wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

P.Kesihatan Tahun 6

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Tingkah laku seksual merujuk kepada

a)

perubahan fizikal individu

b)

tiada berlaku perubahan fizikal

c)

sebarang perlakuan individu yang mendorong kepada isu seksual

d)

perubahan ketinggian

2.

Apakah yang berlaku dalam situasi gambar di atas ?

a)

Gambar tersebut menunjukkan iklan

b)

Gambar tersebut menunjukkan berlaku gangguan seksual daripada seorang penumpang lelaki

c)

Ramai penumpang

d)

Penumpang melayari telefom bimbit.

3.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda diganggu dengan sengaja ?

a)

Membiarkan saja

b)

Melaporkan kepada pihak berkuasa

c)

Tidak mengambil peduli

4.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda mengajak anda membaca majalah yang mengandungi unsur lucah ?

a)

Membaca bersama-sama

b)

Membuang majalah tersebut

c)

Mengambil dan menyimpan majalah tersebut

d)

Memaklumkan kepada guru disiplin sekolah

5.

Mengapakah kita tidak boleh bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?

a)

Untuk mengelakkan berlaku gangguan seksual

b)

Supaya dapat belajar bersama-sama

c)

Supaya tidak bergaduh

6.

Pilih tiga kesan melayari video lucah

a)

Berasa seronok

b)

Boleh mencemarkan jiwa dan hati

c)

Menghargai masa

d)

Terlibat seks luar nikah

e)

Ketagihan pornografi

7.

Apakah tanda yang menunjukkan seorang remaja lelaki telah baligh?

a)

Mengalami ihtilam

b)

Kerap kencing malam

c)

Suka melihat wanita cantik

d)

Sudah pandai bergaya

8.

Apakah tanda yang menunjukkan seorang remaja perempuan sudah akil baligh?

a)

Mengalami pening kepala yang teruk

b)

Mudah jatuh cinta

c)

Keluar darah haid

d)

Suka menghias diri

9.

Berikut adalah ciri-ciri remaja lelaki yang sudah baligh kecuali....

a)

Pinggang melebar

b)

Dada bidang

c)

Bersuara garau

d)

Berbulu ketiak

10.

Apakah aktiviti yang tidak boleh dilakukan ketika mengalami haid?

a)

Berjoging

b)

Mandi di kolam awam

c)

Menonton wayang

d)

Membaca buku

11.

Apakah yang harus Khalid lakukan setelah mengalami ihtilam?

a)

Tukar cadar dan pakaian yang dipakai sewaktu ihtilam berlaku.

b)

Kemas katil seperti biasa, mandi dan bersarapan.

c)

Panggil ibu untuk mengemaskan katil

d)

Sambung tidur seperti biasa

12.

Berikut adalah gejala ketika mengalami haid kecuali....

a)

Selera makan bertambah

b)

Sakit perut

c)

Pening

d)

Cepat marah

13.

Apakah anggota tubuh badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain?


i. kemaluan

ii. dada

iii. kaki

iv. punggung

v. tangan

a)

i dan v

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

semua sekali

14.

Apakah makanan yang perlu dielakkan pengambilannya secara berlebihan?

a)

Makanan yang seimbang

b)

Makanan yang berkhasiat

c)

Makanan yang berlemak

d)

Makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan,

15.

Berdasarkan piramid makanan, kumpulan makanan yang boleh diambil 2-3 sajian sehari ialah

a)

Nasi, roti, kentang dan bijiran

b)

Aiskrim, burger, ayam goreng dan sirap

c)

Daging, telur, ikan

d)

Buah-buahan, mee dan maggi

16.

Berdasarkan piramid makanan, makanan yang boleh diambil sekali sehari ialah

a)

daging, ayam dan ikan

b)

nasi, roti dan mee

c)

bihun, kek dan pasta

d)

bubur kacang, gula-gula dan aiskrim

17.

Stres ialah....

a)

Sesuatu perkara yang menjadi bebanan perasaan seseorang

b)

Sesuatu perkara yang meriangkan

c)

Sesuatu perasaan yang melahirkan rasa ketenangan

18.

Antara tanda seseorang mengalami stres ialah...


i. gementar

ii. riang

iii. letih

iv. sakit kepala

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i, iii dan iv

d)

iv sahaja

19.

Berikut adalah kesan stres kecuali...

a)

Kecewa

b)

Bangga dengan diri sendiri

c)

Hilang semangat

d)

cepat letih

20.

Stres boleh diatasi dengan cara berikut


i. berfikiran positif

ii pendamkan masalah anda

iii. berbincang dengan kaunselor

iv lari dari rumah

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

ii dan iv

21.

Kita hendaklah menggosok gigi sekurang-kurangnya..........................kali sehari

a)

4

b)

3

c)

5

d)

2

22.

Yang berikut adalah penjagaan gigi yang betul kecuali...

a)

Berkumur setiap kali selepas makan

b)

Gunakan flos setiap kali selepas menggosok gigi

c)

Berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali

d)

Gunakan ubat gigi tanpa florida untuk menggosok gigi

23.

Ubat gigi yang mengandungi.................... membantu melindungi gigi dari cepat rosak

a)

Flourida

b)

Karbon dioksida

c)

Oksigen

d)

Kaviti

24.

Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan setiap hari oleh manusia. Apakah faedah utama yang diperolehi daripada aktiviti ini?

a)

Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat.

b)

Menjadikan badan kita lebih kurus dan menarik.

c)

Dapat mengempiskan perut yang berat.

d)

Memudahkan sistem perkumuhan kita berfungsi dengan betul.

25.

Apakah kumpulan makanan yang terletak di bahagian yang paling atas dalam piramid makanan?

a)

Karbohidrat

b)

Lemak

c)

Vitamin dan garam mineral

d)

Protein

26.

Apakah keburukan makanan ini?

a)

Mengandungi MSG

b)

Mengandungi bahan pengawet

c)

Mengandungi lemak yang tinggi

d)

Mengandungi kalori yang tinggi

27.

Roti Gandum Berserat vs Roti Putih. Yang mana lebih sihat?

a)

A

b)

B

28.

Piramid makanan merupakan..

a)

Panduan mudah bagi penyediaan makanan yang enak dan lazat

b)

Panduan mudah menyediakan makanan yang seimbang dan pemakanan sihat

c)

Panduan bagi individu yang mengawal berat badan

29.

Berikut adalah merupakan kepentingan pemakanan seimbang KECUALI...

a)

Tidak mudah jatuh sakit

b)

Otak sihat dan cerdas

c)

Mental stabil dan berdaya tahan

d)

Menyebabkan obesiti

e)

Tumbesaran fizikal yang sempurna

30.

GUNA SEBELUM / USE BY: 18.04.20

Kandungan label seperti maklumat di atas adalah merujuk kepada ___________________

a)

Makanan berpengawet

b)

Senarai ramuan

c)

Komposisi khasiat makanan

d)

Tarikh luput penggunaan

31.

Makanan yang seimbang perlu...

a)

mengandungi semua zat makanan dalam kadar yang betul.

b)

tidak mengandungi apa-apa zat makanan.

c)

cuma mengandungi beberapa jenis zat makanan.

d)

mengandungi semua zat makanan mengikut kadar yang salah.

32.

Apa itu makanan segar?

a)

Makanan yang belum dimasak atau diproses.

b)

Makanan yang mudah rosak.

c)

Makanan yang telah dirawat dengan bahan kimia.

d)

Makanan yang disiap dan dihidangkan dengan pantas.

33.

Apa itu makanan diproses?

a)

Makanan yang belum dimasak atau diproses.

b)

Makanan yang mudah rosak.

c)

Makanan yang telah dirawat dengan bahan kimia.

d)

Makanan yang disiap dan dihidangkan dengan pantas.

34.

Apa itu makanan segera?

a)

Makanan yang belum dimasak atau diproses.

b)

Makanan yang mudah rosak.

c)

Makanan yang telah dirawat dengan bahan kimia.

d)

Makanan yang disiap dan dihidangkan dengan pantas.

35.

Beirkut adalah contoh makanan segar, KECUALI

a)

sayur-sayuran

b)

ikan

c)

burger

d)

daging

36.

Beirkut adalah contoh makanan diproses, KECUALI

a)

roti

b)

pisang

c)

susu tepung

d)

bebola ikan

37.

Beirkut adalah contoh makanan segera, KECUALI

a)

nuget

b)

ayam goreng

c)

piza

d)

kentang goreng

38.

Apakah kebaikan makanan segar?

a)

Tidak boleh disimpan lama

b)

Sayuran segar boleh dimakan mentah

c)

Kandungan nutrien masih tinggi

d)

Sayur layu dan kecut kerana kehilangan air.

39.

Apakah keburukan makanan yang diproses?

a)

Senang disimpan di dalam almari atau peti sejuk.

b)

Mudah disediakan kerana tidak perlu banyak kemahiran.

c)

Menjimatkan masa dan tenaga.

d)

Mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi.

40.

Pilih 2 keburukan pengambilan makanan segera

a)

Menyebabkan penyakit kronik.

b)

Tumbesaran kanak-kanak lancar

c)

Tinggi nutrisi

d)

Masalah obesiti.