wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sharpshooter V1

Total questions: 40

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan proses pemilihan pekerja di sebuah organisasi?


"Rahman telah dipilih bekerja kerana dia telah menceburi bidang tersebut selama lima tahun"


Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Rahman?

a)

Kelayakan yang bersesuaian

b)

Berpengalaman

c)

Keberkesanan mencapai sasaran individu

d)

Penyelesaian masalah

2.

Apakah tujuan utama sebuah perniagaan mengurus sumber fizikal?

a)

Memastikan sumber fizikal dalam keadaan selamat

b)

Dapat menjalankan perniagaan dengan lancar

c)

Meningkatkan kecekapan pengurusan

d)

Mengetahui prosedur mengurus sumber fizikal

3.

Gambar menunjukkan sejenis sumber pembiayaan. Bagaimanakah sumber pembiayaan tersebut membantu dalam aktiviti perniagaan?

a)

Menyewa aset untuk tujuan membeli aset tersebut

b)

Kemudahan kredit disediakan oleh bank perdagangan

c)

Pinjaman diberi kepada usahawan untuk memulakan perniagaan

d)

Dijadikan cagaran untuk mendapat pinjaman

4.

Apakah jenis sumber pembiayaan yang membolehkan perniagaan mencagar barang yang berharga untuk mendapatkan pinjaman?

a)

Syer

b)

Overdraf

c)

Ar-Rahnu

d)

Pemfaktoran

5.

Mengapakah analisis titik pulang modal (TPM) sangat penting kepada sesebuah perniagaan?

a)

Menjamin keberuntungan perniagaan

b)

Memastikan produk yang dijual disukai ramai

c)

Memastikan sesebuah perniagaan itu berdaya saing

d)

Membolehkan peniaga merancang pengeluaran untuk memperoleh keuntungan sasaran

6.

Gambar di bawah menunjukkan satu organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU). Pernyataan manakah benar tentang tujuan organisasi tersebut?

a)

Mengeluarkan hasil keluaran yang berkualiti

b)

Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna

c)

Menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

Memasarkan produk kepada pengguna

7.

Antara yang berikut, manakah ciri milikan tunggal?


[PILIH 2 JAWAPAN]

a)

Liabiliti terhad

b)

Perniagaan berterusan

c)

Bebas membuat keputusan

d)

Perlu didaftarkan dengan SSM

8.

Manakah ciri yang benar bagi bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Pemegang syer ialah 2 orang dan maksimum 50 orang

b)

Pemilik syer boleh menjual syer secara bebas

c)

Penyata kewangan perlu dirahsiakan

d)

Penubuhan lebih mudah dan murah

9.

Maklumat berikut berkaitan ciri sejenis bentuk pemilikan perniagaan.


▪ Sekurang-kurangnya 50 orang anggota

▪ Aktiviti tidak berunsurkan politik

▪ Mempunyai perkataan “berhad” di belakang


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Syarikat Sendrian Berhad

10.

Pernyataan manakah benar tentang kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Risiko kerugian dapat diminimumkan

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Pengalaman tidak diperlukan

d)

Mendapat latihan dan tunjuk ajar

11.

Klasifikasi perniagaan yang manakah menunjukkan skala sederhana dalam sektor pengilangan?

a)

Jualan tahunan RM300 000 hingga kurang RM15 juta

b)

Jualan tahunan antara RM3 juta hingga kurang RM20 juta

c)

Bilangan pekerja tetap antara 30 orang hingga kurang 75 orang

d)

Bilangan pekerja tetap antara 75 orang hingga kurang 200 orang

12.

Situasi manakah benar tentang sektor sekunder?

a)

Akmar mengusaha penternakan ayam kampung

b)

Diney bekerja sebagai pemandu pelancong

c)

Emir terlibat dalam pemprosesan kayu balak

d)

Naim bertugas sebagai sukarelawan ke Syria

13.

Pernyataan manakah menerangkan kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

a)

Menikmati ekonomi bidangan

b)

Melibatkan pengkhususan kerja

c)

Memupuk semangat kerja dalam pasukan

d)

Menyelesaikan masalah pelanggan dengan cepat

14.

Gambar di bawah berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Apakah peranan agensi tersebut?

a)

Memantau dan mengawal keadaan ekonomi

b)

Menggubal undang-undang kecil perniagaan

c)

Memberi sumber pinjaman kepada peniaga

d)

Menarik kemasukan pelaburan tempatan

15.

Pernyataan manakah benar tentang jenis pengangguran.

a)

Bermusim = Pekerja bekerja untuk suatu tempoh tertentu dalam setahun

b)

Struktur = Penggunaan peralatan moden untuk menggantikan tenaga buruh

c)

Teknologi = Berlaku kesan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia

d)

Kitaran = Bertambah pekerjaan dalam sektor kedua daripada sektor utama

16.

Antara berikut manakah menunjukkan faktor trend persekitaran meningkat?

a)

Gaya pengurusan yang baik

b)

Citarasa pengguna yang pelbagai

c)

Persaingan sihat dalam perniagaan

d)

Kualiti produk yang ditawarkan

17.

Maklumat di bawah berkaitan dengan konsep perancangan strategik sebuah organisasi penerbitan buku.


"Menerbitkan sekurang-kurangnya 100 buku ilmiah setiap tahun untuk lima tahun dari tahun 2018 hingga tahun 2022"


Apakah konsep perancangan strategik tersebut?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Sasaran

d)

Objektif

18.

Antara berikut manakah faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

Kewangan

b)

Teknologi

c)

Sosiobudaya

d)

Undang-undang

19.

Pernyataan manakah benar tentang proses awalan dalam fungsian pengeluaran?

a)

Memastikan bahan mentah berkeadaan baik dan berkualiti

b)

Melakukan pemeriksaan kualiti secara manual atau automatik

c)

Membuat penyelenggaraan mesin secara konsisten dan berkala

d)

Mengawal staf bekerja secara cekap dan fokus kepada sasaran pengeluaran

20.

Gambar di bawah menunjukkan sejenis produk di bahagian fungsian pengagihan. Saluran manakah yang sesuai untuk produk tersebut?

a)

Pengeluar → Pengguna

b)

Pengeluar → Peruncit → Pengguna

c)

Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna

d)

Pengeluar → Pemborong → Peruncit → Pengguna

21.

Antara barang berikut, manakah yang sesuai menggunakan saluran pengagihan di bawah?


Pengeluar → Peruncit → Pengguna

a)

Buku dan majalah

b)

Keperluan harian

c)

Peralatan elektrik

d)

Pakaian berjenama

22.

Pernyataaan manakah benar tentang peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)?

a)

Mengawal penggunaan sumber berdasarkan bajet

b)

Memastikan keselamatan sistem dalam organisasi

c)

Menghasilkan produk berkualiti dengan kos minimum

d)

Melaksana program induksi untuk pekerja baharu

23.

Situasi di bawah berkaitan seorang pengurus di Syarikat Perabot Azza.


"Cik Azza sedang menghadiri mesyuarat di Kobe, Jepun. Beliau terlupa membawa laporan kewangan yang penting dan menelefon setiausahanya Puan Sarah supaya mengirimkan laporan melalui e-mel "


Proses komunikasi manakah yang tepat dengan situasi tersebut?

a)

Puan Sarah → Enkod → Saluran → Dekod → Cik Azza → Maklum balas

b)

Puan Sarah → Dekod → Saluran → Enkod → Cik Azza → Maklum balas

c)

Cik Azza → Dekod → Saluran → Enkod → Puan Sarah → Maklum balas

d)

Cik Azza → Enkod → Saluran → Dekod → Puan Sarah → Maklum balas

24.

Maklumat di bawah berkaitan satu peranan pengurusan sumber manusia dalam organisasi.


➢ Mengamalkan etika kerja yang berintegriti

➢ Konsep pengurusan: ‘kaizen’, ‘zero defect’


Apakah peranan tersebut?

a)

Latihan peningkatan kemahiran

b)

Pemantapan budaya profesional

c)

Pemberian insentif yang munasabah

d)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

25.

Situasi manakah menggambarkan Standard Prosedur Operasi (SOP) dipatuhi?

a)

Doktor pakar akan memperolehi gaji yang tinggi berdasarkan pengalaman yang dimiliki

b)

Jurutera syarikat pengeluaran kereta memerlukan perisian yang sesuai untuk mencipta enjin

c)

Jurujual produk kosmetik mendapat komisen berdasarkan banyaknya produk dapat dijual

d)

Pekerja pembinaan perlu memakai topi keselamatan sebelum memasuki tapak pembinaan

26.

Antara berikut manakah faktor penentu sistem penggajian?

a)

Ganjaran yang dibayar oleh majikan

b)

Permintaan dan penawaran keluaran

c)

Undang-undang dan peraturan kerajaan

d)

Kemampuan sumber pembiayaan pihak bank

27.

Maklumat berikut berkaitan sejenis sturktur yang terdapat di dalam organisasi.


• Dikenali sebagai sistem berbilang arahan

• Laporan diberikan kepada ketua jabatan dan ketua jabatan fungsian


Apakah jenis struktur organisasi tersebut?

a)

Berdasarkan geografi

b)

Berdasarkan pelanggan

c)

Berdasarkan matriks

d)

Berdasarkan fungsi

28.

Rajah di bawah menunjukkan sejenis struktur organiasi. Apakah struktur organisasi tersebut?

a)

Berdasarkan produk

b)

Berdasarkan wilayah

c)

Berdasarkan pelanggan

d)

Berdasarkan matriks

29.

Maklumat berikut berkaitan sejenis sumber teknologi.


Hasil ciptaan daya intelektual

Contoh: karya, reka bentuk, muzik


Apakah jenis sumber teknologi tersebut?

a)

Kemahiran dan Pengalaman

b)

Hak Cipta Terpelihara

c)

Lesen Perisian

d)

Harta Intelek

30.

Maklumat berikut berkaitan sejenis sumber pembiayaan luaran.


▪ Menyediakan perkhidmatan membeli invois

▪ Mengatasi masalah aliran tunai peniaga


Apakah jenis sumber pembiayaan tersebut?

a)

Simpanan peribadi

b)

Overdraf

c)

Pemfaktoran

d)

Modal permulaan

31.

Maklumat berikut berkaitan sejenis agensi yang terlibat dalam memberi bantuan pembiayaan?


• Menyediakan modal tamabahn

• Jumlah pinjaman dari RM500 hingga RM50 000

• Skim ditawarkan: Skim Pembiayaan Kontrak-I


Apakah agensi tersebut?

a)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b)

Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC)

c)

Tabung Ekomomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

d)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

32.

Antara berikut, akaun manakah diklasifikasikan sebagai belanja?

a)

Komisen diterima

b)

Tunai di bank

c)

Jualan tunai

d)

Gaji pekerja

33.

Antara berikut manakah kos berubah?

a)

Gaji pekerja

b)

Sewa premis

c)

Insurans

d)

Bahan mentah

34.

Antara berikut, item manakah merupakan penerimaan dalam Penyata Aliran Tunai?

a)

Jualan tunai

b)

Belian tunai

c)

Ansuran sewabeli

d)

Faedah pinjaman

35.

Antara yang berikut, susunan proses pendaftaran penubuhan perniagaan Pasaraya Delima Maju manakah yang betul?

a)

II, IV, I dan III

b)

I, II, III dan IV

c)

IV, III, II dan I

d)

III, I, IV dan II

36.

Pernyataan manakah benar tentang kelebihan menjadi usahawan kepada negara dan individu?

a)
b)
c)
d)
37.

Antara yang berikut, manakah maklumat yang berkaitan dengan prosedur pemerbadanan Syarikat Persendirian?


[PILIH 2 JAWAPAN]

a)

Pelaporan prestasi kewangan syarikat

b)

Perlantikan setiausaha syarikat

c)

Permohonan carian nama syarikat

d)

Penamatan syarikat disebabkan muflis

38.

Antara yang berikut, pihak manakah berkepentingan terhadap rancangan perniagaan?


[PILIH 2 JAWAPAN]

a)

Pemiutang

b)

Pihak bank

c)

Pelabur

d)

Pesaing

39.

Antara berikut,item yang manakah dianggap sebagai Aset Bukan Semasa?

a)

Kenderaan

b)

Pemiutang

c)

Inventori akhir

d)

Pinjaman bank

40.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang dokumen perniagaan?


[PILIH 2 JAWAPAN]

a)

Nota kredit menunjukkan pulangan barang yang dikembalikan kerana rosak

b)

Memo menunjukkan urus niaga jualan dilakukan secara tunai

c)

Invois menunjukkan urus niaga belian yang dilakukan secara kredit

d)

Nota debit menunjukkan urus niaga belian telah terkurang caj