wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Gaya Hidup Sihat

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sumber vitamin D yang paling mudah didapati ialah

a)

bijirin

b)

buah-buahan

c)

sayur-sayuran

d)

cahaya matahari

2.

Kekurangan vitamin A boleh mengakibatkan penyakit

a)

rikets

b)

anemia

c)

beri-beri

d)

rabun malam

3.

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber utama vitamin C. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan

a)

rabun malam dan kulit bersisik

b)

gusi berdarah dan luka lambat sembuh

c)

penyakit beri-beri dan hilang selera makan

d)

kadar metabolisme karbohidrat, lemak dan protein berkurangan

4.

Mineral yang paling penting dalam pembentukan sel darah merah

a)

ferum

b)

kalsium

c)

fosforus

d)

magnesium

5.

Apakah kesan yang paling ketara apabila individu dilanda stres ?

a)

Penurunan berat badan

b)

Selera makan berkurangan

c)

Tidak dapat tidur dengan sempurna

d)

Tidak dapat mengawal perasaan dan emosinya.

6.

Apakah faktor utama yang perlu diberi perhatian sebelum beralih ke alam dewasa?

a)

Menjaga kesihatan

b)

Persediaan pekerjaan

c)

Mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial

d)

Kemampuan kita untuk berdikari bagi mengurus diri sendiri.

7.

Apakah penyebab utama penyakit diabetes?

a)

Mengambil pil pelangsing

b)

Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat

c)

Kegagalan organ pankreas berfungsi dengan baik

d)

Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi

8.

Apakah tanda-tanda awal kanser payudara?


I Perubahan puting tertarik masuk ke dalam

II Payudara membengkak dan suhu badan meningkat

III Terdapat benjolan pada payudara atau di bawah ketiak.

IV Perubahan yang luar biasa pada bentuk dan saiz payudara

a)

I , II dan III

b)

I , II dan IV

c)

I , III dan IV

d)

II , III dan I

9.

Bagaimanakah seseorang individu boleh menjaga kesihatan diri?

a)

Menyuntik hormon

b)

Makanan yang tidak seimbang

c)

Makan makanan secara berlebihan

d)

Mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan seimbang

10.

Apakah aktiviti fizikal yang diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan?

a)

Menyertai sukan lasak

b)

Membuat pemeriksaan sendiri

c)

Mengamalkan makanan yang seimbang

d)

Membuat ujian-ujian saringan kesihatan

11.

Apakah punca tekanan emosi?


I Masalah psikologi

II Masalah persekitaran

III Pengaruh media massa

IV Mendapat kemenangan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

12.

Apakah kaedah-kaedah untuk menangani tekanan emosi?


I Mendengar muzik

II Meluahkan perasaan

III Mendapat rawatan pakar

IV Menyertai aktiviti rekreasi

a)

I , II dan III

b)

I , II dan IV

c)

I , III dan IV

d)

II , III dan IV

13.

Berapa banyak air yang disarankan untuk diminum dalam sehari?

a)

1 hingga 2 gelas

b)

3 hingga 4 gelas

c)

5 hingga 6 gelas

d)

6 hingga 8 gelas

14.

Air diperlukan oleh tubuh untuk fungsi-fungsi berikut kecuali

a)

mengawal suhu badan

b)

mencairkan darah

c)

mengeluarkan sisa dan toksin dari tubuh

d)

menggantikan air yang hilang melalui peluh

15.

Yang manakah berikut boleh menjejaskan kesihatan manusia dalam jangka masa panjang?

a)

makanan yang seimbang

b)

bersenam setiap hari

c)

tidur 4 jam sehari

d)

minum air yang mencukupi