wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2 ( KUIZ 1 )

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Maksud orang yang dikenali bermaksud orang yang ___________ dengan diri kita.

a)

rapat

b)

jauh

c)

musuh

d)

asing

2.

Apakah perkara yang perlu dibuat bila hendak keluar rumah?

a)

Memberitahu dan meminta izin ibu dan bapa terlebih dahulu.

b)

Terus keluar tanpa perlu memberitahu dan meminta izin.

3.

Mengapa kita perlu meminta izin dengan ibu bapa sebelum keluar?

a)

Supaya ibu bapa tahu pergerakan dan aktiviti kita.

b)

Supaya kita boleh berbuat jahat dan melanggar peraturan.

c)

Supaya kita mudah diculik.

4.

Mengapa kita perlu berkata TIDAK MAHU?

a)

Untuk mengelakkan diri dari aktiviti berbahaya.

b)

Untuk memudahkan kita melakukan perkara yang salah.

5.

Bolehkah kita mendekati orang yang tidak dikenali?

a)

BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

6.

Apakah yang mungkin berlaku jika kita mengikuti orang yang tidak dikenali?

a)

Kita mungkin akan diculik.

b)

Kita akan dibawa ke sekolah.

7.

Seorang lelaki mengajak menarik tangan kamu untuk menaiki keretanya. Apakah tindakan kamu?

a)

Menjerit meminta tolong.

b)

Mengucapkan terima kasih.

c)

Naik kereta dengan gembira.

d)

Bertanya khabar lelaki itu.

8.

Pilih jawapan tentang cara menjaga diri sendiri yang BETUL berdasarkan gambar.

a)
b)
c)
9.

Kita perlu mengambil makanan dan minuman yang _____________ .

a)

berkhasiat

b)

lazat

c)

sedap

d)

mahal

10.

Pilih makanan yang berkhasiat.

a)

aiskrim, susu dan kek

b)

air berkarbonat, betik dan ikan bakar

c)

susu, jagung dan roti

d)

aiskrim, epal dan air berkarbonat

11.

Makanan yang manakah dapat menyebabkan obesiti?

a)
b)
c)
d)
12.

Pilih sajian yang sesuai untuk makan malam.

a)
b)
c)
d)
13.

Membeli makanan berlebihan.

a)

Pengaruh yang baik

b)

Pengaruh yang tidak baik

14.

Makan makanan bergoreng secara berlebihan.

a)

Pengaruh yang baik

b)

Pengaruh yang tidak baik

15.

Kita perlu _______ terhadap orang yang dikenali atau tidak dikenali.

a)

mendekati

b)

berhati-hati

c)

terima ajakan

16.

Kawan: Ali, jom kita pergi mandi sungai.

Ali: __________

a)

Jom, nanti kita ajak Abu sekali.

b)

Lepas makan tengahari kita pergi.

c)

Tidak mengapa, bahayalah mandi sungai

17.

Kita perlu _________ dengan baik bagi menjaga keselamatan diri.

a)

katakan TIDAK

b)

menerima pelawaan

c)

menolak pelawaan

d)

mendekati orang yang tidak dikenali

18.

Seorang penjual berpakaian kemeja meminta izin masuk ke rumah Ahmad. Perlukah Ahmad memberi kebenaran penjual itu masuk ke dalam rumah?

a)

Perlu

b)

Tidak perlu

19.

Bolehkah kamu mengajak rakan kamu membaca buku bersama di rumah?

a)

Boleh terus mempelawa rakan

b)

Tidak boleh

c)

Boleh dan perlu meminta izin ibu bapa dahulu

d)

Beritahu jiran terlebih dahulu

20.

Antara berikut makanan mana yang perlu kita ambil dalam kuantiti separuh?

a)

Sayur-sayuran dan buah-buahan

b)

Nasi

c)

Ayam

d)

Ikan

21.

Kebaikan mengambil makanan yang sihat dan selamat adalah seperti berikut kecuali?

a)

tumbesaran manusia

b)

kesihatan yang lebih baik

c)

vitamin yang cukup kepada badan

d)

meningkatkan obesiti

22.

Bilakah waktu yang disarankan untuk sarapan pagi?

a)

9.00 - 10.00 pagi

b)

10.00 - 11.00 pagi

c)

6.00 - 8.00 pagi

d)

12.00 - 3.00 petang

23.

Gambar menunjukkan contoh menu...

a)

Makan malam

b)

Makan tengahari

c)

Sarapan pagi

d)

Minum petang

24.

Mengapakah kita perlu makan?

a)

untuk tidur

b)

untuk menambah tenaga

c)

untuk mengurangkan tenaga

d)

untuk bermain

25.

Apakah menu yang sesuai bagi minum petang.

a)

Nasi lemak

b)

Air teh bersama kuih donut

c)

Nasi kerabu

d)

Nasi beriani kambing

26.

Waktu yang sesuai untuk makan tengah hari ialah...

a)

6.00 - 9.00 pagi

b)

9.00 - 11.00 pagi

c)

12.00 - 2.00 petang

d)

6.00 petang - 8.00 malam

27.

Ini contoh menu....

a)

sarapan pagi

b)

makan malam

c)

makan tengah hari

28.

Antara berikut yang manakah kebaikan susu kepada kita ?

a)

menguatkan tulang dan gigi

b)

mencerahkan mata

c)

memudahkan kita tidur

29.

Ada berapa waktu makan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan?

a)

3

b)

4

c)

7

30.

Menu ini sesuai dihidangkan pada waktu makan ..........

a)

sarapan pagi

b)

makan tengah hari

c)

minum petang

d)

malam

31.

Kita perlu minum air sekurang-kurangnya ________ gelas sehari

a)

10

b)

6

c)

8

d)

5

32.

Berikut merupakan makanan yang sihat, KECUALI

a)
b)
c)
33.

Apakah maksud makanan berkhasiat?

a)

makanan yang menyelerakan

b)

makanan yang mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh badan dengan kadar yang betul

c)

makanan yang dibeli mengikut kemampuan

34.

Antara berikut manakah minuman berkhasiat?

a)
b)
c)
35.

Apakah kesan tidak mengamalkan pemakanan seimbang?

a)

Otak sihat dan cerdas

b)

Mudah diserang penyakit

c)

Badan cergas dan sihat

d)

Berlaku keseimbangan dalam badan

36.

Makanan yang ________, minuman yang manis dan ________ boleh menggemukkan.

a)

berminyak, kopi

b)

berkhasiat, air masak

c)

berlemak, berkarbonat

37.

Berikut merupakan kesan makanan tidak berkhasiat KECUALI

a)

Tumbesaran terbantut

b)

Rabun malam

c)

Minda cerdas

d)

Kurang berat badan

38.

Apakah keburukan makanan yang diproses?

a)

Senang disimpan di dalam almari atau peti sejuk.

b)

Mudah disediakan kerana tidak perlu banyak kemahiran.

c)

Menjimatkan masa dan tenaga.

d)

Mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi.

39.

Mengapa mi segera mengancam kesihatan kanak - kanak ?

a)

Murah dan mudah dibeli

b)

Iklan dan promosi meluas

c)

Kandungan garam yang tinggi

d)

Mudah dan cepat dimasak

40.

Makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera mempunyai ramai peminat di kalangan kanak-kanak. Bagaimana kanak-kanak boleh dipengaruhi dengan makanan ini ?

a)

Iklan di media massa seperti televisyen

b)

guru yang mengajar di sekolah

c)

daripada kawan-kawan