Search Header Logo
Ekonomi T4: Bab 3.1

Ekonomi T4: Bab 3.1

Assessment

Presentation

Other

9th - 12th Grade

Medium

Created by

Pn. Nurfarhana

Used 1+ times

FREE Resource

64 Slides • 24 Questions

1

media

3.1 WANG DAN BANK

Ekonomi Tingkatan 4 KSSM

2

media

Fungsi Wang

3

media

Fungsi Wang

Setiap hari kita menggunakan wang
untuk jual beli barang dan membuat
bayaran.

Sebelum wujudnya wang, manusia
menggunakan sistem barter iaitu proses
pertukaran barang dengan barang.
Apakah itu wang?

Wang merupakan komoditi atau benda
yang diterima umum oleh masyarakat
sebagai alat perantaraan pertukaran.

4

media

5

media

Kelemahan sistem
barter

Barang tidak tahan lama
Masalah membawa barang
Masalah kehendak serentak
Kesukaran menentukan kadar
pertukaran

Kesukaran membahagikan
barang kepada unit yang kecil

6

media

empat fungsi utama dalam
ekonomi

Alat Perantaraan
Pertukaran

Alat Ukuran Nilai

Alat Penyimpan Nilai
Alat Bayaran Tertunda

7

media

Alat Perantaraan Pertukaran

Wang berperanan sebagai alat perantaraan
pertukaran kerana wang boleh digunakan
untuk menjalankan urus niaga iaitu jual beli
barang atau perkhidmatan.

Seorang nelayan boleh menjual hasil
tangkapannya untuk mendapatkan wang.

Dia juga boleh menggunakan wang yang
diperoleh untuk membeli kasut.

8

media

Alat Perantaraan
Pertukaran

Peniaga kasut yang
menerima bayaran dalam
bentuk wang pula boleh
menggunakan wang itu
untuk membayar upah
pekerja.

Fungsi wang ini
membolehkan pertukaran
pelbagai hala berlaku dan
memudahkan urus niaga
dalam ekonomi.

9

media

Alat Ukuran Nilai

Setiap barang dan perkhidmatan dalam pasaran
mempunyai harga yang dinyatakan dalam nilai
wang.

Contohnya harga sebuah buku ialah RM20 dan
harga sebatang pen ialah RM5.

Ini bererti nilai sebuah buku bersamaan dengan
4 batang pen.

Fungsi wang ini membolehkan pengguna dan
penjual menentukan nilai barang dengan mudah
dan perbandingan nilai dengan barang lain
dapat dilakukan.

10

media

Alat
Penyimpan
Nilai

Wang boleh disimpan untuk kegunaan pada
masa hadapan.

Anda mungkin menyimpan sebahagian daripada
wang saku anda setiap hari agar dapat membeli
sesuatu barang pada masa akan datang.

Ciri wang yang tahan lama dan mempunyai nilai
yang stabil membolehkan wang berfungsi
sebagai alat penyimpan nilai.

11

media

Alat Bayaran
Tertunda

Sebahagian urus niaga dalam ekonomi
melibatkan bayaran tunai dan ada juga
urus niaga yang melibatkan jualan
secara hutang atau kredit

Barangan seperti kereta sukar dijual
secara tunai kerana harganya mahal dan
bukan semua pengguna mampu
membeli secara tunai.

Penjual mungkin membenarkan
pembeli membayar secara ansuran.

12

media

Alat Bayaran
Tertunda

Contohnya Cik
Azizah membeli
sebuah kereta Proton
dan bayaran ansuran
ialah RM600 sebulan.

Wang diterima
sebagai alat bayaran
tertunda kerana
mempunyai nilai yang
stabil.

13

Multiple Select

Encik Steven mendapati harga tiket bagi menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ialah RM50

Apakah fungsi wang dalam situasi di atas?

1

Alat ukuran nilai

2

Alat simpanan nilai

3

Alat bayaran tertunda

4

Alat perantaraan pertukaran

14

Multiple Select

Wang boleh digunakan dalam pembelian secara ansuran suatu barang.

Fungsi wang adalah sebagai alat

1

ukuran nilai

2

simpanan nilai

3

bayaran tertunda

4

perantaraan pertukaran

15

Multiple Choice

Sesuatu komoditi boleh dijadikan sebagai wang jika ia

1

diterima umum

2

boleh simpan dalam baik

3

mempunyai nilai yang teteap

4

mempunyai sifat tahan lama

16

Multiple Choice

Manakah berkaitan dengan sistem barter?

1

Memerlukan kehendak serentak

2

Mudah digunakan dalam urus niaga pelbagai hala

3

Merupakan sistem pertukaran barang dengan barang

4

Menggunakan cek sebagai alat perantaraan pertukaran

17

Multiple Choice

Di Malaysia, penawaran wang terbesar seperti

1

deposit semasa

2

syer

3

wang kertas

4

surat jaminan kerajaan

18

Multiple Choice

Jenis wang

1

Wang Kertas

2

Duit online

3

Duit bank

4

Duit negara

19

Multiple Choice

Konsep wang dalam ekonomi

1

mudah dibawa

2

mudah diguna

3

tidak nilai stabil

4

tidak tahan lama

20

media

Fungsi Bank Pusat

21

media

Fungsi Bank Pusat

Bank Negara Malaysia merupakan bank pusat di
negara kita. Bank ini ditubuhkan pada 24 Januari
1959.

Bank pusat mempunyai kuasa tunggal untuk
mengeluarkan mata wang negara iaitu Ringgit
Malaysia (RM).

Hanya wang yang diterbitkan oleh Bank Negara
Malaysia sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai
di negara kita dan pihak lain tidak dibenarkan untuk
mencetak atau menerbitkan wang Malaysia.

22

media

peranan
utama Bank
Negara
Malaysia

23

media

Mengawal Kestabilan
Nilai Mata Wang

Kuasa Beli
Mata Wang Asing

24

media

Kuasa Beli

Kuasa beli wang bermaksud kemampuan wang untuk
membeli sesuatu barang atau perkhidmatan.

Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM10 dan harga
pen ialah RM2, anda mampu membeli 5 batang pen.

Sekiranya harga pen naik kepada RM5, anda mampu membeli
2 batang pen sahaja.

Ini bererti kenaikan harga boleh menyebabkan kuasa beli
menurun.

Kenaikan harga barang secara berterusan dalam ekonomi
dikenal sebagai inflasi dan kadar inflasi yang tinggi boleh
menjejaskan nilai mata wang.

25

media

Mata Wang Asing

Kebanyakan mata wang negara
termasuk Ringgit Malaysia
dibandingkan dengan Dolar
Amerika Syarikat kerana Dolar
Amerika Syarikat digunakan dengan
meluas dalam perdagangan
antarabangsa.

Misalnya US$1 = RM4.20 atau RM1
= US$0.238. Kadar ini sentiasa
berubah mengikut keadaan
ekonomi semasa.

26

media

Tiga kaedah
bank pusat
menstabilkan
nilai mata
wang:

27

media

Jurubank kepada Kerajaan

Mentadbir akaun negara
Memberi pendahuluan
sementara

Mengurus hutang negara

Memberi nasihat
pelaburan

Mengurus pertukaran
asing

28

media

Mentadbir akaun negara

Sebagai jurubank kepada kerajaan, bank pusat
menyimpan dan menguruskan akaun kerajaan yang
terdiri daripada:

(a) Akaun kewangan: Mengandungi catatan semua
hasil dan perbelanjaan kerajaan.

(b) Akaun pinjaman kewangan: Mengandungi segala
rekod pinjaman yang dibuat oleh kerajaan.

Bank pusat juga menerima wang yang dibayar
kepada kerajaan dan melakukan pembayaran bagi
pihak kerajaan.

29

media

Memberi pendahuluan sementara

Bank pusat bertanggungjawab memberi
pendahuluan sementara kepada kerajaan
apabila kerajaan mengalami masalah
kekurangan kewangan.

Kerajaan perlu membayar balik tidak lewat
daripada tiga bulan setelah berakhirnya
tahun kewangan kerajaan.

30

media

Mengurus hutang negara

Bank pusat bertanggungjawab memperoleh
pinjaman bagi pihak kerajaan daripada
sumber dalam negeri dan luar negara.

Bank pusat akan memperoleh pinjaman
melalui penjualan bil-bil perbendaharaan dan
surat jaminan kerajaan kepada institusi
kewangan atau memperoleh pinjaman di
pasaran modal antarabangsa.

Bank pusat juga menerbitkan sijil pelaburan
kepada institusi kewangan Islam.

31

media

Memberi nasihat pelaburan

Bank pusat bertindak sebagai penasihat dan
ejen kerajaan untuk aktiviti pelaburan
kerajaan di luar negara.

Bank pusat akan mengkaji peluang projek
pelaburan di luar negara yang berpotensi
dan menguntungkan dari semasa ke
semasa.

32

media

Mengurus pertukaran asing

Bank pusat akan memastikan rizab
antarabangsa sentiasa mencukupi.

Bank pusat juga mengawal pertukaran asing
dan memastikan bahawa nilai mata wang
negara berada dalam keadaan stabil di
pasaran kewangan antarabangsa.

33

media

Jurubank kepada Bank
Perdagangan

Menyediakan akaun penjelasan
antara bank

Menjaga rizab berkanun
Sumber pinjaman terakhir
kepada bank perdagangan

34

media

Menyediakan akaun penjelasan antara bank

Setiap bank perdagangan mempunyai
sebuah akaun penjelasan di bank pusat.

Wang dalam akaun penjelasan ini akan
digunakan untuk membayar hutang antara
bank akibat pengeluaran cek.

35

media

Menjaga rizab berkanun

Rizab berkanun ialah simpanan wajib bank
perdagangan di bank pusat pada kadar tertentu.

Kadar rizab berkanun semasa ialah 4%.
Ini bererti sesebuah bank perdagangan perlu
menyimpan RM4 sekiranya mempunyai wang
sebanyak RM100.

Perubahan kadar rizab berkanun akan memberi
kesan kepada keupayaan bank perdagangan
memberi pinjaman.

36

media

Sumber pinjaman
terakhir kepada
bank perdagangan

Bank
perdagangan
yang mengalami
masalah
kekurangan tunai
boleh
mendapatkan
pinjaman
daripada bank
pusat.

37

Multiple Choice

Apakah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan?

1

Pengurus akaun bank perdagangan

2

Sumber pinjaman terakhir bank perdagangan

3

Pemberi nasihat untuk aktiviti pelaburan

4

Mengawal kestabilan ekonomi negara bank perdagang

38

Multiple Choice

Apakah antara fungsi bank pusat membolehkannya bertindak sebagai jurubank kepada kerajaan?


I. Mengurus hutang negara

II. Membuat bayaran kepada jabatan kerajaan

III. Mendapatkan pinjaman kepada kerajaan

IV. Memberi nasihat pelaburan

1

I & II

2

I & IV

3

II & III

4

III & IV

39

Multiple Choice

Bank pusat dianggap sebagai jurubank kepada bank-bank perdagangan kerana


I. bank pusat merupakan sumber pinjaman terakir kepada bank-bank perdagangan

II. menyelesaikan hutang antara bank-bank perdagangan

III. menyediakan akaun semasa kepada bank-bank perdagangan

IV. mewajibkan bank perdagangan mengadakan rizab berkanun

1

I & II

2

II & III

3

I & IV

4

III & IV

40

Multiple Choice

Antara yang berikut,manakah yang merupakan fungsi bank pusat?


I. Mengeluarkan mata wang negara

II. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan

III. Menerima deposit daripada syarikat korporat

IV. Menjadi jurubank kepada kerajaan

1

I, II & III

2

I, II & IV

3

II, III & IV

4

I, III & IV

41

Multiple Choice

Bank perdagangan dikehendaki membuka dua akaun dengan bank pusat. Apakah akaun itu ?

1

Akaun rizab berkanun dan akaun penjelasan.

2

Akaun rizab tunai dan akaun rizab berkanun.

3

Akaun penjelasan dan akaun rizab tunai.

4

Akaun tabungan dan akaun tetap.

42

media

Fungsi Bank
Perdagangan

43

media

Fungsi Bank
Perdagangan

Bank perdagangan ialah
institusi kewangan milik
swasta yang bermotifkan
keuntungan.

44

media

Menerima
Deposit

Akaun Simpanan
Akaun Simpanan
Tetap

Akaun Semasa

45

media

Akaun
Simpanan

Membolehkan masyarakat
menyimpan wang dalam
jumlah yang kecil dan tidak
tetap.

Simpanan tersebut boleh
dikeluarkan pada bila-bila
masa.

Pemegang akaun simpanan
menerima faedah yang
rendah berbanding akaun
simpanan tetap.

46

media

kemudahan yang disediakan untuk pemegang
akaun simpanan

Pemindahan wang Buku bank atau penyata
bank Pembayaran bil dan bayaran ansuran
Pemindahan wang antara bank (GIRO)
Kemudahan kad juruwang elektronik (ATM)
Perbankan Internet

47

media

Akaun Simpanan Tetap

Akaun ini membolehkan pelanggan bank menyimpan
sejumlah wang untuk tempoh tertentu dan dibayar
kadar faedah yang lebih tinggi berbanding akaun
simpanan.

Faedah hanya dibayar apabila tamat tempoh simpanan.
Sekiranya pemegang akaun mengeluarkan simpanan
lebih awal, maka faedah tidak akan dibayar, walau
bagaimanapun bergantung kepada budi bicara bank.

Pemegang akaun diberi sijil simpanan. Sijil ini boleh
dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

48

media

Akaun Semasa

Lazimnya simpanan dalam akaun semasa
tidak dibayar faedah tetapi dikenakan caj
perkhidmatan.

Sesetengah bank membayar faedah kepada
pemegang akaun semasa sekiranya
simpanan mereka melebihi had tertentu
bergantung kepada pihak bank.

Simpanan minimum untuk membuka akaun
semasa adalah lebih tinggi berbanding
akaun simpanan dan pemohon perlu
mengemukakan seorang perujuk iaitu
pemegang akaun semasa di cawangan bank
yang sama.

49

media

Akaun
Semasa

Pemegang akaun semasa boleh memohon
kemudahan overdraf iaitu mengeluarkan
wang lebih daripada baki simpanan.

Kemudahan yang disediakan untuk pemegang
akaun semasa adalah sama seperti pemegang
akaun simpanan, yang berbeza ialah

50

media

Memberi Pinjaman

Overdraf
Pinjaman peribadi
Pinjaman bercagar
Pinjaman kenderaan
(Kemudahan sewa-beli)

Pinjaman kad kredit
Mendiskaunkan bil pertukaran

51

media

52

media

53

media

54

media

55

media

56

media

57

media

58

media

Menerima dan
Membuat Bayaran

Sistem Cek
Arahan kepada
Bank

59

media

Sistem Cek

Kemudahan bayaran ini hanya disediakan kepada
pemegang akaun semasa.

Biasanya cek digunakan oleh peniaga untuk
membayar gaji pekerja, pembelian stok atau
perbelanjaan lain.

Peniaga juga mungkin menerima cek daripada
pelanggan untuk perkhidmatan yang disediakan.

Bank bertindak sebagai ejen pembayar dan penerima
bagi pemegang akaun semasa.

60

media

Arahan kepada
Bank

Debit langsung

Pindahan kredit

Perintah sedia ada

Draf bank
Kad juruwang
elektronik (Kad
ATM)

Kad kredit

61

media

Debit
langsung

Pelanggan boleh mengarahkan bank membuat
bayaran yang tidak tetap jumlahnya pada
tarikh tertentu kepada penerima bayaran
seperti yang dinyatakan dalam bil.

Bank akan memindahkan wang daripada
akaun pelanggan untuk membayar agensi
yang mengeluarkan bil seperti Tenaga
Nasional Berhad (TNB), Maxis, dan ASTRO.

62

media

Pindahan
kredit

Sesebuah syarikat yang
mempunyai pekerja yang
ramai akan menghadapi
masalah untuk membuat
bayaran gaji secara tunai.

Pihak pengurusan syarikat
boleh menggunakan
kemudahan pindahan
kredit iaitu membuat
bayaran terus ke akaun
penerima.

63

media

64

media

Perintah sedia ada

Arahan daripada pemegang
akaun tabungan atau akaun
semasa kepada bank untuk
membuat bayaran tetap dan
berulang pada tarikh yang telah
ditetapkan.

Contohnya bayaran sewa,
premium insurans, dan ansuran
sewa beli.

65

media

Draf bank

Merupakan cek yang dikeluarkan
oleh bank apabila diminta oleh
pelanggannya untuk membuat
bayaran kepada pihak tertentu.

Pelanggan dikenakan caj
perkhidmatan.

Contohnya, draf bank digunakan
untuk membuat kiriman wang di
dalam dan luar negara serta
melanggani saham baharu.

66

media

Kad juruwang elektronik (Kad ATM)

Pelanggan bank boleh membuat urus niaga kewangan
secara layan diri dengan menggunakan kad juruwang
elektronik (ATM).

Contohnya, membuat simpanan dan pengeluaran wang,
membuat bayaran, menyemak baki, pindahan wang,
tambah nilai untuk perkhidmatan Touch’n Go dan
perkhidmatan telefon mudah alih.

Kad ini bertindak sebagai kad debit apabila membuat
bayaran untuk pembelian barang atau perkhidmatan di
pasar raya, stesen minyak atau urus niaga melalui e-
dagang.

67

media

Kad kredit

Kad ini membolehkan pelanggan bank membeli
barang dan perkhidmatan secara kredit.

Bank membiayai perbelanjaan pemegang kad dan
pemegang kad boleh membayar balik sekali gus atau
secara ansuran.

Jika pelanggan gagal membayar mengikut tempoh
yang telah ditetapkan, kadar faedah yang tinggi akan
dikenakan.

Bagi sesetengah bank, pemegang kad kredit juga
dikenakan yuran tahunan.

68

media

Perkhidmatan Lain

Perbankan
Internet

Perkhidmatan-
perkhidmatan
lain

69

media

Perbankan Internet

Pelanggan bank boleh membuat
transaksi perbankan dengan
menggunakan komputer, telefon
pintar, peranti mudah alih, dan
sebagainya.

Pelanggan bank hanya memerlukan
sambungan Internet untuk
membuat capaian dan transaksi
kepada akaun bank pada bila-bila
masa dan di mana-mana sahaja.

70

media

Perbankan Internet

Kini kesemua bank perdagangan di
Malaysia menawarkan perkhidmatan
perbankan Internet.

Pelanggan boleh menggunakan
perkhidmatan perbankan untuk membuat
pelbagai transaksi seperti membayar bil,
menyemak baki akaun, membuat
pindahan akaun, membuat pembelian,
dan mencetak penyata.

Penggunaan perbankan Internet di
Malaysia semakin meningkat.

71

media

Perkhidmatan-
perkhidmatan
lain

72

media

Konsep
Skim
Perbankan
Islam (SPI)

73

media

Prinsip
Perbankan
Islam

74

media

Prinsip
Perbankan
Islam

75

media

Takjiri(Pindah
milik harta
sewa)

76

Multiple Select

Pemegang akaun semasa boleh

1

menerima buku akaun simpanan

2

memperoleh kadar faedah yang tinggi

3

mendapat kemudahan pinjaman overdraf

4

menikmati simpanan yang dijamin oleh kerajaan

77

Multiple Select

Pemilik akaun simpanan tetap

1

dibayar kadar faedah lebih tinggi

2

menerima penyata bank setiap bulan

3

diberi kemudahan menggunakan cek

4

boleh menggunakan kad juruwang elektronik

78

Multiple Select

Pernyataan manakah yang menerangkan tentang deposit tetap?

1

Simpanan untuk satu tempoh masa tertentu

2

Pemegang deposit diberikan buku akaun simpanan

3

Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan cek

4

Pemegang akaun diberi kemudahan kad juruwang elektronik

79

Multiple Select

Berikut berkaitan satu prinsip skim perbankan Islam

"Harta yang disewa oleh pelanggan boleh dipindah milik kepada penyewa"

Apakah prinsip tersebut?

1

Mudharabah

2

Musyarakah

3

Bai At Takjiri

4

Bai Bithaman Ajil

80

Multiple Choice

Apa maksud zakat al-Mal al-Mustafad?

1

zakat yg berdasarkan pendapatan seperti elaun

2

zakat yg berdasarkan penderitaan seperti sedekah

3

zakat yg berdasarkan pendapatan seperti gaji

4

zakat yg berdasarkan pencapaian seperti biaya

81

Multiple Choice

Apakah kelebihan akaun semasa berbanding akaun simpanan?

1

kemudahan cek

2

faedah yang lebih tinggi

3

boleh mengeluarkan wang bila-bila masa

4

syarat pembukaan akaun yang lebih mudah

82

Multiple Choice

Bank pusat dianggap sebagai jurubank kepada bank-bank perdagangan kerana


I. bank pusat merupakan sumber pinjaman terakir kepada bank-bank perdagangan

II. menyelesaikan hutang antara bank-bank perdagangan

III. menyediakan akaun semasa kepada bank-bank perdagangan

IV. mewajibkan bank perdagangan mengadakan rizab berkanun

1

I & II

2

II & III

3

I & IV

4

III & IV

83

Multiple Choice

Siapakah yang mengenakan faedah kepada pembeli?

1

Pembeli

2

bank perdagangan

3

keluarga pembeli

84

Multiple Choice

Apakah yang dimaksudkan dengan fitur ekonomi dalam pembelian kredit?

1

sifat atau ciri-ciri dalam pembelian kredit

2

bayaran

85

Multiple Choice

Antara berikut,yang manakah merupakan kelemahan bayaran secara kredit ?

1

meringankan pengguna

2

pengguna terpaksa membayar jumlah yang lebih tinggi

3

pembeli boleh menggunakan barang sebelum bayar penuh

86

Multiple Choice

Antara yang berikut,yang manakah bukan maksud bayaran tunai

1

membayar wang tunai semasa membeli barang

2

membayar wang tunai dan mendapatkan perkhidmatan

3

membeli barang secara kredit

87

Multiple Choice

Apakah kelebihan akaun semasa berbanding akaun simpanan?

1

kemudahan cek

2

faedah yang lebih tinggi

3

boleh mengeluarkan wang bila-bila masa

4

syarat pembukaan akaun yang lebih mudah

88

media

TAMAT

media

3.1 WANG DAN BANK

Ekonomi Tingkatan 4 KSSM

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 88

SLIDE