NEW
Font size
WorksheetsSejarah KSSM - Siri 5
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Dalam sistem pemerintahan di Athens, badan tertinggi ialah Dewan Perhimpunan. Di bawahnya pula terdapat Majlis, Majistret dan Juri.
Apakah fungsi Majistret?
Berperanan melantik ahli Majlis
Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis
Bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan keadilan
Membuat deklarasi peperangan bagi mempertahankan kedaulatan Athens
Di Sparta, sistem pemerintahan dan pentadbiran bersifat monarki terhad. Bagaimanakah masyarakat Sparta dapat memastikan tiada kuasa mutlak raja?
Dewan Perhimpunan mempunyai 10000 orang ahli
Majlis mempunyai 28 orang ahli yang berusia melebihi 60 tahun
Terdapat dua orang raja yang memerintah yang datang dari keluarga yang sama
Lima orang pegawai dilantik sebagai ephors
Mengapakah terdapat dua orang konsul dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Sparta?
Mengukuhkan kuasa
Mengelakkan peperangan
Meluaskan peluang mentadbir
Mengelakkan daripada bersikap kejam
Bilakah Tamadun Rom mencapai tahap kegemilangannya?
27 SM - 180 M
27 SM - 476 M
509 - 27 SM
753 - 509 SM
Gambar menunjukkan Colloseum yang dibina dalam Tamadun Rom.
Apakah fungsi binaan tersebut?
Tempat penyembahan dewa-dewi
Tempat mengadakan pertandingan berskala besar
Membekalkan air ke rumah kediaman dan sekitar bandar
Melindungi Rom daripada serangan musuh
Pernyataan berikut berkaitan dengan kehidupan di bandar Rom:
''Kehidupan di bandar Rom telah mencapai kemajuan dan keselesaan hidup"
Apakah faktor yang membawa kemajuan tersebut?
Pendidikan yang praktikal
Pencapaian status empayar
Peningkatan taraf seni bina
Pembentukan rakyat yang setia
Gambar menunjukkan seni bina Pantheon yang terkenal dalam Tamadun Rom dan masih kekal hingga kini.
Apakah fungsi seni bina tersebut?
Membuat persembahan seni
Tempat penyembahan dewa-dewi
Melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh
Menyalurkan air ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama
Apakah yang membezakan kedua-dua tokoh berikut?
- Chandragupta Maurya
- Asoka
Raja Dinasti Maurya
Bentuk perluasan kuasa
Membina empayar besar
Menggunakan gelaran Maharaja
Apakah yang menyebabkan Chandragupta Maurya berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya?
Memperoleh sokongan pembesar
Memiliki angkatan tentera yang besar
Mengukuhkan hubungan perdagangan
Melaksanakan undang-undang yang tegas
Maklumat berikut merujuk kepada zaman pemerintahan Dinasti Maurya:
"Selepas Perang Kalinga, Asoka menghentikan sebarang usaha perluasan secara fizikal"
Pada pendapat anda, mengapakah Asoka berbuat demikian?
Mengembangkan agama Buddha
Menjadi maharaja yang popular
Mewujudkan pentadbiran berkesan
Menjamin kemajuan ekonomi negara
Ketiga-tiga dinasti berikut memilih tempat yang sama sebagai pusat pemerintahan empayar:
- Dinasti Gupta
- Dinasti Nanda
- Dinasti Maurya
Apakah nama tempat tersebut?
Mathura
Pataliputra
Pundravardhana
Vidisha Mathura
Pada zaman pemerintahan Asoka, peraturan dan undang-undang diukir pada tiang batu:
- Tiang Asoka
Mengapakah tiang batu ini diletakkan di kawasan yang strategik?
Sebagai tanda sempadan wilayah
Sebagai amaran kepada pembesar
Supaya dibaca dan dipatuhi rakyat
Supaya pendatang luar mematuhinya
Pemerintah Gupta berikut dikenali sebagai Kaviraja:
"Raja Samudragupta (335 - 376M)"
Mengapakah beliau diberikan gelaran tersebut?
Meluaskan empayar meliputi seluruh India
Menggubal peraturan dan undang-undang
Meminati puisi-puisi berbentuk keagamaan
Mengembangkan perdagangan antarabangsa
Dinasti Qin muncul sebagai kerajaan paling utama di China semasa pemerintahan Maharaja Shi Huangdi.
Di manakah pusat pemerintahan kerajaan ini?
Loyang
Anyang
Dunhuang
Xianyang
Sultan Pahang, Sultan Abdul Jamil Shah mengekalkan hubungan yang harmoni dengan Kesultanan Melayu Melaka. Apakah kesan hubungan tersebut terhadap Pahang?
Sektor perdagangan di Pahang berkembang dengan pesat
Pahang berjaya dipertahankan semasa serangan Siam
Mendapat perlindungan Melaka
Melaksanakan Hukum Kanun Melaka
Mengapakah pemerintah Kesultanan Pahang diambil alih oleh keluarga Bendahara Johor pada tahun 1884?
Tiada pewaris
Rampasan kuasa
Penaklukan oleh Johor
Pahang mempertuankan Johor
Undang-undang 99 Perak merupakan perlembagaan Kesultanan Perak.
Siapakah pemerintah yang mula mengguna pakai undang-undang tersebut?
Sultan Mahmud Shah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Zainal Abidin I
Sultan Iskandar Dzulkarnain
Maklumat berikut berkaitan dengan Sultan X:
- Menggubal undang-undang
- Memperkemas sistem sukat dan timbang
- Menubuhkan mahkamah syariah
Siapakah sultan X?
Sultan Zainal Abidin III
Sultan Abdul Jamil Shah
Sultan Ala'iddin Suleiman Shah
Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah
Mengapakah putera Daeng Chelak yang bernama Raja Lumu menghadap sultan Perak iaitu Sultan Mahmud Shah?
Menghantar rombongan meminang
Mendapatkan pengiktirafan
Menjalinkan hubungan persahabatan
Mengendalikan perdagangan
Pernyataan di bawah berkenaan peranan Sultan Selangor:
"Sultan bertanggungjawab mendaulatkan syiar Islam"
Bagaimanakah pernyataan tersebut dapat dibuktikan?
Institusi agama dihormati
Undang-undang syariah dilaksanakan
Masjid dinamakan dengan nama sultan
Sultan meluluskan tauliah penceramah agama
Berikut adalah antara amalan dalam Adat Keputeraan:
Amalan X:
- Membetulkan kedudukan bayi dalam perut ibu supaya dapat memudahkan proses kelahiran.
Apakah X?
Bercukur
Berendoi
Melenggang perut
Bayi diperdengarkan azan
Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara sumber utama pengasasan kerajaan Melayu.
Kerajaan Melayu manakah yang berkaitan dengan sumber tersebut?
Perlis
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Apakah strategi kerajaan Kedah untuk menghadapi ancaman dari dalam dan luar negeri?
Mendapatkan perlindungan raja Siam
Mengukuhkan kedudukan menerusi perkahwinan diraja
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan jiran
Mengembangkan kawasan pemerintahan menerusi pembukaan kota
Maklumat di bawah berkaitan dengan pemerintahan X di Kelantan:
- Memerintah wilayah tebing Sungai Lebir pada awal abad ke-17.
- Memelihara kijang sebagai haiwan kesayangan.
Siapakah X?
Long Yunus
Puteri Saadong
Sultan Muhammad II
Che Siti Wan Kembang
Mengapakah Raja Melewar mendapatkan pengiktirafan Kerajaan Johor Riau setelah baginda mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan?
Mendapat perlindungan
Menjalinkan hubungan diplomatik
Negeri Sembilan naungan kerajaan Johor Riau
Baginda dilantik oleh kerajaan Johor Riau sebagai Yamtuan Besar
Pada tahun 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah negeri Perlis.
Apakah kesan pengiktirafan tersebut?
Perlis menjadi negeri naungan Siam
Perlis menjadi negeri yang berdaulat
Perlis mendapat perlindungan kerajaan Siam
Perlis menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan raja Siam
Berikut adalah senarai hasil bumi yang diperdagangkan oleh kerajaan X.
- Beras
- Garam
- Damar
- Kapur barus
- Emas urai
Apakah kerajaan X?
Kedah
Perlis
Kelantan
Negeri Sembilan
Masyarakat Sarawak dan Sabah menerima pendidikan tidak formal melalui cerita lisan.
Apakah matlamat pendidikan tersebut?
Menjadi pahlawan yang handal
Melahirkan insan yang berdikari
Mengukuhkan pengaruh keluarga
Melatih pemerintah yang berkaliber
Apakah ciri-ciri pendidikan formal di madrasah?
Diawasi oleh pihak istana
Tidak mempunyai sukatan pelajaran
Dilaksanakan secara kelas
Diselia oleh jawatankuasa pentadbiran
Penjelajahan orang Portugis berjaya membawa mereka ke Asia. Apakah kesan perkembangan tersebut?
Penguasaan laluan perdagangan
Pembinaan empayar kerajaan Alam Melayu
Penyebaran ilmu pengetahuan
Peningkatan ekonomi penduduk
Perkembangan di Eropah menyebabkan British mencari dua keperluan berikut di seberang laut:
- Bahan mentah
- Pasaran
Apakah perkembangan yang dimaksudkan?
Revolusi Pertanian
Pembukaan Terusan Suez
Pertukaran Kerajaan Britain
Revolusi Perindustrian
Berikut menunjukkan persaingan kuasa-kuasa Barat di Alam Melayu:
Perancis - Membina terusan di Segenting Kra
Rusia - Membuka petempatan di Ujung Salang
Belanda - X
Apakah X?
Mendapatkan Terengganu
Menakluki Kesultanan Sulu
Meluaskan pengaruh di IndoChina
Menguasai seluruh Kepulauan Hindia Timur
Pulau Pinang sesuai dijadikan pangkalan tentera British.
Mengapakah SHTI perlu mendirikan pangkalan tentera di Pulau Pinang?
Meluaskan kuasanya
Menyekat pengaruh Belanda
Menghapuskan pengaruh Bugis
Mempertahankan petempatannya di India
Ilustrasi menunjukkan upacara menaikkan bendera Union Jack di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786.
Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?
Berhati-hati dalam tindakan
Berani menghadapi cabaran
Kesetiaan kepada pemerintah
Kebijaksanaan mengelakkan penjajahan
Perjanjian berikut telah ditandatangani antara pihak British dengan Sultan Abdullah:
"Perjanjian Persahabatan dan Keamanan British-Kedah 1791"
Apakah kesan perjanjian tersebut?
Pentadbiran Kedah dikuasai oleh British
Pengambilan Pulau Pinang semula oleh Sultan Kedah
Pendudukan British di Pulau Pinang diiktiraf
Pembekalan makanan dari Seberang Perai terjamin
Maklumat berikut berkaitan dengan persetujuan yang dicapai oleh Belanda dan British:
X:
Belanda menyerahkan secara sementara semua tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga Perang Napoleon tamat.
Berdasarkan maklumat tersebut, X ialah...
Surat-surat London
Surat-surat Kew
Perjanjian Perdamaian
Perjanjian Inggeris-Belanda
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menduduki Singapura pada tahun 1819.
Apakah faktor yang mendorong SHTI mengambil tindakan tersebut?
Meluaskan pengaruh British di Negeri-negeri Melayu
Menghapuskan kegiatan lanun di Kepulauan Melayu
Memecahkan penguasaan Belanda di Alam Melayu
Mengelakkan Singapura dikuasai oleh orang Bugis
Tengku Hussein tidak dilantik sebagai Sultan Johor Riau ketika kemangkatan Sultan Mahmud III kerana baginda...
Bukan anak gahara
Tidak disokong oleh Belanda
Tidak disokong oleh pembesar Johor
Berada di Pahang ketika pemakaman
Perjanjian berikut ditandatangani antara Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman dengan John Crawfurd:
(( Perjanjian 2 Ogos 1824 ))
Apakah tujuan British menandatangani perjanjian tersebut dengan pemerintah Johor?
Menguasai Johor
Memajukan Singapura
Mengiktiraf kedaulatan Johor
Mengukuhkan kedudukannya di Singapura
Mengapakah Belanda membantah Stamford Raffles membuka Singapura pada tahun 1819?
Bimbang pelabuhan Betawi terjejas
Menjejaskan perdagangan bebas Singapura
Melanggar syarat Perjanjian Inggeris - Belanda
Mengancam keselamatan
