wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TING. 2 : B11 (BINTANG & GALAKSI) & B12 (SISTEM SURIA)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Matahari adalah contoh bintang bersaiz sederhana.

a)

PALSU

b)

BENAR

2.

Gas apakah yang terlibat dalam pembentukan bintang?

a)

Hidrogen dan helium

b)

Oksigen dan helium

c)

Hidrogen dan oksigen

d)

Hidrogen dan nitrogen

3.

Apakah nama awan besar yang terdiri daripada debu dan gas untuk kelahiran bintang?

a)

Galaksi

b)

Planet

c)

Nebula

d)

Supernova

4.

Kematian bintang bersaiz sederhana akan menghasilkan______________

a)

Bintang neutron

b)

Bintang kerdil putih

c)

Bintang kejora

d)

Lohong hitam

5.

Antara berikut, yang manakah BUKAN himpunan jasad yang terdapat dalam galaksi?

a)

Debu

b)

Air

c)

Bintang

d)

Gas

6.

Kematian bintang melibatkan pengecutan bintang super raksasa merah secara cepat dan akan menyebabkan letupan besar yang dipanggil____________

a)

Galaksi

b)

Planet

c)

Nebula

d)

Supernova

7.

Sistem suria berada di dalam galaksi Bima Sakti yang berbentuk?

a)
b)
c)
8.

Ursa Mayor adalah galaksi yang berbentuk

a)

berpilin

b)

elips

c)

tidak seragam

9.

Kematian bintang super besar akan berakhir sebagai

a)
b)
c)
10.

Tindak balas nukleur pada teras akibat suhu dan tekanan yang tinggi akan menukarkan

a)

hidrogen kepada helium

b)

helium kepada hidrogen

c)

hidrogen kepada nitrogen

11.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang proses kelahiran bintang

a)

Gas dan debu dalam nebula ditarik oleh tarikan graviti membentuk gumpalan

b)

Gumpalan gas mengecut dan termampat membentuk teras

c)

Suhu dan tekanan tinggi menghasilkan tindak balas nuklear menukarkan helium kepada hidrogen

d)

Tenaga haba dan cahaya dibebaskan

e)

Teras menyinar dan satu bintang terbentuk

12.

Manakah antara berikut BUKAN ciri pengelasan bintang?

a)

Warna

b)

Suhu

c)

Saiz

d)

Graviti

13.

Bintang yang mempunyai suhu paling tinggi

a)
b)
c)
14.

Bintang yang mempunyai suhu kurang dari 3500 K.

a)
b)
c)
15.

Bintang yang paling cerah di langit adalah

a)

Sirius dan Matahari

b)

Matahari dan Rigel

c)

Rigel dan Sirius

16.
Sistem Suria terletak di dalam galaksi Bima Sakti.
a)
Betul
b)
Salah
17.
Matahari ialah sebuah bintang dan merupakan pusat Sistem Suria.
a)
Betul
b)
Salah
18.
Yang manakah antara berikut bukan ahli Sistem Suria?
a)
Planet
b)
Satelit buatan
c)
Asteroid
d)
Komet
19.
Antara berikut, susunan planet manakah betul bermula dari yang paling jauh dari matahari?
a)
Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun
b)
Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Neptun, Zuhal, Uranus
c)
Neptun, Uranus, Zuhal, Marikh, Musytari, Bumi, Zuhrah, Utarid
d)
Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi, Zuhrah, Utarid
20.
Di manakah terletaknya jalur asteroid dalam Sistem Suria?
a)
Di antara planet Bumi dengan Marikh
b)
Di antara planet Marikh dengan Musytari
c)
Di antara planet Musytari dengan Zuhal
d)
Di antara planet Zuhal dengan Uranus
21.

Nyatakan bilangan planet yang terdapat dalam Sistem Suria.

a)

2

b)

4

c)

6

d)

8

22.

Nyatakan planet yang paling dekat dengan Matahari.

a)

Utarid

b)

Bumi

c)

Musytari

d)

Neptun

23.

Planet manakah dalam Sistem Suria yang mempunyai atmosfera?

a)

Bumi

b)

Zuhrah

c)

Marikh

d)

Utarid

24.

Tanda 'BENAR' atau 'SALAH' bagi kenyataan berikut......


'Semakin jauh jarak sebuah planet dari matahari, semakin banyak masa diperlukan untuk mengelilingi Matahari dalam satu orbit"

a)

BENAR

b)

SALAH

25.

Unit Astronomi (A.U.) ialah jarak purata di antara Bumi dengan Matahari.

a)

BENAR

b)

SALAH

26.

Tahun Cahaya (ly) adalah jarak yang ditempuh cahaya dalam masa setahun. Cahaya bergerak pada halaju 300 000 km setiap saat.

a)

BENAR

b)

SALAH

27.

Nyatakan planet yang dikatakan sebagai pelindung bumi?

a)

Musytari

b)

Zuhal

c)

Zuhrah

d)

Marikh

28.

Namakan dua bulan dari planet Marikh.

a)

Phobos

b)

Demos

c)

Titan

d)

Ganymede

29.

Satu-satunya planet dalam sistem suria yang mempunyai hidupan.

a)

Marikh

b)

Zuhal

c)

Bumi

d)

Musytari

30.

Planet Zuhal dikelilingi oleh

a)

Ais dan Batuan

b)

Besi dan Api

c)

Kayu dan Pasir

31.

Planet manakah yang mempunyai air,udara dan kehidupan

a)

Uranus

b)

Bumi

c)

Neptun

32.

Planet terkecil dalam Sistem Suria ialah......

a)

Zuhrah

b)

Bumi

c)

Utarid

d)

Marikh

33.

Planet ini dikenali sebagai planet rumah Hijau

a)

Utarid

b)

Zuhal

c)

Neptune

d)

Zuhrah

34.

Planet ini diliputi oleh 71% air dan hanya 29% daratan. Planet ini merupakan planet ketiga dari matahari

a)

Uranus

b)

Bumi

c)

Zuhal

d)

Utarid

35.

Planet ini dikenali sebagai planet merah. Jika dilihat dari bumi planet ini seolah-olah terbahagi kepada 2 kawasan yang berbeza iaitu kawasan yang lebih cerah yang diliputi oleh debu & pasir kemerahan dan satu bahagian lagi seolah2 kawasan kutub yang mengandungi air beku & karbon dioksida

a)

Bumi

b)

Marikh

c)

Zuhal

d)

Neptun

36.

Planet terbesar dalam sistem suria dengan jisimnya hampir 320 kali ganda daripada jisim bumi.

a)

Utarid

b)

Zuhrah

c)

Marikh

d)

Musytari

37.

Permukaan planet ini dikatakan lebih kurang sama dengan bulan, cuma bezanya kerana ketiadaan atmosfera cahaya tidak dapat diserakkan, akibatnye planet ini kelihatan gelap dan tiada warna

a)

Bumi

b)

Zuhrah

c)

Musytari

d)

Utarid

38.

Planet berikut tergolong dalam planet Gergasi

a)

Musytari

b)

Zuhal

c)

Bumi

d)

Uranus

e)

Neptun

39.

Planet yang mengambil masa paling lambat untuk mengelilingi matahari dalam satu orbit ialah......

a)

Neptun

b)

Utarid

c)

Uranus

d)

Zuhrah

40.

Cahaya bergerak sejauh _____________ km dalam masa satu tahun.

a)

300 000 km

b)

1.5x108 km

c)

9.5x1012 km