WorksheetsSEJARAH B7T1 QZ1
Total questions: 40
Worksheet time: 39mins
Apakah kerajaan yang terawal wujud dalam Tamadun India?
Kerajaan Gupta
Kerajaan Nanda
Kerajaan Maurya
Kerajaan Magadha
Istilah JANAPADA membawa maksud
kerajaan kecil
kerajaan besar
kerajaan utama
kerajaan penting
Antara berikut, yang manakah berperanan sebagai sumber kerajaan untuk membiayai peperangan?
Perbendaharaan
Jabatan tentera
Bangsawan
Istana
Kewujudan tentera kavalri berjaya membawa kegemilangan Tamadun India. Apakah maksud tentera kavalri?
Tentera berjalan kaki
Tentera berkuda
Tentera bergajah
Tentera laut
Antara berikut, yang manakah ibu kota Dinasti Nanda?
Anga
Kalinga
Mathura
Pataliputra
Perang Kalinga pada tahun 261 SM berlaku semasa pentadbiran
Dinasti Nanda
Dinasti Gupta
Dinasti Maurya
Dinasti Mathura
Usaha perluasan kuasa pada zaman Chandragupta Maurya bergantung pada kekuatan ketenteraanya dengan memiliki TIGA daripada berikut
9,000 tentera bergajah
30,000 kavalri
600,000 infrantri
150,000 tentera pemanah
Asoka berusaha menguasai wilayah yang masih belum dikuasai oleh Dinasti Maurya iaitu
Mohenjo Daro
Pataliputra
Champa
Kalinga
Peraturan dan undang-undang dalam Tamadun India terdapat pada
Buku Arthasastra
Tiang Asoka
Epik Mahabharata
Kaviraja
Antara berikut, apakah DUA negara yang terlibat dengan misi keagamaan yang telah dihantar oleh Asoka?
Korea
China
Nepal
Tibet
Apakah tujuan perluasan kuasa yang berlaku pada peringkat permulaan dalam Tamadun India?
Perluasan keagamaan
Menunjukkan kekuasaan
Memastikan kesejahteraan dalam Tamadun India
Menguasai dan memperluas pengaruh di sesebuah kawasan
Apakah faktor kejayaan Dinasti Maurya dalam membentuk empayar yang luas meliputi wilayah Bengal hingga Hindu Kush?
Kelemahan pasukan lawan
Kekuatan pasukan ketenteraan
Kewibawaan Chandragupta Maurya
Kekuasaan mutlak Chandragupta Maurya
Mengapakah Asoka telah mengubah bentuk perluasan kuasa fizikal kepada perluasan kuasa keagamaan?
Ramai rakyat telah terkorban
Pasukan ketenteraannya menjadi lemah
Asoka tidak mahir dalam perluasan kuasa
Kerajaannya tidak dapat ditandingi kerajaan lain
Apakah DUA perkara yang terkandung dalam buku Arthasastra yang ditulis oleh Kautilya dari zaman Maurya.
Ketenteraan
Kebudayaan
Sistem perdagangan
Sistem pemerintahan
Apakah yang diukir pada Tiang Asoka?
Epik Ramayana
Falsafah dan madah tokoh
Undang-undang negara
Sejarah Dinasti Maurya
Zaman Gupta membawa kemewahan kepada Tamadun India. Hal ini dibuktikan dengan penemuan
mata wang
lukisan di gua
kemajuan maritim
kekuatan ketenteraan
Raja Zheng mengetuai pentadbiran Dinasti _________ dalam Tamadun China.
Dinasti Qin
Dinasti Han
Dinasti Zhou
Dinasti Shang
Apakah DUA sumbangan Maharaja Shi Huangi kepada Tamadun China?
Menghasilkan Lun Yu
Menyatukan China
Menyeragamkan tulisan
Memperkenalkan peperiksaan perkhidmatan awam
Laluan Sutera yang menjadi laluan perdagangan daratan dari China hingga empayar Rom telah dimulakan semasa pemerintahan Dinasti
Qin
Han
Zhou
Shang
Apakah DUA sebab Lembah Sungai Huang He sesuai dijadikan sebagai pusat kerajaan?
Kawasan yang subur
Kedudukan yang strategik
Muka bumi bergunung-ganang
Berdekatan gurun padang pasir
Dalam Tamadun China, bagaimanakah status golongan petani boleh berubah kepada kelas yang tinggi?
Membayar cukai
Mengumpul harta
Memberikan taat setia
Meningkatkan tahap pendidikan
Konfusius merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka di China. Apakah DUA karya beliau yang terkenal?
Lun Yu
Do Xue
Zhong Yong
Analects
Sekolah tinggi di Chang'an ditubuhkan semasa pemerintahan Dinasti
Qin
Han
Tang
Ming
Mengikut Han Fei Zi, tingkah laku manusia boleh dikawal melalui
ajaran agama
sistem pendidikan
ketegasan undang-undang
didikan institusi kekeluargaan
Apakah DUA matlamat sistem pendidikan Tamadun China?
Menerima penghormatan
Meningkatkan taraf sosial
Menambah pendapatan keluarga
Melanjutkan pelajaran ke luar negara
Apakah DUA ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam?
Semua masyarakat dibenarkan menduduki peperiksaan
Tidak dikawal dengan ketat
Peperiksaan yang sangat kompetitif
Mengekalkan tradisi dan budaya China
Apakah tujuan sistem peperiksaan perkhidmatan awam dilakukan dalam Tamadun China?
Menjadi ahli falsafah
Dilantik sebagai pemerintah
Kemasukan ke sekolah tinggi
Memilih kakitangan kerajaan
Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai "Lima Kitab" (The Five Classics) dalam sistem peperiksaan awam Tamadun China?
The Mencius
The Great Learning
The Doctrine of Mean
The Spring and Autumn Annals
Sebelum peperiksaan berlangsung, calon-calon peperiksaan akan dikurung. Mengapakah tindakan tersebut perlu diambil?
Mencegah penipuan
Memberikan keselesaan
Menjamin kualiti peperiksaan
Mengelakkan ketidakhadiran calon
Peperiksaan perkhidmatan awam dalam Tamadun China berkisarkan
salasilah kerabat diraja
sejarah negara China
Sembilan Buku Suci
sistem perundangan
# Mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam kerajaan
# Memperoleh pelbagai keistimewaan untuk diri, keluarga dan kampungnya
Apakah peperiksaan tersebut?
Xiucai
Juren
Jinshi
Shiji
Apakah keistimewaan yang diterima oleh calon yang lulus peperiksaan tahap kedua (Juren) ?
Menjadi pengiring maharaja
Pangkat tinggi dalam kerajaan
Mempunyai kakitangan pengiring
Kakitangan kerajaan peringkat rendah
# Diadakan dua kali setiap tiga tahun
# Bilangan calon 500 - 2000 orang
Peperiksaan tahap pertama
Peperiksaan tahap kedua
Peperiksaan tahap ketiga
Peperiksaan tahap keempat
Berapakah kadar kelulusan yang ditetapkan oleh sistem peperiksaan perkhidmatan awam pada tahap kedua?
1 : 25
1 : 35
1 : 100
1 : 120
Di manakah lokasi peperiksaan awam tahap ketiga dijalankan?
Ibu kota negeri
Ibu kota empayar
Ibu kota kerajaan
Ibu kota daerah
Berapakah tempoh masa peperiksaan perkhidmatan awam pada peringkat ketiga (Jinshi) berlangsung ?
3 hari
7 hari
10 hari
13 hari
Pilih DUA keistimewaan tahap pertama.
Butang keemasan
Menyertai Majlis Santapan Diraja
Tanda nama di pintu masuk
Kakitangan pengiring
Pilih TIGA keistimewaan tahap kedua.
Butang keemasan
Menyertai Majlis Santapan Diraja
Tanda nama di pintu masuk
Kakitangan pengiring
Apakah inovasi yang telah dihasilkan oleh Cai Lun?
Penciptaan kertas
Penciptaan ukiran tembikar
Penciptaan reka bentuk bangunan
Penciptaan sistem rekod kewangan
Apakah sumbangan Sima Qian terhadap Tamadun China?
Ahli perubatan
Ahli sejarah
Ahli falsafah
Ahli bahasa
