WorksheetsJ4 Pentaksiran Pendidikan Kesihatan
Total questions: 25
Worksheet time: 20mins
Yang manakah peringkat umur berlakunya akil baligh?
9 hingga 16 tahun
11 hingga 14 tahun
12 hingga 18 tahun
12 hingga 20 tahun
Antara berikut, yang manakah BUKAN perubahan fizikal semasa akil baligh pada remaja perempuan?
Ketinggian meningkat
Tumbuh bulu ketiak
Tumbuh jerawat
Tumbuh misai
Yang manakah BUKAN perubahan fizikal pada remaja lelaki semasa akil baligh?
Ketinggian meningkat
Kedatangan haid
Berat badan bertambah
Tumbuh bulu ketiak
Kedatangan haid berlaku selama _________.
satu hingga sepuluh hari
dua hingga tujuh hari
empat hingga enam hari
tiga hingga tujuh hari
Antara berikut, yang manakah menunjukkan tanda datang haid?
Selsema
Demam
Senggugut
Pening kepala
Berikut ialah cara pengurusan diri selepas ihtilam KECUALI ________.
tukar cadar
cuci cadar
mandi
terus tidur
John mempunyai banyak jerawat pada mukanya. Rakan-rakannya sering mengejek John. Apakah yang patut dilakukan oleh John?
Bersabar dan bersyukur
Memarahi rakannya
Memukul mereka
Mengejek mereka semula
Berikut adalah nilai yang perlu ada dalam diri seseorang remaja:
I Menghargai diri
II Menghargai orang lain
III Menjaga maruah diri
IV Menghasut orang lain
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan kesihatan fizikal akibat pengambilan alkohol secara berlebihan?
Sakit kepala
Cepat marah dan agresif
Pertuturan terganggu
Muntah
Yang manakah adalah kesan mental akibat penyalahgunaan alkohol?
Cirit birit
Hilang ingatan sementara dan kekal
Badan menggeletar
Hati menjadi rosak
Apakah maksud konflik?
Perselisihan antara dua orang
Perselisihan antara dua dan lebih orang
Perselisihan idea dan kepentingan dalam diri sendiri atau antara individu
Perselisihan antara dua kumpulan
Stres ialah __________.
gangguan dalam pemikiran dan mental
tekanan dalam diri
konflik dalam diri
keadaan rasa resah, cemas, tegang dan fikiran tergannggu akibat tekanan mental dan fizikal
Berikut adalah punca-punca konflik KECUALI __________.
Kurang keyakinan diri
Keinginan tidak dipenuhi
Mementingkan diri sendiri
Tidak menghormati hak orang lain
Antara berikut, yang manakah TIDAK menunjukkan kesan eustres?
Prestasi kerja meningkat
Bersikap optimis
Tekanan diri
Putus asa
Apakah peranan ibu bapa dalam sesebuah negara?
Menjaga anak-anak sendiri
Bekerja untuk mendapatkan rezeki
Membimbing dan mendidik anak-anak
Melahirkan individu yang berguna dan bertanggungjawab
Mengapakah gejala sosial sering melibatkan remaja?
Pengaruh rakan sebaya dan cara meluahkan perasaan
Didikan agama yang baik
Pengaruh rakan sebaya yang baik
Didikan keluarga yang baik
Pilih gejala sosial yang sering melibatkan remaja?
I Merokok
II Vandalisme
III Rempit
IV Berekreasi
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
- Salur darah tersumbat
- Salur darah tidak normal
- Sesak nafas
Pernyataan di atas menunjukkan tanda-tanda penyakit __________.
asma
tekanan darah tinggi
penyakit jantung
kencing manis
Antara berikut, yang manakah BENAR tentang penyakit asma?
Obesiti
Sesak nafas
Selesema
Degupan jantung cepat dan tidak teratur
Yang manakah BENAR tentang cara pencegahan penyakit kencing manis?
Mendapatkan tidur yang mencukupi
Kurangkan pengambilan makanan berlemak
Kurangkan pengambilan protein
Kurangkan pengambilan gula
Yang manakah TIDAK menunjukkan contoh situasi pengantunan kanak-kanak?
Menghantar video atau pesanan yang menyebabkan anda berasa tidak selesa
Menyentuh anggota badan anda
Mencari peluang bersendirian dengan anda
Menolong rakan anda
Yang manakah BUKAN dalam kumpulan makanan karbohidrat?
Ayam
Ubi
Nasi
Roti
Mengapakah sarapan pagi penting untuk kesihatan diri?
Supaya tidak letih
Menjadikan berseri dan ceria
Memberikan tenaga yang secukupnya untuk menjalankan kerja harian
Memberikan protein kepada badan
Mengikut Piramid Makanan Malaysia, aras manakah yang perlu diambil dengan paling kurang?
Karbohidrat
Vitamin dan Mineral
Protein
Lemak
Apakah maksud akil baligh?
Satu proses dalam badan yang menyebabkan penuaan
Perubahan pada badan
Satu peringkat apabila tubuh berubah daripada seseorang kanak-kanak kepada remaja
Perubahan pada badan dan mental
