Font size
WorksheetsPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah situasi yang dihadapi oleh Farid dalam gambar ini?
haid
kencing malam
ihtilam
cirit-birit
Ayah dan ibu Farid telah mengasingkan tempat tidur dia dan adik perempuannya yang bernama Farah apabila Farah berumur 12 tahun. Pada pendapat kamu apakah sebab utama ibu bapa mereka berbuat demikian?
Farid mahu biliknya sendiri
Mengelakkan mereka bergaduh
Farah mahu mengulangkaji pelajaran
Kedua-dua mereka telah akil baligh
Apabila Aziah mengalami haid yang banyak, dia perlu kerap menukar _______________ .
tudung
seluar dalam
tuala wanita
baju
Kedatangan haid remaja perempuan yang normal biasanya berlaku setiap ...........................
tahun
minggu
bulan
hari
........................... ialah bulu yang tumbuh di bahagian hadapan tulang ari-ari.
Janggut
Misai
Bulu pubik/pubis
Bulu ketiak
Pilih tindakan yang boleh diambil oleh murid perempuan jika berlaku kejadian seperti ditunjukkan dalam rajah tersebut.
melaporkan kepada polis
berdiam diri
melaporkan kepada guru
memberitahu kepada ibu bapa
Haid ialah
air mani yang terkeluar secara tidak sengaja
darah yang keluar dari faraj selama beberapa hari
sakit akibat pengecutan dinding rahim
air kencing yang keluar secara tidak sengaja ketika tidur
Haid kali pertama dikenali sebagai .........................
mimpi basah
menopaus
menarke
senggugut
Berikut perubahan fizikal kanak-kanak lelaki kecuali
suara menjadi lunak
tumbuh bulu ketiak
dada melebar
suara menjadi garau
Berikut pengurusan diri yang betul perlu dilakukan oleh remaja lelaki yang mengalami ihtilam kecuali
mandi dengan bersih
menukar cadar tilam
bangun lewat pagi
mencuci cadar tilam
Perubahan fizikal bagi lelaki yang sudah akil baligh adalah
Tumbuh misai dan bulu dada
Dada membidang
Zakar membesar
Rambut menjadi panjang
Perubahan fizikal bagi perempuan yang sudah akil baligh adalah
Jerawat mungkin tumbuh di muka
Bersuara lunak
Payu dara membesar
Kuku menadi panjang
Antara simptom haid termasuk
Perut kembung
Senggugut
Muka berjerawat
Mual dan loya
Saiz kaki menjadi besar secara drastik
Antara berikut manakah perubahan fizikal yang tidak dialami remaja lelaki?
Ketinggian meningkat
Berat badan bertambah
Payudara membesar
Bentuk badan berubah
Apakah yang anda lakukan sekiranya adik atau abang anda terlibat dengan gejala sosial seperti BULI?
Turut serta dalam aktiviti tersebut bersama sama.
Memberi nasihat yang baik apabila di rumah.
Memarahi mereka di khalayak ramai.
Mendiamkan diri sahaja.
Apakah tanda-tanda konflik dan stress terhadap individu?
Kehidupan lebih teratur
Sentiasa bersenam menjaga kesihatan diri
Sakit kepala
Sentiasa bergembira dan tersenyum
Berikut adalah peraturan - peraturan semasa berada di taman permainan kecuali..
Alat-alat permainan kanak-kanak adalah untuk yang berumur bawah 12 tahun.
Ibu bapa wajib bermain bersama anak-anak mereka.
Ibu bapa perlu mengawasi anak - anak mereka.
Sebarang kemalangan adalah di bawah tanggung jawab sendiri.
Buah buahan merupakan makanan yang kaya dengan ............. .
Lemak
Protien
Karbohaidrat
Vitamin
Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, apakah kumpulan makanan yang perlu dikurangkan pengambilan?
Nasi, mi, roti dan bijirin.
Lemak, minyak, gula dan garam.
Susu dan produk tenusu.
Sayur sayuran dan buah buahan.
