Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN 2 (PJK): TINGKATAN 3
Total questions: 55
Worksheet time: 55mins
Antara berikut yang manakah BUKAN ciri bagi ahli keluarga?
Ikatan kekeluargaan.
Tinggal bersama.
Hubungan darah.
Rakan baik.
Keluarga merupakan hubungan yang wujud antara seseorang melalui yang berikut KECUALI....
pertalian darah.
pergi ke sekolah yang sama.
perkahwinan.
pengambilan anak angkat.
Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah keluarga itu gagal?
Memberikan implikasi negatif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.
Mewujudkan keluarga yang bahagia.
Memberikan implikasi yang positif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.
Mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat.
Apakah yang dimaksudkan dengan jurang generasi?
Perbezaan pemikiran.
Perbezaan umur.
Perbezaan pemakaian.
Perbezaan generasi lama dan generasi terkini.
Berikut merupakan aspek dalam jurang generasi KECUALI ...
pengalaman.
pemikiran.
pendalaman.
pengetahuan.
Yang manakah merupakan turutan generasi yang betul?
X, Y, Z, Alpha, Baby Boomers.
Alpha, Baby Boomers, X, Y, Z.
Baby Boomers, X, Y, Z, Alpha.
Baby Boomers, Alpha, X, Y, Z.
Tandakan bagi generasi mengikut tahun kelahiran yang betul.
Baby Boomers: 1965 sehingga 1980.
Alpha: 2011 sehingga kini.
Y: 1981 sehingga 1994
Z: Sebelum 1965
Apakah faktor wujudnya jurang generasi yang mempengaruhi komunikasi?
Latar belakang kehidupan.
Jarak umur.
Pengalaman.
Perkembangan teknologi.
Pada pendapat anda, apakah contoh dalam perkembangan teknologi yang menjadi faktor wujudnya jurang antara generasi lama dan generasi kini?
Menggunakan telefon bimbit untuk berbual.
Menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej.
Menggunakan telefon bimbit dalam proses pembelajaran.
Menggunakan telefon bimbit untuk menangkap gambar.
Tandakan kepentingan merapatkan jurang generasi.
Memutuskan hubungan.
Memudahkan komunikasi.
Mewujudkan keluarga yang pecah-belah.
Mengukuhkan institusi kekelargaan.
Mengekalkan hubungan yang baik
Berapakah jumlah pemain dalam satu pasukan bola baling?
A. 8
B. 9
C. 7
D. 11
Berapakah masa maksima untuk seorang pemain memegang bola sebelum membuat hantaran?
A. 2 saat
B. 3 saat
C. 4 saat
D. 5 saat
Berapakah jumlah pengadil yang mengadili permainan bola baling?
A. seorang
B. 2 orang
C. 3 orang
D. 4 orang
Sila nyatakan jenis hantaran bola di atas?
A. Hantaran paras dada
B. Hantaran atas bahu
C. Hantaran lob
Sila nyatakan jenis hantaran bola di atas?
A. Hantaran paras dada
B. Hantaran lantun sebelah tangan
C. Hantaran lantun dua belah tangan
Pertolongan cemas bermaksud ______.
membantu mangsa
tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan ambulans
membawa mangsa ke hospital
manjaga harta benda mangsa
Tempoh ________ pertama adalah kritikal bagi memastikan mangsa selamat, khususnya mangsa yang menghadapi masalah pernafasan
1 minit
2 minit
3 minit
4 minit
Pernafasan mulut ke mulut Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa?
Pengsan
Lemas
Lemah
Pitam
Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut ______. kecuali
kemalangan
kematian
kecederaan
kenduri-kendara
Maksud prosedur bagi active movement adalah untuk :
Meminta mangsa untuk melakukan pergerakan yang aktif pada kawasan yang tercedera bagi mengurangkan rasa sakit
SALAH
BETUL
Berikut merupakan penyakit tidak berjangkit KECUALI:
Hipertensi
Diabetes
Penyakit kardiovaskular
Respiratori kronik
Batuk
Penyakit tidak berjangkit tidak merebak dan merupakan
penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan kepada
orang lain.
BETUL
SALAH
Penyakit Diabetes berlaku.....................
apabila paras gula tinggi di dalam darah. Pengeluaran hormon insulin oleh pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula dalam darah.
apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau tersumbat.
apabila tekanan darah melebihi bacaan 140/90 mmHg.
apabila terdapat penyempitan dan keradangan pada saluran pernafasan.
Penyakit Kardiovaskular berlaku _____________________
apabila tekanan darah melebihi bacaan 140/90 mmHg
apabila terdapat penyempitan dan keradangan pada saluran pernafasan.
apabila paras gula tinggi di dalam darah. Pengeluaran hormon insulin oleh pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula dalam darah.
apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau tersumbat.
Penyakit respiratori kronik berlaku .....................................
apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau tersumbat.
apabila tekanan darah melebihi bacaan 140/90 mmHg
apabila paras gula tinggi di dalam darah. Pengeluaran hormon insulin oleh pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula dalam darah.
apabila terdapat penyempitan dan keradangan pada saluran pernafasan.
Merokok boleh menyebabkan kamu berisiko menghidap penyakit respiratori
BETUL
SALAH
Lumba jalan kaki ialah kemajuan langkah yang _____________ menyentuh permukaan bumi
sementara
berterusan
kekal
sekejap
Terdapat 2 fasa dalam kemahiran lumba jalan kaki iaitu,
Fasa sokongan sebelah kaki
Fasa sokongan kaki belakang
Fasa sokongan kaki hadapan
Fasa sokongan kedua-dua belah kaki
Pergerakan ke hadapan dalam fasa ini dibantu oleh momentum yang terhasil semasa sokongan kaki belakang. Apakah fasa ini?
Fasa sokongan kaki hadapan
Fasa sokongan kaki belakang
Fasa sokongan sebelah kaki
Fasa sokongan kedua-dua belah kaki
Berikut adalah postur badan yang betul ketika melakukan kemahiran lumba jalan kaki, kecuali
Kepala tegak dan relaks
Bahu perlu tegak
Fleksi siku
Badan tegak
Perhubungan yang sihat melibatkan ___________ yang berkesan.
nilai
komunikasi
batas
pergaulan
Tolak ansur diperlukan ketika mendapatkan persetujuan atau penyelesaian masalah. Berikut merujuk kepada batas perhubungan apa?
Kompromi
Sokongan
Rasa hormat
Kejujuran
Gimnastrada ialah persembahan tarian berkumpulan mengikut muzik.
Betul
Salah
Gerak Edar ialah...
pergerakan pusingan pada sesuatu paksi badan seperti paksi menegak dan mendatar.
kebolehan untuk mengekalkan kesimbangan apabila pusat graviti seseorang atau tapak sokongan diubah.
melibatkan aktiviti yang menghasilkan anjakan badan yang cepat. Anjakan tersebut boleh dilakukan dari kaki atau tangan atau kedua-duanya.
pergerakan dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan pergerakan lokomotor.
Yang manakah BUKAN kemahiran di bawah Gerak Edar?
Guling Hadapan
Merangkak
Langkah silang (grapevine)
Berskip
Pernyataan manakah yang merujuk kepada kemahiran Putaran?
Melibatkan aktiviti yang menghasilkan anjakan badan yang cepat. Anjakan tersebut boleh dilakukan dari kaki atau tangan atau kedua-duanya.
Pergerakan dari satu tempat ke tempat lain dengan mengguakan pergerakan lokomotor.
Pergerakan pusingan pada sesuatu paksi badan seperti paksi menegak dan mendatar.
Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang atau tapak sokongan diubah.
Kemahiran Hambur ialah...
melibatkan aktiviti yang menghasilkan anjakan badan yang cepat. Anjakan tersebut boleh dilakukan dari kaki atau tangan atau kedua-duanya.
pergerakan pusingan pada sesuatu paksi badan seperti paksi menegak dan mendatar.
pergerakan dari datu tempat ke tempat lain dengan menggunakan pergerakan lokomotor.
kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat gravii seseorang atau tapak sokongan diubah.
Apakah yang benar tentang lari berpagar
Lari melepasi pagar dan tidak memasuki lorong pelari lain
Lari memasuki lorong pelari lain
Lari melepasi pagar dan tidak menghabiskan larian
Lari membelah pagar
Yang manakah berikut BENAR tentang fasa melonjak
Pecutan adalah ke atas bukan ke hadapan
Badan ditegakkan sebagai persediaan menyerang pagar
Fasa yang benar tentang gambar di bawah
Fasa melepasi pagar kaki belakang
Fasa melepasi pagar kaki hadapan
Apakah yang anda faham tentang dorsifleksi semasa fasa melepasi pagar?
Telapak kaki ditarik ke belakang
Telapak kaki melunjur ke hadapan
Apakah nama alatan ini?
Peluru
Cakera
Lembing
Piring
Kedudukan kaki ditukar dengan segera selepas melempar dengan lakuan ikut lajak untuk mengekalkan keseimbangan.
Fasa pemulihan
Fasa Lemparan
Fasa Persediaan
Fasa kedudukan kuasa
Antara berikut merupakan acara padang KECUALI
4x100m
Lompat Tinggi
Lompat Jauh
Lontar Peluru
Olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia
BETUL
SALAH
Maksud akronim MSSM ialah
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
Majlis Sukan Sekolah Menengah
Majlis sukan Negeri
Lari pecut merujuk kepada larian terpantas yang memerlukan kelajuan yang tinggi dan menggunakan sistem tenaga anaerobik
BETUL
SALAH
Penggunaan blok permulaan adalah diwajibkan dalam acara lari pecut
BETUL
SALAH
Lari berganti-ganti memerlukan 4 orang peserta
BETUL
SALAH
Hubungan persahabatan yang akrab biasanya memerlukan pertimbangan berkaitan sekatan dan batasan dalam perhubungan.
Ya
Tidak
Sesuatu perhubungan akan berkekalan sekiranya hanya satu pihak sahaja yang berusaha untuk menjalin tali persahabatan tersebut
Benar
Tidak benar
Persahabatan wujud dalam pelbagai tahap keakraban iaitu
i kenalan
ii sahabat biasa
iii sahabat karib
iv sahabat intim.
i dan ii
i dan iv
semua di atas
Individu yang sudah lama dikenali dan sering meluangkan masa dan melakukan aktiviti bersama seperti menonton wayang, saling kunjungmengunjung dan makan bersama.
Kenalan
Sahabt karib
Sahabat baik
Sahabat Intim ialah .............
Kumpulan individu yang wujud dalam kehidupan dan mempunyai minat atau hala tuju yang mungkin sama.
Individu yang sangat rapat dan mesra serta boleh berkongsi perasaan
Kumpulan individu yang anda kenal dan sering berjumpa semasa berada di sekolah
Berikut merupakan contoh-contoh tindakan berkomunikasi dengan sahabat untuk memelihara dan menjaga persahabatan kecuali ......
Bercakap menggunakan kata ganti diri pertama.
Cuba berfikir dan mencari seberapa banyak penyelesaian yang boleh.
Pastikan anda faham niat atau kehendak rakan.
Persendakan kelemahan yang dia ada
