WorksheetsPJPK KSSM T1 KECERGASAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan ____________
bahu
kaki
leher
pinggang
Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot.
Mendagu dan tekan tubi
Lompat dekam dan lompat ketingting
Bangkit tubi dan lompat jauh berdiri
Naik turun bangku dan lari pecut 30 meter
Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?
Tekan tubi
Bangkit tubi
Ayun tangan
Jangkauan melunjur
Latihan kekuatan otot boleh memberi beberapa faedah kepada semua individu. Antara yang berikut, manakah bukan faedah latihan kekuatan otot?
Dapat mengawal berat badan
Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang- ulang
Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang baik. Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina kelenturan?
Aktiviti angkat tumit untuk bahagian kaki
Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang
Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan belakang badan
Aktiviti bengkok sisi untuk bahagian abdomen, belakang badan, dan bahagian kaki
Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit tanpa henti. Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut?
Pelajar akan berasa seronok
Pelajar akan bertambah mahir
Pelajar akan mengalami kecederaan otot
Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya
Jadual 1 menunjukkan data yang diterima daripada guru Pendidikan Jasmani selepas menjalani aktiviti jangkauan melunjur terhadap empat orang pelajar dalam bulan Mac dan April. Pelajar yang manakah menunjukkan peningkatan kelenturan yang paling ketara?
A
B
C
D
Kelenturan berubah mengikut…
usia
kaum
bangsa
berat badan
Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali sebagai …
kekuatan otot
daya tahan otot
komposisi badan
daya tahan kardiovaskular
10. Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan?
Ginjal
Hidung
Jantung
Paru-paru
Aktiviti kekuatan otot adalah bersifat …
aerobik
kalistenik
anaerobik
senamrobik
Manakah yang berikut adalah aktiviti bersifat aerobik?
I Berlari sejauh 10 km
II Lari pecut 100 meter
III Menari selama 10 minit
IV Berjalan pantas selama 1 minit
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut manakah merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor?
Kelajuan
Kelenturan
Daya Tahan Otot
Daya Tahan Kardiovaskular
Antara yang berikut manakah merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan?
Kelajuan
Ketangkasan
Daya Tahan Otot
Masa Tindak Balas
Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________ melakukan aktiviti.
sebelum
semasa
selepas
sepanjang
Tekan tubi dan bangkit tubi adalah aktiviti yang dilakukan untuk membina …
kelenturan
ketangkasan
daya tahan otot
daya tahan kardiovaskular
Senamrobik ialah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan …
kuasa
kekuatan otot
daya tahan otot
daya tahan kardiovaskular
Berikut adalah aktiviti yang berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular.
Berenang
Lari pecut
Lompat tinggi
Lempar cakera
Antara berikut, yang manakah aktiviti di bawah ini dapat membina kekuatan otot?
Tekan tubi
Dekam lunjur
Aktiviti senamrobik
Berlari dan berjalan pantas
Manakah antara berikut bukan komponen kecergasan berasaskan kesihatan?
Kelenturan
Kekuatan otot
Daya tahan otot
Daya tahan kardiovaskular
