Font size
WorksheetsULANGKAJI PERNIAGAAN T4 (AKHIR TAHUN)
Total questions: 40
Worksheet time: 34mins
Situasi manakah yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan?
Syarikat Mayis menyediakan pelbagai produk makanan
Kedai Kek Misah menjual pelbagai jenis kek dan biskut
Syarikat Kemri menghasilkan perabot seperti meja dan kerusi
Pusat Tuisyen Bestari menyediakan pelbagai kelas insentif untuk para pelajar SPM
Organisasi manakah yang menyediakan perkhidmatan secara percuma?
TNB Berhad
Bank Simpanan Nasional
. Koperasi SMK Keningau
Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
Gambar dibawah menunjukkan suatu jenis milikan perniagaan. Apakah kelebihan milikan perniagaan tersebut?
mudah ditubuhkan
kewujudan kekal
menanggung liabiliti terhad
bebas menguruskan perniagaan
Pasangan manakah yang betul tentang contoh barang dan perkhidmatan?
barang : kereta / perkhid : alat mekap
barang : pelancongan / perkhid : pusat tuisyen
barang : telefon / perkhid : syarikat penerbangan
barang : polisi insurans / perkhid : kamera digital
mengapakah peniaga cenderung untuk mendaftarkan perniagaan mereka sebagai syarikat sendirian berhad?
tiada beban cukai
beban cukai yang rendah
proses penubuhan yang mudah
dapat menikmati ekonomi bilangan
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis rakan kongsi. Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
. rakan kongsi biasa
rakan kongsi lelap
. rakan kongsi berhad
rakan kongsi nominal
Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar? (multichoice)
Masalah aliran tunai
ketidakpastian pasaran
kos overhead yang tinggi
perundangan dan peraturan kerajaan
Rajah di bawah ini berkaitan dengan sektor perniagaan. Antara yang berikut, manakah yang mewakili X? (multichoice)
kuari
pengilangan
kejuruteraan
perlombongan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Adif. Apakah kelebihan saiz perniagaan yang dijalankan oleh Encik Adif?
En Adif merupakan pemilik Kilang Perabot Adif yang mengeluarkan pelbagai jenis perabot. Syarikat tersebut mempunyai pekerja seramai 15 org. Setiap tahun, nilai jualan tahunan kurang daripada RM3.5 juta
Mudah mendapat pinjaman bank
mempunyai daya saing yang tinggi
lebih mudah menguasai pasaran produk
menanggung kos pengurusan yang rendah
Gambar dibawah ini menunjukkan logo agensi kerajaan. Apakah peranan agensi kerajaan tersebut dalam membantu perniagaan? (multicoice)
memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi
menjalankan kajian bagi memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti
mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu
memperkenalkan teknologi baharu kepada industry
Agensi kerajaan manakah yang memainkan peranan dalam membantu pengeluar tempatan mempromosikan produk ke pasaran antarabansa?
MATRADE
MARDI
SIRIM
MARA
Maklumat dibawah ini berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT). Antara berikut, manakah yg merupakan bidang kuasa pihak tersebut? (multichoice)
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Majlis Perbandaran Teluk Intan
menggubal undang-undang kecil
mewujudkan beberapa pelepasan cukai
merangka dasar-dasar pembangunan setempat
menganjurkan pelbagai jenis latihan dan kursus
Maklumat dibwah ini berkaitan dgn sejenis pelepasan cukai. Apakah jenis cukai tersebut?
Syarikat Berry's Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pengeluaran makanan dan pendapatan syarikat dilaburkan semula untuk pembelian aset
taraf perintisan
pengecualian cukai
elaun pelaburan cukai
elaun cukai pelaburan
Manakah agensi berikut membantu perniagaan mendapatkan sumber pembiayaan? (multichoice)
TEKUN
Majlis Amanah Mara
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Apakah jenis skim yg disediakan oleh agensi ini? (multichoice)
Skim pembiayaan am
skim pembiayaan kecil
skim pembiayaan francais
skim jaminan utama baharu
Apakah jenis pengangguran berkenaan?
Syarikat Maju Usaha Sendirian Berhad kehilangan pendapatan akibat keadaan ekonomi yang meleset. Hal ini menyebabkan pihak majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja
pengangguran kitaran
pengangguran struktur
pengangguran bermusim
pengangguran teknologi
antara berikut, manakah kesan keadaan ekonomi tersebut? (multichoice)
satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
kenaikan kos sara hidup
kuasa beli penduduk menurun
penduduk kehilangan pekerjaan
membantutkan aktiviti perniagaan
bagaimanakah bank pusat dapat mengatasi masalah inflasi dengan meningkatkan kadar faedah?
memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan
perbelanjaan penduduk menurun kerana menyimpan wang dalam bank
mendorong peningkatan permintaan terhadap barang tempatan
peniaga akan meningkatkan harga jualan kerana kos pengeluaran meningkat
Faktor dalaman manakah yg membawa kpd keadaan berkenaan?
Trend meningkat menggambarkan situasi persekitaran perniagaan yang dijalankan mencapai perkembangan perniagaan
pekerja yg bermotivasi
situasi politik yg stabil
kewujudan persaingan perniagaan
keadaan ekonomi semakin berkembang
apakah jenis gaya pengurusan berkenaan?
En Nawir merupakan pemilik Syarikat Niki Sendirian Berhad. En Nawir memberikan kebebasan kepada pekerjanya untuk membuat keputusan dan kurang mengawal tingkah laku pekerja. Hal ini menyebabkan objektif perniagaan sukar untuk dicapai.
gaya pengurusan sokongan
gaya pengurusan autokratik
gaya pengurusan demokratik
gaya pengurusan laissez- faire
Manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek guna tenaga?
lambakan barang import
kadar pengangguran meningkat
perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
manakah yg betul mengenai objektif organisasi bermotifkan untung (OBU)?
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
untuk memaksimumkan keuntungan
untuk memberikan kepuasan kepada ahli
untuk menjaga kebajikan ahli
Apakah X dan Y?
X = boleh dicapai & Y = holistic
X = spesifik & Y = berpadanan
X = boleh dicapai & Y = spesifik
X = holistic & Y = berpadanan
berapakan untung atau rugi yg dialami oleh syarikat jika harga jualan pasu bunga ialah RM30?
Syarikat Bunga Sdn Bhd telah mengeluarkan pasu bunga sebanyak 300 000 unit. Syarikat telah menanggung kos tetap sebanyak RM20 juta dan kos berubah untuk satu unit pasu bunga ialah RM15
rugi RM2.0 juta
rugi RM2.5 juta
Untung 2.0 juta
untung 2.5 juta
Apakah yg dimaksudkan dgn ciri objektif spesifik?
objektif yg dinyatakan mestilah dinyatakan dgn khusus
objektif mesti dicapai mengikut jangka masa yang ditetapkan
sasaran yg boleh dicapai dgn menggunakan guna tenaga penuh
objektif yg boleh diukur sebelum dan selepas perniagaan dijalankan
Hitung nilai titik pulang modal.
Kos tetap : RM50 000
Harga : RM 12 seunit
Kos berubah seunit : RM8
12 000 unit
12 500 unit
13 000 unit
15 000 unit
bagaimanakah langkah penyelesaian yg boleh digunakan oleh perniagaan yg gagal mencapai matlamat perniagaan? (multichoice)
mengurangkan kos
meningkatkan harga produk
menggunakan teknologi baharu
mengurangkan kadar pembayaran dividen kpd pemegang saham
Maklumat di bawah berkenaan dgn faktor yg mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif. Apakah faktor berkenaan?
faktor luaran juga dapat mempengaruhi pihak pengurusan dalam membuat perubahan penetapan visi, misi dan objektif perniagaan
ekonomi
kewangan
sumber kewangan
undang-undang
manakah yang betul tentang fasa III?
keadaan inflasi berlaku
keuntungan perniagaan jatuh
ekonomi mencapai guna tenaga penuh
permintaan barang dan perkhidmatan sangat tinggi
Bagaimanakah perkembangan teknologi mampu membantu sesebuah perniagaan menjalankn operasi?
dapat meramalkan keadaan ekonomi
dapat mengetahui cita rasa pengguna
dapat mengurangkan persaingan dalam pasaran
dapat menjadikan proses pengeluaran lebih cekap
Carta organisasi berfungsi menunjukkan struktur organisasi yang wujud. Antara yang berikut, manakah yang dapat digambarkan oleh carta organisasi? (multichoice)
jenis tugas
jadual tugas
pembahagian tugas
sebab wujud organisasi
Apakah peranan tersebut?
Menyediakan kemudahan hentian bas dan kaunseling
perkhidmatan pekerja dan kebajikan
perancangan sumber manusia
latihan dan pembangunan
perhubungan industri
Di bawah menunjukkan campuran pemasaran. Manakah betul mengenai X?
. aktiviti penentuan nilai produk termasuk strategi pemasaran
aktiviti memberitahu pelanggan mengenai produk yang dihasilkan
aktiviti untuk memastikan barang/perkhid sampai kepada pengguna
aktiviti yang merangkumi keputusan berkaitan penyelidikan dan pembangunan
Apakah saluran agihan yang sesuai digunakan?
pengeluar – pengguna
pengeluar – peruncit – pengguna
pengeluar – ejen – peruncit – pengguna
pengeluar – pemborong – peruncit – pengguna
Apakah aplikasi teknologi yang boleh digunakan oleh pn Marisa untuk memudahkan urusannya?
Pn Marisa menguruskan sebuah butik tanpa dibantu oleh orang lain. Hal ini menyebabkan Pn Marisa tidak mempunyai masa untuk melakukan pembayaran bil dan membuat urusan keluar masuk duit.
e-dagang
e-banking
e-government
penggunaan e-mel
mengapakah ujian pemasaran penting dalam pembangunan produk baharu?
untuk mengenal pasti cita rasa pengguna
untuk memastikan penerimaan produk baharu oleh pengguna
untuk memastikan produk memenuhi piawaian yang ditetapkan
untuk memastikan strategi pemasaran memenuhi objektif syarikat
Apakah maksud gangguan dalam aliran maklumat?
pengolahan terhadap sesuatu idea sedia ada
kaedah yang digunakan untuk menghantar mesej
unsur luaran yang mempengaruhi proses komunikasi
pihak yang menerima mesej yang dihantar oleh penghantar
ini menunjukkan bahagian kewangan. Siapakah X?
X berperanan untuk memeriksa bajet jabatan dan pendapatan terkini daripada jualan, menyediakan unjuran jualan tunai serta kepakaran dana menganalisis maklumat kewangan
akauntan
staf kewangan
pegawai kredit
pegawai kewangan
Bagaimanakah interaksi dengan pihak bank membantu perniagaan mengatasi masalah operasi pengeluaran?
mengatasi masalah kekurangan modal kerja
memudahkan urusan pembayaran perniagaan
memudahkan perniagaan membayar bil dan gaji pekerja
memudahkan perniagaan menyimpan wang dengan selamat
Penyataan manakah yang benar tentang enkod?
satu kaedah yang digunakan untuk menghantar mesej
proses mencipta maklumat daripada pencetusan idea
satu proses pihak penerima menterjemahkan mesej yang dihantar oleh penghantar
melibatkan pengolahan terhadap sesuatu idea sedia ada agar maklumat mudah difahami
