wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Percubaan Tasawwur Islam

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperolehi keuntungan peribadi dengan cara yang salah seperti mengurangkan sukatan atau timbangan tanpa disedari oleh pembeli. Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian:

a)

Monopoli

b)

Riba

c)

Manipulasi

d)

Rasuah

2.

Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan , perdagangan , perkhidmatan dan sebagainya oleh seseorang. Pernyataan di atas merujuk kepada :

a)

Monopoli

b)

Manipulasi

c)

Riba

d)

Rasuah

3.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai fatwa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

a)

Hukum bunuh Pengedar dadah

b)

Hukum haram Pengklonan Manusia

c)

Hukum haram mendermakan organ Manusia

d)

Hukum harus pembedahan plastik untuk individu

4.

Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh Para Mujtahid yang diambil daripada dalil- dalil syarak. Pernyataan di atas merujuk kepada :

a)

Fatwa

b)

Ijtihad

c)

Fikah

d)

Qadha

5.

Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam suatu perbicaraab berdasarkan hujah dan bukti yang nyata. pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Fatwa

b)

Fikah

c)

Qadha

d)

Ijtihad

6.

Persenyawaan antara sperma dengan ovum dalam rahim wanita yang mengambil masa selama 40 hari. Pernyataan di atas menyamai istilah dalam proses kejadian insan menurut Al - Quran iaitu :

a)

Nutfah

b)

Alaqah

c)

Mudghah

d)

Janin

7.

Perbezaan utama antara kejadian manusia dengan kejadian manusia dengan malaikat dan jin ialah

a)

rohani

b)

tanah

c)

nafsu

d)

jasmani

8.

Alam ialah makhluk ciptaan

a)

Allah swt

b)

Malaikat

c)

Manusia

d)

Jin

9.

Berikut adalah jenis alam ghaib, kecuali

a)

Alam Roh

b)

Alam Rahim

c)

Alam Dunia

d)

Alam Barzakh

10.

Alam ghaib ialah alam yang

a)

Boleh dilihat oleh mata kasar

b)

Ditanggapi oleh pancaindera

c)

Tidak boleh diyakini dengan iman

d)

Tidak boleh ditanggapi oleh pancaindera

11.

Wahyu al- Quran merupakan rahmat kepada

a)

Mulhid

b)

Munafik

c)

Musyrik

d)

Mukmin

12.

Wahyu ialah

a)

keupayaan Berfikir

b)

Ilmu Allah SWT yang hakiki dan kekal

c)

Agama yang mengatur cara hidup manusia

d)

Kalam Allah SWT kepada nabi dan rasul

13.

Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan . Pernyataan du atas merujuk kepada

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Makruh

14.

Hukum sunat bermaksud

a)

Perkara yang digalakkan untuk dilakukan

b)

Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan

c)

Perintah Allah SWT yanh wajib dilakukan

d)

Larangan Allah SWT yang mesti ditinggalkan

15.

Menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain supaya mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat.

Penyataan di atas merujuk kepada pengertian

a)

Takbur

b)

Riak

c)

Ujub

d)

Sum'ah

16.

Mengungkit- ungkit pertolongan yang telah diberikan kepada seseorang dengan tujuan menyakitkan hatinya.

Pernyataan diatas merujuk kepada pengertian

a)

Riak

b)

Ujub

c)

Aza

d)

Hasad Dengki

17.

Menunjuk- nunjuk amalan baik yang telah dilakukan kepada orang lain dengan tujuan mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat

a)

Ujub

b)

Riak

c)

Sum'ah

d)

Aza

18.

Keadalahan qazaf boleh dijatuhkan hukuman hudud

a)

Disebat 40 kali

b)

Disebat 80 kali

c)

Disebat 100 kali

d)

Dipotong tangan dipergelangan tangan

19.

Hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui Al- Quran dan Al- Hadis kerana keshalahan yang melibatkan kecederaan tubuh badan dan nyawa manusia.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Hukum Hudud

b)

Hukum Qisas

c)

Hukum Takzir

d)

Hukum Diat

20.

Harta benda yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukum qisas yang tidak dapat dilaksanakan .

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Hukum Hudud

b)

Hukum Qisas

c)

Hukum Takzir

d)

Hukum Diat

21.

Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan syarak serta wajin dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah swt. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Hukum Qisas

b)

Hukum Takzir

c)

Hukum Hudud

d)

Hukum Diat