Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PK Tingkatan 4 (PKRS & Penyakit) KSSM

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

ABSTINEN


Antara berikut manakah BENAR berkaitan Abstinen?

a)

Abstinen merupakan kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah.

b)

Abstinen merupakan penolakan seseorang dengan yakin dan tegas mengatakan ‘tidak’ terhadap tingkah laku seksual sebelum nikah.

c)

Abstinen perlu difahami dan diamalkan bagi mengelakkan berlakunya gejala seks bebas.

d)

Abstinen merupakan satu penyakit

2.

Tingkah laku seksual sebelum nikah membawa kesan negatif terhadap pelakunya sama ada lelaki mahupun perempuan.


Antara berikut manakah kesan negatif seksual sebelum bernikah?

a)

Kesan emosi yang amat mendalam sering terjadi terhadap remaja yang hamil luar nikah.

b)

Perubahan fizikal yang terjadi pada dirinya menyebabkan dia berasa malu.

c)

Kata-kata cacian dan penghinaan kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan dan agama

d)

Kes lari dari rumah serta menggugurkan dan membuang bayi.

e)

Perbuatan bunuh diri

3.

Berikut merupakan kebaikan ABSTINEN kecuali?

a)

Menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan gejala negatif

b)

Mengelakkan daripada mencemarkan nama baik sendiri, malah dapat memelihara maruah keluarga.

c)

Masa depan akan hancur.

d)

Mengelakkan daripada melahirkan anak tidak sah taraf.

4.

Antara berikut manakah yang boleh menjerumus individu kepada seks bebas?

a)

Pergaulan bebas berlandaskan nafsu.

b)

Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa.

c)

Kurang minat terhadap pelajaran.

d)

Bergaul dengan kawan-kawan yang positif.

5.

Kenal pasti perkataan yang menunjukkan kemahiran abstinen.

a)

"Kalau awak anggap saya sebagai kawan, jom saya belanja awak minum. Lepas minum, kita boleh jalan-jalan naik motor saya"

b)

'Tidak manis kita minum berdua sahaja. Lebih-lebih lagi, naik motor dengan awak.

c)

"Awak kelihatan semakin cantik dan ayu. Saya rasa, saya dah jatuh cinta pada awak"

6.

Antara Cabaran Mengamalkan Abstinen ialah pengaruh?

a)

Pengaruh rakan

b)

Pengaruh persekitaran

c)

Pengaruh Internet dan media sosial

d)

Pengaruh luar kawalan

e)

Pengaruh guru

7.

Situasi yang Mendorong kepada Hubungan Seks Sebelum Nikah Kecuali

a)

Mempunyai pengetahuan tentang pendidikan seksual

b)

Tiada kesedaran untuk melindungi maruah diri

c)

Berpakaian kurang sopan

d)

Berdua-duaan di tempat sunyi

e)

Menonton bahan pornografi

8.

Berikut merupakan kesan Seks Sebelum Nikah Terhadap Diri kecuali

a)

Reputasi diri meningkat

b)

Menyebabkan penyakit jangkitan seksual

c)

Kehamilan yang tidak diingini dan kelahiran luar nikah

d)

Kemerosotan tahap kesihatan

e)

Kemerosotan dalam pelajaran

9.

Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?

I Membunuh diri

II Lari dari rumah

III Berasa bangga

IV Menggugurkan anak

V Menagih dadah

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

II, IV, V

d)

I, II, IV, V

10.

Cara Menangani Hubungan Seks Sebelum Nikah

a)

Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik semasa menolak ajakan melakukan seks

b)

Mewujudkan rasa hormat- menghormati antara satu sama lain

c)

Mempraktikkan abstinen dengan tidak bersungguh-sungguh

d)

Berani berkata 'TIDAK' dengan tegas dan yakin

e)

Mengelakkan situasi yang boleh menjurus kepada perlakuan seks sebelum nikah

11.

Perbuatan terlanjur melakukan seks sebelum nikah boleh membawa padah kepada pelaku. Seorang rakan anda telah menyatakan bahawa dia telah mengandung anak hasil hubungan luar nikah.


Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk membantu rakan anda?

4 lines
12.

Bagaimanakah kaedah terbaik untuk anda menyampaikan maklumat berkaitan abstinen kepada adik atau saudara perempuan anda yang hampir mencapai umur remaja?

4 lines
13.

Apakah penyakit talasemia?

4 lines
14.

Talasemia Intermedia - kedua-dua ibu bapa yan mempunyai gen talasemia sepenuhnya kemungkinan melahirkan bayi berpenyakit talasemia.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Apakah nama protien apabila berkurangan dalam hemoglobin boleh menyebabkan penyakit talasemia.

a)

Alpha-globin & Beta-globin

b)

Alpha-globin & Theta-globin

c)

Beta-globin & Delta-globin

d)

Theta-globin & Delta-globin

16.

Makanan yang tinggi zat besi ialah;

a)

Organ dalam haiwan seperti hati

b)

Kuning telur

c)

Kekacang

d)

Daging

17.

Berdasarkan penyataan berikut, pilih perkara yang benar mengenai penyakit talasemia.

a)

Terbahagi kepada dua jenis iaitu Beta-Talasemia dan Alpha-Talasemia

b)

Rawatan penyingkiran zat besi dan kekerapan rawatan bergantung kepada tahap pengumpulan zat besi dalam badan.

c)

Hemoglobin yang tinggi dan sel darah merah pada pesakit boleh menyebabkan anemia

d)

Pembawa gen talasemia minor mungkin tidak memerlukan rawatan.

18.

Antara berikut yang manakah bukan tanda-tanda penyakit talasemia?

a)

Pertumbuhan perlahan dan terbantut

b)

Kekejangan otot

c)

Jaundis

d)

Kecacatan tulang muka

19.

Maksud Anemia?

a)

Sel darah merah yang berlebihan dan meyebabkan pengidap berasa cepat lesu.

b)

Kekurangan sel darah putih dan menyebabkan hilang keupayaan melawan penyakit.

c)

Kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dan menyebabkan penghidapnya berasa lemah.

d)

Ketidakstabilan platlet yang menyebabkan luka lambat sembuh.

20.

Apakah maksud Talasemia?

a)

Penyakit kronik disebabkan oleh serangan terhadap jantung secara mendadak dan berterusan.

b)

Penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan hemoglobin (hemoglobin disorder) secara genetik iaitu anak mendapat gen talasemia daripada ibu-bapa.

c)

Penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan bentuk tulang secara genetik melalui ibu bapa

d)

Penyakit yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik akan pemakanan tidak seimbang.