NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 4
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan
A tokoh nasionalis
B pengalaman sejarah
C latar belakang masyarakat
D negara yang menjajah
Maklumat berikut merujuk tafsiran seorang sejarawan tentang maksud nasionalisme.
Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.Tokoh tersebut ialah
A Hans Kohn
B Prof. William R. Roff
C Dr. Burhanuddin al-Helmi
D Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Berikut ada hasil karya John Locke selepas penggubalan Bill of Right.
“Two Treatises of Government”
Apakah yang dipopularkan dalam karya tersebut?
A Sistem Republik
B Raja berkuasa mutlak
Demokrasi berparlimen
D Prinsip raja berperlembagaan
Kemuncak revolusi Amerika pada tahun 1776 ialah menentang
A Golongan raja
B Raja Louis XVI
C penjajahan British
D Golongan bangsawan
Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Apakah saranan gerakan tersebut?
A Memelihara warisan tradisi
B Mentaati pemimpin
C Berpegang kepada ajaran Islam
D Bekerjasama dengan penjajah
India telah mengisytiharkan kemerdekaan negaranya pada 15 Ogos 1947. Siapakah Perdana Menteri pertama India
A Mahatma Gandhi
B Gangadhar Tilak
C Jawaharlal Nehru
D Muhammad Ali Jinnah
Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun. Beliau menekankan pemodenan mengikut
A model Barat
B budaya Timur
C semangat bushido
D model Amerika Syarikat
Apakah tindakan Andres Bonifacio setelah Gerakan Propaganda gagal mencapai matlamatnya?
I. Membentuk Liga Filipina
II. Bekerjasama dengan Amerika
III. Melancarkan revolusi bersenjata
IV. Menyebar fahaman melalui akhbar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Karya berikut dihasilkan oleh Raden Adjeng Kartini.
Hilang Gelap Terbitlah Terang.
Karya tersebut mendedahkan tentang?
A Kemunduran rakyat
B Kemerosotan ekonomi
C Ketidakadilan undang-undang
D Kelemahan sistem pemerintahan
Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai?
A Persaingan kuasa Barat
B Pemantapan kuasa raja
C Pengekalan kemerdekaan
D Penguasaan ekonomi oleh pembesar
Kesedaran nasionalisme diperjuangkan oleh tokoh agama sejak awal abad ke-20 dibawa oleh gerakan Islah. Antara tokoh tersebut ialah
I. Abdul Rahim Kajai
II. Zainal Abidin Ahmad
III. Haji Abbas Mohd Taha
IV. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Karya berikut adalah hasil kesusasteraan yang mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat.
Novel Melor Kuala Lumpur
Karya tersebut dihasilkan oleh?
A Abdul Rahim Kajai
B Harun Aminurrashid
C Ishak Haji Muhammad
D Muhammad Rakawi Yusof
Idea Kaum Muda disalurkan melalui akhbar dan majalah yang membangkitkan kesedaran nasionalisme. Antaranya akhbar dan majalah tersebut ialah
I. Tunas Melayu
II. Neracha
III. Guru
IV. Purnama
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Akhbar China di Pulau Pinang yang mula memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat kelas bawahan ialah
A Chong Shin Yit Pao
B Modern Daily News
C Nan Yang Siang Pao
D Nan Yang Tsung Hui Pao
Cerpen bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air dapat dilihat melalui karya Ishak Haji Muhammad. Karya tersebut ialah
A Cerita Awang Putat
B Angan-angan dengan Gurindam
C Rumah Besar Tiang Sebatang
D Di Sini Kita Bukannva Orang Dagang
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada tahun 1926, bertujuan rnenggalakkan ahlinya
A bergerak aktif dalam pentadbiran
B Menentang pentadbiran British
C Bekerjasama dengan British
D Menuntut kemerdekaan
Mengapakah British mengaanggap Kesatuan Melayu Muda sebagai radikal?
A Menyekat pengaruh komunis
B Menentang pendudukanJepun
C Menghalang kemasukan imigran
D Menyuarakan tentangan terhadap British
Akhbar berbahasa Inngeris mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara ialah
I. The Malaya Tribune
II. The Modern Daily
III. The Strait Time
IV. The Malay Mail
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah majalah yang digunakan oleh lbu Zain untuk mengingatkan wanita Melayu berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita?
A Bulan Melayu
B Ia kah Salmah
C Guru
D Ibu
Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat dan
I. perkembangan intelektual
II. perkembangan imperialisme
III. perkembangan nasionalisme
IV. Perkembangan sistem pengangkutan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Penentangan di tanah air yang dikaitkan dengan kebangkitan Islam pada peringkat antarabangsa ialah
A kebangkitan Tok Janggut
B kebangkitan Dol Said Naning
C kebangkitan Sharif Masahor Janggut
D kebangkitan Hj Abdul Rahman Limbong
Kegagalan penentangan bersenjata menentang pihak British menyebabkan masyarakat meniupkan kesedaran kebangsaan melalui
A kesatuan
B sekolah
C Raja-raja
D bahan bertulis
Antara yang berikut manakah kesan daripada peristiwa pembunuhan Putra Mahkota Austria-Hungary?
A Perang Dingin
B Perang Saudara
C Perang Dunia Pertama
D Pembentukan Pakatan Bertiga
Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut?
A Sistem monarki dipulihkan
B Amalan realpolitik diharamkan
C Rakyat disatukan berdasarkan agama
D Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
Berikut adalah antara syarat Perjanjian Versailles
• Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.
• Mengehadkan saiz angkatan tentera
Mengapakah Jerman dihukum demikian rupa?
A Mengaut hasil negara lain
B Dituduh memulakan peperangan
C Melakukan penghapusan etnik
D Menyebarkan fahaman komunis
Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah?
Tahun : 1914-1918
Peperangan :Perang Dunia Pertama
A Keperluan bahan mentah meningkat
B Kerjasama etnik diperkukuh
C Pakatan tentera dibentuk
D Pemerintahan beraja tamat
Tokoh berikut dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.Apakah bukti tuduhan tersebut?
A Memperbesarkan angkatan tentera
B Menakluki wilayah Itali
C Menyertai Kuasa Bersekutu
D Mengamalkan pemerintahan diktato
Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa pada tahun 1919?
A Memupuk keamanan dunia
B Mengeratkan hubungan perdagangan
C Menggalakkan kerjasama pendidikan
D Meningkatkan kerjasama kebudayaan
Apakah peristiwa yang menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman
A Menguji kekuatan senjata
B Mempertahan keselamatan
C Merampas kembali wilayah
D Menyekat pengaruh komunis
Pembaharuan Meiji membawa pemodenan sehingga Jepun muncul sebagai negara industri yang setaraf dengan kuasa Barat. Peluasan kuasa Jepun berkait dengan
I. memenuhi desakan penduduk
II. Slogan Asia Untuk Asia
III. keperluan perindustrian
IV. pengaruh golongan tentera
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Dasar peluasan kuasa Jepun telah mendapat reaksi daripada pihak Bersekutu. Amerika Syarikat, British dan Belanda. Apakah tindakan yang diambil ke atas Jepun?
A Mengugurkan bom
B Menyerang Jepun
C Mengenakan sekatan ekonomi
D Memutuskan hubungan diplomatik
Pada tahun 1940. Jepun telah menandatangani perjanjian Pakatan Tiga Negara. Dua negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut ialah
I. Jerman
II. Itali
III. Rusia
IV. Turki
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Peta berikut menunjukkan kawasan yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun di Tanah Melayu dan Singapura.Apakah faktor kejayaan tersebut?
A Strategi berkesan
B Bilangan tentera ramai
C Bantuan golongan imigran
D Sokongan penduduk tempatan
Apakah implikasi peristiwa berikut kepada Tanah Melayu?
Tarikh: 15 Feb 1942
Peristiwa:Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh tentera Jepun
A Institusi raja semakin kukuh
B Jatuh ke tangan tentera Jepun
C Pemerintahan sendiri oleh rakyat
D Bebas daripada penjajahan British
Senarai berikut merupakan kapal perang British.
Repulse Prince of wales.
Apakah misi kapal perang tersebut?
A Menyekat kemaraan Jepun
B Menangani ancaman komunis
C Membenteras kegiatan lanun
D Membantu tentera laut China
Berikut adalah amalan pasukan polis Jepun yang kejam dan ganas untuk menjaga kepentingan pentadbiran Jepun.
Seksa dahulu kemudian siasat
Pasukan polis tersebut dikenali ?
A Kempeitai
B Sarjan
C Major
D Kapten
Apakah tujuan Pentadbiran tentera Jepun menubuhkan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kunrenjo?
A Menyediakan pemimpin tempatan yang berkaliber setelah Jepun berundur
B Memberikan kemahiran ketenteraan kepada penduduk tempatan
C Mengatasi masalah kekurangan pegawai dalam pentadbiran
D Memperkenalkan sistem Pendidikan di Jepun
Maklumat berikut berkaitan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
Apakah yang dapat dikaitkan dengan dasar tersebut
A Menghapuskan pengaruh Barat
B Menanam semangat Nasionalisme
C Mendapatkan sokongan orang Melayu
D Menghapuskan pengaruh Cina
Apakah kehebatan Laftenan Adnan sehingga menjulang nama Rejimen Askar Melayu?
A Mengalahkan tentera Jepun di Singapura
B Menjadi pegawai Melayu pertama bergelar leftenan
C Berjuang bermati-matian menentang Jepun
D Memimpin pasukan askar Melayu di Kota Bahru
Rajah berikut berkaitan dengan sebuah pertubuhan anti Jepun di Tanah Melayu
X
• Mendapat latihan di India dan Sri Lanka
• Dihantar ke Tanah Melayu
X ialah ?
A Force 136
B Askar Melayu Setia
C Pasukan Wataniah Pahang
D Pasukan Bintang Tiga
