wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOMPOSISI KIMIA DI DALAM SEL (PART 1)

Total questions: 51

Worksheet time: 1hrs 1mins

Name
Class
Date
1.

Bahan yang terdiri dari satu jenis atom sahaja yang membina sel hidup dikenali sebagai ...................

a)

zarah

b)

unsur

c)

sebatian

d)

campuran

2.

Tandakan unsur-unsur utama yang terdapat di dalam sel.

a)

Karbon

b)

Hidrogen

c)

Oksigen

d)

Nitrogen

e)

Molibdenum

3.

Unsur yang paling banyak di dalam sel ialah ......................

a)

hidrogen

b)

karbon

c)

oksigen

d)

nitrogen

4.

Unsur surih merupakan unsur yang paling sedikit membina sel. Tandakan unsur-unsur surih.

a)

Kalsium

b)

Zink

c)

Iodin

d)

Kobalt

e)

Sulfur

5.

Sebatian yang mempunyai unsur karbon dikenali sebagai sebatian ....................

a)

organik

b)

bukan organik

c)

ringkas

d)

major

6.

Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh sebatian organik?

a)

Lipid

b)

Protein

c)

Asid nukleik

d)

Karbohidrat

e)

Air

7.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri air?

a)

Molekul berkutub

b)

Pelarut semesta

c)

Pembahagian cas sekata

d)

Daya lekitan tinggi

e)

Mempunyai unsur hidrogen dan oksigen

8.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi air di dalam sel?

a)

Medium pengangkutan

b)

Mengawal suhu badan

c)

Melarutkan bahan tertentu

d)

Medium tindak balas biokimia

e)

Mengekalkan tekanan osmosis

9.

Tandakan unsur-unsur yang membina karbohidrat.

a)

Karbon

b)

Hidrogen

c)

Oksigen

d)

Nitrogen

e)

Sulfur

10.

Apakah nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen dalam karbohidrat?

a)

1:2

b)

2:1

c)

>2:1

d)

1:1

11.

Apakah fungsi utama karbohidrat kepada sel?

a)

Sumber tenaga

b)

Membina lemak

c)

Membina membran plasma

d)

Sintesis enzim luar sel

12.

Karbohidrat kompleks yang dibina daripada rantaian monomer sakarida dikenali sebagai ......................

a)

monosakarida

b)

polisakarida

c)

disakarida

13.

Rajah menunjukkan karbohidrat kompleks jenis polisakarida. Namakan polisakarida tersebut.

a)

Kanji

b)

Glikogen

c)

Selulosa

14.

Rajah menunjukkan karbohidrat kompleks jenis polisakarida. Namakan polisakarida tersebut.

a)

Kanji

b)

Selulosa

c)

Glikogen

15.

Rajah menunjukkan jenis polisakarida yang membina dinding sel. Namakan karbohidrat tersebut.

a)

Selulosa

b)

Glikogen

c)

Kanji

d)

Protein

16.

Proses penguraian polisakarida dengan menambahkan air dikenali sebagai .....................

a)

kondensasi

b)

hidrolisis

c)

sintesis

d)

pencernaan

17.

Kanji yang mengalami hidrolisis akan menjadi ....................

a)

maltosa

b)

sukrosa

c)

laktosa

18.

Proses pergabungan maltosa dengan maltosa yang lain dengan menyingkirkan air dan menjadi kanji dikenali sebagai ..................................

a)

kondensasi

b)

hidrolisis

c)

sintesis

d)

fotosintesis

19.

Dua molekul monosakarida terkondensasi membentuk .......................

a)

polisakarida

b)

disakarida

c)

bisakarida

d)

polimer

20.

Antara berikut, yang manakah contoh-contoh disakarida?

a)

Sukrosa

b)

Maltosa

c)

Fruktosa

d)

Laktosa

e)

Glikogen

21.

Monosakarida juga dikenali sebagai gula/karbohidrat ringkas. Antara berikut, yang manakah BUKAN gula ringkas?

a)

Glukosa

b)

Fruktosa

c)

Galaktosa

d)

Sukrosa

22.

Kondensasi antara glukosa dan fruktosa akan membentuk ..................................

a)

Laktosa

b)

Sukrosa

c)

Maltosa

d)

Glikogen

23.

Antara berikut, yang manakah contoh disakarida yang TIDAK tepat?

a)

Sukrosa daripada buahan

b)

Laktosa daripada susu

c)

Maltosa daripada glikogen

24.

Antara berikut yang manakah contoh gula bukan penurun?

a)

Maltosa

b)

Glukosa

c)

Laktosa

d)

Sukrosa

25.

Mengapakah laktosa, maltosa dan glukosa dikenali sebagai gula penurun?

a)

Mengoksidakan larutan kuprum(II) sulfat

b)

Larutan biru Benedict dilunturkan

c)

Kuprum(II) sulfat menjadi kuprum (III) sulfat

d)

Menurunkan larutan Benedict

26.

Antara berikut, yang manakah BUKAN unsur yang membina protein?

a)

Karbon

b)

Hidrogen

c)

Oksigen

d)

Nitrogen

e)

Kalsium

27.

Monomer yang membina protein dikenali sebagai ...................

a)

monosakarida

b)

asid amino

c)

asid lemak

d)

gliserol

28.

Kondensasi antara dua asid amino yang menyingkirkan molekul air akan membentuk ........................

a)

dipeptida

b)

peptida

c)

polipetida

d)

ikatan hidrogen

29.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi protein di dalam sel?

a)

Membentuk protein pembawa dan liang pd membran plasma

b)

Sintesis antibodi

c)

Sintesis enzim

d)

Membina sel baru

e)

Menjanakan tenaga

30.

Urutan asid amino yang panjang dalam rantaian dikenali sebagai ............................

a)

polimer

b)

polipeptida

c)

polisakarida

d)

politeknik

31.

Namakan struktur protein berdasarkan rajah.

a)

Protein primer

b)

Protein sekunder

c)

Protein tertier

d)

Protein kuartener

32.

Rajah menunjukkan struktur protein tertier. Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh protein tertier?

a)

Hormon

b)

Antibodi

c)

Hemoglobin

d)

Enzim

e)

Protein plasma

33.

Namakan struktur protein pada rajah dan contohnya.

a)

Kuartener

b)

Tertier

c)

Hemoglobin

d)

Hormon

34.

Asid amino yang perlu diambil daripada gizi dikenali sebagai ..............................

a)

asid amino perlu

b)

asid amino tak perlu

35.

Mengapakah alanina merupakan asid amino tak perlu?

a)

Boleh disintesis sendiri oleh sel

b)

Tidak boleh disintesis

c)

Terdapat pada protein kelas kedua

d)

Tidak diperlukan oleh sel

36.

Mengapakah daging merupakan protein kelas pertama? (Tumbuhan protein kelas kedua)

a)

Mengandungi semua asid amino tak perlu

b)

Mengandungi semua protein

c)

Mengandungi semua asid amino perlu

d)

Mengandungi semua asid lemak

37.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi lipid?

a)

Membekalkan tenaga lebih banyak

b)

Melindungi organ dalaman

c)

Penebat utk mengekalkan suhu badan

d)

Sintesis hormon dan membran plasma

e)

Membina sel-sel baru

38.

Lipid dibina daripada 1 molekul gliserol dan 3 molekul .................................

a)

asid lemak

b)

asid amino

c)

glukosa

d)

air

39.

Namakan ikatan yang mengikat gliserol dan asid-asid lemak pada lipid.

a)

Ikatan peptida

b)

Ikatan hidrogen

c)

Ikatan tunggal

d)

Ikatan ganda dua

40.

Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh lipid?

a)

Steroid

b)

Lilin

c)

Minyak

d)

Kitin

e)

Kolesterol

41.

Pilih jenis-jenis lemak yang wujud.

a)

Lemak tepu

b)

Lemak tak tepu

c)

Lemak larut

d)

Lemak tak larut

e)

Lemak degil

42.

Nyatakan jenis lemak berdasarkan rajah molekul .

a)

Lemak tepu

b)

Lemak tak tepu

43.

Berdasarkan rajah, mengapakah lemak seperti minyak sayuran dikatakan tidak tepu?

a)

Mempunyai ikatan ganda dua yang mudah terurai

b)

Mempunyai unsur hidrogen yang maksimum

c)

Tidak membahayakan kesihatan

d)

Mudah terenap pada lumen salur darah

44.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri lemak tepu?

a)

Cecair pada suhu bilik

b)

Mempunyai sekurangnya 1 ikatan ganda dua

c)

Mempunyai atom hidrogen yang maksimum

d)

Mengandungi kolesterol yang tinggi

e)

Mudah terurai

45.

Antara berikut, yang manakah contoh makanan yang mengandungi lemak tak tepu?

a)

Mentega

b)

Marjerin

c)

Lemak haiwan

d)

Kuning telur

46.

Mentega merbahaya kepada kesihatan kerana ..........................

a)

merupakan lemak tak tepu

b)

mengandungi HDL (kolesterol) tinggi

c)

mengandungi LDL (kolesterol) tinggi

d)

mudah diuraikan

47.

Antara berikut, yang manakah dibina daripada lipid di dalam sel?

a)

Membran plasma

b)

Hormon

c)

Enzim

d)

Tenaga

e)

Organel

48.

Rajah menunjukkan struktur nukleotida yang membina asid nukleik. Apakah struktur berwarna biru?

a)

Kumpulan gula pentosa

b)

Kumpulan fosfat

c)

Kumpulan fosfolipid

d)

Kumpulan bes

49.

Antara berikut, yang manakah merupakan 2 jenis asid nukleik?

a)

Polinukleotida

b)

Asid deoksiribonukleik (DNA)

c)

Kromosom

d)

Asid ribonukleik (RNA)

e)

Gen

50.

Rajah menunjukkan struktur DNA terdapat pada kromosom. Nyatakan unit asas binaan bagi DNA.

a)

Asid nukleik

b)

Nukleotida

c)

Polinukleotida

d)

Kromatin

51.

Biskut tawar diperbuat daripada tepung gandum. Kenapa semakin lama kita mengunyah, biskut itu semakin manis?

a)

Terdapat sukrosa

b)

Mengandungi laktosa

c)

Kanji terurai menjadi maltosa

d)

Karbohidrat kompleks manis