WorksheetsPENTAKSIRAN SETARA STANDARD (PJ TAHUN 4)
Total questions: 30
Worksheet time: 3600secs
1. Pakaian yang sesuai untuk bersenam ialah _______ .
A. pakaian ketat
B. pakaian tebal
C. t-shirt dan seluar sukan
D. pakaian beruniform
2. Apakah kepentingan kita melakukan regangan badan sebelum menjalankan aktiviti?
A. supaya dapat bermain dengan seronok
B. memastikan badan kita bersedia untuk meneruskan aktiviti
C. supaya kaki dan tangan tidak sakit
D. agar aktiviti selamat dijalankan
3. Yang manakah aktiviti berikut TIDAK meningkatkan daya tahan kardiovaskular?
A. Naik turun bangku
B. Berbasikal
C. Menyanyi
D. Berjogging
4. Namakan pergerakan berikut _______ .
A. mengimbang
B. memusing
C. menarik
D. menghayun
5. Aktiviti guling belakang perlu dilakukan di atas ________ .
A. padang rumput
B. tilam gimnastik
C. meja kantin
D. gelanggang badminton
6. Semua aktiviti di bawah melibatkan koordinasi anggota badan, KECUALI _______ .
A. menaiki basikal
B. meniup belon
C. melambung dan menangkap pundi kacang
D. meniti atas bangku kayu panjang
7. Antara berikut yang manakah melibatkan balingan _______ .
A. hoki
B. congkak
C. badminton
D. bola jaring
8. Menghalang pemain lawan daripada menghantar bola atau menjaringkan gol ialah kemahiran _______
A. mengadang
B. takel
C. memintas
D. mengelecek
9. Fleksibiliti ialah keupayaan seseorang meregangkan ______ .
A. lengan
B. otot.
C. mata
D. nadi
10. Sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan, pastikan kita lebih dahulu melakukan aktiviti _____.
A. lipatan
B. imbangan.
C. kecergasan.
D. regangan
11. Acara 4 X 100 meter lari berganti-ganti disertai oleh _______ peserta.
A. dua
B. tiga
C. empat
D. lima
* menangkis pukulan smesy badminton
* memulakan acara larian
*menghalang jaringan bola sepak
12. Aktiviti di atas memerlukan masa tindak balas yang _____ .
A. perlahan
B. panjang
C. berirama
D. pantas
13. Mengapakah kita perlu melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular ?
A. Untuk menguatkan otot jantung
B. Untuk membina ketahanan otot
C. Untuk melancarkan sistem penghadaman
D. Untuk meningkatkan daya tindak balas
14. Aktiviti-aktiviti yang berikut dapat meningkatkan daya tahan otot KECUALI _______ .
A. skiping
B. bermain catur
C. bangkit tubi
D. jengket kaki setempat
15. Apakah kepentingan memanaskan badan?
A. mengurangkan rasa bersalah
B. memikat pasangan
C. mengurangkan risiko kecerderaan
D. memenatkan badan
16. Apakah aktiviti yang dapat membina kekuatan otot tangan?
A. Gayut palang
B. Lari berpagar
C. Menurun tangga
D. Bermain bola sepak
17. Aktiviti mengelecek, menahan dan menendang bola terdapat dalam permainan __________ .
A. Bola sepak
B. Bola baling
C. Bola jaring
D.Ping pong
18. Pada musim cuti sekolah aktiviti rekreasi yang TIDAK SESUAI dijalankan ialah ________ .
A. Berkhemah
B. melakukan kerja sambilan
B. memancing
D. berbasikal
19. Antara berikut merupakan aktiviti imbangan KECUALI ______.
A. Dirian kepala
B. Imbangan bersandar
C. Berbaring
D. meniti atas hujung kaki atas bangku gimnastik
20. Berdasarkan gambar ini, murid lelaki yang berdiri itu sedang melakukan _________ .
A. kuak rangkak
B. tendangan keribas
C. reaching rescue
D. apungan lentang
21. Apakah cara yang paling baik melakukan aktiviti senaman secara berterusan?
A . bersenam pada masa lapang
B. bersenam seminggu sekali
C. menyediakan jadual senaman mingguan
D. bersenam pada waktu pendidikan jasmani di sekolah
22. Semasa melakukan senaman Bangkit Tubi apakah otot yang terlibat?
A . otot triseps
B. otot hamstring
C. otot deltoid
D. otot rektus abdominis
23. Individu yang mempunyai kadar nadi pemulihan yang cepat mempunyai kapasiti aerobik yang ______ .
A . rendah
B. tinggi
C. sederhana
D. perlahan
24. Berikut adalah kepentingan melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan aktiviti fizikal KECUALI ______ .
A . meninggikan suhu badan
B. menurunkan kadar nadi dan kadar pernafasan pada tahap biasa
C. memastikan bekalan oksigen dapat dibawa ke seluruh tubuh supaya otot tidak lesu
D. membantu otot mengendur dan pulih selepas melakukan aktiviti lasak
25. Otot jantung yang kuat dapat ________ .
A . mengepam darah ke seluruh badan dengan efisien
B. meningkatkan kadar nadi
C. mengelakkan jantung berlubang
D. membuat jantung membesar dengan cepat
26. Apakah gelaran untuk pemain ini ?
A . penjaga masa
B. pengutip bola
C. penjaga gol
D. pengadil
27. Jika rakan sepasukan saya jauh, saya mesti menolak bola dengan ______ .
A . perlahan
B. sederhana
C. kuat
28. Berikut ialah aktiviti yang memerlukan masa tindak balas yang pantas KECUALI ______ .
A . memulakan acara larian
B. berjoging atau lari jarak jauh
C. menghadang rejaman dalam permainan bola tampar
D. menghalang jaringan gol dalam permainan bola sepak
29. Prestasi motor akan meningkat apabila sesuatu latihan dibuat dan badan mendapat kesannya. Apakah yang dimaksudkan dengan prestasi motor?
A . keupayaan tubuh mengekalkan kecergasan
B. keupayaan tubuh mengekalkan kestabilan
C. keupayaan tubuh melakukan kelenturan
D. keupayaan tubuh untuk melakukan pergerakan
30. Semangat kesungguhan boleh dipupuk dengan cara-cara berikut KECUALI _______ .
A. berlatih mengikut jadual.
B. berkeyakinan
C. berazam untuk berjaya.
D. mudah berputus asa.
