wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

jendela menghadap jalan

Total questions: 58

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah penulis Novel Jendela Menghadap Jalan?

a)

Juri Durabi

b)

Ruhaini Matdarin

c)

Zaid Akhtar

d)

Ghazali Ngah Azia

2.

Apakah tema novel Jendela Menghadap Jalan?

a)

Kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.

b)

Keberanian seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.

c)

Keyakinan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.

d)

Kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.

3.

Lili amat taat dan patuh akan arahan ibu dan bapanya. Dia tidak membantah secara lisan apabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya ke kampung kelahiran ibunya bagi menghabiskan masa cuti sekolah.

a)

Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibu bapa.

b)

Persoalan ketaatan Lili kepada perintah ibu bapanya.

c)

Persoalan ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa.

d)

Persoalan menyanyangi ibu bapa dan sanggup berkorban.

4.

Siapakah watak utama dalam novel ini?

a)

Geetha

b)

Danel

c)

Laili

d)

Lili

5.

Berikut merupakan antara perwatakan Lili dalam novel, kecuali...

a)

Menghormati tetamu

b)

Berpandangan jauh

c)

Mengenang budi

d)

Berfikiran terbuka

6.

Apakah pekerjaan datuk Lili?

a)

Pegawai perubatan

b)

Peniaga

c)

Pengamal perubatan tradisional

d)

Nelayan

7.

Datuk seorang yang ...

a)

alim dan kuat beribadat

b)

kasih sayang

c)

tua

d)

cemburu

8.

Berikut merupakan latar tempat dalam novel, kecuali...

a)

Rumah Geetha

b)

Pasar malam

c)

Restoran makanan segera

d)

Rumah buruk

9.

Berlakunya pertikaian antara penduduk kampung berhubung dengan pemasangan kubah baharu pada bumbung surau Kampung Sentosa. Latar tempat berikut ialah, ...

a)

Balai raya Kampung Sentosa

b)

Rumah datuk Lili

c)

Pekan Sentosa

d)

Surau Kampung Sentosa

10.

Contohnya, pengarang menceritakan peristiwa Lili yang menaiki bas di Kuala Lumpur berlaku dalam musim ...

a)

tengkujuh

b)

luruh

c)

kemarau

d)

bunga

11.

Lili berkenalan dengan seorang gadis India bernama Geetha ketika menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Dungun. Nyatakan bahagian binaan plot tersebut.

a)

Permulaan

b)

Perkembangan

c)

Perumitan

d)

Klimaks

e)

Peleraian

12.

Che Jah menceritakan kejadian malangnya secara panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia. Dia bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan. Nyatakan binaan plot bagi petikan di atas.

a)

Permulaan

b)

Perkembangan

c)

Perumitan

d)

Klimaks

e)

Peleraian

13.

Peristiwa Rafiq yang secara tiba-tiba menculik Lili dan menjadikannya sebagai orang tahanan. Pembaca tertanya-tanya akan nasib Lili sepanjang dia menjadi orang tahanan kepada Rafiq dan Haziq. Nyatakan teknik plot petikan tersebut.

a)

Saspens

b)

Kejutan

c)

Klimaks

d)

Pemerian

14.

Kak Mimah dan Nadia bertanggungjawab terhadap nasib malang Che Jah yang menjadi mangsa keganasan suaminya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mengheret suami Che Jah ke muka pengadilan.

a)

Nilai Hemah Tinggi

b)

Nilai Baik Hati

c)

Nilai Keikhlasan

d)

Nilai Tanggungjawab

15.

Kita mestilah bijak menguasai keadaan cemas. Contohnya,

a)

Che Jah bercerita secara jujur tentang sikap buruk suaminya kepada Kak Mimah dan Nadia yang berusaha untuk menyelesaikan isu kemelut rumah tangga yang dihadapinya.

b)

Lili menawarkan khidmatnya untuk membantu Geetha setelah melihat keadaan Geetha yang kelam-kabut ketika duduk bersebelahan tempat duduknya di dalam bas ekspres.

c)

Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam yang diacukan ke leher Lili demi keselamatan nyawa sahabatnya itu.

d)

Nenek Lili begitu sabar menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya.

16.

ms105: "Ketika cahaya keemas-emasan di hujung dunia tenggelam, aku merasakan tubuhku lebih tinggi daripada langit."


gaya bahasa yang digunakan ialah..

(a)  

17.

ms29 : Sejarah jendela menghadap jalan di kampung datuk umpama aiskirim kerana terlalu lama dibawa oleh arus waktu,akhirnya menjadi cair.


Gaya bahasa yang digunakan ialah..

(a)  

18.

ms31: Pada ketika inilah nenek memainkan peranan dengan berteriak,"Ha,cukup halau nyamuk,jangan bakar rumah."


Apakah perbuatan datuk Lili menyebabkan neneknya berteriak sebegitu?

a)

Datuk membakar daun-daun kering

b)

Datuk merokok

c)

Datuk membakar ubat nyamuk

19.

ms35: Datuk pun bercerita tentang seorang pesakitnya yang menghidap kencing manis,yang bertahun-tahun menjalani rawatan moden tetapi sukar untuk sembuh.Pertama, mungkin disebabkan faktor pemakanannya yang tidak dikawal atau pesakit itu ditakdirkan sakit...


Menurut petikan apakah sebabnya pesakit tersebut tidak sembuh?

(a)  

20.

ms35: Datuk pun bercerita tentang seorang pesakitnya yang menghidap kencing manis,yang bertahun-tahun menjalani rawatan moden tetapi sukar untuk sembuh.Pertama, mungkin disebabkan faktor pemakanannya yang tidak dikawal atau pesakit itu ditakdirkan sakit...


Menurut petikan apakah sebabnya pesakit tersebut tidak sembuh?

(a)  

21.

ms34: "Itu sangat bagus,sekurang-kurangnya amalan perubatan tradisional tak akan lupus di muka bumi ini , dan kita berpeluang membantu orang lain untuk sembuh.Kalau mereka ke hospital , (a)  


Di penghujung dialog ini datuk Lili menyatakan pendapatnya tentang rawatan moden. Nyatakan pendapatnya

22.

Rujuk padad ms82 novel dan jawab soalan berikut:


Mengapakah Lili tidak gemar akan minuman kopi?

a)

Lili tidak suka akan aroma kopi

b)

Lili beranggapan bahawa kopi ialah minuman orang dewasa

c)

Lili menggemari minuman sejuk sahaja

d)

Ibu bapa Lili tidak menggalakkannya meminum kopi

23.

Rujuk ms 115 dan jawab soalan berikut?


Apakah yang dimaksudkan oleh datuk sebagai rezeki yang dilepaskannya begitu saja?

a)

haiwan buruan

b)

harta karun

c)

tumbuhan penawar penyakit

24.

Rujuk ms226-227 untuk menjawab soalan berikut:


"Masukkan dia ke dalam karung dan hantar ke penjara,tak perlu tunggupolis datang tangkap,"cadangku tanpa berfikir panjang.


"Jangan," spontan Geetha menegah


Soalan:

Mengapakah kita menegah cadangan Lili?

a)

Sebab Haziq dan Rafik masih muda

b)

Sugi tidak bersalah dalam hal pembinaan surau

c)

Seman patut dijatuhkan hukuman di sisi undang-undang

25.

Rujuk ms264 untuk menjawab soalan:


Nyatakan satu latar tempat yang digambarkan

(a)  

26.

Rujuk ms266 untuk menjawab soalan:


Menurut nenek rekaan jendela rumah dibina menghadap jalan kerana

a)

mudah untuk mengenali orang yang datang ke rumah melalui jendela

b)

tidak perlu mendedahkan kaum wanita yang tinggal di rumah kepada orang luar

c)

memperingati perjuangan orang kampung menentang tentera Bintang Tiga

d)

mudah untuk mengintai pergerakan tentera Bintang Tiga

27.

Siapakah Lili?

a)

Gadis berusia 17 tahun yang sangat mementingkan kesihatan

b)

Anak William

c)

Penulis yang banyak menulis artikel tentang pisang

d)

Mahasiswa Universiti Malaya tahun satu dalam bidang kejuruteraan

28.

Persoalan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah... .

a)

Persoalan objektif Program Latihan Khidmat Negara

b)

Persoalan peranan agensi kerajaan dalam membantu pengusaha kecil

c)

Persoalan khasiat tumbuhan herba, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan

d)

Persoalan perusahaan ternakan ayam

29.

Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah... .

a)

Pak Kaduk

b)

Danel

c)

Munsyi

d)

Che Jah

30.

*Pengamal rawatan tradisional

*Berasal dari Kalimantan dan merupakan keluarga pelaut

*Rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu

*Dituduh bersekongkol dengan Sugi

*Membantu Che Jah yang sering dizalimi suami


Siapakah watak yang dimaksudkan?

a)

Hamimah (Kak Mimah)

b)

Geetha

c)

Haziq dan Rafiq

d)

Datuk (Haji Abdul Rahman)

31.

Lili dan Geetha melihat panorama matahari terbenam.


Latar tempat yang terdapat dalam petikan tersebut ialah... .

a)

Halaman rumah datuk

b)

Kawasan bendang

c)

Atas bukit

d)

Pondok usang tepi belukar

32.

Golongan tua termasuk datuk masih percaya kepada larangan supaya tiada perubahan dilakukan di kampung itu dalam tempoh seratus tahun.


Latar masyarakat yang digambarkan ialah...

a)

Masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional

b)

Masyarakat yang cenderung untuk menghukum

c)

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri

d)

Masyarakat yang percaya kepada perkara karut

33.

"Ke manakah hilangnya benda itu?" nenek bergumam, membuatku tahu benda yang dicarinya itu sungguh penting baginya. (halaman 41)


Teknik plot yang digambarkan dalam petikan di atas ialah... .

a)

Teknik imbas muka

b)

Teknik monolog

c)

Teknik pemerian

d)

Teknik kejutan

34.

Nenek menceritakan sejarah binaan rumah yang jendelanya menghadap jalan.


Jelaskan struktur plot yang terdapat dalam petikan yang diberikan.

a)

Penyelesaian

b)

Permulaan

c)

Perumitan atau konflik

d)

Puncak atau klimaks

35.

Di sini suara pembangunan masih tersepit, bersembunyi di ruang udara kampung yang masih bersih. (halaman 23-24)


Gaya bahasa yang menerangkan contoh di atas ialah ..... .

a)

Personifikasi

b)

Hiperbola

c)

Simile

d)

Metafora

36.

Contoh yang menerangkan gaya bahasa hiperbola ialah... .

a)

"Orang tikam kita dari belakang, tapi kita rasa sakit di dada." jawab datuk. (halaman 57)

b)

Tangan datuk macam besi berkarat, uratnya biru dan tertonjol. (halaman 31)

c)

Kami menikmati warna senja yang menenggelamkan cahaya matahari. (halaman 27)

d)

"Kalau mak cik menangis macam ini, banjirlah kampung kita," kataku. (halaman 170)

37.

Pernyataan yang manakah menunjukkan sikap masyarakat yang mempunyai harga diri?

a)

Lili tidak membenarkan Danel masuk ke dalam rumah ketika dia seorang diri di rumah datuk.

b)

Danel dan adik-beradiknya yang lain berusaha mengubati penyakit ayahnya, William.

c)

Lili rajin membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuannya.

d)

Lili amat bersimpati dan berusaha untuk membantu Che Jah, Haziq dan Rafiq.

38.

Lili menyediakan minuman kepada tetamu-tetamu yang datang iaitu Pak Sahak, Imam Sanusi, Kiai Baharom dan seorang anak muda untuk membincangkan tentang binaan masjid baharu.


Nilai yang terdapat dalam petikan ialah... .

a)

Nilai Rasional

b)

Nilai Kasih sayang

c)

Nilai Kerajinan

d)

Nilai Ketabahan

39.

Pernyataan yang manakah menunjukkan pengajaran kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat?

a)

Tok ketua gagal meyakinkan penduduk kampung tentang manfaat binaan masjid baharu.

b)

Lili tidak mudah menerima ajakan Danel yang baharu dikenalinya supaya menemankannya pergi ke kebun.

c)

Ketika Danel memakan dua biji burger, Lili hanya meminum jus epal yang dikatakan dapat membuang toksik di dalam badan.

d)

Penduduk kampung tidak bersatu hati walaupun mereka melakukan musyawarah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

40.

Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah... .

a)

Kita hendaklah menjaga maruah diri.

b)

Kita hendaklah mempertahankan negara daripada diserang musuh.

c)

Kita perlulah bersikap setia terhadap pasangan kita.

d)

Kita perlulah memanfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah.

41.

Dua unsur pengajaran yang dapat menerbitkan kesedaran kepada pembaca untuk meningkatkan kualiti kehidupan ialah... .

a)

Lili menjaga cara pemakanannya supaya badan sihat, terhindar daripada penyakit dan otak cerdas.

b)

Geetha bercerita bahawa kegemarannya ialah mendaki gunung, meredah hutan dan masuk gua. Dia sudah mendaki Gunung Kinabalu sebanyak lima kali.

c)

Datuk dan golongan tua enggan menerima pembangunan kerana fikiran mereka dikongkong oleh larangan generasi perintis kampung.

d)

Haziq dan Rafiq menjadi penagih dadah tegar yang berpunca daripada pergolakan rumah tangga ibu dan bapa mereka.

42.

Siapakah watak yang kurang yakin dengan ubat tradisional yang disediakan oleh datuk?

a)

Haji Abdul Rahman

b)

Hajah Aisyan Tan Abdullah

c)

Abang Rashid

d)

Anak William

43.

Anak remaja berumur belasan tahun

-Menduduki PMR

-Anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah

-Memulas tangan lalu menculik Lili

-Menggunakan senjata tajam dan mengacukannya di leher Lili

-Berubah sikap menjadi lebih baik

Siapakah watak yang dimaksudkan?

a)

Rafiq dan Haziq

b)

Danel

c)

Lili

d)

Gethaa

44.

Siapakah yang menjelaskan isu tentang pembinaan Kubah Surau?

a)

Lili

b)

Geetha

c)

Hajah Aisyan

d)

Danel

45.

Danel bertanggungjawab untuk membangunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya. Latar yang terdapat pada petikan tersebut ialah..

a)

Masyarakat yang prihatin

b)

Masyarakat yang suka mengambil tahu hal orang lain

c)

Masyarakat yang suka menyelesaikan masalah

d)

Masyarakat yang memahami

46.

Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. Latar yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Latar Tempat

b)

Latar Masa

c)

Latar masyarakat yang memandang serong terhadap orang lain

d)

Latar Masyarakat

47.

Nenek memberitahu Lili bahawa orang Kampung suka bermuka-Muka. Mereka juga suka mengumpat walaupun melalui jendela. Masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat yang..?

a)

Masyarakat yang hidup berjiran

b)

Masyarakat yang saling memahami

c)

Masyarakat yang tinggal di kampung

d)

Suka mengambil tahu hal keluarga orang lain

48.

Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan?

a)

Kita perlulah bersikap setia terhadap pasangan kita.

b)

Kita haruslah sentiasa peka terhadap masalah orang lain

c)

Kita digalakkan untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh

d)

Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sedia kala.

49.

Pernyataan manakah yang menunjukkan adanya nilai kasih sayang?

a)

Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.

b)

Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu.

c)

Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.

d)

Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka

50.

Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Nilai Tanggungjawab

b)

Nilai Prihatin

c)

Nilai Jati Diri

d)

Nilai kasih sayang

51.

Persoalan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah... .

a)

Persoalan objektif Program Latihan Khidmat Negara

b)

Persoalan peranan agensi kerajaan dalam membantu pengusaha kecil

c)

Persoalan khasiat tumbuhan herba, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan

d)

Persoalan perusahaan ternakan ayam

52.

Latar tempat watak utama pertama kali bertemu neneknya di kampung

a)

Kebun

b)

rumah

c)

kedai

d)

Bendang

53.

Danel bertanggungjawab untuk membangunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya. Latar yang terdapat pada petikan tersebut ialah..

a)

Masyarakat yang prihatin

b)

Masyarakat yang suka mengambil tahu hal orang lain

c)

Masyarakat yang suka menyelesaikan masalah

d)

Masyarakat yang memahami

54.

Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. Latar yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Latar Tempat

b)

Latar Masa

c)

Latar masyarakat yang memandang serong terhadap orang lain

d)

Latar Masyarakat

55.

Berikan 2 peleraian novel Jendela Menghadap Jalan

a)

Haziq dan Rafiq telah berubah dan belajar semula untuk mengambil PMR

b)

Lili dan Daniel gembira kerana orang Kampung bersetuju untuk membina masjid baharu.

c)

Che Jah telah dibunuh oleh suaminya kerana melaporkannya kepada polis

d)

Lili tekun menunggu datuknya bercerita tentang rumah dan jendela menghadap ke jalan

56.

Terbit rasa bangga dihatiku terhadap datuk dan nenek, apatah lagi pujian itu datangnya daripada orang bukan sekaum dengan kami. Apakah teknik plot yang disampaikan oleh pengarang?

a)

teknik imbas muka

b)

teknik imbas kembali

c)

teknik monolog luaran

d)

teknik monolog dalaman

57.

Lili pandai berbahasa pelbagai . yang manakah betul bahasa-bahasa yang boleh disebut oleh LIli

a)

Bahasa Korea, Bahasa Cina, Bahasa Jepun dan Bahasa Thai

b)

Bahasa Latin, Bahasa Cina, Bahasa Jepun dan Bahasa Thai

58.

Lampu picit menari-nari dalam kepekatan malam, seolah-olah tiada tujuan. Berikan jenis gaya bahasa ayat tersebut.

(a)