Penghayatan pembelajaran sepanjang hayat dalam semua peringkat pengajian.

c)

Mengamalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

d)

Aplikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, worldview (pandangan alam) betul, dan kearifan tempatan

5.

Falsafah memerlukan hujah dan justifikasi terhadap setiap perkara yang dibahaskan. Apakah fokus UTAMA dalam perbincangan falsafah?

a)

Seni berfikir

b)

Penghayatan estetika

c)

Penyelesaian masalah

d)

Kemahiran komunikasi

6.

Manakah contoh yang berkaitan dengan Falsafah Teoritikal?

a)

Fakta mendalam kejadian gempa bumi

b)

Model rangsangan ekonomi pasca Covid

c)

Penggunaan air bertapis untuk menjaga kesihatan diri

d)

Penggunaan teknologi robotik dalam urusan jual beli

7.

Manusia sentiasa berpikir dan berdiskusi tentang cakerawala dan alam semesta sebagai bukti ciptaan Tuhan. Nyatakan bidang yang sesuai dengan pernyataan tersebut.

a)

Ontologi

b)

Geografi

c)

Kosmologi

d)

Pandangan Alam

8.

Segelintir remaja suka terpengaruh dengan ramalan zodiak yang dikongsikan dalam media sosial. Apakah cabang falsafah yang dapat dikaitkan dengan tingkah laku tersebut?

a)

Logik

b)

Aksiologi

c)

Metafizik

d)

Epistemologi

9.

Dolah merupakan seorang mahasiswa cemerlang daripada UiTM Cawangan Selangor. Apabila Dolah berhadapan dengan permasalahan di dalam menyelesaikan tugasan, Dolah gemar mencuba pelbagai kaedah untuk mengatasi cabaran yang dihadapi. Apakah kaedah berfikir yang dipraktikkan oleh Dolah?

a)

Kaedah Induktif

b)

Kaedah abduksi

c)

Kaedah heuristik

d)

Kaedah deduktif

10.

Manakah yang benar tentang kepentingan mempelajari ilmu logik? Jawapan lebih dari satu. Pilih semua yang tepat.

a)

Membezakan proses berpikir yang benar dari yang salah

b)

Memelihara akal dari kesalahan dalam berpikir

c)

Menambah aktiviti akal dan mendorong akal merenung ketika berpikir

d)

Membuat kesimpulan dari sesuatu yang diterima dalam akal secara spontan

11.

Manakah yang BENAR tentang logik deduktif. (i) Kesimpulan khusus dibuat dari pernyataan umum, (ii) Kesimpulan umum dibuat dari pernyataan khusus, (iii) Kesimpulan wajib ditarik dari premis, (iv) Aktiviti penyelidikan yang menggunakan pendekatan kuantitatif

a)

I, II & III

b)

I, II & IV

c)

I, III & IV

d)

II, III & IV

12.

"Ia adalah argumen yang lemah dan tidak dapat diterima karena premis-premis yang mendukung kesimpulan tidak benar". Tentukan bentuk logik yang dirujuk dalam keterangan ini.

a)

Logik induktif

b)

Silogisme

c)

Falasi

d)

Sangkaan

13.

Antara berikut yang manakah urutan yang BENAR dalam proses kejadian manusia.

a)

Nutfah, alaqah, mudhghah, lahm, izam dan khalqan akhar

b)

Alaqah, mudhghah, nutfah, izam, lahm dan khalqan akhar

c)

Nutfah, mudghah, alaqah, lahm, izam dan khalqan akhar

d)

Nutfah, alaqah, mudhghah, izam, lahm, khalqan akhar

14.

Situasi X: Ali merupakan seorang Muslim. Ali memiliki perasaan yang berubah-ubah dan adakala hatinya tidak tenang. Ali berkecenderungan untuk melakukan kebaikan dan turut melakukan kejahatan. Manakah yang BERSESUAIAN menggambarkan Situasi X yang dialami oleh Ali?

a)

Nafsu al-Ammarah

b)

Nafsu Muthmainnah

c)

Nafsu al-Lawwamah

d)

Nafsu al-Nabatiyat

15.

Manakah yang BERSESUAIAN menerangkan tentang matlamat penciptaan insan berdasarkan agama?

i. Matlamat penciptaan insan di dalam ajaran Islam ialah menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah

ii. Matlamat penciptaan insan di dalam ajaran Buddha ialah untuk mencapai nirwana 

iii. Matlamat penciptaan insan di dalam ajaran Kristian mengelola seluruh alam dan menangung dosa warisan

iv. Matlamat penciptaan insan di dalam ajaran Hindu ialah mencapai samsara dan berbuat baik pada alam

a)

i, ii, iii

b)

i, ii, iv

c)

i, iii, iv

d)

ii, iii, iv

16.

Konsep insan sejahtera perlu menjaga keseimbangan diri pada aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Manakah di antara berikut merupakan cabaran terhadap manusia untuk mencapai insan sejahtera? i. Perdagangan manusia ii. Daya intelektual yang tinggi iii. Layanan secara birokrasi iv. Migrasi dan ancaman keselamatan

a)

i, ii, dan iii

b)

i, ii, dan iv

c)

i, iii, dan iv

d)

ii, iii, dan iv

17.

Apakah paham yang menafikan aspek metafizik dalam pegangan hidup mereka?

a)

Agnostisisme

b)

Ateisme

c)

Teisme

d)

Monoteisme

18.

Robert adalah pencuri wang bank. Cap jari Robert terdapat pada mesin ATM yang terlibat dengan kecurian. Robert adalah orang terakhir masuk ke dalam ruangan mesin ATM melalui CCTV.

a)

Wujud koherensi dan konsistensi

b)

Wujud kegunaan dan keberkesanan

c)

Wujud kesepadanan dan persamaan

d)

Wujud sebab dan akibat yang kukuh

19.

Pada abad ke-17, Rene Descartes mengemukakan teori bahwa manusia terdiri dari dua entitas yang berbeda yaitu jasad dan roh. Teori apa yang merujuk pada pandangan ini?

a)

Atheisme

b)

Dualisme

c)

Politeisme

d)

Monoteisme

20.

Ajaran Islam sama sekali melarang sekelompok masyarakat yang mementingkan idea yang berguna tetapi palsu dan mengandungi kemudharatan. Merujuk pada pernyataan ini, apakah aliran atau fahaman yang dimaksudkan?

a)

Aliran pragmatisme

b)

Aliran empirisisme

c)

Aliran rasionalisme

d)

Fahaman preskriptif

21.

·       Manusia mempunyai kebebasan dalam melakukan perbuatannya tanpa campur tangan Tuhan

·       Manusia adalah entiti penting alam semesta. Manakah fahaman berikut yang menggambarkan aliran ini?

a)

Teosentrik

b)

Agnosticisme

c)

Antroposentrik

d)

Modernisme

22.

Bagaimanakah sumber ilmu diperoleh menurut urutan keutamaan?

a)

Wahyu, intuisi, akal, dan pancaindera

b)

Wahyu, intuisi, pancaindera, dan akal

c)

Wahyu, pancaindera, akal, dan intuisi

d)

Wahyu, pancaindera, nalar, dan intuisi

23.

Metode manakah yang BENAR untuk memperoleh ilmu melalui pemikiran tanpa pengalaman terlebih dahulu?

a)

A posteriori

b)

Korespondensi

c)

A priori

d)

Koherensi

24.

Nyatakan interpretasi yang SESUAI dengan karakter kelompok modernis.

a)

Berasaskan logocentric

b)

Berpandukan relativisme

c)

Bersumberkan pancaindera

d)

Memfokuskan kepada kemajuan dan simulacra

25.

Aliran ini lebih menekankan naratif kecil; kebenaran bergantung pada konstruksi budaya, mengutamakan simulacra dan realiti ciptaan. Apakah generalisasi yang sesuai dengan keterangan ini?

a)

Faham Modernisme

b)

Faham Kolonialisme

c)

Faham Pascamodernisme

d)

Faham Sekularisme

26.

Manakah yang sesuai sebagai kaedah penyebarluasan ideologi pascamodernisme?

a)

Teisme

b)

Relativisme

c)

Idealisme

d)

Saintisme

27.

Kekacauan kerangka berpikir telah menggoyahkan ontologi, epistemologi, dan aksiologi. Tentukan punca tindakan modernisme.

a)

Melakukan sesuatu hanya berlandaskan ilmu rasional dan inderawi

b)

Melihat semua peristiwa bersifat relatif

c)

Meyakini bahwa baik dan buruk telah termaktub dalam etika

d)

Melakukan sesuatu dengan mempertimbangkan alam metafisik

28.

Bagaimanakah kaedah untuk memastikan Malaysia dapat mengatasi konsep pemisahan jasad dan roh (The Mind-Body Problem) dari sisi pemikiran?

a)

Genosid

b)

Epistemic Arrogance

c)

Islamisasi

d)

Kolonisasi

29.

·       Pembebasan alam tabie dari tafsiran keagamaan

·       Penafian kepimpinan yang disahkan oleh agama

·       Penafian kesucian dan kekekalan nilai-nilai hidup

Kemukakan generalisasi dari pernyataan tersebut berkaitan ideologi yang telah tertanam dalam minda insan mutakhir ini.

a)

Liberalisasi

b)

Antropogenik

c)

Manipulasi

d)

Sekularisasi

30.

Mengapa teori Barat menjadi berautoriti bagi semua disiplin ilmu?

a)

Wilayah di Timur banyak telah dijajah oleh Barat

b)

Fahaman eurosentrisme yang telah disebarluaskan

c)

Kemajuan yang diperoleh Barat dalam pelbagai bidang

d)

Kepercayaan masyarakat kepada cara penyebarluasan ilmu