Worksheetssimpulan bahasa tahun 5
Total questions: 18
Worksheet time: 10mins
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Hanis mendapat _____________________ selepas menyertai perrtandingan itu.
durian runtuh
batu api
mata duitan
gaji buta
Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.
kacang lupakan kulit
mencurahkan air ke daun keladi
kaca jatuh ke batu
tikus membaiki labu
Amin rela _____________ dari kedai yang kotor itu.
angkat kaki
ikat perut
makan hati
makan suap
Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup _________________________ demi mengekalkan keharmonian dan keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
indah khabar dari rupa
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
dimana bumi dipijak, disitu langit di junjung
kacang lupakan kulit
Setelah begitu lama berada di rumah Salmah, kami pun _____________ .
minta diri
minta nyawa
minta hati
minta kasih
Budak yang ______________ itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya.
kepala angin
kepala batu
besar kepala
barat kepala
Pekerja-pekerja di hotel itu _____________ menyiapkan pentas untuk majlis malam nanti.
bermandi peluh
bertegang urat
berputih tulang
berpatah arang
“Cakap perlahan sedikit, dia tu __________ , nanti ketahuinya rahsia ini,” bisik Sandra kepada Dewi.
telinga nipis
lintah darat
telinga lintah
pekak badak
Cikgu Jamilah suka menderma. Dia seorang guru yang _____________________.
tangkai jering
murah hati
kera sumbang
mata duitan
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
mata duitan
rabun mata
putih mata
rambang mata
