WorksheetsKuiz PJPK Tingkatan 4 Muhammad Al-Fateh
Total questions: 40
Worksheet time: 14mins
1. Siapakah yang melakukan servis untuk memulakan permainan sepak takraw?
Tekong
Apit Kiri
Apit Kanan
Penghadang
Apakah yang mempengaruhi servis yang dilakukan oleh tekong?
Tandukan yang dibuat oleh pihak lawan
Situasi lambungan bola daripada pemain apit
Strategi servis yang telah dirancang
Kedudukan tekong di dalam gelanggang
Dalam sukan sepak takraw, apakah matlamat bertahan menggunakan kemahiran menerima bola?
Memastikan serangan bola yang dilakukan oleh pihak lawan berjaya dikawal semula
Mengelakkan pergerakan tidak bejaya dibaca oleh pihak lawan
Melakukan servis ke pelbagai sasaran yang sesuai
Memastikan sama ada bola yang terbias atau melepasi adangan dapat dikawal
Antara berikut, manakah merupakan matlamat mengadang dalam strategi bertahan bagi sepak takraw?
i. Mengelirukan pihak lawan
ii. Memastikan bola tidak berjaya direjam ke dalam gelanggang sendiri
iii. Memastikan bola tidak berjaya direjam ke dalam gelanggang pihak lawan
iv. Mematikan bola di gelanggang lawan
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Dalam sukan bola sepak, apakah peranan dua orang pemain tengah dalam formasi 3:5:2?
Mengawal pemain penyerang
Menjadi pemain penyerang sayap
Mengawal pemain penyerang
Menjadi pemain penyerang sokongan
Dalam formasi 5:4:1, pemain pertahanan akan menggunakan kemahiran mengelecek bagi mengeluarkan bola dari kawasan gol.
Betul
Salah
Dalam formasi 2:2:1, asakan berterusan dalam kawasan D membuatkan pihak lawan kucar-kacir dan mendatangkan peluang untuk jaringan dibuat.
Betul
Salah
Dalam sukan bola jaring, apakah kemahiran asas yang digunakan supaya bola dapat diterima dengan cepat dan tepat?
Gerakan pivot
Hantaran aras dada
Mengadang sisi
Menjaring dua belah kaki
Bagaimanakah pemain GA ingin menghantar bola kepada pemain GS dalam kawasan gol?
Membuat dodge ke belakang
Melompat dengan dua belah kaki
Membuat hantaran lob
Membuat pusingan
Antara berikut, kemahiran manakah yang digunakan dalam strategi bertahan tiga lawan tiga?
i. Hantaran sisi
ii. Memintas
iii. Melompat
iv. Menjaring
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faedah yang boleh diperoleh melalui aktiviti perkhemahan?
I Bekerjasama
II Meningkatkan daya persaingan
III Berdisiplin dan mematuhi peraturan
IV Mengelak daripada gejala sosial yang tidak sihat.
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Apakah panduan yang perlu diikuti dalam menentukan kedudukan tapak perkhemahan?
Kawasan yang rata dan kecil
Kawasan yang dekat dengan jalan raya.
Kawasan yang lebih dekat dengan sungai.
Kawasan yang mempunyai kemudahan asas.
Seseorang yang menghadapi masalah insomnia
Tidak boleh tidur
Tidur nyenyak pada waktu siang
Tidak bersemangat pada waktu malam
Sentiasa mengantuk pada waktu malam
Antara yang berikut, manakah merupakan cara mengawal perasaan yang berkesan?
Mementingkan perasaan sendiri
Meluangkan masa untuk melepak
Meluahkan perasaan dengan cara yang sewajarnya
Memastikan tidak menghadapi sebarang penyakit
Berikut merupakan faktor utama yang menyebabkan perubahan emosi remaja, kecuali
Daya pemikiran
Faktor perubahan sosial
Perubahan fizikal
Perubahan mental
Aspek yang manakah perlu diamalkan dalam perkahwinan untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
I. Berkasih sayang
II. Bertanggungjawab
III. Berdaya saing tinggi
IV. Berpendidikan tinggi
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Sebuah keluarga dikatakan bahagia apabila ahli-ahlinya
Berpendidikan tinggi
Saling hormat- menghormati
Tidak meluahkan masalah yang sedang dihadapi
Bekerja keras untuk memperoleh pendapatan lumayan
Antara yang berikut, manakah merupakan akibat seks sebelum kahwin?
I. Membunuh diri
II. Lari dari rumah
III. Berasa bangga
IV. Menggugurkan anak
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV
Seseorang yang mengalami masalah obesiti mudah diserang oleh penyakit yang berikut, kecuali
Hipertensi
Ulser peptik
Koronari jantung
Diabetes mellitus
Berikut ialah faktor yang mengakibatkan penyakit jantung kecuali
Jantina
Merokok
Ketagihan alkohol
Kurang bersenam
Apakah fungsi vitamin A terhadap manusia?
Untuk pembekuan darah
Untuk penglihatan yang normal
Merupakan komponen hemoglobin
Untuk pembentukan tulang dan gigi
Antara makanan yang membekalkan vitamin A?
I. Telur
II. Dadih
III. Bayam merah
IV. Minyak hati ikan
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Zat makanan yang manakah dapat meningkatkan penyerapan zat besi oleh tubuh?
Protein
Kalsium
Vitamin C
Magnesium
Tanda-tanda yang manakah menunjukkan seseorang menghadapi stres negatif ?
I. Hilang sabar
II. Hilang selera makan
III. Lebih bertimbang rasa
IV. Perasaan cepat marah
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Apakah kesan konflik ke atas remaja?
Lebih berkeyakinan diri
Lebih bertimbang rasa
Tidak mudah berputus asa
Mudah bertengkar dengan orang lain
Teknik relaksasi yang berikut dapat mengelakkan stres, kecuali
Penggunaan konsep imageri
Aktiviti meditasi melalui kegiatan yoga
Mengamalkan pernafasan yang panjang
Menenangkan fikiran dengan melepak di luar
Antara agensi swasta yang berikut, manakah membantu untuk menghapuskan masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia?
ADK
Pengasih
Kastam
Pusat Serenti
Jabatan yang manakah terlibat secara langsung dalam melaksanakan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis?
Jabatan Tenaga Malaysia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Pembangunan Wanita
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Penyakit Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan kedua-dua anak lelaki dan perempuan.
Betul
Salah
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah iaitu badan banyak menghasilkan hemoglobin atau hemoglobin tidak normal.
Betul
Salah
Pilih tanda-tanda Talasemia yang betul
Perubahan pembentukan muka ketika membesar
Jaundis
Obesiti
Tumbesaran terbantut
Antara berikut, manakah merupakan bentuk suplemen sintetik?
I Pil
II Buah-buahan
III Serbuk
IV sayur-sayuran
I dan II
I dan III
II dan III
II dan IV
Apakah syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang individu sekiranya dia ingin mengambil suplemen?
I Kandungan suplemen
II Preskripsi doktor
III Kebaikan suplemen tersebut
IV Tahap kesihatan individu
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah tujuan mendemah bahagian anggota yang mengalami kecederaan fraktur tertutup dengan ketul-ketul ais?
Untuk menghentikan pendarahan
Mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan
Menyokong bahagian anggota dengan lebih tegah
Mengurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.
Mangsa yang mengalami keadaaan berikut boleh diberikan Prosedur Resusitasi Kardiopulmonari atau CPR untuk menyelamatkannya, kecuali
Jatuh dari bangunan tinggi
serangan sakit jantung
lemas
strok
Apakah nama penuh bagi ECC?
External Complete Cardiac
External Cardiac Compression
External Chest Compression
External Child Compression
Antara yang berikut, manakah BUKAN tergolong dalam kedudukan pemulihan
Tangan menyokong bahagian kepala
Badan dibiarkan lurus
Kepala didongakkan
Kaki dibengkokkan
Apakah situasi kecemasan memerlukan CPR?
Tercekik
Lemas
Muntah-muntah
Terseliuh
CPR akan lebih efisien jika dilakukan secara
individu
berpasangan
Keldai dadah diupah untuk mendapatkan keuntungan yang berganda dan melibatkan penglibatan dadah jenis syabu sahaja.
Betul
Salah
