Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TING 5 Bab 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA

Total questions: 42

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah kedatangan British ditentang oleh pemimpin setempat?


(I) Menguasai daerah mereka

(II) Mempengaruhi masyarakat tempatan

(III) Menyelaraskan penggunaan mata wang

(IV) Memperkenalkan sistem pentadbiran baru

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

2.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai

ekonomi Tanah Melayu. Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?

a)

A Meningkatkan cukai eksport

b)

B Menyediakan peluang pekerjaan

c)

C Menyalurkan bantuan kewangan

d)

D Memeterai pelbagai perjanjian

3.

 Residen

 Penasihat British


Di atas merupakan jawatan diwujudkan oleh British di Negeri–Negeri Melayu pada abad ke-19 dan

awal abad ke-20. Apakah muslihat British mewujudkan jawatan tersebut?

a)

A Menguasai sumber alam

b)

B Memajukan kemudahan asas

c)

C Mengekalkan sistem monarki

d)

D Mempertahan kuasa pembesar

4.

Seorang penduduk pribumi Tanah Melayu pada abad ke-19 berhasrat memajukan sebidang tanah yang belum dimiliki.

Syarat manakah yang menyukarkan hasrat tersebut?

a)

A Persetujuan pembesar

b)

B Kerjasama pemodal

c)

C Kebenaran residen

d)

D Perkenan sultan

5.

Antara tahun 1831 hingga tahun 1832, British menghadapi tentangan daripada Penghulu Dol Said di Naning

Mengapakah British ditentang di wilayah tersebut?

a)

A Pembinaan balai polis

b)

B Mencabuli perjanjian damai

c)

C Arahan membayar ufti tahunan

d)

D Pengenalan peraturan tanah

6.

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara

tahun 1831 hingga tahun 1833.

Mengapakah beliau menentang British?

a)

A Pembinaan balai polis

b)

B Pencabulan adat tradisi

c)

C Pembayaran ufti tahunan

d)

D Pengenalan peraturan tanah

7.

Dialog di atas mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19. Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?

a)

A Menduduki Naning

b)

B Membunuh Dol Said

c)

C Merampas hasil penduduk

d)

D Memulau wilayah Naning

8.

Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831?

a)

A Menggunakan askar upahan

b)

B Mempunyai tentera yang terlatih

c)

C Membina kubu pertahanan yang kukuh

d)

D Mendapat sokongan pembesar tempatan

9.

Jadual berikut menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British

pada abad ke-19. Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

A Pencerobohan kawasan

b)

B Penghapusan sistem perhambaan

c)

C Peningkatan kemasukan imigran

d)

D Paksaan membayar ufti

10.

Bagaimanakah Rentap menentang pentadbiran Brooke di Sarawak?

a)

A Mengutip hasil tanpa lesen

b)

B Memohon bantuan kuasa luar

c)

C Mengelak pembayaran cukai tanah

d)

D Menyerang kubu pertahanan musuh

11.

Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di

Sarawak. Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke?

a)

A Menyerang kubu pertahanan

b)

B Enggan membayar cukai tanah

c)

C Mengutip hasil hutan tanpa lesen

d)

D Meminta bantuan tentera asing

12.

Apakah tindakan James Brooke di Sungai Rajang yang menyebabkan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menentangnya?

a)

A Merampas hak mengutip cukai

b)

B Membawa masuk kaum imigran

c)

C Membersihkan kawasan petempatan

d)

D Membina pusat pentadbiran

13.

Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.

 Syarif Masahor

 Datu Patinggi Abdul Gapur


Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke ?

a)

A Menyekat kedatangan imigran

b)

B Mempertahan hak mengutip cukai

c)

C Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

d)

D Mengekalkan sistem pemerintahan beraja

14.

Jadual 2 menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British

pada abad ke-19.


Rentap <> Sarawak

Mat Salleh <> Sabah


Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

A Pencerobohan kawasan

b)

B Penghapusan sistem perhambaan

c)

C Peningkatan kemasukan imigran

d)

D Paksaan membayar ufti

15.

 Mat Salleh

 Dato’ Bahaman


Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.

Mengapakah perjuangan mereka gagal ?

a)

A Senjata tidak lengkap

b)

B Tenaga tentera kurang

c)

C Kemudahan asas kurang

d)

D Sokongan pembesar tidak cukup

16.

Buah pala dari Makasar,

Jatuh sebiji ke dalam dulang,

Diberi pencen kepada pembesar,

Jawatan diwarisi turut hilang.


Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British. Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka?

a)

A Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis

b)

B Menghapuskan sistem pemilikan hamba

c)

C Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional

d)

D Berjuang untuk menolak campur tangan Barat

17.

Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

Larangan mengutip hasil hutan

b)

Menghalang kemasukan imigran

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Mengambil alih aktiviti perlombongan

18.

Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875. Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch

dibunuh?

a)

Kedaulatan negeri terancam

b)

Jawatan Residen dimansuhkan

c)

Pelaksanaan pendidikan sekular

d)

Kos sara hidup rakyat meningkat

19.

Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British

memperkenalkan pentadbiran Barat.

Mengapakah anda menentang British ?


I Hilang kawasan pegangan

II Peraturan membuka tanah baru

III Larangan memungut hasil hutan

IV Campur tangan dalam adat resam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Peristiwa di atas berlaku di negeri Perak.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pengurangan kuasa sultan

b)

Pemecatan Sultan Ismail

c)

Pembunuhan J.W.W. Birch

d)

Pemansuhan jawatan Residen

21.

Rajah berikut menunjukkan perbalahan antara dua orang pembesar di Sungai Ujong.

Apakah kesan perbalahan tersebut?

a)

A Kekurangan pelabur luar

b)

B Perluasan pengaruh asing

c)

C Perubahan sempadan negeri

d)

D Kemerosotan hasil tempatan

22.

Rajah di atas berkaitan dengan pembesar-pembesar di Pahang yang menentang British.

Mengapakah mereka menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan perjanjian

c)

Pengenalan perdagangan bebas

d)

Pelaksanaan pendidikan sekular

23.

Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?

a)

Menyerang Pasir Puteh

b)

Meminta bantuan Siam

c)

Menyekat bekalan makanan

d)

Menghalang laluan kapal dagang

24.

Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?

a)

Menghormati sultan

b)

Mengekalkan kuasa sultan

c)

Kesetiaan rakyat kepada sultan

d)

Kuasa mutlak berada di tangan sultan

25.

Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu. Mengapakah beliau

melakukan penentangan tersebut?

a)

Pencerobohan kawasan petempatan

b)

Pengharaman sistem perhambaaan

c)

Pengenalan peraturan baharu

d)

Perubahan sempadan negeri

26.

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.

Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?

a)

Pengenalan pendidikan sekular

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Perlucutan jawatan pembesar

d)

Pembunuhan penduduk tempatan

27.

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.

Mengapakah penentangan itu dilakukan?

a)

Pengenalan pendidikan sekular

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Perlucutan jawatan pembesar

d)

Pembunuhan penduduk tempatan

28.

Apakah kesan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu pada awal abad

ke-20?


I Pembukaan bandar baru

II Pertambahan buruh asing

III Pengenalan pendidikan tinggi

IV Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?

a)

Mendapatkan bantuan luar

b)

Menolak penguasaan kuasa asing

c)

Menyerah nasib kepada penjajah

d)

Membentuk sistem politik sendiri

30.

Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?


I Pengaruh komunis

II Bantuan ketenteraan

III Pengaruh hasil karya

IV Kedudukan geografi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?

a)

Mengutamakan pemimpin

b)

Memelihara warisan tradisi

c)

Berani mengkritik penjajah

d)

Bekerjasama dengan kaum imigran

32.

Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?

a)

Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan

b)

Pembentukan negara yang merdeka

c)

Penubuhan syarikat kerjasama

d)

Pemeliharaan tradisi bangsa

33.

Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah

Melayu pada awal abad ke-20.

Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh?

a)

Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

Kemunculan semangat kebangsaan

c)

Peluasan penggunaan tulisan jawi

d)

Perkembangan kegiatan kesenian

34.

 Al-Imam

 Neracha

 Saudara


Akhbar berikut digunakan oleh kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah

Melayu pada tahun 1930-an.

Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut?

a)

Peranan golongan pembesar

b)

Mengkritik kelemahan raja

c)

Penghapusan amalan perhambaan

d)

Menggalakkan pendidikan Inggeris

35.

Mengapakah Gerakan Islah boleh berkembang di Negeri-Negeri Selat ?

a)

A Tiada tentangan agama

b)

B Banyak sumber kewangan

c)

C Ramai pemimpin berkaliber

d)

D Tiada sekatan undang-undang

36.

Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Bilangan ahli sedikit

b)

Sumber kewangan kurang

c)

Penyebaran risalah disekat

d)

Kemudahan perhubungan terhad

37.

Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?

a)

Kekurangan sumber modal

b)

Penolakan ideologi Kaum Muda

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Ketiadaan pemimpin berkebolehan

38.

Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20 ?


I Mengugut pemimpin

II Menyekat kegiatan dakwah

III Menghalang kemasukan risalah

IV Menyekat peluang belajar ke luar negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Memperjuangkan hak wanita

c)

Memajukan bidang kesusasteraan

d)

Mengekalkan nilai murni masyarakat

40.

Dialog di atas mungkin berlaku dalam sesi pengajaran Sejarah.

Apakah perbezaan tema novel tersebut?

a)

Perpaduan guru

b)

Kebebasan wanita

c)

Penentangan penjajahan

d)

Semangat perjuangan pemuda

41.

Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah

a)

Mewartakan tanah pertanian

b)

Memberi peluang pendidikan

c)

Mendapatkan petempatan khas

d)

Menyediakan tapak perniagaan

42.

Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Halangan daripada pemerintah

b)

Kelemahan sistem perhubungan

c)

Menghadapi masalah kewangan

d)

Perbezaan taraf hidup antara etnik