Font size
WorksheetsT3 PK Keselamatan: Eksploitasi
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah yang dimaksudkan dengan eksploitasi?
Satu masalah global yang serius.
Mudah terpengaruh dan melakukan aktiviti tidak bermoral.
Perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.
Masalah jenayah yang selalu terjadi dikalangan warga asing.
Ekploitasi wujud dalam pelbagai bentuk kecuali;
fizikal
mental
emosi
perhubungan keluarga
seksual
Keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak adalah jenis eksploitasi :
Eksploitasi buruh
Eksploitasi seksual
Kahwin Paksa
Pedofilia
Menjadi keldai dadah, mengemis, menyeluk saku, meragut beg dan penjualan barang-barang tiruan adalah termasuk dalam kepelbagaian eksploitasi jenis;
Eksploitasi untuk melakukan jenayah
Mengupah kanak-kanak sebagai askar
Eksploitasi seksual
Eksploitasi buruh
Punca eksploitasi dapat dilihat daripada tiga perspektif kecuali ;
Individu
Komuniti tempatan dan masyarakat
Kemajuan negara
Perhubungan keluarga
Tahap pendidikan seseorang individu juga mengkin mempengaruhi dirinya untuk dieksploitasi kerana mereka yang tidak berpendidikan tinggi mungkin tidak tahu hak mereka dan tidak berani menyuarakan perasaan mereka. Kenyataan ini adalah dari perspektif?
Perhubungan keluarga
Individu
Komuniti tempatan dan masyarakat.
Berdasarkan keratan akhbar di atas, apakah jenis eksploitasi yang dilakukan oleh pesalah di atas?
Eksploitasi buruh
Eksploitasi untuk melakukan buruh
Pedofilia
Eksploitasi seksual
Berdasarkan Akta kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur _________ tahun.
18 tahun
15 tahun
12 tahun
21 tahun
Eksploitasi dapat dielakkan dengan beberapa cara terbaik kecuali;
Kempen kesedaran dan penguatkuasaan pihak tempatan.
Meningkatkan taraf mutu kehidupan dengan menyediakan peluang pekerjaan dan melalui pendidikan.
Membiarkan masyarakat berhadapan dengan masalah jenayah ini.
Mendapatkan pendidikan yang baik supaya individu-individu ini tahu akan hak asasi mereka.
Penderaan kanak-kanak menurut akta kanak-kanak 2001 adalah ;
sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan
Penderaan terhadap kanak-kanak dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat dari segi fizikal dan emosi.
Satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah.
Apakah akta yang menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.
Akta kanak-kanak 2000
Akta kanak-kanak 2001
Akta kanak-kanak 2002
Akta kanak-kanak 2003
Berikut merupakan jenis-jenis ekploitasi, kecuali
kahwin paksa
pedofilia
seksual
mencuri
Pernyataan berikut betul mengenai eksploitasi buruh, kecuali
Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dipaksa bekerja.
Orang dewasa yang mengambil upah bekerja dalam kadar yang rendah.
wujud dalam bentuk kekerasan, penderaan dan keganasan.
kanak-kanak diminta bekerja untuk menjelaskan hutang keluarga.
Berikut merupakan punca eksploitasi dari perspektif individu, kecuali
mengalami sesuatu kekurangan dari aspek keupayaan fizikal, intelek dan emosi.
tahap pendidikan seseorang turut mempengaruhi dari dieksploitasi.
mereka ditindas kerana datang dari golongan yang tidak berupaya.
perempuan tidak diberi hak sama rata seperti lelaki.
Apakah kesan eksploitasi ?
perkembangan mental yang lambat
keupayaan berfikir secara rasional
kesihatan terjamin
menyumbang kepada banyak kesan positif
'Pihak-pihak tertentu menggunakan kanak-kanak untuk mempertahan dan menyebarkan ideologi terpesong mereka'
Pernyataan di atas merujuk kepada eksploitasi jenis
eksploitasi kanak-kanak sebagai askar
eksploitasi untuk melakukan jenayah
eksploitasi buruh
ekploitasi seksual
'Ibu bapa yang memaksa anak mereka berkahwin dengan individu-individu tertentu untuk kepentingan dan keuntungan mereka'
Pernyataan di atas merujuk kepada eksploitasi jenis
eksploitasi kanak-kanak sebagai askar
eksploitasi untuk melakukan jenayah
kahwin paksa
ekploitasi seksual
Tandakan maklumat yang paling tepat (anda boleh menanda lebih daripada satu jawapan)
Berikut merupakan punca eksploitasi yang disebabkan oleh perhubungan keluarga:
Keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai
Keluarga yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah
Keluarga yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan dan penagihan dadah
Keluarga yang memiliki kecergasan fizikal dan kecerdasan intelek
Manakah antara berikut BUKAN jenis EKSPLOITASI?
Penderaan
Kahwin paksa
Seks siber
Keldai dadah
Mengapakah seseorang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi sukar dieksploitasi?
dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu dan bertindak dengan rasional.
mempunyai tahap kewangan yang kukuh.
bergantung kepada keputusan orang lain.
mudah dipengaruhi oleh situasi semasa
Mengapakah anak yatim sering dieksploitasi?
anak yatim banyak menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.
anak yatim sering mengambil kesempatan daripada pihak-pihak tertentu.
merupakan golongan kurang berupaya kerana tiada tempat bergantung dan kurang kasih sayang.
merupakan golongan bernasib baik yang terpilih untuk dieksploitasi oleh pihak-pihak lain.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan eksploitasi komuniti tempatan dan masyarakat?
jalankan pameran buah-buahan tempatan.
jalankan kempen kesenian dan kebudayaan.
jalankan kempen kesedaran dan penguatkuasaan pihak tempatan.
jalankan amalan rumah terbuka.
Salah satu punca berlakunya eksploitasi adalah kerana individu yang dieksploitasi tersebut mengalami sesuatu kekurangan dari aspek fizikal, metal,intelek atau emosi
betul
salah
Pada zaman sekarang,aktiviti eksploitasi berlaku diseluruh dunia dan tidak terbatas kepada umur atau kedudukan sosioekonomi seseorang.
betul
salah
Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 digubal untuk
I melindungi keselamatan mereka
II memberi pendidikan dan kasih sayang
III mencegah penglibatan dalam sosial negatif
IV memastikan mereka mendapat perhatian sewajarnya
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III, dan IV
