NEW
Font size
WorksheetsKEUSAHAWANAN
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Merupakan dasar atau polisi, prosedur dan amalan berkaitan dengan pengurusan pekerja yang diperlukan dalam proses mengurus sumber manusia dlam organisasi. Ini merupakan makusd..
A. Pengeluaran
B. Pemasaran
C. Kewangan
D. Sumber manusia
Kepentingan pengurusan sumber manusia adalah seperti berikut kecuali
A. Memastikan organisasi mempunyai bilangan tenaga kerja yang cukup
B. Mengawal penggunaan kewangan di setiap jabatan
C. Memastikan pekerja yang berkemahiran dan berkelayakan wujud dalam organisasi
D. Membangunkan sistem ganjaran dan pampasan yang adil
Pekerja perlu didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini atau cara kerja baru seperti pengetahuan teknologi maklumat. Ini adalah cabaran pengurusan sumber manusia dari aspek
A. Perubahan ekonomi
B. Kemasukan buruh asing
C. Teknologi
D. Globalisasi
Organisasi perlu prihatin terhadap keperluan dan masalah pekerja wanita seperti cuti bersalin, penyediaaan pusat penjagaan kanak-kanak serta gangguan seksual. Ini adalah cabaran pengurusan sumber manusia dari aspek
A. Peningkatan bilangan pekerja wanita dalam sektor pekerjaan
B. Kemasukan buruh asing
C. Globalisasi
D. Teknologi
Pengurusan sumber manusia strategik perlu digunakan dalam pengurusan perkara-perkara seperti di bawah kecuali
A. Menarik sumber manusia
B. Membangun sumber manusia
C. Mengekal sumber manusia
D. Memberhentikan sumber manusia
Dokumen formal yang menjelaskan ringkasan tugas dan tanggungjawab seseorang penjawat jawatan ialah
A. Penghuraian kerja
B. Spesifikasi kerja
C. Penyata kewangan
D. Kunci kira-kira
Berkaitan dengan aspek fizikal atau tubuh badan. Mesti melakukan senaman dan menjaga pemakanan seimbang demi menjaga aspek fizikal supaya sentiasa selamat. Ini ialah faktor kejayaan seimbang..
A. Intelek
B Rohani
C Emosi
D Jasmani
Merupakan aspek berkaitan dengan minda atau mental seseorang individu iaitu melibatkan ilmu pengetahuan, kemahiran atau pengalaman yang dimiliki oleh individu. Ini adalah ciri orang yang efektif berdasarkan tujuh tabii orang berjaya…
Rohani
Emosi
Intelek
Jasmani
Hak untuk mengeluarakan sesuatu barangan yang dilindungi oleh undang-undang sesebuah negara daripada ditiru atau dicetak rompak pihak yang tidak bertanggungjawab.
A. Saluran pengedaran
B. Paten
C. Jururunding
D. Dasar kerajaan
Kaedah menjana idea di mana sekumpulanindividu yang menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur.
A. Kumpulan fokus
B. Sumbang saran
C. Pemerhatian
D. Soal selidik
Produk sebenar yang dihasilkan oleh perniagaan akan dijual dalam pasaran merupakan tahap merealisasikan idea..
A. Tahap idea
B. Tahap menguji konsep
C. Tahap mengkomersilkan
D. Tahap membina konsep
Kaedah memulakan perniagaan di mana seseorang itu membeli perniagaan orang lain ialah
A. Pakatan strategik
B. Mulakan perniagaan sendiri
C. Francais
D. Mengambil alih perniagaan sedia ada
Francaisi mendapat lesen daripada francaisor untuk mengilangkan barangan mengikut formula, resepi, atau rekabentuk yang telah ditetapkan seperti Pepsi cola. Ini adalah francais jenis…
A. Francais berformat
B. Francais jenama
C. Francais pengilangan produk
D. Francais penganjur
Sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk dilaburkan dalam perniagaan.
A. Modal teroka
B. Modal ekuiti
C. Modal hutang
D. Modal tetap
Berikut adalah modal kewangan kecuali
A. Modal teroka
B. Modal ekuiti
C. Modal hutang
D. Kemahiran
Keupayaan peminjam untuk membayar balik pinjaman berserta faedah yang dikenakan merupakan salah satu daripada faktor 5C yang akan dipertimbangkan oleh bank sebelum meluluskan pinjaman.
A. Karakter
B. Kapasiti
C. Keadaan
D. Sandaran
Berikut adalah sumber modal tidak formal kecuali
A. Pinjaman daripada rakan
B. Pinjaman daripada ahli keluarga
C. Simpanan sendiri
D. Pinjaman bank
Bantuan ini diberikan kepada usahawan dalam bentuk wang, geran, subsidi, jaminan pinjaman bertujuan menyelesaikan masalah kewangan perniagaan usahawan.
A. Khidmat nasihat dan perundingan
B. Bantuan kewangan
C. Tapak kilang
D. Bantuan pemasaran
Bantuan ini diberikan untuk membantu usahawan mendapat kemudahan ruang niaga, pejabat, tapak kilang dan tapak perindustrian.
A. Khidmat nasihat dan perundingan
B. Bantuan kewangan
C. Tapak kilang
D. Bantuan pemasaran
Program pembangunan usahawan yang bertujuan mewujudkan hubungan antara IKS dengan syarikat besar ialah
A. Program mentor mentee
B. Program pembangunan francais
C. Konsep payung
D. Program pembangunan Vendor
Program pembangunan usahawan dimana syarikat mentor memberi latihan , bimbingan dan pendedahan kepada bakal usahawan ialah
A. Program mentor mentee
B. Konsep payung
C. Program pembangunan francais
D. Program pembangunan Vendor
Program pembangunan usahawan dimana sekumpulan usahawan baharu akan diselia dan dipantau oleh agensi kerajaan sehingga mereka boleh berdikari dalam tempoh masa tertentu.
A. Konsep payung
B. Intrapreneur
C. Subkontrak
D. Konsep inkubator
Program pembangunan usahawan dimana hasil pengeluaran usahawan akan dijenamakan dengan satu nama dan akan dipasarkan oleh syarikat melalui pemasaran bersepadu.
A. Konsep payung
B. Subkontrak
C. Intrapreneur
D. Konsep Inkubator
Program pembangunan usahawan dimana kontraktor yang utama akan membahagikan projek perniagaan kepada usahawan kecil supaya mereka dapat membantu kontraktor besar menyiapkan sesuatu projek.
A. Subkontrak
B. Konsep inkubator
C. Konsep payung
D. Intrapreneur
Membantu memasarkan keluaran yang berasaskan pertanian terutamanya kepada pengusaha hasil pertanian di luar bandar.
A. MATRADE
B. FAMA
C. MARA
D. SIRIM
Membantu memasarkan keluaran ke pasaran antarabangsa melalui pelbagai cara seperti mengadakan pameran perdagangan.
A. MATRADE
B. FAMA
C. MARA
D. SIRIM
Berfungsi memperkenalkan barangan keluaran bumuputera bagi memperluas pasaran barangan di dalam dan di luar negara.
A. MATRADE
B. FAMA
C. MARA
D. SIRIM
Satu kemudahan dimana pelanggan bank yang mempunyai akaun semasa dibenarkan untuk mengeluarkan wang melebihi baki yang ada di dalam akaunnya setakat had yang telah ditetapkan.
A. Overdraf bank
B. Kredit pusingan
C. Pinjaman bank
D. Pinjaman daripada rakan
Berikut adalah kebaikan memulakan perniagaan sendiri kecuali
A. Bebas membuat keputusan sendiri
B. Bebas memilih kemudahan fizikal
C. Bebas lakukan inovasi
D. Tiada pelanggan sedia ada
Berikut adalah kelemahan mengambil alih perniagaan sedia ada kecuali
A. Lokasi yang tidak strategik
B. Mempunyai pelanggan sedia ada
C. Imej perniagaan yang mungkin tercemar
D. Kemudahan fizikal yang rosak
