WorksheetsPJPK Tahun 3 (Set4)
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apa itu konflik?
Perasaan benci
Salah faham dan berbeza pendapat antara ahli keluarga atau pun rakan-rakan.
Masalah antara ahli keluarga
Kemurungan
Apakah punca-punca konflik?
Perbezaan pendapat antara kawan atau pun adik-beradik
Di marahi ibu bapa
Tidak disayangi
Menunjuk-nunjuk dengan beg baru.
Berikut adalah tanda-tanda konflik kecuali?
Marah
Bengis
Kecewa
Gembira
Nyatakan 2 situasi yang boleh menyebabkan konflik adik beradik?
Kakak merebut anak patung dari tangan adik
Adik memakai baju abang tanpa kebenaran
Ibu meminta abang mengajar adik membaca
Ayah menyuruh adik mengemas buku.
Berikut adalah cara-cara menangani konflik kecuali:-
Memaafkan rakan atau adik beradik.
Menjauhkan diri daripada situasi konflik
Bertolak ansur
Mementingkan diri masing-masing
Berikut adalah konflik yang selalu kamu lalui dalam keluarga kecuali:-
Salah faham antara adik beradik
Mengejek-ejek
Kehendak tidak dipenuhi oleh ibu bapa
Sentiasa menghormati perasaan orang lain
Nyatakan konflik yang selalu berlaku antara kawan-kawan?
Iri hati dan cemburu
Suka mengejek-ejek
Ambil barang rakan tanpa meminta izin
Mendapat tempat 1 dalam kelas selepas belajar bersungguh-sungguh.
Tandakan situasi yang mendatangkan konflik:-
Yang manakah bukan alatan menjaga kesihatan diri:
berus gigi
pengetip kuku
jam tangan
Bapa Fatin menerima khabar dari kampung tentang kematian datuknya. Apakah perasaan bapa Fatin?
A. Gembira
B. Kasihan
C. Sedih
D Suka
Alif bersama bapa dan adiknya ................................di taman pada setiap petang untuk mengisi masa lapang.
Melompat
Tidur
Berbual
Berjoging
Berikut ialah bukan cara menjaga keselamatan dan kebersihan diri kecuali :
Bergotong – royong membersihkan persekitaran kawasan rumah
Makan makanan yang berkhasiat
Jangan gunakan sabun untuk mencuci tangan
Memakai pakaian bersih ke sekolah
Karmila membuat kad ucapan Hari Guru untuk dihadiahkan kepada Cikgu Rolan sebagai ucapan...................................atas jasa beliau.
selamat hari lahir
terima kasih
semoga cepat sembuh
semoga berjaya
Kesan dari pengambilan alkohol adalah berikut kecuali :
Mabuk.
Mengakibatkan kematian.
Kemalangan.
Menambah pendapatan.
Berikut adalah antara kesan penyalahgunaan dadah kecuali
murung
khayal
penyakit kulit
Antara kepentingan menjaga kebersihan anggota seksual ialah
mudah dijangkiti penyakit
tidak ramai kawan
badan bersih dan sihat
malu bergaul dengan rakan
Individu yang tidak menjaga kebersihan anggota seksual akan
ramai kawan
mudah dijangkiti penyakit
disenangi orang
sangat yakin
Kita perlu memakai pakaian mengikut saiz yang sesuai untuk...
kelihatan cantik
keselesaan
suka-suka
mendapat pujian
Berikut adalah pelbagai jenis kumpulan zat makanan KECUALI...
vitamin
kolestrol
protein
karbohidrat
Pilih menu makanan seimbang.
Nasi putih, daging kicap, ayam kari, air putih
Nasi putih, ikan kukus, sup sayur, buah oren, air putih
Nasi putih, ayam goreng, sup sayur, air putih
Nasi putih, gulai daging, buah tembikai, air putih
Apakah nama wabak pandemik yang sedang dunia alami sekarang (Tahun 2020) ?
SARS
Covid19
Spanish Flu
Influenza H1N1
Pilih 3 cara yang betul bagi mencegah diri daripada terkena Covid19.
Masak daging dan telur dengan sempurna.
Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
Bersalaman dengan individu yang mempunyai gejala.
Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
Pilih 3 cara bagaimana penyebaran virus corona boleh berlaku.
Batuk
Menyentuh haiwan yang terkena jangkitan
Memakai topeng muka ketika keluar rumah.
Bersin
Oat, nasi, dan roti merupakan sumber makanan daripada zat kumpulan makanan ___________.
karbohidrat
protein
vitamin
lemak
Salah satu penyakit yang disebabkan oleh rokok ialah _______________.
Penyakit Buerger
Penyakit Burger
Penyakit Bogo
Pilih 2 ciri-ciri individu yang mempunyai peribadi yang positif.
Bersemangat
Malas
Berdisiplin
Suka berangan-angan kosong
Pilih sumber makanan yang betul bagi zat makanan protein.
Nasi, mee, dan roti
Kek, minyak, dan garam
Ayam, daging, dan ikan
Anggur, epal, dan strawberi.
Apakah nama imbangan statik yang ditunjukkan gambar tersebut?
Imbangan "V" Berkembar
Imbangan Bertingkat
Imbangan Dekam
Imbangan Skala
Apakah nama imbangan statik yang ditunjukkan gambar tersebut?
Imbangan Skala
Imbangan Bertingkat
Imbangan Dekam
Imbangan "V" Berkembar
Apakah nama imbangan statik yang ditunjukkan dalam gambar tersebut?
Imbangan "V" Berkembar
Imbangan Skala
Imbangan Dekam
Imbangan Bertingkat
Apakah nama imbangan statik yang ditunjukkan dalam gambar tersebut?
Imbangan Dekam
Imbangan Bertingkat
Imbangan Skala
Imbangan "V" Berkembar
Apakah nama imbangan dinamik yang ditunjukkan dalam gambar tersebut?
Jejantas
Jambatan Panjang
Skala
Tangga
Apakah nama imbangan tersebut?
Troli
Kereta Tarik
Lori
Kereta Sorong
Yang manakah BUKAN jenis imbangan yang telah dipelajari?
Imbangan Songsang
Imbangan Tarik
Imbangan Dinamik
Imbangan Statik
Apa nama anggota seksual yang ditanda dengan huruf f ?
Dubur
Faraj
Zakar
Punggung
Apa nama anggota seksual yang ditanda dengan huruf c ?
Bibir
Payu dara
Faraj
Dubur
Yang manakah BUKAN anggota seksual?
Faraj
Dubur
Mata
Bibir
Apakah KESAN jika TIDAK menjaga kehormatan anggota seksual?
Kita makin disukai oleh ramai kawan.
Maruah keluarga tercalar.
Kita menjadi lebih kaya.
Kita menjadi lebih yakin dan bangga.
PEERS bermaksud.......
Pendidikan Persahabatan dan Sosial
Pendidikan Kekeluargaan dan Sosial
Pendidikan Kesihatan dan Sosial
Pendidikan Reproduktif dan Sosial
Yang manakah BUKAN aspek Pendidikan Reproduktif dan Sosial (PEERS)?
Pencegahan penyakit
Kekeluargaan
Permusuhan
Penyalahgunaan bahan
