Font size
WorksheetsKUIZ NEGARA BERDAULAT ( CIRI DAN KONSEP )
Total questions: 25
Worksheet time: 18mins
Yang manakah ciri asas sesebuah negara?
A. Diterajui oleh parti politik tertentu
B. Ditadbir secara demokrasi berparlimen
C. Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat
D. Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik
Yang manakah ciri konsep asas sesebuah negara?
I. Raja yang berdaulat
II. Penduduk yang tetap
III. Sistem ekonomi yang kukuh
IV. Sistem kerajaan yang teratur
Yang manakah menjadikan Malaysia negara berdaulat?
I. Penduduk yang berbilang kaum
II. Parti politik yang memimpin negara
III. Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara
IV. Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara
Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?
I. Sistem pentadbiran yang telus
II. Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing
III. Identiti kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara
IV. Kepimpinan negara yang berwawasan dan berkarisma
Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
A. Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi
B. Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa
C. Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum
D. Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum
Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?
I. Mempunyai identitinya tersendiri
II. Mempunyai penduduk yang tetap
III. Mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan
IV. Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar
Yang manakah ciri-ciri bagi sebuah negara berdaulat?
I. Tidak dijajah oleh kuasa luar
II. Diterajui oleh parti politik tertentu
III. Berupaya menjalin hubungan diplomatik
IV. Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik
Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri?
I. Mengawal pergerakan manusia dan barangan
II. Memperluas sumber kekayaan negara
III. Menguruskan pilihan raya umum
IV. Menjamin keselamatan negara
Apakah takrifan yang tepat untuk kerajaan dalam sesebuah negara?
A. Sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab untuk mengawal sistem pemerintahan negara
B. Sebuah badan atau institusi yang menjalankan kuasa perundangan dalam negara
C. Sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara
D. Sebuah badan atau institusi yang menggubal dan melaksanakan undang-undang sesebuah negara
Yang manakah merupakan tanggungjawab sesebuah kerajaan?
I. Menentukan arah pentadbiran negara
II. Meningkatkan pendapatan rakyat dan negara
III. Melaksanakan pemerintahan mengikut undang-undang
IV. Mengusahakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
Berikut merupakan tanggungawab dan peranan kerajaan kecuali
I. Menjaga kedaulatan negara
II. Mengadakan kerjasama serantau
III. Menjaga ketertiban dan keamanan negara
IV. Memenuhi tuntuan setiap rakyat dalam negara
-Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri
-Terdapat pembahagian kuasa pentadbiran dan perundangan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
Pernyataan di atas merujuk kepada kerajaan :
A. Kesatuan
B. Persekutuan
C. Konfederasi
D. Gabungan
Yang manakah benar tentang sistem kerajaan kesatuan?
A. Pentadbiran banyak tertumpu kepada kerajaan negeri
B. Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
C. Kerajaan tempatan mempunyai kuasanya tersendiri
D. Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pentadbiran dan perundangan
Yang manakah bukti yang menunjukkan Malaysia mempunyai ciri berwibawa sebagai sebuah negara berdaulat?
I. Bebas daripada penjajahan kuasa asing
II. Mempunyai hubungan diplomatik
III. Diiktiraf oleh negara luar
IV.Mempunyai ideologi yang tersendiri
Mengapakah Malaysia perlu mengadakan hubungan antarabangsa?
I. Menjamin keamanan dan kedaulatan negara
II. Mengurangkan kebergantungan terhadap negara lain
III. Mengukuhkan kedudukan ekonomi negara
IV. Mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara
Situasi yang manakah yang menjejaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat?
I. Kebanjiran pekerja asing tanpa izin dalam negara
II. Percanggahan pendapat antara pemimpin negara
III. Tindakan rakyat yang mengkritik kerajaan
IV. Pencerobohan sempadan perairan negara
Yang manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri sebuah negara?
I. Kerajaan yang sistematik
II. Rakyat yang menetap di negara tersebut
III. Raja yang berperanan sebagai ketua negara
IV. Kepimpinan negara yang berkaliber dan berpandangan jauh
Antara berikut yang manakah bukan ciri-ciri kerajaan Persekutuan?
I. Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pentadbiran
II. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat berkongsi kuasa pemerintahan
III. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa perundangan yang tersendiri seperti Kerajaan Pusat
IV. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa membetulkan undang-undang Kerajaan Negeri
Yang manakah menunjukkan konsep sebuah negara berdaulat?
I. Sebarang pencerobohan wilayah negara akan dianggap pencabulan kedaulatan negara
II. Negara mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
III. Mempunyai bendera sebagai lambang negara beridentiti
IV. Sistem pentadbiran yang telus dan berintegriti
Tujuan pembentukan negara Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 ialah untuk
I. Mempercepat kemerdekaan wilayah Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
II. Mencapai taraf sebuah negara perindustrian maju
III. Menyekat pengaruh komunis yang semakin menular
IV. Mempertingkatkan lagi bilangan penduduk negara
Negara manakah yang terlibat dalam menghalang usaha penubuhan Malaysia?
I. Indonesia
II. Singapura
III. Brunei
IV. Filipina
Berikut merupakan antara sebab utama pembentukan Malaysia kecuali
I. Mengimbangi penduduk
II. Kemajuan pembangunan infrastruktur
III. Mengelakkan penjajahan
IV. Faktor keselamatan
Apakah tugas utama penubuhan Suruhanjaya Cobbold?
I. Mempengaruhi penduduk Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia
II. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia
III. Membuat syor mengenai Perlembagaan
IV. Membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil
Apakah kandungan utama Memorandum yang diterima oleh Suruhanjaya Cobbold daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak
I. Sabah dan Sarawak berhak mengawal kuasa imigresen sendiri
II. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain boleh digunakan
III. Sabah dan Sarawak bebas mengamalkan sistem pendidikan mengikut kehendak masing-masing
IV. Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa sendiri dalam bidang pertahanan dan keselamatan
Yang manakah sebab utama berlakunya halangan dalam pembentukan Malaysia daripada negara lain
I. Filipina menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu
II. Brunei ingin mempunyai kawalan terhadap hasil minyak sendiri
III. Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia
IV. Singapura tidak berpuas hati dengan pembahagian kuasa pentadbiran dan perundangan
