Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN BAB 2 : TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN SET 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?

a)

Faktor Dalaman :Ekonomi

Faktor Luaran :Undang – undang

b)

Faktor Dalaman: Ekologi

Faktor Luaran : Pemasaran

c)

Faktor Dalaman :Kewangan

Faktor Luaran :Gaya Pengurusan

d)

Faktor Dalaman:Sumber manusia

Faktor Luaran: Politik

2.

Pernyataan manakah merupakan persekitaran luaran yang boleh menjayakan sesebuah perniagaan?

a)

Struktur organisasi yang mantap dapat menyelaraskan aktiviti antara jabatan

b)

Pembekal bahan mentah memberikan kemudahan kredit jangka pendek

c)

Peluang kenaikan pangkat disediakan sebagai strategi untuk meningkatkan motivasi pekerja

d)

Sumber kewangan syarikat mencukupi untuk membiayai kos pembangunan

3.

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

a)

Sumber manusia

b)

Teknologi maklumat

c)

Persaingan dan jaringan

d)

Sosiobudaya

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan.

Encik Lai mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran. Ini telah membuatkan perniagaan restoran Encik Lai semakin maju.

Apakah trend persekitaran perniagaan yang berlaku?

a)

Trend meningkat, faktor luaran

b)

Trend menurun, faktor luaran

c)

Trend menurun, faktor luaran

d)

Trend meningkat, faktor dalaman

5.

Rajah di atas menunjukkan Trend persekitaran perniagaan bagi sebuah negara


Mengapakah berlaku keadaan demikian pada negara tersebut?

a)

Gaya pengurusan yang cekap

b)

Pasaran Ekonomi yang mengembang

c)

Sistem politik dan perundangan yang stabil

d)

Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan

6.

Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun.

Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan demikian?

a)

Pekerja kurang bermotivasi

b)

Keadaan ekonomi semakin lembab

c)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan

d)

Kos pengeluaran semakin meningkat

7.

Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun.

Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan demikian?

a)

Pekerja kurang bermotivasi

b)

Keadaan ekonomi semakin lembab

c)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan

d)

Kos pengeluaran semakin meningkat

8.

Gambar 2 menunjukkan amalan gaya hidup sihat yang mempengaruhi persekitaran perniagaan .

Apakah faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan tersebut?

a)

Teknologi

b)

Pemasaran

c)

Sosiobudaya

d)

Penyelidikan dan pembangunan

9.

Pilih pernyataan yang benar tentang trend persekitaran perniagaan.

a)

Trend pemiagaan terbahagi kepada trend menaik, trend menurun dan trend mendatar

b)

Trend menurun menggambarkan keadaan yang konsisten dalam perniagaan

c)

Trend pemiagaan dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran

d)

Trend menaik menunjukkan jaringan perniagaan yang positif

10.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan trend persekitaran perniagaan?

I Trend melintang

II Trend meningkat

III Trend mendatar

IV Trend mencapah

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

11.

Kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman ialah

a)

melahirkan idea baharu

b)

dapat memotivasikan pekerja

c)

mempunyai kemahiran baharu

d)

bersemangat dalam menjalankan tugas

12.

Gaya pengurusan yang menunjukkan tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dikenal sebagai

a)

gaya pengurusan laisez-faire

b)

gaya pengurusan sokongan

c)

gaya pengurusan sederhana

d)

gaya pengurusan autokratik

13.

Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana?

a)

majikan bertindak tegas dengan pekerja

b)

majikan terlalu memberi ruang kepada pekerja mereka

c)

majikan menjaga hubungan baik dengan pekerja mereka

d)

majikan menjalinkan hubungan baik dengan pekerja mereka

14.

Yang manakah kesan perubahan dari aspek teknologi?

a)

Kaedah pengagihan barang dan perkhidmatan menjadi lebih cekap.

b)

perbezaan gaya hidup membuka peluang menembusi pasaran yang baharu

c)

pelbagai program berkaitan perniagaan diterapkan dalam sistem pendidikan

d)

sekatan dikenakan ke atas barang import untuk melindungi dan menjaga kepentingan peniaga tempatan.

15.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan analisis SWOT.

a)

kekuatan dan ancaman ialah komponen analisis luaran

b)

kekuatan dan kelemahan ialah komponen analisis luaran

c)

peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis luaran

d)

peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis dalaman

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.


Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya Pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

17.

Apakah gaya pengurusan dalam faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan?

a)

Demokrasi

b)

Autokratik

c)

Laissez-fairness

d)

GST

18.

Keadaan yang manakah menyebabkan trend menurun dalam persekitaran perniagaan?

a)

Politik yang stabil

b)

Pekerja yang inovatif dan kreatif

c)

Sistem pengurusan yang cekap

d)

Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan

19.
Perubahan dalam tenaga kerja berlaku seiring dengan perkembangan ___________. 
a)
Ekonomi
b)
Teknologi
c)
Pendapatan
d)
Trend
20.
Berikut adalah faktor dalaman yang menyebabkan berlaku trend meningkat KECUALI...
a)
Pengurusan Cekap & Sistematik
b)
Modal Kewangan Banyak
c)
Pekerja Bermotivasi Tinggi & Berdisiplin
d)
Penawaran Barang/ Perkhidmatan Lebih Banyak